Rayyan
kalau jumpa mama mestilah di kelab malam. Bukan di rumah. Mama sejak dari dulu
memang kaki kelab malam. Sama lah dengan papa, dengan Julia. Keluarga kami
memang macam ni sejak dari dulu lagi. Rayyan hanya melihat mama meneguk wain
yang paling mahal itu sekali lalu saja, lalu mama tuangkan lagi air yang
memabukkan itu ke dalam gelas kepunyaanya.
Papa tak
datang malam ini kerana papa ada urusan perniagaan di Singapura. Mama datang
ditemani oleh Julia, adik Rayyan!. Julia mestilah sedang rancak menari dengan
Johan. Bergelek sakan kat depan tu.
“Mama tak
kisah kalau kau tidur dengannya sebelum kahwin pun, yang mama tak suka isteri
kau tu pakai tudung. Bencinya mama lihat tudung isteri kau tu,” ucap mama masih
separa sedar. Rayyan mengelengkan kepalanya. Bezanya pandangan mama dan Aleeya.
Aleeya sampai tak senang duduk kerana fikirkan persoalan ini tetapi mama tak
kisah pun. Perkara biasa lah kan, sebab
Julia memang hidup bebas macam tu, sudah berapa kali Julia hamil luar nikah,
mama tak peduli pun.
“Kau tak
minum malam ni?” soal mama. Dihulurkan gelas kosong kepada Rayyan tetapi Rayyan
menolaknya. Teringatkan Aleeya di rumah keseorangan malam ini.
“Kenapa??
Dah berhenti minum kerana betina tu?” tengking mama. Rayyan tersenggih saja.
“Sebut
nama dia lah mama, nama menantu mama tu Aleeya, boleh tak?” tegur Rayyan
kembali. Mata mama naik merah dengan
teguran dari Rayyan. Kau memang suka lawan cakap aku dari dulu lagi lah, tetapi
sejak kau berkahwin, suara kau tak meninggi lagi kalau berhadapan dengan aku.
Kalau tidak satu kelab malam ini boleh mendengar suara kau?
“Tak ingin
aku dapat menantu macam tu, tak suka aku!”
“Mama
kalau tak suka Aleeya, jangan ganggu hidup Aleeya boleh tak? Ryan tak suka lah
mama maki hamun anak perempuan orang alim ni, takut terkena sumpahan abah dia
di kampung pula,” ugut Rayyan. Jangan main-main, doa orang seperti abah, mudah
termakbul lah, mama! Tak pasal kita yang kaya raya ini hidup dalam papa kedana
pula.
“Aku apa
peduli? Mama boleh terima betina tu dengan syarat dia kena hidup cara kita,
Ryan”
“Saya
kahwin dengan dia, sebab hidup dia yang berbeza dari kita. Saya tak nak anak
saya hidup seperti saya lah mama,”
“Ooo,
macam tu, kau tengok lah nanti, aku akan buat kau cerai berai dengan dia. Kau
tak akan bahagia lah, Ryan!”
“Doa
Aleeya akan melindungi rumah tangga kami lah mama!” balas Rayyan sambil
melangkah keluar dari kelab malam.
Balik
bergaduh dengan Aleeya pun lagi bagus dari bergaduh dengan mama. Alang-alang
boleh juga bermanja dan bermesra dengan isteri sendiri. Di sini, apa pun tak dapa. Nak sentuh
perempuan lain pun sudah tidak sanggup sejak Aleeya ada, seperti buat satu
kesalahan pula apabila menyentuh perempuan yang bukan isterinya.
“Liya buat
apa?” telefon Rayyan.
“Tengok
tv!”
“Dah masak
atau belum?”
“Abang tak
cakap pun nak balik makan tadi..,”
“Liya
bersiap, setengah jam nanti abang sampai!”
“Nak ke
mana?”
“Bersiaplah,
kita pergi shoping malam ni,”
“Kejap,
Liya bersiap!”
Malam ini
baru ada kesempatan bawa Aleeya shoping. Kali pertama mereka keluar shoping
sebagai suami isteri. Sebelum ini tak
sempat lah.
“Tak best
ke kelab malam tu?” uji Aleeya sambil membelek beg tangan. Tak kan nak beli beg
tangan, sebab beg tangan sebagai hantaran kahwin masih ada di dalam almari. Tak
guna pun lagi!
“Papa tak
ada sebab tu abang balik awal!” kalau papa ada memang tak boleh balik lagi lah.
Papa memang mahukan Rayyan menemaninya di kelab malam itu. Berhibur sambil berbual dengan rakan
perniagaannya.
“Atau kena
marah cukup-cukup dengan mama?”
“Marah lah
abang apa peduli?”
“Abang
kena taat dengan mama abang lah, jangan jadi anak derhaka pula!”
“Taat pun
jangan membabi buta lah, Liya!”
“Encik
Rayyan!” panggil seorang jurujual yang berjalan ke arah mereka berdua. Jurujual itu menghampiri Rayyan dan Aleeya.
Aleeya memandang name tag yang dipakainya.
“Kak Mar!”
panggil Rayyan mesra. Nama dia Marlia.
“Isteri
Encik Rayyan ke?” tegur seorang gadis lain pula. Kali ini seorang gadis india
bersama seorang gadis melayu menghampiri mereka berdua.
“Yup. Liya
kenalkan Kak Marlia dan Puspa. Dan ini, Ana!” beritahu Rayyan memperkenalkan
Aleeya. Gadis-gadis ini mengenalinya kerana dia kerap bertandang ke sini dengan
buah hati-buah hatinya. Aleeya tersenyum
ke arah mereka bertiga.
“Hari itu
kami datang, tapi tak sempat nak jumpa Encik Rayyan dan Puan Aleeya, ramai
sangat tetamu yang datang!” jelas Marlia. Rayyan mengangguk. Dia buat kenduri besar,
habis semua kenalan yang dijemputnya. Hendak kahwin sekali saja lah. Bukan
banyak kali. Lagipun boleh kahwin dengan Aleeya seperti boleh kahwin dengan
Bidadari dari Syurga pun.
“Terima
kasih kerana datang, saya pun tak sempat nak jumpa kau orang bertiga,” ujar
Rayyan ramah dan mesra. Dia dengan semua orang peramah. Kalau tidak mana ada
gelaran play boy.
“Terkejut
hari tu apabila tengok isteri Encik Rayyan,” sampuk Puspa.
“Kenapa
terkejut pula?” tanya Rayyan.
“Sebab
kahwin dengan perempuan yang pakai tudung. Perempuan baik-baik pula tu. Aleeya
jangan tak tahu Encik Rayyan ni hidung belang lah,” jawab Marlia membuatkan Rayyan
tersenyum saja. Semua orang terkejut
tengok Aleeya hari tu. Cantik tu satu pasal. Tetapi yang paling mengejutkan
sebab Aleeya pakai tudung dan pakaiannya tidak mendedahkan aurat, tertutup
rapat!
“Yer ker?”
duga Aleeya. Rayyan memegang tangan kanan Aleeya dan merangkul pinggang Aleeya.
“Play boy
Kuala Lumpur, pantang nampak perempuan berdahi licin sikit mula lah nak
perayat!” jawab Marlia lagi.
“Hahahaha..
sudah Kak Mar. Takut balik rumah nanti, saya tak boleh masuk ke dalam rumah
pula!” balas Rayyan. Aleeya mencubit lengan suaminya.
“Tapi best
lah tengok Encik Rayyan dan Puan Aleeya, sama cantik, sama padan..,” celah Ana
yang sejak dari tadi hanya mendiamkan diri.
“Best??
Kenapa pula??” duga Rayyan ingin tahu. Aleeya hanya tersenyum saja. Sakit hati pun tak gunalah.
“Encik
Rayyan pun ada jawapannya kan?” balas Marlia. Rayyan mengangguk. Aleeya memandang anak mata suaminya.
“Apa pun
tahniah dari kami, semuga bahagia sampai ke akhir hayat!”
“Terima
kasih..,”
Patutlah
semua orang memandang ke arah mereka berdua sejak dari tadi, rupanya Rayyan
memang suka berkunjung ke pasaraya yang terkemuka di Kuala Lumpur ini.
“Liya tak
cemburu ke tadi?”
“Cemburu??”
“Ha, ah.
Perempuan tu semua suka kat abang!”
“Uweek..
nak termuntah Liya dengar!”
“Dengki
lah tu!”
“Kahwin
dengan abang kena buang sifat cemburu lah, sebab abang memang banyak perempuan
pun. Abang ingat Liya tak tahu ke abang nie banyak simpan mak we sampai
sekarang? Buang lah tabiat abang tu, takut bila kita ada anak nanti, anak tak
kenal mama dia sendiri pula?” nasihat Aleeya lembut saja. Mereka masuk ke butik pula. Mata Aleeya
terpandang tudung yang sedia tergantung. Tangan Aleeya sudah mencapainya. Nak
beli lah, suruh cek abang bayar nanti. Aleeya sudah pun menyambar dua helai
tudung yang dia berkenan dan menghulurkan kepada jurujual kat situ.
“Ada anak
nanti abang berubah lah!”
“Ada anak
baru nak berubah? Kenapa tak berubah sekarang!”
“Berubah
untuk Liya? Liya jangan mimpi boleh tak?”
jenggil Rayyan. Aku nak kau
berubah dulu baru nak anak lah. Boleh??
“Abang
tahu apa Liya fikirlah!”
“Apa?”
“Jangan
lah fikir soal anak lagi, abang tak nak kita ada anak sekarang. Besar
tanggungjawab abang..,” jelas Rayyan.
Aku pun tak nak ada anak lagi lah selagi kau tak berubah. Aleeya tersenyum. Kita sependapat ek?
“Liya
kalau senyum manis lah. Nie sikit-sikit tarik muka masam? Tak belajar ke.
Isteri tak boleh muka masam depan suami?” soal Rayyan ketika mereka sedang
menyeberangi jalan. Nampak ais krim kat
kedai runcit. Lapar lah ais krim walaupun baru saja selesai makan.
“Abang
belanja Liya ais krim boleh?” Aku cakap
soal lain, kau cakap perkara lain pula.
“Tutty
Fruitty nak?”
“Tak nak..
solero jadi lah, boleh makan kat dalam kereta nanti..,”
“Lerr..
ais krim seringgit tu?”
“Kenapa?”
“Jom lah,
nanti merajuk pula!”Dia ni memang suka ais krim ke? Abang boleh beli kedai ais
krim tu kat Liya lah kalau Liya minta? Liya boleh tak minta benda yang mahal
dari ais krim ni?
Tak nak
fikir macam-macam dah hari tu. Cukuplah apa yang berlaku tadi. Harap semuanya
selesai. Buat sakit jiwa raga saja fikirkan yang bukan-bukan.
Tambahan
lagi kalau yang ada kaitan dengan suami aku ni?
Aduhai...,