Home Novel Cinta PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKSPRES (BAB 2) - PUTUS TUNANG

Betul kah apa yang aku dengar ni? Bos di sebelah ajak aku kahwin? Aleeya mencubit pipi kanannya. Terasa sakit. Betul lah tu? Tetapi? Dia dengan aku jauh berbeza, hidup kami pun tidak sama. Miskin dan kaya usah cakaplah. Dia kaya raya, aku??? Hutang rumah lah, hutang kereta lah. Macam-macam lagi lah hutang. Lagipun aku tak suka dia.

“Dia memang berkenankan kau, Liya!” beritahu Atun sebaik saja Aleeya mahu masuk ke dalam kereta kepunyaannya. Atun sudah melihat dia dan Rayyan makan tadi. Memang tak boleh elak kali ini kerana mereka berjumpa di restoran yang berdekatan dengan tempat kerja. Mungkin bukan Atun saja yang telah melihat pertemuan pertama antara dia dan Rayyan.

“Kak tun nih...,”

“Sejak awak tunang Azlan lagi, dia asyik kejar awak lah, Liya!” yakin Atun. Aleeya tidak menafikan kerana itu adalah kenyataan. Rayyan ingin berkenalan dengan nya sejak dia menjadi tunang Azlan lagi, dia saja yang menolak. Sekarang, dia bukan kepunyaan Azlan, dia bukan kepunyaan sesiapa lagi.

“Buat malu saja. Perempuan kalau putus tunang macam ini, mesti lambat kahwin. Dah bawa sial dalam keluarga kita. Anak kau ni dah tak laku selepas ini. Duda dan orang tua mana lah jadi menantu kau selepas ni” Jerit mak long sebaik saja rombongan keluarga Azlan pulang. Keluarga Azlan datang untuk memutuskan pertunangan mereka kerana Azlan sudah berkahwin dengan perempuan lain sedangkan hanya tinggal dua minggu lagi tarikh perkahwinan mereka.

“Tak ada jodoh Liya dengan Azlan, kak long!” bela abah. Mak berselidung di belakang abah. Mata mak sudah merah menahan air mata dari mengalir keluar. Kasihan mak, kerana Liya mak mendapat malu.

“Anak kau ni barangkali buat perkara tak elok belakang kita, sebab itu Azlan tinggal. Aku rasa Azlan tu tak salah, anak kau yang salah..,” sambung mak long lagi.

“Hish, kak long ni ke situ pula. Liya tak salah lah!” tegas abah. Geram. Kenapalah kak long ni susah nak faham, dah tertulis bukan jodoh Aleeya dengan Azlan. Jadi mereka berpisah lah. Kalau ada jodoh, mereka tetap akan bersatu juga.

“Anak kau ni kan tinggal di bandar, dia buat jahat mana kau tahu..,” kata mak long masih tidak berpuas hati. Mak long berkawan baik dengan mak si Azlan sejak dari dulu lagi, sebab itu mak long menyebelahi Azlan dan keluarganya dari darah daging sendiri. Atau pun sejak dulu memang mak long cemburukan Aleeya yang menjadi kesayangan abah.

“Sudah lah kak long, saya tak dengar semua itu lagi..,” tinggi suara abah sambil mengimbaskan kain pelekatnya yang menjadi selendang di tengkuk abah.

“Orang kampung cakap anak kau dah ditebuk tupai, sebab itu Azlan kahwin dengan perempuan lain. Aku ni malu kau tahu tak? Bukan seperti kau, jadi saja orang kuat masjid, anak seekor pun kau tak boleh menjaganya..,” bidas mak long sambil menuruni anak tangga rumah.

“Astagfirullahalazim. Saya kenal siapa Liya lah, kak long!” ucap abah sambil memegang bahu Aleeya. Aleeya sudah lah putus tunang, orang pula tuduh Aleeya yang macam-macam. Kalau bukan aku yang memberi sokongan kepada Aleeya siapa lagi yang Aleeya ada sekarang?

Sedangkan Aleeya sudah patah hati dan patah jiwa, Cuma Aleeya tidak menangis saja di hadapan kami. Aleeya tidak mahu kami sedih kerananya. Itulah Aleeya. Tetapi di dalam hati Aleeya siapa yang tahu? Kau orang tidak berada di tempat Aleeya, boleh lah cakap macam-macam...,

“Liya!” kejut Atun. Lamanya aku teringatkan peristiwa dua minggu lepas sampaikan lupa Atun yang berdiri di sebelah keretanya.

“Atun, jangan beritahu orang yer saya jumpa Rayyan tadi..,” pesan Aleeya sambil menarik pintu kereta.

“Atun, simpan rahsia kau lah, Liya!” ucap Atun sambil memegang tangan Aleeya. Tak mahu orang kecoh pula dengan hal ini.

“Terima kasih, Atun!”

“Dah nak balik ke?”

“Yup,”

“Encik Rayyan tu okey lah sebenarnya, Liya. Kita tak kenal hati budi dia, jadi kita ingat dia jahat lah..,” jelas Atun. Aleeya tersenyum saja. Aku ni bakal berkahwin dengan buaya darat ke? Kahwin bukan benda main-main, Liya. Macam mana, hendak tolak? Kalau tolak, hidup aku macam mana selepas ini. Sekurang-kurangnya ada juga orang nak kat aku selepas aku putus tunang dan kahwin tak jadi. Kalau terima? Hmm..,

“Saya nak kena fikir dulu lah, Atun!”

“Kalau aku, aku terima saja lah. Habis cerita!”

“Takuttt..,”

“Takut apanya, dia bukan nak makan kau!”

“Perempuan keliling pinggang!”

“Ah, lelaki sebelum kahwin memang macam tu pun, lepas kahwin okey lah tu!”

Aduhai, aku yang nak jadi isteri dia, bukan kau. Senang lah kau cakap. Aku ni??

“Saya balik dulu lah, Atun!” minta Aleeya. Nak balik nak fikir benda ini? Dua hari saja lagi aku perlu berikan jawapan kepadanya. Dua hari bersamaan empat puluh lapan jam. Bukannya lama pun masa yang diberikan kepada ku.

“Atun tunggu berita gembira dari Liya!”

“Insya allah!”

Sepanjang perjalanan, dia sudah memikirkannya. Aku pernah jumpa dia berkepit dengan perempuan. Bukan sekali tetapi berkali-kali. Relakah aku melihat dia bersama perempuan lain selepas aku menjadi isterinya nanti? Tak mahulah aku kalau berkongsi kasih sayang dengan perempuan lain. Berpegangan tangan dan berpelukan seperti suami dan isteri pula tu. Silap hari bulan aku mengamuk sakan di depan orang ramai. Dia dapat malu, aku pun dapat malu.

“Tolak saja lah Liya. Cari orang lain!”

“Nak cari siapa? Bukan senang lah nak cari orang dalam masa terdekat ni,”

“Lagi pun aku nak tebus malu keluarga aku..,”

“Terima sajalah. Orang bukan tahu siapa si Rayyan itu. Kahwin lah tanpa cinta. Sekurang-kurangnya kau boleh selamatkan maruah keluarga kau di kampung!”

“Betul tu!”

Hmmm.. Mujurlah hari ini Puteri Shima dan Akma ada kursus di Pulau Pangkor, bolehlah dia berfikir lagi. Puteri Shima dan Akma memang tak suka dengan Rayyan sebab mereka berdua selalu kutuk Rayyan setiap kali melihat Rayyan berkepit dengan perempuan. Alih-alih sahabat serumah mereka hendak berkahwin dengan Rayyan pula, mesti mengamuk nanti.

Selesai bersolat, Aleeya baring di atas sofa. Dibukanya tv, tetapi dia tidak melihatnya. Sejak pulang dari kampung minggu lepas, dia hanya berlepak di rumah saja. Malas hendak lepak dengan kawan-kawan satu ofis seperti setiap petang. Orang masih bercakap tentang majlis perkahwinannya yang dibatalkan di saat-saat akhir.

Tindakan Azlan mengundang padah kepada keluarga Aleeya. Mana sempat nak batalkan tempahan. Dia sudah mengambil baju kahwin, sudah tempah hantaran dan bunga telur. Abah pun sudah memanggil orang untuk datang ke majlis perkahwinannya, yang mana sempat boleh lah abah beritahu, tetapi yang jauh-jauh tetap datang pada hari tersebut. Abah buat kenduri kesyukuran saja lah. Makan ala kadar saja. Hari itu Liya hanya berkurung di dalam bilik. Tidak berani keluar dari bilik. Bukan itu saja, Liya juga tidak berani keluar dari rumah.

Memang dia marah kepada Azlan kerana main kayu tiga. Rupanya Azlan pasang dua orang kekasih. Satu adalah Aleeya, dan satu lagi adalah Mirla. Dengan Mirla, Azlan kena tangkap khalwat di hotel. Sebab itu Azlan kahwin tergesa-gesa dengan Mirla. Kononnya mereka terperangkap saja. Entah lah, boleh kah percaya semua ini.

Aleeya terima perkahwinan Azlan dengan Mirla tetapi yang sakit hati apabila Azlan datang ke rumahnya pada malam hari perkahwinannya yang tidak jadi itu. Azlan datang dengan rasa tidak bersalah pun. Malah berlagak dan sombong pula.

“Saya sanggup berkahwin dengan Aleeya, asalkan Aleeya sudi menjadi isteri kedua saya. Dari menanggung malu, lebih baik Aleeya kahwin juga dengan saya,” terang Azlan dengan lantang sekali. Malah mak dan ayah Azlan turut datang bersama Azlan. Mana Mirla? Kenapa tak bawa Mirla sekali? Waktu Aleeya mendengarnya, Aleeya seperti mahu keluar dari bilik untuk bersemuka dengan Azlan saja. Hinanya Aleeya di mata Azlan sampaikan Azlan datang dengan beraninya untuk menyunting Aleeya menjadi isteri kedua. Azlan memang tak layak berkata seperti itu kepada keluarga Aleeya.

“Lupakan Aleeya, Azlan. Jagalah Mirla tu!” kata Abah sambil menahan marah di dalam hati. Kau sudah malukan anak aku, kini senang-senang pula kau mahu ambil dia menjadi isteri keduanya.

“Pak cik, Aleeya tu bekas saya, orang kampung semua tahu tentang itu. Siapa yang nak kan Aleeya lagi, silap hari bulan Aleeya jadi anak dara tak laku..,: sindir Azlan sambil tersenyum tanda kemenangan. Mungkinkah ini memang rancangan Azlan itu memalukan Aleeya?

“Azlan, sebelum penumbuk ni makan muka kau, baik kau balik,” tengking abang ngah sudah naik geram. Muka Azlan pucat lesi apabila dijerkah oleh abang ngah. Itu pun abang long tak ada. Kalau abang long ada, sudah lama Azlan makan penyepak sulong dari abang long.

“Saya balik dulu pak cik, pak cik simpan lah Aleeya jadi anak dara tua di dalam rumah ni..,” kata Azlan sambil berlari balik. Sempat lagi Azlan menghina Aleeya.

“Hey.. Azlan..,” jerit abang ngah mahu mengekori langkah Azlan tetapi abah menghalangnya.

“Sudah lah tu.. jangan diikut perangai si Azlan tu. Dia teruk, tak kan kita pun nak teruk sama..,” sabar abah sambil memegang bahu Azlan.

“Kami balik dulu. Tak jadilah kita berbesan yer!” kata mak si Azlan sebelum melangkah pulang. Abah hanya mengangguk saja. Malas hendak bercakap.

“Apalah punya manusia, sudah lah buat kita malu, datang nak ambil Aleeya pula. Ingat Aleeya tu apa hah?” jerkah abang ngah membuatkan ayah si Azlan hilang suara dan terus balik.

Peristiwa inilah yang membuatkan hati Aleeya terlalu sakit. Setiap malam Aleeya teringatkan peristiwa ini sehinggakan membuatkan Aleeya tidak boleh terlena. Rasa terganggu saja. Apatah lagi apabila terbayang wajah mak. Mak asyik menangis dan tak berani keluar dari rumah sejak peristiwa itu kerana orang asyik bertanya akan diri Aleeya. Kasihan mak!

Aku nak terima lah lamaran Encik Rayyan itu. Risikonya aku akan menanggungnya nanti seorang diri. Cukuplah kalau perkahwinan ini membolehkan orang menutup mulut dari bercakap tentang hal aku dan keluarga aku. Yang penting aku sudah menyelamatkan maruah abah dan mak di kampung. Sebagai anak aku tidak sanggup lagi melihat orang kampung mencaci dan menghina abah dan mak lagi. Tambahan lagi mak long yang setiap hari asyik bercerita tentang aku yang sudah dicop sebagai sial ini.

“Hello Encik Rayyan!”

“Liya ke?”

“Liya lah!”

“Kenapa Liya? Awak ada masalah ke?”

“Saya terima lamaran Encik Rayyan...,”

“Betul ke ni?”

“Betul lah Encik Rayyan!”

“Dua minggu dari sekarang kita kahwin, Liya!”

“Cepatnya..,”

“Esok kita jumpa, ada banyak benda yang saya nak bincangkan dengan awak!”

Seterusnya pertemuan kali kedua antara kami.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.