“ABANG, Liya nak jumpa kawan-kawan petang nanti, boleh
tak?” pinta Aleeya. Seharian berada di
rumah hari ini kerana tersilap mengambil cuti. Rasa rugi pun ada. Dia saja bercuti, Rayyan
bekerja seperti biasa.
Sudah naik boring dibuatnya.
Asyik menonton tv saja. Kebetulan Akma dan Puteri Shima mengajaknya berjumpa
petang ini, ada hal penting kata mereka. Walaupun Akma dan Puteri Shima tidak
hadir pada majlis perkahwinannya tempoh hari dia tidak marah pun kepada mereka.
Memang dia kecil hati tetapi hubungan persahabatan antara mereka masih
berkekalan. Dia tahu mereka tidak suka kepada suaminya kerana sampai sekarang
pun Rayyan masih tidak berubah. Perangai Rayyan masih seperti dulu.
“Hendak ke mana? Tengok wayang?”soal Rayyan di hujung
talian. Rayyan tak pulang makan tengah hari kerana ada mesyuarat penting dengan
papa. Kalau tidak mahu juga menyuruh Aleeya masak untuknya kerana Aleeya kan
tidak buat apa-apa hari ini, boleh bermanja dengan isteri itu. Tetapi papa pula
ajak berjumpa. Tak boleh lah balik makan di rumah.
Jadi, tidak perlu menyusahkan diri untuk menyediakan
makanan. Cukuplah masak untuk diri sendiri. Senang sungguh Aleeya hari ini.
“Nak tengok wayang pun mana ada cerita best lah!” jawab
Aleeya. Vanila Coklat pun masih dalam perbikinan, lambat lagilah nak keluar kat
pawagan. Mungkin tahun depan baru boleh tengok Aiman Mentor dan Izara Aishah
tu. Kenapalah hubungan aku dengan Rayyan tidak seperti Amir dan Zara seperti
dalam drama yang top kat tv tu. Kan best! Hehehe, berangan lah tu.
“Habis nak ke mana sayang?”
“Karaoke kut!” jawab Aleeya menguji hati Rayyan. Kalau
dia boleh ke kelab malam aku pergi karaoke saja pun jadi lah. Tetapi pernah ke
kau pergi Aleeya? Sekali sekala itu ada lah juga.
“Kelab malam lagi best!”balas Rayyan sengaja menduga hati
Aleeya. Sudah tahu Aleeya membenci kelab malam dan dia sengaja berkata seperti
itu. Pergi karaoke boleh buat apa kalau sekadar hendak menyanyi saja. Boringlah
Aleeya. Kelab malam lagi best.
Nanti, pastinya dia akan mendengar suara Aleeya menjerit
memarahinya. Dia sebenarnya suka buat Aleeya marah! Muka Aleeya yang merah dan
matanya bulat itu membuatkan Rayyan senang hati memandangnya. Hehehe...,
“Tak ada tempat lain ke selain tempat macam tu?” jerit
Aleeya geram. Hahaha. Dah agak pun!
“Pergi lah abang izinkan. Tapi jangan balik lewat
sangat!” pujuk Rayyan manja. Aleeya tersenyum senang.
“Terima kasih yer!”
“Sama-sama sayang!”
Lepas Asar dia terus ke rumah Puteri Shima, kerana mereka
berjanji untuk berjumpa di rumah Puteri Shima saja. Bukan hendak ke mana-mana
pun. Dan kalau berjumpa di rumah tentunya ini adalah perkara yang terlalu sulit
dan rahsia kerana hanya diperbincangkan di rumah saja. Apa lagi agaknya. Mereka
berdua kan tidak setuju dia memilih Rayyan menjadi suaminya. Tentu ada hal yang
berkaitan dengan Rayyan. Mereka berduakan Pembangkang nombor satu.
Hidangan petang sudah pun hampir selesai. Hanya berborak
kosong saja sedangkan sejak dari tadi dia kerap melihat Akma dan Puteri Shima
bermain mata saja. Ada hal lah tu tetapi tidak berani untuk memberitahu
kepadanya.
“Cakap lah, aku boleh menerimanya!” gesa Aleeya. Sudah
hampir pukul enam petang, dan dia mahu pulang sebelum pukul tujuh.
“Nah, kau lihat sendiri!” kata Akma sambil mengeluarkan
sampul surat berwarna koko kepada Aleeya. Aleeya menyambutnya dan sedikit
gambar telah keluar dari sampul tersebut. Di keluarkan perlahan-lahan lalu
terpampang lah gambar-gambar Rayyan
sedang berpelukan dengan beberapa orang perempuan di sebuah kelab malam.
Perempuan yang cantik, seksi dan mengoda. Subhanallah.
Aku pun sudah banyak kali melihatnya sejak aku jadi
isterinya. Sabarlah, beri aku sedikit masa untuk mengubah pendirian Rayyan
tu. Jangan paksa Rayyan, dan jangan
desak Rayyan, nanti dia rasa terkongkong dengan tindakan aku. Kalau lah perkara
itu yang aku lakukan tentu dari perasaan mahu mendekati aku dan belajar jatuh
cinta kepada aku menjadi marah dan benci. Andainya itu yang berlaku, sudah
tidak bermakna lagi hubungan aku dengannya.
“Ini gambar lama kan?” soal Aleeya menyejukkan hati
sendiri walaupun Aleeya tahu mukanya sudah pun berubah. Entahlah, dia rasa
terpukul tiba-tiba. Mesti mereka akan
menempelaknya nanti.
“Gambar selepas kau kahwin lah. Tengoklah tarikh. Kau ni
kenapa? Rayyan tak diciptakan untuk kau lah. Andainya Azlan tidak baik, Rayyan
lagilah tidak baik untuk kau. Sekarang masih tidak terlambat untuk kau menarik
diri, jangan sampai ada anak pinak baru kau menyesal nanti!” marah Akma sudah
naik berang dengan sikap Aleeya. Berkeping-keping
gambar dan perempuan-perempuan di dalam gambar pun bersilih ganti. Bukan
seorang tetapi berorang-orang. Aku tahu akan itu. Rayyan tidak pernah berjanji
kepada aku untuk berubah malah memberi amaran jangan mencampuri urusan
peribadinya. Ingat tu Aleeya.
“Kawan perniagaan dia lah!” perlahan saja Aleeya membela.
Kawan perniagaan apa kalau macam ini? Tak sanggupnya untuk terus melihat.
Aleeya menyusun kembali kepingan gambar lalu dihulurkan kepada Puteri Shima.
Puteri Shima tidak pula menyambutnya dibiarkan saja di atas meja bulat. Marah
sangat lah tu.
“Liya kenapa susah sangat kau hendak sedar nih? Hairan
lah dengan sikap kau? Kau ada berhutang apa-apa ke dengan Rayyan si buaya darat
tu?” pintas Puteri Shima pula. Muka Puteri Shima kelat seperti buah pria saja. Hutang
apa? Hutang budi? Mana aku ada berhutang dengan Rayyan.
“Kau perempuan baik, dan perempuan-perempuan baik
selalunya akan mendapat lelaki yang baik. Masih belum terlambat untuk kau
putuskan hubungan kau dengan dia lah!” sambung Akma menyokong kata-kata Puteri
Shima. Kali ini Aleeya tersenyum pula. Kau ingat kahwin ini perkara main-main
ke? Aku perlu takut kepada ALLAH dan
kedua aku perlu jaga maruah dan harga diri abah dan mak di kampung. Aku
berkahwin dengan Rayyan bukan untuk bercerai setelah tahu segala macam tentang
dirinya. Sebelum kahwin pun aku sudah tahu siapa Rayyan kan? Tetapi dia satu-satunya lelaki yang berani
datang melamar aku setelah aku putus tunang. Biar pun apa alasan Rayyan untuk
berkahwin dengan aku, aku bersedia menerimanya menjadi suami aku biarpun aku tahu
dia seorang play boy. Suka main perempuan, suka kelab malam dan suka minum
minuman yang memabukkan itu.
“Terima kasih kerana bagi tahu aku tentang hal ini.
Rayyan perlu masa untuk berubah!” ucap Aleeya memujuk hatinya lagi. Tidak perlu
aku menangis sekarang kerana perkahwinan kami baru masuk dua minggu? Dua minggu
masih terlalu awal, sedangkan Siti Aishah setia di sisi Raja Firaun sepanjang
hayatnya. Raja Firaun yang zalim itu mendapat seorang isteri yang menjadi ahli
syurga. Aku??
Tidak perlu aku naik angin dan mengamuk-gamuk seperti
isteri-isteri yang lain yang cemburukan suami mereka yang mempunyai hubungan
dengan wanita lain kerana Rayyan belum benar-benar jatuh cinta dan sayang
kepada aku? Usia perkahwinan yang awal ini belum boleh membuktikan apa-apa
kerana kami berkahwin bukan atas dasar cinta dan sayang. Andainya dia
benar-benar sayangkan aku, tentu dia akan tinggalkan tabiat buruk ini? Betul
tak?
Jadi, tidak cemburukah aku dengan sikapnya sekarang? Mestilah
aku cemburu kerana dia suamiku dan aku hanya perempuan biasa saja. Cuma aku
tidak mahu terlalu beremosi dan aku tidak mahu menunjukkan rasa cemburu itu
kala ini.
Aleeya simpan lah dalam hati rasa cemburu itu, ingat
pesan abah dan mak di kampung. Banyak-banyak bersabar, Aleeya!
“Kalau Rayyan tak berubah juga macam mana, Liya? Kau mahu
teruskan perkahwinan yang tidak bahagia ini? Kau ni, macam tak ada lelaki lain
lah untuk kau jadikan suami? Frust sangat ke tak dapat kahwin dengan Azlan tu?”
berang Akma semakin menjadi-jadi apatah lagi apabila melihat perangai Aleeya
begitu. Sabar tidak kena pada tempatnya. Kalau kami tak inginlah lelaki seperti
Rayyan tu, makan hati saja lah.
“Rayyan tu jodoh aku...,” jawab Aleeya dengan penuh
yakin. Dia memang jodoh aku, kalau tidak
mesti aku tak kahwin dengannya. Sudah tertulis antara aku dan dia tentang ini.
“Kau ni sudah terkena kut dengan ubat guna-guna Rayyan
ataupun kau gilakan kemewahan si Rayyan tu?” tuduh Akma. Gilakan kemewahan si Rayyan??? Yer ker? Kalau
aku cakap pun siapa nak percaya, sebab Rayyan memang hidup dalam kemewahan pun,
dan kemewahan itu turut dirasai oleh aku yang menjadi isterinya.
“Aik, sudah lain bunyinya. Aku balik dulu lah, nanti tak
pasal kerana suami aku tu kita bertiga pula bergaduh lagi!” balas Aleeya segera
bangun. Tidak mahu lagi mendengar kata-kata teman rapatnya yang menyakitkan
hati. Aku bukan perempuan yang pentingkan kemewahan. Abah aku kat kampung pun
orang senang lah, cuma dia tinggal kat kampung saja. Jadi, orang tak nampak
kesenangan abah aku.
“Jadi apa-apa kat kau, kau tanggung lah seorang diri,
Liya,jangan datang mengadu susah kau tu kat kami pulak,” pesan Akma lagi. Tersentuh hati Aleeya mendengarnya. Selepas
ini aku kena mengadu kat suami aku saja lah, sebab kawan-kawan sudah
menyingkirkan aku di dalam kehidupan mereka.
Air mata mahu mengalir. Tiba-tiba terasa pedih di mata.
Kata-kata Akma dan Puteri Shima menusuk ke jantung dan hati. Pedih juga menikam
ke sukma ataupun kerana perangai Rayyan yang masih tidak mahu berubah walaupun
sudah menjadi suaminya.
Entah lah, bila
berfikir untuk apa dia menangis hari ini? Sedih kerana apa? Kerana Rayyan? Atau
kerana sahabatnya yang tidak mengerti akan dirinya? Atau pun kerana terluka dek perbuatan Rayyan atau kerana apa? Sakit
hati? Sakit hati pada siapa? Tentulah kepada Rayyan, betul tak?
Rasanya dia cemburu dengan Rayyan yang dikelilingi oleh
ramai perempuan-perempuan cantik? Habis kalau sudah ramai perempuan begitu
kenapa tidak berkahwin dengan dia orang saja? Kenapa ajak aku kahwin? Kahwinlah
dengan mereka? Ini datang melamar aku pula? Hish, Liya kau waras ke tak? Tadi
cakap Rayyan tu jodoh kau, sekarang kerana kata-kata kawan-kawan kau, kerana
gambar-gambar suami kau, kau sudah hilang akal, menyoal yang bukan-bukan, cuba
bawa bertenang dan beristifarg banyak-banyak.
“Sayang, abang balik lewat malam ni, ada hal!” beritahu
Rayyan ketika dia sudah masuk ke garaj rumah Rayyan. Cari perempuan lain di
kelab malam lagi ke? Itu saja terlintas di fikiran Aleeya kala ini.
“Tak balik pun tak mengapa lah!” jawab Aleeya bengang. Geram
sudah bercampur dengan perasaan sakit hati dan marah saja.
“Liya, kenapa ni? Abang buat salah apa lagi hari ni?” soal Rayyan yang hairan dengan kata-kata
Aleeya. Naik angin pasal apa pula ni?
“Abang peluk dengan ramai perempuan, ingat Liya tak cemburu
ke? “ terluah juga isi hati Aleeya. Tak boleh nak sekat lagi apa yang ada di
benaknya sekarang
“Hahaha.. peluk saja lah, bukan tidur sekali pun. Liya
saja yang tidur dengan abang. Perempuan lain tak pernah lah. Lagipun tak rosak
lah badan abang nih setakat kena peluk dengan perempuan-perempuan tu,” balas
Rayyan sambil ketawa mengekek. Sakitnya Aleeya mendengar. Tetapi betul juga
alasan Rayyan tu, dia kan lelaki.
“Ooo.. kalau Liya buat macam tu?” duga Aleeya. Kau marah
atau tak kalau aku buat seperti kau?
“Buat lah kalau nak makan penampar abang!” talian sudah
dimatikan.
Tahu pun marah.