Aku
sebenarnya jatuh hati kat kau lah, Aleeya. Mana ada lelaki yang nak kahwin
kalau tak ada perasaan cinta dan sayang? Mestilah kerana perasaan itu aku
kahwin dengan kau, Liya. Tetapi kau saja yang tak faham.
Tetapi aku
memang tidak boleh tinggal kelab malam. Tentang perempuan tu, buat apa lah aku
kejar perempuan lain sedangkan apa yang aku impikan dan idamkan sudah ada di
dalam genggaman. Kau ada lah segalanya bagiku.
“Abang,
kenapa tengok Liya nih?” soal Aleeya sambil membuka net di kepalanya. Aleeya
memang cantik dan menawan hati. Tambahan hari ini apabila Aleeya memakai baju
pengantin. Ayu bebenar isteri aku nih.
“Pergilah
bela diri, jangan biarkan mak long menghina Liya kat luar tu!” suruh Rayyan.
Mak long sudah datang buat kecoh. Datang pula bersama keluarga si Azlan.
Mujurlah Azlan tidak datang sama. Nasib baik majlis kenduri telah selesai.
Papa, mama dan keluarga Rayyan turut datang merestui perkahwinan ini dan
keluarga Rayyan telah pulang petang tadi. Kami juga kena cepat-cepat kerana
esok ada majlis resepsi di sebelah Rayyan. Jadi malam ini kena pulang ke Kuala
Lumpur lah jawabnya. Petang di sini belum pun habis, sudah mahu pulang ke Kuala
Lumpur.
“Malas lah
nak layan mak long tu!” bebal Aleeya. Liya sudah dengar semua itu sebaik saja
abah beritahu orang kampung akan perkahwinan Aleeya hari ini. Mak long sebar
fitnah menuduh Aleeya yang bukan-bukan.
“Kalau
Liya tak bela diri, cerita buruk ini orang akan cakap sampai mati lah!” tegas
Rayyan. Dia sudah menjadi isteri aku, jadi aku harus menjaga maruah dan
kehormatannya.
“Dari Liya
layan mak long baik Liya buat kerja yang lebih berfaedah!” dengus Aleeya. Aku
nak kena hantar baju akad nikah dan baju pengantin ini sebelum balik ke KL.
“Mari
abang temankan. Kasihan kat abah kena dengar leteran dari mak long!” ajak
Rayyan sambil menarik tangan Aleeya. Rambut yang terurai dibuat sanggul saja.
Aleeya mencapai tudungnya lalu disarungkan ke kepala.
“Aleeya
sudah dinodai, sebab mengandung lah yang kau buat kenduri tergesa-gesa kan, Mohsin.
Tak sempat nak bertunang sebab perut tu dah ada isi,” lantang suara mak long.
Muka mak mula merah, menahan malu. Mujur abang long dan abang ngah tiada kerana
keluar membeli barang untuk malam ini. Kalau tidak lagi riuh petang ini. Abang
long keluar membeli lauk sebab habis tadi. Ramai sangat tetamu yang datang,
kawan-kawan sekerja semua yang datang, kecuali Akma dan Puteri Shima saja yang
tak sudi hadir.
“Dulu masa
Aleeya putus tunang, kak long tuduh dia sial, sekarang dia tak suci pula.
Janganlah asyik fikir yang bukan-bukan tentang Liya tu,” tenang saja suara
abah. Abah mesti percaya kepada aku dari orang lain.
“Dah
sungguh pun. Patutlah Azlan kahwin dengan Mirla, sebab Liya nie sudah
mengandung anak si Rayyan tu,” sambung mak si Azlan. Rayyan memandang ke arah Aleeya yang diam
saja. Aleeya memang tak pandai nak
melawan cakap orang yang lebih tua darinya terutama cakap abah dan mak. Cakap
mak long pun sama juga lah.
“Cakaplah
Liya masih suci lagi,” bisik Rayyan di telinga Aleeya. Aleeya mengeleng kepala. Mana buktinya aku
masih suci lagi? Aleeya mengelengkan kepalanya.
“Kenapa?”
soal Rayyan mahu tahu jawapan dari isterinya.
“Mak long
tak akan percayakan Liya lah!” jawab Rayyan. Mak long memang tak sukakan Liya
sejak dari dulu lagi, ada banyak sebab kenapa mak long tak sukakan Liya.
“Mak long,
saya kenal siapa Aleeya. Waktu saya kahwin dengan Liya, Liya masih suci lah.
Liya ni nak sentuh, nak pegang tangan pun tak boleh sebelum dia jadi isteri
saya,” suara Rayyan. Abah dan mak memandang ke arah Rayyan. Muka mak long masam
mencuka. Begitu juga dengan mak Azlan.
“Tipu,
kalau tidak kau tak kan kau tergesa-gesa nak kahwin dengan dia, lagipun dia kan
isteri kau, mestilah kau bela dia,” kata
mak long masih tidak mahu mengalah. Kan
Liya dah cakap mak long tak akan terima kata-kata dari kita lah.
“Saya baru
sentuh Liya semalam dan Liya masih suci sebelum saya tidur dengannya semalam!”
beritahu Rayyan membuatkan muka Aleeya naik merah menahan malu dan tersipu.
“Abang
ni..,” balas Aleeya sambil mengigit bibirnya.
Tak payah lah cakap semua itu, buat malu saja lah.
“Dah
sungguh, abang cakap perkara yang betul lah!” tegas Rayyan. Mak long menarik
muka dan segera bangun.
‘Tu Rayyan
dah cakap kan, jadi terbuktilah Liya masih anak dara sebelum ini. Saya percayakan
anak-anak saya kak long. Liya ni saya asuh dengan didikan agama, kalau Liya
buat salah juga memang saya akan hukum Liya, sebab salah tetap salah. Jangan
tuduh Liya buat benda jahat tu, berdosa
tu kak long!” celah abah. Semakin
bengang mak long mendengarnya. Begitu juga dengan mak si Azlan.
“Kami
balik dulu lah. Kau dah dapat menantu orang kaya, mestilah cakap dia betul
belaka!” balas mak long sebelum pulang ke rumah.
“Pulak??
Kaya pun harta dia, bukan harta saya lah kak long. Saya ni tumpang bahagia saja
kalau anak-anak saja bahagia!” abah sudah naik marah dengan kaa-kata kakak
sulongnya. Mestilah sebab itu bertentangan dengan prinsip abah.
Ahli
keluarga sudah bersurai. Tinggal abah dan mak saja lagi. Aleeya menghampiri
abah lalu duduk bersujud di depan abah.
“Liya tak
buat benda jahat tu abah!” ujar Aleeya membela diri.
“Betul tu
abah, mungkin saya lelaki yang tidak baik tetapi Liya tak seburuk itulah abah!”
bela Rayyan. Mak mengelengkan kepalanya. Aku ada empat orang anak lelaki dan
seorang anak perempuan, anak perempuan bongsu pula tu. Sejak dari kecil
sehinggalah sekarang, suami aku memang lebihkan Aleeya dalam semua perkara.
Liya memang menjadi kesayangan suami aku berbanding anak-anak lelaki ku yang
lain. Tetapi dalam hal didikan agama,
suamiku tidak pernah memberi muka kepada Aleeya. Aleeya kena pukul kalau tidak
pergi belajar al quran, kena rotan kalau tak solat. Kerana hukum tetap hukum
dan berdosa tetap berdosa. Hukum dan berdosa bukanlah perkara yang boleh dibuat
main.
‘Mak
percayakan Liya!” ujar mak sambil tersenyum. Rayyan tu tak pandai menipu.
Lelaki kalau sudah tahu isterinya tidak suci di malam pertama memang dia akan
mengamuk, silap haribulan boleh bertengkar dan bercerai berai pun.
“Abah?”
soal Aleeya. Abah belum pun beri jawapan.
“Sebab
abah lelaki jadi jawapan abah ada kat menantu abah!” gurau Abah sambil menepuk
bahu Aleeya. Rayyan tersenyum penuh makna.
Aleeya terus bangun dan masuk ke dalam bilik. Merajuk dengan abah dan Rayyan.
“Kenapa
pula yang tarik muka ni?” soal Rayyan yang mengekori Aleeya. Baju-baju
dimasukkan ke dalam beg. Begitu juga alat make up yang bersepah atas almari
solek.
“Abang tak
nak balik ke?”
“Nak lah.
Awal lagi kan?”
“Siapa
cakap? Bertolak pukul sepuluh kan, kita nak kena hantar baju pengantin dulu
lah!”
“Tak
sempat malam ni, esok pagi lah balik, majlis kita tengah hari,”
“Lagilah
kalut kalau tolak sebelah pagi..,”
“Abang dah
tak kisah tentang majlis esok tu sebab semua yang abang nak dah dapat, jadi majlis
esok dah tak penting..,”ujar Rayyan sambil menyimpan barang-barangnya. Isnin
dah mula bekerja sebab memang tak boleh bercuti pun. Liya pun masuk kerja Isnin
juga.
“Apa yang
penting dalam hidup abang agaknya?” soal Aleeya, tangan masih sibuk mengumpul
barang-barang yang menjadi miliknya. Selepas ini lambat lagilah nak balik ke
kampung, tambahan lagi sudah ada suami, lagilah payah nak hulur kaki ke kampung
kali ini.
“Hahahaha...,
“
“Cakaplah..,”
“Abang
kahwin dengan liya sebab nak tidur dengan Liya saja lah, nak rasa kesucian
gadis bertudung dan kampung pula tu, betul ke gadis bertudung ini pandai
menjaga kehormatan diri. Takut pakai saja tudung tetapi tak suci lagi..,”
jawapan dari Rayyan membuatkan Aleeya mahu menangis saja. Terketar tangan dan kaki. Hari itu cakap
macam ini, sekarang cakap begini pula. Sah, kau memang play boy sejati.
Andainya
air mata aku mengalir keluar tentu abah dan mak rasa pelik. Jadi kena kawal
perasaan. Kena kawal air mata! Walaupun nak menangis sangat-sangat.
“Liya!”
panggil Rayyan sambil menghampiri Aleeya. Dipeluknya Aleeya dari arah belakang.
“Liya dah
buktikan Liya memang gadis kampung yang menjaga kehormatan diri kan? Puas hati
abang?”
“Rugi
Azlan tak dapat Liya!”
‘Jangan
sebut nama Azlan boleh tak, Liya tak suka!”
“Liya suka
siapa? Suka Rayyan?” tanya Rayyan. Aleeya menyiku dada suaminya.
“Sakit
lah, Liya!” keluh Rayyan. Aleeya tersenyum saja. Macam tu pun sakit, apa lah
abang ni..,”
“Kata play
boy, kena siku dengan gadis kampung pun sakit ke?” balas Aleeya. Semakin kuat
Rayyan memeluk Aleeya, lalu dikucupnya dahi Aleeya. Aleeya merenggangkan pelukan. Di ambil
handset kepunyaannya. Handset kepunyaan Rayyan diserahkan kepada Rayyan. Rayyan
menyambutnya lalu dimasukkan ke dalam poket seluar jeansnya.
“Banggalah
sebab boleh kahwin dengan abang kan?”
“Hahaha...
bukan bangga lah tetapi kasihan kat abang sebab kena kahwin dengan gadis
kampung saja, pakai tudung pula tu. Selama ini abang kan suka yang pakai
seksi-seksi,”
“Liya tak
nampak pun seksi, pakai baju kurung lah, tak nampak pun bentuk badan Liya,”
“Mana
boleh pamer semua itu untuk lelaki yang bukan nama suamilah encik abang ooi,
semua itu untuk suami saja lah!”
“Sebab itu
lah Liya tak menarik pun..,”
“Tak menarik
sudah. Liya tunggu abang kat bawah, sebab Liya nak jumpa family Liya dulu,”
“Pergilah,
abang nak call mak we dulu, suruh dia tunggu di KLIA nanti,”
“Call lah,
Liya tak boleh masuk campur kan?” tanya Aleeya sambil tersenyum saja.
Liya ni
memang tak reti nak marah orang kut. Aku kata macam-macam pun dia boleh senyum
saja. Cakap nak call mak we pun tak marah juga. Liya ni tak pandai cemburu ke?
Kena buat
Liya cemburu lah baru best!