Home Novel Cinta PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKSPRES(BAB 23) - SALAH SANGKA

Aleeya menempah tiket online untuk ke Sabah hari ini. Memang dia mahu berjumpa dengan suaminya hari ini biar pun dia tahu Rayyan akan pulang keesokan harinya. Memandangkan dia sedang bercuti apa salahnya dia pergi ke Sabah hari ini. Cutinya pada 1 Ramadhan telah dibatalkan kerana Rayyan tidak mungkin akan pulang menyambut awal ramadhan di kampung. Cuti-cuti itu semuanya di ambil sekarang kerana sejak ada duit ini, rasa malas lah pula hendak ke tempat kerja.

Tradisi hari pertama berpuasa pun sudah berubah sejak menjadi isteri Rayyan. Azlan??? Ah, sejak aku berkahwin, seperti sudah berkurun aku lupakan Azlan yang telah melukakan hati aku. Cepatnya!

“Assalamualaikum!” ada orang memberi salam dari luar rumah. Siapalah agaknya datang ketika dia tengah kalut untuk berangkat ke lapangan terbang ketika ini.

“Waalaikummussalam!” jawab Aleeya pantas sambil menuju ke muka pintu dan menariknya. Terpandang wajah Akma dan seorang perempuan hampir sebaya kakak sulongnya. Siapa?

“Ada orang nak jumpa Liya. Dia datang cari Liya di ofis tadi!” beritahu Akma kerana melihat Aleeya seperti sedang tertanya-tanya akan gerangan perempuan tersebut. Dia dan Akma bukan satu ofis tetapi masih bekerja di bandar yang sama. Tetapi Akma dan Puteri Shima bekerja di ofis yang sama. Dia saja kerja di tempat lain. Tentu ada orang di ofisnya meminta tolong kepada Akma kerana Akma adalah teman yang paling rapat dengannya.

“Ooo, jemputlah masuk!” pelawa Aleeya sambil tersenyum senang. Perempuan itu juga membalas senyuman.

“Liya, aku ada kerja. Puan, inilah Aleeya, isteri Rayyan yang Puan cari tu!” kenal Akma kepada Puan Rahimah, Pemilik Rumah anak-anak yatim yang terpaksa datang mencari Aleeya kerana ada hal penting.

“Masuk lah Puan!” pelawa Aleeya sekali lagi. Akma hanya melihat Aleeya dengan satu pandangan yang cukup bermakna sebelum memberi tanda isyarat dia ingin beredar terlebih dahulu.

“Terima kasih Puan Aleeya. Panggil saja saya Kak Rahimah!” beritahu Puan Rahimah.

“Saya Liya!” kata Aleeya membawa Puan Rahimah ke ruang tamu.

“Tengok Liya macam ada kerja saja, maaflah kalau kedatangan saya ini menganggu Liya..,” kata Puan Rahimah ketika dia sedang duduk di atas sofa berwarna merah yang empuk itu.

“Ada hal pukul 11. 00 nanti..,” jam bertolak pukul dua belas lebih, sekarang pukul 9.00 pagi. Masih ada waktu yang panjang.

“Yer ker? Tak mengapa akak datang pun sekejap saja!” beritahu Puan Rahimah.

Cerita itu walaupun mengambil masa sepuluh minit tapi telah mengubah pendirian Aleeya dan telah berjaya mengoncang hati Aleeya. Lebur. Rindu terhadap suami tersayang telah menjadi debu yang berterbangan kala ini. Dia tidak mampu, sudah hilang kewarasan diri. Maka sudah datang yang bermacam-macam di dalam kepala otaknya. Malah air mata jernih mahu gugur saja tetapi dia menahannya di dalam jiwa. Sakit dan pedih.

“Maaf, saya tahu Liya mesti tidak menyangkanya tetapi sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memberitahu hal sebenar kepada Liya yang menjadi isterinya..,” sambung Puan Rahimah membawa duka lagi. Wajarkah aku percayakan dia ataupun bertanya kepada suamiku akan kesahihan cerita ini terlebih dahulu? Kalau bertanya, mahukah dia mengaku?

“Tak mengapa, saya faham situasi, Puan!” ujar Aleeya sudah hilang suara.

“Berbincanglah elok-elok dengan suami Puan, cari jalan penyelesaian yang terbaik!” cadang Puan Rahimah lagi sambil bangun dan mohon mengundurkan diri.

Puan Rahimah telah pergi tetapi duka yang dibawa tetap berada di sini. Saat ini dia kehilangan punca, dan kehilangan arah. Hendak cari siapa untuk mengadu? Sedangkan aku rapat dengan abah tetapi tega kah abah untuk menghadapi keperitan ini bersamaku? Tetapi aku mana ada sesiapa lagi selain abah? Ah, tak nak lah menanggung derita ini seorang diri. Lalu dia pantas menghubungi abah di kampung. Itu saja jalan yang dia miliki.

Lalu tanpa rahsia, dia bercerita kepada abah. Satu persatu dan tiada pun yang tertinggal. Abah ada lah teman terbaiknya selama ini.

“Liya, itu masa silam Rayyan lah, nak. Beri Rayyan peluang untuk menebuskan kesilapan dan kesalahannya. Jangan benci Rayyan kerana masa silam Rayyan!” tegur abah membuatkan hati Aleeya kembali tenang. Rupanya abah menerimanya dengan redha sekali bukan seperti aku yang gelabah sakan tadi. Seperti mahu meronta-ronta saja.

“Hah?” terkejut Aleeya mendengar.

“Kenapa terkejut pula? Liya ingat baik dan buruknya, dosa dan pahalanya, kita ke yang tentukan? Siapa tahu suatu hari nanti Rayyan berubah dan dia menjadi lelaki yang lebih baik dari diri kita sendiri? Liya ingat syurga dan neraka tu hak kita ke? ALLAH saja yang berhak ke atas hambanya. Bukan Liya pun. Liya perlu jadi isteri dan beri tauladan yang baik kepada Rayyan. Barulah boleh pikat hati Rayyan dengan islam dan iman..,” panjang lebar abah berceramah. Alhamdulillah kerana aku mendapat seorang abah yang terlalu baik. Abah boleh terima Rayyan, aku???

“Abah tak marahkan Rayyan?” soal Aleeya mohon kepastian. Kalau abah marah Rayyan, bermaksud saham Rayyan jatuh lah sebagai menantu abah.

“Abah marahkan Liya. Macam ini pun nak mengalah dan mengeluh. Abah tak ajar anak abah untuk jadi seperti sekarang,” Lerr, Liya pula disalahkan. Abah ni, berat sebelah lah sekarang.

“Liya sayang abah!” ucap Aleeya. Rasa seperti abah berada di sebelah saja.

“Liya sayang abah atau abang rayyan ni?” gurau abah. Abah mahu lihat Liya bahagia lah dan tentunya abah percaya Rayyan boleh membahagiakan Liya. Abah tengok Rayyan memang tulus dan ikhlas nak berkahwin dengan Aleeya? Aleeya ingat abah kahwin kan Aleeya dengan Rayyan sebab maruah abah ke? Apa guna harga maruah itu andainya Aleeya tidak bahagia?

“Abah nih..,” malu lah Liya. Hehehe. Liya sayang kedua-dua lah. Abah pun Liya sayang, suami Liya pun Liya sayang.

Abah memang sporting pun. Liya mengambil beg sandang dan beg pakaiannya. Jangan leburkan kasih sayang kepada Rayyan yang baru hendak tumbuh itu kerana sesuatu perkara yang belum kita pasti akan kebenarannya tetapi hendak tahu juga jawapan yang sepatutnya. Betul ke apa yang Puan Rahimah sampai kan sebentar tadi?

Tapi aku memang tak boleh bencikan Rayyan pun. Kenapa Liya? Mana lah Liya tahu, hanya hati Liya saja yang ada jawapannya.

Perjalanan KL – Sabah mengambil masa hampir dua jam. Dia sudah dapatkan nombor bilik hotel dari PA suaminya kerana ingin memberi kejutan kepada Rayyan. Baru sedang mencari teksi, telefonnya berdering mohon diangkat. Berita tadi elok dibincang di bilik saja. Kena jaga maruah diri dan maruah suami. Ingat tu, Aleeya. Jangan diturut sangat perasaan awak tu...,

“Liya dah sampai ke?” soal Rayyan girang sekali suaranya. Aik dia tahu ke aku ke sini? Nak buat kejutan apanya?

“Sampai mana?” soal Liya pura-pura tidak faham.

“Sabah!” jawab Rayyan

“Hah?” Aleeya pura-pura lagi.

“PA abang dah beritahu tadi, kat mana sekarang? Abang nak jemput Liya ni!” balas Rayyan mematikan kekejutan di hati Aleeya. Cekapnya dia. Geramnya Liya!

“Ler.. Liya nak buat kejutan kat abang sebenarnya!”

“Hahahaha...,”

Sejambak bunga mawar merah tanda sambutan Rayyan menerima kehadirannya di bumi Sabah. Dan tentunya sebuah ciuman di dahinya tanda dia memang disayangi pun. Bahagianya boleh menatap wajah Aleeya yang dirindui itu. Dan kasih sayang Aleeya telah membawa Aleeya ke sini. Agak-agak lah kalau aku pergi kerja di Afrika, Aleeya sanggup ke datang kepadaku?

“Abang, Liya marah abang sebenarnya!” beritahu Aleeya tidak berpuas hati dengan berita yang datang dari Puan Rahimah. Rayyan tenang saja mendengar kata-kata Aleeya itu. Malah siap boleh tersenyum lagi.

“Kita bincang kat hotel nanti. Kat sini abang tak sanggup tengok isteri abang mengamuk depan orang ramai. Malu!” balas Rayyan. Aku pun tahu malu lah juga.

“Abang tahu malu ek?” pintas Aleeya memberi beg pakaiannya kepada Rayyan.

“Mestilah. Liya cuba bayangkan lelaki handsome macam abang kena marah dengan seorang perempuan bertudung seperti Liya, orang bukannya tahu kita suami isteri, orang ingat abang kacau isteri orang ke, rogol Liya ke?” jelas Rayyan. Aleeya menarik pintu kereta sendiri walaupun Rayyan sedang berdiri di sebelahnya. Rayyan menjeling tajam. Sahih, ada benda yang tak kena? Kena marah dengan mama lah tu sebab Julia sudah pun memberitahu kepadanya apa yang berlaku di rumah mama. Teruk Aleeya kena marah dengan mama kali ini. Itu sebabnya abang tak benarkan Liya ke rumah mama tetapi Liya degil sangat.

Kereta mula berjalan meninggalkan lapangan terbang. Muka Aleeya sejak tadi kurang manis. Senyuman yang manis sedikit tercalar. Ingat pesanan abah, Liya.

Betul, mungkin itu masa silamnya. Sebelum dia kenal aku dan sebelum dia berkahwin dengan aku. Sedangkan aku juga ada masa silam aku sendiri. Kalau lah dia boleh terima aku, seadanya mengapa aku tak boleh terima dia dan masa silamnya? Aku harus beri dia peluang untuk memperbetulkan kesilapan. Sedangkan ALLAH menerima setiap pengampunan dari hambaNYA. Aku??

“Itu lah abang dah cakap jangan pergi rumah mama, Liya pergi juga. Tengok, apa dah jadi?” lembut saja suara Rayyan memujuk hati Aleeya. Abang dah salah sangka ler, bukan kerana mama lah. Liya tak salah mama pun kerana Liya dah ada pendirian sendiri.

“Ju beritahu abang ke?” soal Aleeya. Kerja Julia lah ni. Rayyan mengangguk.

“Macam mana sekarang? Nak buang tudung ke?” soal Rayyan. Aku pilih kau sebab kau pakai tudung dan cara hidup kau yang berlandaskan agama. Kalau kau tidak memakai tudung, apa maknanya lagi, Liya?

“Kalau Liya buang tudung, ramai lah lelaki-lelaki di luar sana yang gilakan Liya..,”seloroh Aleeya.

“Eleh, perasan lah tu!”

“Hehehe..,” Aleeya mula tersenyum. Semua masalah harus diselesaikan dengan cara bijaksana. Lagi pun Rayyan ini seorang suami yang bertolak ansur. Boleh dibawa berbincang walaupun ada ketika anginnya mengalah angin taufan yang datang melanda.

“Abang nak Liya buka tudung ke?” soal Aleeya. Andainya ini permintaan yang datang dari abang, Liya sakit jiwa jawabnya. Mama tu mama mentua, berbanding dengan abang, yang menjadi suami Liya.

“Gatal sangat nak buka tudung ni kenapa?” marah Rayyan. Mulut Aleeya ternganga. Abang marah Liya?

“Manalah tau abang nak suruh Liya buat macam itu supaya mama boleh terima Liya..,” Bila lah masa aku boleh marah dia pula? Boleh jerkah dia? Waktu itu aku mahu lihat dia seperti kucing parsi saja, yang duduk dengan manja sekali.

“Pakai tudung elok-elok nak buang pula? Macam tak ada faedah saja buat kerja tu..” bentak Rayyan.

Liya, elok kau dok diam-diam kata orang Kedah, sebelum bumi sabah ini bergolak kerana kemarahan suami kau tu.

Rupanya kena simpan dululah pertanyaan aku tentang hal yang berkaitan dengan Puan Rahimah, sebab dia sudah macam nak telan aku ketika ini.

Hmm.. diam itu kunci segala kesabaran. Reda kan dulu kemarahan hati cek abang awak, Liya.

Yer lah tu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.