Home Novel Cinta PENGANTIN EKSPRES
TENTANG RAYYAN

Sejak dua mejak menjadi isteri Rayyan ini, aku tak kisah pula dengan umpatan orang. Orang hina aku pun sudah tak ambil peduli kerana ada Rayyan. Sebabnya aku rasa sudah selamat dengan kehadirannya. Jadi, aku rasa semua fitnah orang sudah tidak penting. Rasa okey saja walaupun orang tak suka. Mungkin kebahagiaan yang aku kecapi saat ini dapat menepis semua ujian dan cabaran dalam kehidupan.

“Liya!

“Kenapa?”

“Datang bilik abang sekarang. Ada hal lah!” Jam baru pukul 1.05 tengah hari. Kenapa pula ni?

“Malas lah nak pergi. Nanti apa pula kata anak buah abang..,” tentu tak best kalau isteri setiap hari pergi jumpa suaminya kat dalam ofis tu. Tak manis lah.

“Abang beri Liya sepuluh minit, kalau Liya tak datang juga abang buat kecoh nanti!” ugut Rayyan.

“Buat kecoh??”

“Ha, ah!”

“Hish, kejap Liya sampai!”

Dia buat kecoh sungguh, haru aku. Dia bukannya boleh harap sangat. Aleeya sampai. Ketika itu Rayyan sudah menunggunya di muka pintu. Nampak saja Aleeya, Rayyan terus menarik tangan Aleeya masuk ke bilik. Pintu bilik di kunci. Begitu juga dengan kain langsir. Hish.. apa ni?

Baunya KFC dalam bilik ni. Biar berbetul. Aleeya di jemput duduk di kerusi berhadapan dengan meja Rayyan. Lalu Rayyan mengambil kotak KFC diletakkan di atas meja. Ya tuhan, suami aku nih..

Perut memang lapar dari tadi tetapi tak kan nak makan di hadapan dia pulak. Muka Liya sudah naik biru kelam. Malu dan segan. Teringat tahun lepas dia makan bersama Akma di surau wanita dalam jam 10.00 pagi kerana tidak boleh berpuasa. Hari ini? Hendak makan di dalam bilik Rayyan.

“Makan lah, jangan biarkan perut Liya tu kosong. Nanti sakit lain pula yang datang!” pujuk Rayyan. Sebenarnya dia tahu Aleeya malu kepadanya. Hendak malu apa lagi, awak tu isteri saya lah, sayang ooi...

“Mana boleh makan depan orang berpuasa. Itu tandanya Liya tak hormat abang,” dalih Aleeya. Terasa amat segan,

“Makanlah. Abang tak tengok Liya makan!”

“Abang pergi beli sendiri ke?”

“Suruh Sandy beli kan tadi..,”

“Jadi orang akan sangka abang tak puasa...,”

“Biasalah tu!”

Awak memang baik ek...,

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.