“
Beritahu saya adakah puan kenal siapa yang merogol puan?” Tanya seorang anggota
polis yang sedang mengambil keterangan daripada Suraya.
Suraya
pandang wajah anggota polis itu dengan tenang. Wajah yang serius itu kelihatan
seperti Adam. Selama perkahwinan mereka Adam tidak pernah melemparkan wajah
yang mesra kepadanya malah wajah beginilah yang sering dipamerkan kepadanya.
Mahal benarkah harga sebuah senyuman bagi Adam?
Tiba-tiba
wajah anggota polis itu sudah bertukar menjadi Adam. Suraya sendiri pelik
bagaimana ianya berlaku dengan sekelip mata. Rupa-rupanya Adam bijak membaca
langkahnya. Pasti lelaki durjana itu mahu menghalang usahanya untuk menegakkan
keadilan terhadap dirinya.
“
Tahu!” Kata Suraya dengan perasaan benci.
Tidak
lama lagi dia akan menamatkan riwayat Adam yang berada di hadapan matanya.
Lelaki durjana itu tidak akan dibiarkan hidup dengan aman. Dia akan menembak
kepala lelaki itu hingga hancur berkecai. Sungguh dia akan melakukannya.
Adam
yang sedang menulis sesuatu, mendonggak. Suraya tahu pastinya Adam berasa panik
dengan bicaranya itu. Adam pasti menyangkakan bahawa dengan kehadirannya di
situ akan membuatkan dirinya berasa gentar dan akan menarik balik
keterangannya. Ah dia bukannya selemah yang Adam sangkakan selama ini.
“
Siapa?” Tanya Adam dengan suara yang serius.
Suraya
tersenyum lebar. Dia pandang wajah Adam dengan perasaan benci. Tidak lama lagi
riwayat kau akan berakhir di tangan aku! Desis Suraya sendirian.
“
Kau!” Kata Suraya dengan wajah yang selamba.
Anggota
polis yang mengambil keterangan begitu terkejut dengan keterangan Suraya itu.
Ada dua tiga orang rakan sejawatnya yang mendengar mula menumpukan perhatian
kepada bicara Suraya seterusnya. Hakimah yang berada di sebelah semakin gusar.
Ternyata Suraya sudah hilang kewarasannya.
“
Puan, tolong serius sedikit. Saya ulang sekali lagi pertanyaan saya, puan kenal
siapa yang telah merogol puan?” Tanya anggota polis itu.
Suraya
menepuk meja kuat.
“
Aku kata kau! Kaulah! Sial!” Marah Suraya sambil berdiri menghadap anggota
polis yang dikatakan Adam itu.
Terkejut
besar seisi balai itu mendengarkan tengkingan Suraya itu. Tumpuan semakin
diberikan kepada Suraya. Hakimah pula sudah bangun dan cuba menenangkan Suraya
tetapi sebaliknya Suraya menolak tubuh Hakimah agar tidak menganggunya. Dia
mahu membunuh Adam dan dia tidak boleh melengahkan niatnya itu sebelum Adam
terlepas dan melarikan diri.
“
Aku rasa perempuan ni dah gila!” Kata anggota polis itu. Dia kemudiannya
menutup buku rekod aduannya.
“
Siapa kata aku gila?” Tanya Suraya.
Dengan
perasaan marah yang menggila, Suraya terus mendapatkan anggota polis tersebut.
“
Kau ingat kau boleh lepas daripada aku?” Tanya Suraya.
“
Puan….bertenang puan….” Kata anggota polis yang lain pula apabila melihatkan
keadaan Suraya yang sudah tidak terkawal itu.
Hakimah
menangis apabila melihatkan keadaan Suraya itu. Ternyata kisah perit ini memberikan
tekanan yang maha hebat dalam hidupnya.
“
Tolong tangkap dia! Saya rasa kawan saya ini sudah kurang siuman,” kata Hakimah
dengan juraian airmata. Dia benar-benar rasa sedih melihatkan keadaan Suraya
itu.
Mendengarkan
bicara Hakimah itu, beberapa anggota polis terus menangkap Suraya. Suraya
menjerit meminta di lepaskan. Dia juga berkali-kali mengatakan bahawa dia ingin
membunuh Adam dan meminta mereka melepaskan dirinya.
Akhirnya
pihak polis terpaksa menghubungi pihak hospital apabila melihatkan keadaan
Suraya yang semakin mengganas. Suraya kemudiannya di masukkan ke wad sakit
jiwa. Hakimah semakin di hambat pilu melihatkan keadaan Suraya itu yang
sentiasa di rundung malang. Apakah suratan takdir ini benar-benar kejam kepada
sahabat baiknya itu atau ianya mempunyai hikmah yang terselindung? Di dalam hati Hakimah tidak putus-putus
berdoa agar Allah memberikan kekuatan dalam diri Suraya untuk menempuhi dugaan
yang sedang dihadapinya ini.