DUA
PULUH TAHUN KEMUDIAN
“
I ada perempuan baru, cantik sekali. You all nak try ke?” Tanya Thomas seorang bapa ayam di sebuah kelab malam
tersohor di Malaysia sambil memperkenalkan seorang perempuan seksi di
sebelahnya.
“
Wah, cantiknya. Siapa nama?” Tanya Mokhtar yang sememangnya buaya darat.
Darius
yang sedang menghisap rokok sambil mendengar lagu rancak yang sedang
berkumandang sedikit pun tidak memandang kepada Thomas yang sedang
mempromosikan GRO.
“
Nama dia Zetty. Encik Darius tak berminat ke?” Tanya Thomas apabila melihat
Darius yang bagaikan tidak berminat dengan Zetty.
“
You ni tanya pada dia buat apa? Dia
tu gay. Mana ada main perempuan,” kata Mokhtar.
“
Mulut kau baik sikit, Mokhtar. Karang tak fasal-fasal ada muka yang berdarah di
sini,” marah Darius geram sekali.
“
Eh relaxlah bro. Apasal nak marah-marah pula. Bukankah kau yang kata pada aku
dulu yang kau benci perempuan?”
Darius
pandang tajam kepada Mokhtar yang tidak sudah-sudah mahu mencari fasal
dengannya.
“
Memang aku bencikan perempuan tetapi tak bermakna aku gay!” Kata Darius
mempertahankan pendapatnya.
“
Samalah tu!” Balas Mokhtar sambil mencebirkan bibirnya. Dia mengangkat kening
kepada Thomas meminta lelaki itu mengiakan pendapatnya. Sempat juga dia
menjeling kepada GRO Thomas yang telah membuatkan nafsunya bergelora.
Darius
makin bengang. Tercabar kejantanannya apabila Mokhtar berkata begitu.
“
Take it easy, Encik Darius. Jangan
bimbang kalau Encik Darius tak berminat dengan Zetty, saya boleh kenalkan
lelaki lain kepada Encik Darius. Semuanya jambu-jambu belaka,” kata Thomas.
Geli
Darius mendengarnya manakala Mokhtar sudah ketawa besar.
“
Oh, please. Aku bukan gay! Geli aku
mendengarnya,” kata Darius kasar sekali. Dia benci dengan gelaran gay yang
bagaikan sudah melekap pada tubuhnya.
“
Alah, janganlah malu-malu Darius. Aku ni open
minded. Pilihlah mana-mana lelaki yang kau suka. Kalau kau nak Thomas layan
kau sekali pun dia sudi,” kata Mokhtar sengaja menyakiti hati Darius.
Darius
berdiri tegak. Mukanya merah bagaikan lahar api yang sedang marak menjulang.
Marahnya sudah tidak dapat ditahan lagi. Dia pandang kepada pelacur yang
bernama Zetty itu. Pakaiannya sungguh seksi sekali. Mukanya dimekap tebal
mengalahkan hantu cina.
“
Dia tu masih dara lagi ke?” Tanya Darius mengawal emosinya.
Ketawa
kuat Mokhtar mendengarnya.
“
Kau ni tanya soalan cepu emaslah. Mana ada perempuan yang masih ada dara di
zaman sekarang ini. Kolotnya kau!”
Mokhtar
tak habis-habis merendahkan Darius. Hanya itu sahaja yang boleh dia lakukan
untuk membuktikan dia lebih hebat dari Darius.
“
Susahlah Encik Darius nak dapat ayam dara sekarang ni. Budak sekolah menengah
pun belum tentu ada dara lagi inikan pula gadis matang begini,” balas Thomas.
“
Eleh, banyak betul alasan kau ni Darius. Kalau tak nak tak payahlah. Thomas tak
marah dan dia boleh bagi lelaki jambu kepada kau. Tak perlulah kau langgan GRO
itu semata-mata nak buktikan yang kau bukan gay,” kata Mokhtar.
Darius
rasa tercabar dan terdesak sekali.
“
Baiklah, aku booking dia malam ini!”
Kata Darius kasar sekali.
Apa
yang dilakukan pada malam ini adalah semata-mata untuk membuktikan kepada
Mokhtar dan Thomas bahawa dia bukannya gay.
“
BETULKAH dia gay?” Tanya Thomas kepada Mokhtar setelah Zetty dan Darius beredar
ke dalam bilik yang telah disediakan di kelab malam tersebut.
“
Betullah, kau tak percaya?” Tanya Mokhtar kembali.
“
Patutlah dia tak pernah melanggan mana-mana GRO di sini,” kata Thomas.
“
Lain kali kau offer lelaki jambu pada
dia. Mesti dia suka. Malam ni sebab tercabar baru dia nak booking GRO kau.
Entah-entah duduk diam je dalam bilik tu,” kata Mokhtar ketawa besar. Dia
berasa suka hati kerana dapat mengaibkan Darius begitu.
“
Sayang sekali,” ulas Thomas lagi.
“
Kenapa pula?”
“
Dia tu seorang lelaki yang berjaya. Dikenali dan dihormati ramai tetapi
melakukan perbuatan songsang begitu. Kalau semua orang tahu dia begitu, pasti
akan jatuhlah kreadibilitinya sebagai seorang yang dihormati,” ulas Thomas
panjang lebar.
“
Pandainya you bersyarah. Macamlah you baik sangat. Kalau you baik tak delah you
buat kerja macam ni,” kata Mokhtar.
“
I bukannya orang pandai jadi terpaksalah buat kerja macam ni untuk kaya
cepat. Hah, you nak CD lucah tak? I ada
banyak stok,” kata Thomas.
“
Boleh juga. I nak Cd gay,” balas Mokhtar.
“
Gay? Ayo…you pun gay juga ke?” Tanya Thomas agak terkejut. Apa nak jadi dengan
manusia zaman sekarang ni yang sudah terpesong daripada akidah sebenar.
Mokhtar
ketawa kuat.
“
Kalau CD Darius dengan pasangan gay dia, I nak tengoklah. Bolehlah I sebarkan kat
semua orang. Baru padan muka dia. Ingat dia hebat sangat?”
“
Ooo rupanya you banyak dengki sama diakah?”
“
Memang I tak suka tengok dia berjaya. I mana suka tengok orang lebih dari I,
akui Mokhtar lagi.
“
Banyak senanglah mau bikin Cd begitu. Sekarang banyak teknologi canggih. Boleh
ubah muka jadi muka dia ma…”