kenali watak-watak dalam aku benci kau!
Puan Hendon- Dendam terhadap arwah suami dan perempuan menjadikan dia mendidik anak dan cucunya untuk membenci perempuan. Perempuan yang angkuh, tamak,berlagak dan materialistik. Berpakat dengan anaknya untuk membuat cucunya membenci ibu dan perempuan. Hampir migrain saya baca ttg perbuatannya.
Adam- Berjoli dan gemar akan minuman keras, dia merupakan seorang yang menganggap perempuan itu pelacur. Suami yang dayus dan mengasari isterinya sendiri. Sanggup menukar isterinya dengan tender kontrak. Saya rasa nak hempuk dia kat dinding.
Suraya- Orang gaji Adam yang kemudian menjadi isteri. Menurut sahaja arahan suami sehingga berada di wad psikatri.
Hakimah- Sahabat Suraya yang baik. Memang saya suka akan kewujudan Hakimah.
Darius- Anak muda yang berjaya di duniawi, tapi gagal dalam akhlak dan ilmu agama. Mempunyai ego yang tinggi melangit. Rasa macam nak patah riukkan tulangnya.
Adlene Kayra- Pesakit jantung berlubang, Puan Hendon merupakan 'penyelamat'. Anak dan isteri yang soleh. Lebih berani daripada Suraya.
Danish Iskandar- sahabat baik Adlene masa induksi, memberi pertolongan dan semangat pada kawannya.
Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.
Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.