“
Darius benci granny. Darius benci granny!” Kata Darius sebaik sahaja wajah
ibunya tersembul di hadapannya. Segera dia memeluk Suraya dengan erat.
Suraya
yang terkejut dengan reaksi anaknya terus mengeratkan pelukan di antara mereka.
Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Fikir Suraya sendirian.
“
Kenapa ni sayang? Tak baik benci granny. Granny kan nenek Darius. Apa yang
granny dah lakukan kepada Darius sampai Darius benci begini?” Tanya Suraya
dengan lembut sekali.
Dia
mengusap kepala anak kesayangannya dengan penuh kasih. Dia bersyukur kerana
akhirnya Darius di bawa pulang juga oleh Adam. Itu pun setelah di desak
beberapa kali oleh Suraya.
“
Darius benci granny. Granny jahat. Darius sayang mama,” kata Darius.
Suraya
mengeluh lemah. Hatinya berasa gusar. Kelakuan Darius tidak pernah begini. Dia
di pagut kebimbangan. Mana tahu Darius di kasari oleh Puan Hendon. Lagi pun
Puan Hendon tidak menyukai dirinya. Kemungkinan juga wanita itu melepaskan
kemarahannya kepada Darius. Suraya semakin bimbang.
“
Apa yang granny dah lakukan? Beritahu mama sekarang, sayang,” tanya Suraya
dengan penuh debaran di dada.
“
Granny kata mama jahat! Mama tak jahat bukan? Mama baik bukan? Darius tahu mama
Darius baik. Granny yang jahat!” Adu Darius.
Dia
mahu ibunya menafikan segala tohmahan yang dilemparkan oleh Puan Hendon sekali
gus dapat menenangkan perasaannya yang gusar. Semenjak dia mengetahui cerita
tersebut hatinya tidak pernah berasa tenang walaupun sesaat.
Berkerut
dahi Suraya apabila mendengarkan bicara anaknya itu. Dia masih berlagak tenang
dan menganggap bicara Darius itu hanyalah omongan kosong daripada anaknya
sahaja. Tidak mungkin ibu mertuanya sanggup memburukkannya sebegitu. Fikir
Suraya sendirian.
“
Kenapa kata granny jahat? Tak baik Darius cakap macam tu. Granny tu kan ibu
kepada papa, jadi Darius kena sayangkan granny sama seperti Darius sayangkan
mama,” nasihat Suraya dalam debaran di dada.
Darius
mencebik. Hatinya sakit. Apatah lagi apabila mendengarkan bicara ibunya yang
masih menyebelahi Puan Hendon. Suraya terlalu baik dan masih mahu menyebelahi
ibu mertuanya sedangkan ibu mertuanya itu sering memburukkan dirinya.
“
Kenapa Darius perlu sayangkan granny sedangkan granny selalu memburukkan mama
Darius?” Denggus Darius kasar sekali.
Berubah
muka Suraya apabila mendengarkan bicara Darius itu. Hatinya pedih bagaikan di
tusuk semalu. Sampai hati Puan Hendon memburukkan dirinya dihadapan zuriatnya sendiri.
Apa sebenarnya tujuan Puan Hendon berkata demikian? Suraya di buru seribu
persoalan yang perlukan jawapan segera.
“
Apa…apa yang granny katakan?” Tanya Suraya tergagap-gagap.
Dia
bagaikan tidak percaya dengan apa yang sedang di dengarinya tatkala ini.
“
Dia kata mama jahat. Mama tak jahat bukan? Granny yang jahat!” Kata Darius
mengulangi bicaranya sebentar tadi.
Suraya
dihimpit sebak. Kalau Darius tiada di hadapannya pastinya dia akan meraung
tatkala ini. Apakah dugaan yang Allah persembahkan lagi kepadanya? Hati Suraya merintih dalam diam.
Suraya
mengusap kepala Darius dengan penuh kasih. Sedaya upaya dia cuba tabahkan hati.
Dia cuba tersenyum walaupun tawar.
“
Kenapa granny kata mama jahat?” Tanya Suraya ingin mengetahui cerita sebenar.
Segera
Darius memeluk Suraya dengan erat. Dia berasa sedih. Dia tidak sampai hati
untuk menyatakan kepada ibunya. Teresak-esak Darius menangis.
“
Granny kata mama tak sayangkan Darius. Granny kata mama suka berfoya-foya sebab
itu mama suka hantar Darius ke rumah granny,” cerita Darius.
Suraya
mengeratkan pelukannya kepada Darius. Sakitnya hati hanya Allah sahaja yang
tahu. Setitik airmatanya mengalir tetapi cepat-cepat di sekanya.
Suraya
melepaskan pelukan antara mereka. Dengan senyuman tawar dia mengelap airmata
yang bercucuran di pipi Darius. Dia terus memandang ke dalam anak mata Darius.
“
Darius percaya?” Tanya Suraya dalam nada yang serak.
Dia
ingin melihat setakat mana Puan Hendon dapat meracuni fikiran anak lelakinya
itu.
Cepat-cepat
Darius mengeleng.
“
Darius tak percaya sebab Darius tahu siapa mama Darius yang sebenarnya.”
Sebak
Suraya mendengar luahan ikhlas anak kesayangannya itu. Segera dia memeluk tubuh
Darius dengan erat. Akhirnya airmata Suraya yang cuba ditahannya semenjak dari
tadi mengalir laju. Dia mencium pipi Darius kiri dan kanan semahunya.
“
Terima kasih sayang. Terima kasih kerana percayakan mama. Mama terlalu
sayangkan Darius. Mama tak tahu apa tujuan granny yang sebenarnya tetapi
kalaulah tujuan granny semata-mata untuk merampas kasih mama daripada anak mama
tersayang, ternyata ianya gagal. Mama yakin kasih sayang antara kita berdua
kukuh dan tiada siapa yang dapat pisahkan kasih sayang antara kita berdua,”
kata Suraya.