“
Mak, ayah, Kayra ada teka teki. Mak dan ayah jawab ye,” kata Adlene Kayra
apabila wajahnya tersembul di sebalik pintu.
“
Teka-teki lagi. Hai tak de benda lain ke yang kau boleh buat?” Tanya Puan
Munirah yang sudah masak dengan perangai anaknya yang satu.
“
Alah…teka teki ni best. Mak dengarlah
dulu,” kata Adlene Kayra sedikit mendesak.
Puan
Munirah dan Encik Bakri saling menggeleng kepala. Namun sengihan mereka semakin
lebar.
“
Hah apa dia?” Tanya Encik Bakri agak berminat.
Adlene
Kayra tersenyum. Suka hatinya apabila bapanya mula berminat dengan teka tekinya
itu.
“
Nenek siapa yang jalannya meloncat-loncat? Cuba teka,” kata Adlene Kayra sambil
mengangkat keningnya.
“
Nenek siapa pula? Tak tahulah mak,” kata Puan Munirah.
“
Ayah?”
Encik
Bakri memegang dagunya sambil berfikir. Namun dia juga buntu. Kadang-kadang
teka-teki yang diajukan anaknya memang tidak masuk di akal. Itu yang membuatkan
Encik Bakri malas mahu melayan.
“
Ayah, cepatlah…” kata Adlene Kayra.
“
Tak tahulah ayah. Nenek siapa yang jalannya meloncat?”
“
Nenek kataklah ayah! Ha ha…” kata Adlene Kayra sambil tergelak besar.
“
Budak bertuah ni. Dia main loyar buruk pula…Kayra..Kayra..” kata Encik Bakri
sambil menggelengkan kepalanya.
“
Kayra ni suka sangat kenakan mak dan ayah begitu. Jangan nak bagi teka teki ni
dengan orang sebarangan. Kang tak kena gaya Kayra boleh makan penamparnya pula,”
nasihat Puan Munirah dengan senyuman lebar.
“
Tahulah Kayra mak. Mak dan ayah nak teka-teki lagi tak?”
“
Sudahlah. Mak dan ayah dah bosan dengan
teka-teki loyar buruk kau tu. Bila Kayra mula kerja?” Tanya Puan Munirah kembali
serius. Kalau di layan makin menjadi-jadi anaknya itu.
“
Insyalaah tak lama lagi kot,” kata Adlene Kayra dengan sengihan lebar. Puas
hatinya kerana dapat mengenakan ibu bapanya. Di dalam fikirannya masih
memikirkan teka teki untuk diberikan kepada kedua ibu bapanya.
“
Dah tahu kat hospital mana Kayra posting?”
Tanya Encik Bakri yang sedang duduk di atas sofa. Tumpuannya masih kepada kaca
televisyen.
Puan
Munirah berasa tidak sabar untuk mengetahui cerita anaknya. Al maklumlah Adlene
Kayra adalah anak sulung mereka dan Adlene Kayra telah mengharumkan nama
keluarga kerana telah berjaya tamat pengajian dalam bidang perubatan dari
universiti luar negara.
“
Tak tahu lagi. Mungkin bulan depan baru tahu, ayah.”
“
Ayah harap biarlah Kayra postingdekat
sini sahaja. Lagi pun banyak hospital di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur ini
baru di buka. Mesti diaorang nak pakai ramai doktor,” kata Encik Bakri.
Kalau
boleh dia mahu Adlene Kayra tidak lagi berjauhan dengannya. Sudah lama Adlene
Kayra merantau di luar negara. Biarlah sebelum Adlene Kayra menamatkan zaman
bujang, Adlene Kayra tinggal bersamanya.
“
Kalau kena posting kat Sabah atau Sarawak macamana?” Tanya Puan Munirah.
Ada
nada kerisauan di sebalik bicaranya itu. Dia selalu membayangkan Sabah dan
Sarawak itu adalah kawasan pendalaman tanpa kemudahan asas yang sempurna. Dia
tidak dapat bayangkan bagaimana Adlene Kayra dapat melalui hidup sebegitu
kelak.
“
Kalau dah kena ke sana terpaksalah Kayra pergi. Lagi pun dah memang tugas
Kayra,” kata Adlene Kayra dengan tenang. Dia masih ingat lagi kepada bicara
bekas pensyarahnya yang meminta agar mereka lebih komited dalam melaksanakan
tanggungjawab sebagai pengamal perubatan. Adlene Kayra sedar tugas sebagai
seorang doktor bukan sekadar merawat pesakit, tetapi juga untuk memastikan
pesakit berada dalam keadaan yang tenang emosinya. Apatah lagi nisbah jumlah
doktor dengan pesakit di tanahair adalah tidak setanding. Maka wajarlah setiap
insan yang bergelar doktor mempunyai kesediaan untuk berkhidmat di mana sahaja
kerana pesakit amat memerlukan doktor untuk mendapatkan rawatan disamping
dorongan dan semangat untuk mengharungi penyakit yang dihidapi.
Dia
sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Sebelum dia memilih bidang kerjaya
ini dia sudah bersedia di tempatkan di mana-mana sahaja. Tugasnya sebagai
doktor tidak hanya tertumpu di kawasan Bandar sahaja. Malah di luar Bandar
mereka lebih memerlukan rawatan yang sewajarnya.
Ketidaksediaannya
ke sana memberikan kesan yang cukup besar ke atas keadaan kesihatan penduduk
luar Bandar malah bakal menyebabkan kematian. Adlene Kayra tahu dalam perkara
ini dia tidak boleh mementingkan diri.
“
Tak kan Kayra nak ke sana? Mak tak sanggup nak biarkan anak mak susah di sana
sorang-sorang. Boleh ke Kayra hidup di tempat yang tiada kemudahan asas begitu.
Lagi pun Kayrakan perempuan,” kata Puan Munirah cukup bimbang sekali.
Ibu
mana yang tidak bimbang jikalau anak daranya di tempatkan di tempat sebegitu.
Malah keselamatan anaknya tidak dapat dipastikan terjamin atau tidak.
Kayra
tersenyum lebar dengan bicara ibunya itu. Dia mengusap telapak tangan ibunya
dengan penuh kasih. Dia faham perasaan ibunya yang telah mengandungkannya
selama sembilan bulan dan melahir dan menjaganya dengan penuh kasih itu.
“
Mak, jangan bimbang. Allahkan ada. Allah akan jaga Kayra walau di mana Kayra
berada. Kayra tak boleh menolak kalau Kayra di tempatkan di sana sebab itu
adalah tanggungjawab Kayra. Lagi pun di sana lebih memerlukan khidmat Kayra
berbanding di sini. Di sini sudah terdapat banyak hospital dan klinik swasta
dan masyarakat boleh memilih untuk pergi ke mana-mana sahaja hospital atau
klinik yang mereka mahu. Tetapi tidak di Sabah dan Sarawak. Keenganan Kayra ke
sana akan menyebabkan kesihatan mereka terjejas dan yang lebih teruk lagi kalau
ianya mengancam nyawa mereka. Dalam soal tugas dan tanggungjawab Kayra tak
boleh pentingkan diri sendiri,” terang Adlene Kayra panjang lebar.
Puan
Munirah hanya mengeluh dengan bicara anak daranya itu manakala Encik Bakri
tersenyum lebar. Dia tidak menyangka anaknya yang dahulunya masih di anggap
hingusan boleh mengutarakan hujah yang cukup bernas. Dia cukup kagum dengan
anaknya itu.
“
Baguslah kalau Kayra berfikiran sebegitu. Ayah doakan yang terbaik untuk Kayra.
Tetapi kalau diberi pilihan ayah harap Kayra pilih untuk berkhidmat di sini
ye,” kata Encik Bakri.
“
Betul tu. Mak pun harap Kayra memilih untuk berkhidmat di sini,” sambung Puan
Munirah mengiakan bicara suaminya itu.
Adlene
Kayra tersenyum lebar. Dia tahu kedua ibu bapanya cukup prihatin terhadap
dirinya. Dia juga kalau diberi pilihan akan memilih untuk terus tinggal di
sini. Berada dekat dengan ibu bapanya yang tersayang.
“
Mestilah. Kalau tidak rindulah Kayra dengan masakan enak mak ni. Mak masak apa
hari ini?” Tanya Adlene Kayra seraya mengubah topik perbualan antara mereka.
Encik
Bakri dan Puan Munirah ketawa mendengarkan pertanyaan yang tidak di duga oleh
anak sulung mereka itu.