“SIAPA pulak yang ganggu aku
pagi-pagi ni? Menyusahkan betul!” rungut Hazrel sambil meraba-raba mencari
telefon bimbit.
“Where are you,
Hazrel Hardy? Kenapa tak balik semalam?” jerkah suara di hujung talian sebaik
sahaja telefon bimbit dilekap ke telinga.
Terkejut Hazrel
dengan jerkahan itu. Diangkat tubuh dan bersandar ke kepala katil. Nama
panggilan di skrin telefon dilihat. Mama! Detik hati Hazrel.
“Kenapa tak balik,
Rel?” ulang Datin Salina, meninggi.
“Morning,
mama,” ucap Hazrel, lembut.
“Mama bukan suruh Rel
ucap selamat pagi pada mama. Mama tanya, kenapa Rel tak balik semalam? Bukan ke
Rel janji nak balik malam tadi? Mama tunggu Rel sampai ke pagi. Batang hidung
Rel tak jugak muncul-muncul. Mama callRel, tak dapat. Rel pergi mana?”
tanya Datin Salina bertubi-tubi tanpa full stop.
Hazrul menggaru-garu
kepala yang tidak gatal. Apa jawapan yang harus diberikan?
“Rel ada perkara yang
nak diurus, mama. Petang ni Rel baliklah.”
“Rel jangan nak
bohong mama. Rel dah sangkut dengan perempuan kat sana ke?”
“Eh, mana ada, mama.
Tak ingin Rel dengan perempuan-perempuan kat sini. Bukannya cantik pun.
Semuanya miskin dan menyusahkan.”
“Kalau mama dengar
cerita yang tak baik tentang Rel, tahulah macam mana nak kerjakan Rel. Ingat
pesan mama. Jangan sesekali terpikat dengan perempuan kat sana. Jangan sesekali
terpikat dengan orang miskin,” pesan Datin Salina, keras.
“Ya, mama. Rel ingat
dan Rel tak pernah lupa itu semua.”
“Qis ada callRel
tak?”
“Tak ada, mama.
Kenapa?”
“Kata Qis, Rel dah
janji nak bawa dia pergi shoppinghari ni, betul ke?”
“Alamak! Rel lupalah,
mama. Memang Rel ada janji nak temankan dia hari ni.”
“Patutlah pagi-pagi
lagi dia dah tarik muka masam. Tak apalah, nanti mama beritahu dia yang Rel tak
sempat nak balik semalam dan janji akan temankan dia esok,” cadang Datin
Salina.
“Terima kasih, mama.
Rel nak mandi ni. Tengah hari nanti, Rel gerak ke KL,” balas Hazrel kemudian
mematikan talian.
Jika tidak dimatikan,
entah apa lagi yang akan dibebelkan Datin Salina. Letih telinganya mendengar
bebelan mamanya itu.
Hazrel membaringkan
semula badannya. Telefon bimbit dicampak ke tepi katil. Fikirannya ligat
memikirkan peristiwa malam tadi. Rasa menyesal kerana menghantar perempuan itu
ke hospital. Tidak pasal-pasal keretanya dipenuhi dengan kesan tompokan darah.
Disebabkan itu dia mengambil keputusan untuk tidak balik ke Kuala Lumpur malam
tadi. Dia perlu menghantar keretanya ke workshop, membersihkan kesan
tompokan darah itu. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia membakar keretanya itu. Benci dengan bauan yang melekat di
dalam kereta. Bauan daripada darah perempuan kampung itu.
Hazrel mendengus
keras. Pertengkaran kecilnya di antara Eddie turut terngiang-ngiang di fikiran.
Kenapa Eddie membela perempuan itu? Eddie juga bercinta dengan perempuan
bernama Humaira. Sudah berkali-kali dia menasihati, namun nasihatnya itu
dipandang sepi oleh Eddie. Entah apa yang dipandang Eddie pada Humaira, dia
sendiri tidak tahu. Nak kata cantik, cantik lagi bibik aku kat rumah tu. Nak
kata kaya, jauh panggang dari api. Dari mana dia jumpa pun aku tak tahu, kutuk
Hazrel dalam hati.
“Huh! Daripada aku
fikirkan pasal Die, baik aku bawa kereta aku ke workshop. Rasa nak
termuntah aku dengan bau perempuan tu,” gerutu Hazrel pula.
Dia bingkas bangun
daripada katil dan melangkah ke bilik air. Dia perlu menguruskan keretanya
terlebih dahulu sebelum balik ke Kuala Lumpur.
“AINmacam
mana hari ni? Dah sihat?” tanya Humaira, risau.
“Ain tak ada apa-apa,
mak su. Dah kurang sakitnya ni,” jawab Nurul Ain. Tidak mahu merisaukan hati
Humaira.
“Macam mana boleh accident?
Ain tak tengok kiri kanan ke?” tanya Eddie pula.
“Ain tak perasan ada
kereta masa tu, Abang Die. Lagipun masa tu memang Ain tengah mengelamun,” akui
Nur Ain, jujur.
“Mengelamun? Apa yang
Ain lamunkan? Ain tahu tak bahaya berjalan sambil mengelamun. Samalah jugak
dengan bawa kereta,” bebel Humaira.
Nur Ain hanya
menunduk. Kesal dengan apa yang terjadi. Nasib baiklah kaca yang tertusuk di
lengannya dapat dikeluarkan. Jika tak, akan memudaratkan dirinya nanti. Dia
mengeluh dalam hati. Bagaimana untuk mengelak daripada dibuang kerja? Sungguh,
itulah yang difikirkannya sehingga ke hari ini.
“Tengok tu,
mengelamun lagi. Apa yang Ain fikirkan? Cuba beritahu mak su. Ain ada masalah
ke? Pasal duit?” tegur Humaira pula.
“Bukan pasal duit.
Ain risaukan kerja Ain. Mungkin Ain akan dibuang kerja nanti.”
“Kenapa pulak dibuang
kerja? Ain buat hal kat tempat kerja ke?” tanya Eddie, prihatin.
“Ain tak buat hal.
Cuma dalam bulan lepas, hampir sepuluh kali Ain lambat ke tempat kerja.
Disebabkan itu, bos besar nak ambil tindakan pada staf yang bermasalah
termasuklah Ain,” jelas Nur Ain berserta keluhan berat.
“Kalau Ain kena
buang, Ain kerja dengan Abang Die aje. Habis cerita,” putus Eddie.
“Betul jugak tu.
Tempat mak su pun ada jugak kosong. Kalau Ain kena buang, Ain boleh kerja
dengan mak su atau Abang Die,” cadang Humaira tersenyum.
Nur Ain tersenyum
pahit. Tidak mungkin dia akan menerima cadangan Humaira dan Eddie. Tidak mahu
menyusahkan Humaira. Begitu juga dengan Eddie. Walaupun Eddie baik dengannya,
itu tidak bermakna dia akan mengambil kesempatan di atas kebaikan itu.
“Ain kenal tak siapa
yang langgar Ain malam tadi?” tanya Eddie, berbasa-basi.
“Tak kenal. Tapi
lelaki tu jugak yang hampir langgar Ain pagi semalam,” jawab Nur Ain, jujur.
Apa gunanya dia
menyembunyikan kebenaran? Ada baiknya dia berterus terang kerana itulah
sifatnya yang semula jadi. Jujur dan berterus terang.
“Pagi semalam?” ulang
Humaira sedikit menjerit.
“Maknanya, Rel
langgar Ain sebanyak dua kali dalam sehari,” rumus Eddie.
“Rel?” ulang Nur Ain
berkerut dahi.
Eddie dan Humaira
mengangguk serentak.
“Hazrel kawan baik
Abang Die. Dia jugak yang bawak Ain ke sini. Kalau dia lambat hantar Ain,
mungkin luka Ain akan dijangkiti kuman,” terang Eddie.
“Kalau macam tu, Ain
dah terhutang budi dengan dia. Jadi Ain kena ucapkan terima kasih pada dia sebab
hantarkan Ain ke hospital.”
“Orang macam tu buat
apa nak berterima kasih. Dia bukannya faham maksud terima kasih tu!” bentak
Eddie, keras.
“Tapi Abang Die, dia
dah...”
“Dia mintak Ain bayar
kos keretanya yang calar dengan kusyen yang terkena darah Ain semalam,” pintas
Humaira.
Membuntang mata Nur
Ain mendengarnya.
“Kalau Ain tak bayar,
dia akan cari Ain sampai dapat,” sambung Humaira.
“Mana Ain nak cari
duit?” keluh Nur Ain, perlahan.
“Tak apa, Ain. Biar
Abang Die bayarkan untuk Ain.”
“Mak su pun boleh
bayarkan untuk Ain.”
“Ain boleh bayar, mak
su, Abang Die. Nanti Abang Die tanya Encik Hazrel, berapa yang Ain perlu
bayar?”
“Abang Die boleh
tolong bayar untuk Ain,” tegas Eddie.
Nur Ain menggeleng.
Tidak sama sekali dia akan menerima pertolongan Eddie dan Humaira. Dia yang
mendatangkan masalah, maka dia juga yang akan menyelesaikannya.
“Ain ada duit. Ain
boleh guna duit simpanan Ain untuk bayar. Abang Die tolong tanyakan pada Encik
Hazrel,” putus Nur Ain seraya membaringkan badan. Tidak mahu membincangkan
tentang itu lagi. Keputusannya muktamad!
“ANAK mama dah
balik?” sahut Datin Salina, girang seraya memeluk anak
bujangnya itu.
“Rel dah makan? Kalau
belum, mama mintak Mak Tun siapkan.”
“Tak apalah, ma. Rel
tak lapar. Papa mana?” tolak Hazrel sambil melabuhkan punggung di sofa.
Keletihan amat dirasai waktu ini.
“Papa ada meetingkat
luar. Malam nanti baru papa balik,” beritahu Datin Salina turut sama melabuhkan
punggung bersebelahan Hazrel. Wajah anak kesayangannya itu ditatap kasih.
“Oh, meetingapa?”
“Apa lagi kalau bukan
Syarikat Pemborong Intan tu.”
Hazrel mengangguk.
Matanya terasa berat ketika ini. Terasa juga sengal-sengal di badan akibat
memandu terlalu lama.
“Mama, Rel naik atas
dululah. Penat.”
“Rel, malam nanti
temankan mama ke majlis Puan Sri Ainun. Mama nak kenalkan Rel dengan
kawan-kawan mama. Mama dah ajak Qis sekali.” Suara Datin Salina.
“Ma, Rel penatlah.
Mama pergi ajelah dengan Qis,” tolak Hazrel.
“Tak boleh. Mama dah
janji dengan Puan Sri nak kenalkan Rel dengan dia.”
“Tapi mama...”
“Pukul 8.00 malam,
Hazrel Hardy,” tegas Datin Salina seraya bangun.
Kemudian dia berjalan
menuju ke bilik di tingkat atas. Dia perlu mencari pakaian yang sesuai untuk ke
majlis malam nanti.
Hazrel melepaskan
keluhan. Bukannya dia tidak mahu menemani mamanya ke majlis-majlis seperti itu.
Dia cukup rimas dengan suasana hingar-bingar dan ramai orang. Tambahan pula
rakan-rakan Datin Salina suka mengusiknya. Dan dia tidak suka situasi begitu.
“Sayang!” Qistina terjerit kecil dari muka pintu.
Terkejut Hazrel
dengan jeritan itu. Dia segera menoleh dan membuntang matanya melihat
penampilan Qistina yang hanya berskirt pendek berserta t-shirtsendat.
“Sayang! Bila you
balik? Kenapa you tak callI?” rengek Qistina, manja sambil mengucup
mesra tangan Hazrel. Senyuman manis terbias di wajahnya.
Terkedu Hazrel dengan
tingkah laku Qistina. Belum pernah Qistina berkelakuan seperti itu. Dahinya
berkerut memandang Qistina dengan pandangan pelik.
“Sayang, kenapa ni?
Dahi tu berkerut kenapa? Sayang fikirkan apa?” tanya Qistina sambil mengusap
lembut dahi Hazrel.
“Tak ada apalah. I
nak naik atas. Nak berehat,” bidas Hazrel sambil menolak lembut tangan Qistina.
Langkah diatur menuju
ke bilik di tingkat atas. Tetapi ditahan Qistina.
“You ni memang tak
sayang I ke? You janji nak balik sini malam tadi dan temankan I hari ni. Tapi
you mungkir janji. Sekarang you buat muka monyok you tu. Sakit hati I ni, Rel,”
rajuk Qistina sambil berpeluk tubuh. Dia menarik muka memandang ke sisi lain.
Hazrel mengeluh
berat. Dia menggeleng kecil melihat perangai mengada-ngada Qistina itu.
Bukannya dia tidak mahu melayan Qistina, keletihan yang dialami menguasai
segala-galanya. Otaknya sudah penat untuk berfikir. Malah, peristiwa semalam
masih terngiang-ngiang di fikiran. Sehinggakan dia sendiri tidak tahu apa yang
terjadi pada dirinya itu.
“Qis, I betul-betul
penat ni. Malam nanti kita berbual ya,” balas Hazrel sambil berjalan
meninggalkan Qistina di situ keseorangan.
Qistina mendengus
geram. Dia menghentak kaki menahan kemarahan. Rajuknya tadi tidak memberi
apa-apa makna terhadap Hazrel. Bagaimana caranya untuk memikat
hati Hazrel? Sudah diusahakan pelbagai cara untuk membuatkan Hazrel jatuh cinta
dengannya. Namun satu pun tidak mendatangkan hasil.