“MACAM nilah, aku cadangkan kita buat pamphlet dan edarkan pada
beberapa buah pasar raya dan mini mart. Dalam pamphlet tu, kita mention
yang Cahaya ada menerima tempahan dan mengedar barangan runcit serta barang
keperluan yang lain. Mungkin dari situ kita dapat tarik beberapa customer untuk
mengikat kontrak dengan Cahaya,” terang Izzuddin, jelas dan nyata.
Hazrel mengangguk faham. Matanya masih
lagi menatap kertas kerja yang disediakan Izzuddin. Kertas kerja bagaimana
untuk menarik customer untuk memborong di Cahaya Sdn. Bhd.
Terangguk-angguk dia sambil cuba memahamkannya.
“Selain tu, jika ada mana-mana syarikat
yang membuka tender berkaitan dengan businesskita ni, kita boleh jugak
memohon. Dari situ kita dapat keuntungan dan jugak nama Cahaya Sdn. Bhd. akan
terkenal,” sambung Izzuddin lagi.
“Bagus jugak cadangan kau ni, Izz. So, aku nak kau siapkan
kertas cadangan ni semula berserta beberapa olahan yang dah aku tandakan. Aku
akan bentangkan kertas cadangan ni pada papa aku bila aku balik ke sana nanti,”
sahut Hazrel dan menyerahkan semula kertas kerja itu kepada Izzuddin. Kemudian dihalakan matanya ke muka Izzuddin.
“Baiklah, aku akan
betulkan apa yang dah kau tandakan ni. Lepas tu aku serahkan pada kau semula,”
balas Izzuddin sambil mencapai kertas kerja itu.
“Aku dengar Ain
cedera di lengan disebabkan kau, betul ke?” soal Izzuddin.
Berkerut dahi Hazrel
mendengarnya. Bagaimana Izzuddin mengetahui perkara itu?
“Mana kau tahu?”
tanya Hazrel mematikan pertanyaan Izzuddin.
“Aku tahu daripada
Ain. Aku call Ain malam tadi,” jawab Izzuddin.
“Kau call dia?
Macam mana kau calldia?”
“Aku call mak
su dia.”
Hazrel mengangguk
faham. Dia menyandarkan badan ke belakang.
“Aku ingat nak pergi
lawat Ain petang nanti. Kau nak ikut tak?”
“Huh! Tak nak aku.
Mesti rumah dia lebih kurang rumah kau. Lagipun aku nak balik rumah parentsaku
petang ni.”
Izzuddin menggeleng.
Hazrel tidak pernah nak berubah.
“Kau sebagai bos,
kenalah ambil berat pasal pekerja. Kalau kau tak nak orang label kau sebagai
ketua atau bos yang tak berperikemanusiaan, ada baiknya kau melawat Ain.”
“Aku tak hairanlah
kalau dia orang nak gelarkan aku macam tu. Lagipun bukan disebabkan aku dia
jadi macam tu. Dia sendiri yang cuai, tak pandai nak jaga diri sendiri.”
“Rel...Rel...sampai
bila kau nak bersikap macam ni? Ego tak bertempat. Kalau kau tak nak pergi
melawat Ain, tak apalah. Aku pergi dengan Fauziah dan Encik Latif aje,” balas
Izzuddin seraya bangun.
“Aku balik bilik
dulu. Banyak kerja yang nak diuruskan. Sebelum tu kau jangan lupa perjumpaan
kita malam ni,” sambung Izzuddin dan melangkah ke muka pintu bilik.
“Perjumpaan apa,
Izz?” tanya Hazrel kurang mengerti.
“Kau ni Rel, macam
orang tualah. Perjumpaan kawan-kawan universiti kita dulu kat restoran tepi
tasik tu,” jawab Izzuddin mengingatkan.
“Oh, sorry.
Aku memang tak ingat. Nasib baik kau ingatkan aku. Tengoklah, kalau aku tak
jadi balik rumah parents aku petang ni, aku datanglah,” balas Hazrel.
“Tak apalah. Tapi
kalau boleh, joinlah malam ni. Bukan senang kita nak jumpa kawan-kawan
kita balik,” ujar Izzuddin dan berlalu pergi dari bilik itu.
Hazrel hanya
memandang. Keluhan ringan dilepaskan. Hatinya berkira-kira. Perlukah dia
menyertai perjumpaan itu atau balik ke rumah sahaja?
“Encik Hazrel,” tegur
Fauziah dari arah pintu bilik.
Hazrel mengangkat
wajah. Matanya tepat ke wajah Fauziah.
“Ada apa, Fauziah?”
“Ada orang nak jumpa
Encik Hazrel. Dia tunggu kat bilik mesyuarat.”
“Kenapa tak suruh aje
dia ke sini?”
“Saya dah suruh, tapi
dia degil. Dia nak bincang perkara serius dengan Encik Hazrel dalam bilik
mesyuarat tu.”
Hazrel mendengus
kasar. Siapa yang cuba mengarahnya begitu?
“Baiklah. Dalam lima
minit lagi saya ke sana.”
Fauziah mengangguk
faham. Dia segera beredar dari situ menuju ke tempat duduknya semula. Atas
permintaan Eddie sendiri agar tidak memberitahu Hazrel akan kehadirannya di
situ.
Hazrel mengatur
langkah menuju ke bilik mesyuarat. Sepanjang perjalanannya itu, dia merungut.
Suka hati aje nak mengarah aku ke bilik mesyuarat. Belum kenal lagi aku ni
siapa, cebik Hazrel dalam hati.
“Ya, nak apa?” tanya Hazrel sebaik sahaja tiba di bilik mesyuarat
itu.
Eddie menoleh. Sebuah
senyuman pahit dihadiahkan buat Hazrel.
“Huh! Kau ke? Aku
ingatkan siapa. Kenapa tak ke bilik aku aje? Kenapa jumpa kat sini pulak?”
tanya Hazrel tidak puas hati sambil melabuhkan punggung di kerusi.
“Aku tak nak orang
dengar perbualan kita. Sebab tulah aku suruh kau ke sini,” terang Eddie turut
sama melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Hazrel.
“So, apa
masalahnya?” soal Hazrel sinis. Dia berpeluk tubuh menghadap Eddie.
“Aku yang bermasalah
atau kau yang bermasalah, Rel?” tanya Eddie memulangkan pertanyaan Hazrel tadi.
“Aku? Aku bermasalah?
Aku tak pernah ada masalah. Hidup aku tenteram dan damai selama ni. Tapi sejak
aku kenal dengan minah kampung tu, hidup aku jadi kucar-kacir dan tak tenteram.
Ke mana aje aku pergi, mesti ada masalah yang aku hadapi. Sebelum ni tak pernah
aku alami apa-apa masalah,” bentak Hazrel, keras.
Eddie melepaskan
keluhan ringan. Matanya tajam ke muka Hazrel yang beriak selamba. Jika
diikutkan hatinya yang panas, mahu sahaja dia melayangkan sebiji penumbuk ke
muka Hazrel.
“Kau yang cari
masalah kau sendiri, Rel. Ain tak salah apa-apa. Tapi kau yang menciptakan
kesalahan Ain.”
Hazrel mencebik.
Kata-kata Eddie antara dengar ataupun tidak. Malas untuk mendengar ceramah free
daripada Eddie.
“Yang kau bela sangat
dia tu, kenapa? Disebabkan perempuan tu, kita berdua bergaduh. Cuba kau fikir,
pernah tak kita bergaduh sebelum ni? Pernah tak kita bertekak sebelum ni?
Pernah tak kita berselisihan faham sebelum ni?” jerkah Hazrel pantas berdiri.
Nafasnya berombak
menahan kemarahan. Tangannya sudah mengepal penumbuk.
“Aku bukan bela dia,
Rel. Aku tak sampai hati tengok Ain dibuli kau. Ain dah banyak menderita
sebelum ni dan aku tak nak kau tambah penderitaan Ain!” Suara Eddie, meninggi
turut sama berdiri.
Hazrel merenung tajam
Eddie. Bertambah panas hatinya ketika itu.
“Suka hati kaulah.
Malas aku nak bertekak dengan kau,” ujar Hazrel dan berkira-kira untuk keluar
dari bilik itu.
“Berapa yang Ain
perlu bayar pada kau? Aku bayarkan untuk Ain,” tanya Eddie sebelum Hazrel
berlalu pergi dari dalam bilik itu.
Hazrel menghentikan
langkah. Wajah Eddie di hadapan dipandang geram.
“Huh! Kenapa kau
perlu bersusah payah kerana budak tu? Aku akan beritahu pada kau berapa
jumlahnya lepas aku selesaikan masalah aku dengan dia.”
“Apa maksud kau, Rel?
Masalah apa yang Ain timbulkan lagi?”
“Aku nak dia sendiri
yang bayar dan aku tak nak duit kau!”
“Kau dah melampau,
Rel!” marah Eddie seraya memegang kolar baju Hazrel.
“Aku yang melampau
atau kau yang melampau? Kalau kau nak bayar, aku akan kenakan dua kali ganda
bayaran yang dia perlu bayar pada aku,” balas Hazrel, tinggi sambil menolak
tangan Eddie daripada memegang kolar bajunya.
“Kau sebut aje berapa
dan aku akan bayar untuk dia.”
“Okey, kau jangan
menyesal bila aku sebut berapa jumlah yang kau perlu bayar pada aku nanti,”
sindir Hazrel mengejek.
“Aku takkan menyesal,
tapi kau yang akan menyesal. Aku akan bayar berapa jugak jumlah yang kau mintak
asalkan kau tak ganggu dan buli Ain lagi,” bidas Eddie, keras dan beredar dari situ.
Hazrel mendengus
kasar. Matanya memandang ke arah Eddie yang melangkah keluar dari bilik
mesyuarat itu. Semakin benci dan menyampah dengan Nur Ain.
“DATANG dengan
siapa, Gie?” tanya Humaira, berbasa-basi.
“Dengan Encik Izz,
Mai. Encik Latif kata nak datang, tapi ada hal pulak. Dia kirim salam aje kat
Mai dan Ain. Teruk ke luka kat tangan Ain tu?” ujar Fauziah, prihatin.
Humaira melepaskan
keluhan ringan. Dulang air yang ditatang sebentar tadi diletak di atas meja di
ruang tamu.
“Tak adalah teruk
sangat. Cuma luka kecil aje.”
“Luka kecil pun Mai,
boleh merebak jadi besar.”
“Itulah, Mai dah
tegur Ain. Tapi dia tu degil sangat. Ikut aje cakap Rel tu.”
Fauziah meneguk air
dari dalam gelas. Dihalakan mata ke arah Nur Ain yang sedang berbual mesra
bersama Izzuddin di halaman rumah.
“Apa yang Encik
Hazrel dah buat dengan Ain?”
“Ain tu lurus sangat,
Gie. Ikut aje cakap Rel tu sampai bahayakan diri sendiri. Tak pasal-pasal luka
lengan tu disebabkan Rel. Benci betul Mai dengan Rel tu.”
“Encik Hazrel memang
jenis orang yang macam tu, Mai. Gie pernah jugak kena marah dengan dia. Siap
kutuk lagi pun ada. Sakit jugak hati dengar kata-kata pedas dia tu. Mulut
memang tak ada insurans,” luah Fauziah, geram.
“Biarkan ajelah, Gie.
Suatu hari nanti ALLAH akan balas kesemua kejahatan dia. Mai doakan biarlah dia
berkahwin dengan orang yang setaraf dengan kita, Gie. Biar dia tahu langit tu
tinggi atau rendah,” doa Humaira, geram.
“Kau jangan, Mai.
Dibuatnya anak saudara kau terkahwin dengan Encik Hazrel macam mana? Tak ke
termakan sendiri doa kau tu. Aku sekadar mengingatkan aje,” tegur Fauziah.
“Kalau dah jodoh, nak
buat macam mana. Terima dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Reda dengan
ketentuan-NYA,” balas Humaira pula berserta keluhan ringan.
“Kalau betul pun apa
salahnya, Mai. Bolehlah Ain ubahkan Encik Hazrel tu. Gie tengok sesuai sangat
Ain dengan Encik Hazrel. Orang macam Encik Hazrel tu lawannya Ain.
Sekurang-kurangnya Encik Hazrel akan lebih bersikap penyabar dan tenang apabila
berhadapan dengan Ain. Dapat mengawal sikap pemarah dia jugak,” jelas Fauziah
sekadar memberi pendapat.
Humaira mengangguk.
Mungkin ada benarnya dengan kata-kata Fauziah itu. Jauh di sudut hati, dia tidak
mahu mengorbankan masa depan Nur Ain. Dia lebih rela Nur Ain tidak berkahwin
asalkan bukan dengan orang seperti Hazrel itu.
HAZREL menghumbankan tubuh
ke katil. Terasa penat badannya waktu itu. Niat untuk balik ke rumah parentsnya
dibatalkan begitu sahaja. Apa yang tidak kena dengan dirinya itu? Entah macam
mana dia boleh memandu ke rumah Nur Ain. Bagaiman dia boleh tahu di mana rumah
gadis itu? Yalah, aku kan check biodata dia tadi. Bodoh betullah kau ni
Rel, kutuk Hazrel pada diri sendiri. Nafas berat terlepas daripada bibirnya.
Hazrel mengiringkan
badan ke kanan. Matanya tertancap ke bingkai gambar yang elok terletak di atas
meja di sisi katil. Rindu terhadap insan yang berada di dalam gambar itu.
“Rel, kalau suatu
hari nanti Rel jatuh cinta dengan perempuan yang abang cintai, Rel nak buat
apa?” tanya Hazrul sekadar ingin menduga perasaan adiknya itu.
Hazrel ketawa
mendengar pertanyaan abangnya itu. Matanya dikalihkan ke wajah Hazrul yang
sedang beriak tenang.
“Rel, abang tanya ni.
Apa yang Rel akan buat kalau Rel jatuh cinta dengan perempuan yang abang
cintai?” ulang Hazrul sedikit menekan. Geram dengan perangai acuh tak acuh
Hazrel.
“Kalau Rel jatuh
cinta dengan perempuan yang abang cintai?” ulang Hazrel, tergelak.
Hazrul mengangguk.
Matanya menjamah wajah Hazrel.
“Rel takkan rampas
hak abang. Walau bagaimana sekalipun, tidak sesekali Rel akan merampasnya. Rel
sayangkan abang. Rel nak abang bahagia.”
“Kalau abang tak ada
dan dalam masa yang sama Rel jatuh cinta dengan girlfriend abang, Rel
masih nak teruskan tackle girlfriend abang tu ke atau Rel nak lupakan
aje?”
“Kalau abang tak
ada?” ulang Hazrel berkerut dahi.
“Mestilah Rel akan tackle
girlfriend abang tu. Rel takkan lepaskan kalau girlfriend abang tu
cantik.”
“Dia cantik kat mata
abang, Rel,” ujar Hazrul, perlahan.
Wajah Nur Ain bermain
di tubir matanya ketika itu. Senyuman bahagia terbias di bibirnya.
Hazrel mencebik. Raut
wajah Hazrul diperhatikan. Geli-geleman melihat Hazrul yang berjiwang karat
dengan tiba-tiba di hadapannya itu.
“Ada macam Erra
Fazira tak, bang?”
“Rel boleh janji
dengan abang?”
Berkerut dahi Hazrel
mendengarnya.
“Janji? Janji apa?”
“Andai suatu hari
nanti, ALLAH menjemput abang terlebih dahulu daripada Rel. Andai suatu hari
nanti ALLAH termukan Rel dengannya sekali gus jatuh cinta dengannya. Janji
dengan abang yang Rel akan jaga dia sepertimana Rel menjaga nyawa Rel sendiri.
Sayangi dan cintainya sehingga nafas terakhir Rel nanti. Abang yakin hanya Rel
yang boleh penuhi permintaan abang ni,” pinta Hazrul seraya menarik nafas lembut dan dilepaskannya perlahan.
Bertambah berkerut
dahi Hazrel mendengar permintaan Hazrul itu. Dah buang tebiat ke abang aku ni?
Boleh pulak dia suruh aku jaga girlfriend dia? Gila ke apa? Bisik Hazrel
dalam hati.
“Apa abang merepek
ni? Abang demam ya?”
“Abang tak demam dik
dan abang tak merepek. Abang serius dan abang nak Rel janji dengan abang yang
Rel akan jaga girlfriend abang tu baik-baik seandainya Rel jatuh cinta
dengan dia,” bidas Hazrul, tegas.
Hazrel menggaru-garu
kepala.
“Rel,” seru Hazrul.
Menanti jawapan daripada adik kembarnya itu.
“Jomlah, bang. Dah
lewat ni. Nanti mama cari pulak,” dalih Hazrel seraya bangun.
Getaran telefon
menyentak lamunan Hazrel yang panjang. Segera tangannya dimasukkan ke dalam
poket seluar dan mengeluarkan telefon bimbit.
“Hazrel Hardy!”
jerkah suara dari hujung talian.
Kus semangat. Nasib
tak gugur jantung aku dibuatnya, rungut Hazrel sambil mengusap lembut dadanya
yang berombak kencang.
“Kenapa tak balik?”
tanya suara itu, lantang.
Hazrel berkerut dahi.
Mama ni kalau tak jerkah aku, tak sah gamaknya.
“Ma, Rel...” ujar
Hazrel tergagap-gagap.
“Yang tergagap-gagap
tu, kenapa? Rel dah janji dengan mama yang Rel nak balik petang ni. Kenapa tak
sampai lagi?” jerit Datin Salina pula.
Mak ai! Mama aku ni
kalau tak jerit-jerit tak sah gamaknya. Dia ingat ni pertandingan menjerit ke?
Gurau Hazrel dalam hati dan ketawa kecil.
“Kereta Rel masuk
bengkellah, mama. Tu yang Rel tak boleh nak balik petang ni.”
“Rel jangan nak bohong dengan mama. Rel tu bukannya betul sangat.
Ada aje alasan yang nak diberikan pada mama,” bidas Datin Salina, tegas.
“Ma, Rel tak bohong.
Kereta Rel masuk bengkel. Ni pun Rel mintak tolong Izz hantarkan Rel balik
rumah. Kalau mama tak percaya, mama boleh call Izz.”
“Rel kan dah janji
nak balik hari ni. Dah dua kali Rel buat mama macam ni.”
Hazrel menelan liur.
Bukan niatnya untuk berbohong. Entah kenapa dapat dirasakan sesuatu daripada
desakan Datin Salina itu. Sudah pastilah ada kena-mengena dengan Qistina.
“Rel dengar tak apa
yang mama cakap ni?” jerkah Datin Salina.
“Ya...ya ma, Rel
dengar. Okeylah mama, Rel nak mandi ni. Kalau tak ada apa-apa, dalam minggu
depan Rel balik. Byemama. I love you,” balas Hazrel kemudian
segera mematikan talian.
“Kus semangat, nasib
baik lepas.”
Hazrel bingkas bangun
daripada pembaringan. Dia menuju ke jendela dan membuang pandang di situ.
Kata-kata Eddie dan Izzuddin terngiang-ngiang di minda. Kenapa kedua-dua kawan
baiknya itu membela perempuan kampung seperti Nur Ain? Apa yang mereka berdua
pandang pada perempuan itu? Huh! Keluhan berat terlepas daripada bibirnya.
Aku nak ajar kau erti hidup yang sebenar, Ain. Aku nak tengok
sejauh mana kekampungan kau tu, bisik hati Hazrel tersenyum sinis. Semoga
rancangannya berjaya.