“ASSALAMUALAIKUM,
tengku!” sapa Irdina, ramah.
Tengku
Irfan mengangkat wajah. Senyuman di bibir Irdina menyapa mata.
“Waalaikumussalam,”
balas Tengku Irfan kemudian.
“Tengku
dah makan? Kalau belum saya ada belikan makanan untuk tengku,” beritahu Irdina.
Sebungkus nasi lemak diletakkan di atas meja.
“Aku
dah makan kat rumah tadi,” balas Tengku Irfan sambil bersandar di kerusi.
“Dah
makan? Ala… Kenapa tak beritahu tadi?”
Tengku
Irfan berkerut dahi. Kurang faham dengan kata-kata Irdina.
“Rugi
tau kalau tengku tak rasa nasi lemak ni. Sedap!” kata Irdina.
Dia
segera duduk di kerusi. Bungkusan nasi lemak dibuka dan menghidu bauan dari
arah nasi lemak itu. Tanpa berlengah, dijamah nasi lemak tersebut tanpa
menghiraukan Tengku Irfan.
Bulat
mata Tengku Irfan melihatnya. Tidak menyangka Irdina akan bertingkah laku
sebegitu.
“Sedap!
Rugi tau tengku tak rasa nasi lemak ni,” kata Irdina lagi.
Mulutnya
penuh dengan nasi. Rasa nikmat menjamah nasi lemak tersebut melebihi
segala-galanya.
Tengku
Irfan hanya memandang. Entah kenapa dilihatnya Irdina berlainan sekali. Seperti
orang yang tidak berperasaan sahaja. Kenapa dengan Irdina?
“Tengku
nak?” tanya Irdina. Sesuap nasi disuakan ke mulut Tengku Irfan.
“Aku
tak nak. Kau makanlah!” tolak Tengku Irfan.
“Tengku
malu ya. Tak ada orang tengok. Tengku janganlah risau,” kata Irdina, tersenyum.
Tangannya masih menyua ke mulut Tengku Irfan.
“Kau
makanlah! Aku tak nak!” tegas Tengku Irfan.
Irdina
tersenyum. Ditarik tangan lalu memasukkannya ke dalam mulut. Menikmati keenakan
nasi lemak tersebut. Matanya memandang wajah Tengku Irfan. Sejak dari malam
tadi dia berfikir. Berfikir akan syarat-syarat Tengku Iqbal.
Syarat
supaya menjaga Tengku Irfan sebaik mungkin sebagai tukar ganti kepada
pemecatannya. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia bersetuju dengan syarat Tengku
Iqbal asalkan dia tidak dipecat.
“Cuba
makan elok-elok,” tegur Tengku Irfan. Jemarinya mengesat kesan kotoran yang
berada di tepi bibir Irdina.
Tersentak
Irdina dengan perlakuan itu. Dia memandang ke wajah Tengku Irfan yang beriak
tenang.
“Terima
kasih,” ucap Irdina, perlahan.
Tengku
Irfan tidak membalas. Matanya menjamah wajah bersih Irdina. Riak sedih terlukis
di wajah itu. Kenapa Irdina beriak begitu?
“Tangan
tengku tu boleh disembuhkan ke tidak?” tanya Irdina, berbasa basi.
Bungkusan
nasi lemak yang baru habis dijamah dibuang ke dalam tong sampah. Dia segera
bangun dan menuju ke bilik air yang terdapat di dalam bilik itu.
Setelah
membasuh tangan dan mulut, dihampiri meja Tengku Irfan lalu menarik sehelai
tisu dari dalam kotak. Matanya memandang wajah Tengku Irfan. Menanti jawapan
daripada pemuda itu.
“Kenapa
kau tanya?” tanya Tengku Irfan kurang senang.
“Saja
tanya. Boleh sembuh ke tidak?”
“Kau
tak payah sibuk nak tahu. Kau boleh keluar sekarang!”
“Saya
cuma ambil berat tentang tengku. Kalau boleh sembuh, kenapa tengku tak cuba nak
berubat? Maksud saya, rawat tangan tengku tu.”
“Kau
tak perlu nak sibuk dalam hal aku. Kau buat kerja kau sendiri. Dah! Kau keluar
sekarang!” marah Tengku Irfan pantas berdiri. Tajam matanya ke muka Irdina.
Irdina
menelan liur. Kecut perutnya melihat riak tegang di wajah Tengku Irfan.
Ternyata dia sudah tersalah dalam berbicara.
“Kau
buat apa lagi tercegat kat situ. Keluar!” tengking Tengku Irfan.
Terhenjut
tubuh Irdina dek kerana tengkingan itu. Tanpa membalas, dia melangkah keluar
dari bilik itu. Rasa kesal menghuni di hati. Kesal dengan pertanyaannya
sebentar tadi.
Tengku
Irfan segera duduk. Dengusan kasar terlepas daripada bibir. Sakit hatinya
mendengar kata-kata Irdina. Belum ada sesiapa lagi yang bertanya tentang
tangannya itu. Kenapa Irdina sibuk bertanya? Apa tujuan Irdina yang sebenarnya?
“KITA nak ke mana?”
tanya Melisa ingin tahu.
“Aku
nak lepaskan tension sekejap. Lepas
tu kita makan puas-puas,” beritahu Irdina akan perancangannya itu.
“Mak
cik tengah kaya la ni,” kata Melisa lagi.
“Aku
dapat elaun daripada along,” bisik Irdina ke telinga Melisa.
Dia
tersengih buat seketika. Ditepuk lembut poket seluar jeansnya. Lagak seperti orang yang banyak duit.
Melisa
mengangguk faham.
“Kau
nak makan apa? Aku belanja hari ni.”
“Berlagak
nampak?”
“Sekali
sekala nak berlagak jadi orang kaya. Apa salahnya, kan?”
“Kau
kan memang kaya. Buat apa nak berlagak jadi kaya?”
“Ibu
aku yang kaya, bukan aku.”
Melisa
mengangguk perlahan. Ada benarnya kata-kata Irdina itu. Tidak dinafikan yang
Irdina memiliki segala kemewahan. Datin Iznaini seorang usahawan yang berjaya.
Tetapi, Irdina tidak pernah mengambil kesempatan ke atas kekayaan Datin
Iznaini.
Sejak
dari dulu lagi, Irdina dan Irshad mencari rezeki sendiri. Adik beradik itu
belajar sambil bekerja sebelum mereka berdua berjumpa semula dengan Datin
Iznaini. Pertemuan itu tidak menyenangkan Irshad. Kebencian Irshad terhadap
Datin Iznaini sukar untuk dihapuskan.
“Jom
karok!” ajak Irdina seraya menarik tangan Melisa.
Tersentak
Melisa dek kerana tarikan itu. Langkahnya mengekori langkah Irdina menuju ke
sebuah pusat hiburan.
“Irdina
Asyikin?” tegur Naufal, tiba-tiba.
Termati
langkah Irdina dan Melisa dek kerana teguran itu. Masing-masing menoleh dan
wajah Naufal bersama Tengku Irfan menyapa mata mereka berdua.
“Aduh!
Kenapa boleh berjumpa dengan dia orang ni?” keluh Irdina, berbisik.
“Mana
la nak tahu. Kau ni macam ada chemistry
pulak dengan Naufal tu,” balas Melisa turut sama berbisik. Sengihan diberikan
kepada Naufal tatkala bertemu pandang.
“Hish!!
Mengarutlah kau. Siapa la aku dengan Naufal tu? Dia tu kan ramai peminat.”
“Aku
perasan dia syok kat kau.”
“Syok
la sangat. Entah-entah dia syok kat kau.” Irdina menduga. Senyuman terbias di
wajah.
“Mengarut!”
tukas Melisa, keras.
Irdina
ketawa. Sengaja mengusik Melisa.
“Awak
buat apa kat sini?” tanya Naufal, ramah.
“Nak
karok!” jawab Irdina, selamba.
“Karok?”
Naufal berkerut dahi.
“Maksud
Dina, karaoke.” Melisa membetulkan ayat Irdina.
“Oh!
Saya ingatkan apa tadi.”
“Encik
Naufal pulak, buat apa kat sini?”
“Saya
temankan Irfan cari barang. Tak lama lagi, hari jadi Tengku Iqbal. Jadi, kami
nak buat persiapan majlis hari jadi Tengku Iqbal,” beritahu Naufal, tersenyum.
Melisa
dan Irdina mengangguk faham. Mata mereka mengerling sekilas ke wajah Tengku
Irfan. Pemuda itu dilihat sedang mengipas diri sendiri. Mungkin sedang menahan
bahang kepanasan dari kawasan itu.
“Kalau
macam tu, kami mintak diri dulu,” ujar Irdina, ramah.
“Apa
kata Encik Naufal dan Tengku Irfan join
kami berdua karaoke?” cadang Melisa, tiba-tiba. Wajah Naufal ditatap mesra.
“Joinyou all berdua?” ulang Naufal inginkan kepastian.
Melisa
mengangguk dan tersenyum.
“Kau
dah gila ke Mel? Takkan nak ajak tengku poyo tu sekali karok?” bisik Irdina,
keras.
“Ala…
Sekali sekala. Apa salahnya?” balas Melisa lalu tersengih.
“Boleh
juga. Sekadar untuk berhibur,” ujar Naufal sambil mengangguk setuju.
Melisa
bersorak girang manakala Irdina menelan liur sendiri. Bagaimana untuk
berhadapan dengan Tengku Irfan? Kemarahan Tengku Irfan masih terngiang-ngiang
di minda. Perlukah dia menghalang Naufal dan Tengku Irfan daripada menyertai
mereka berdua?
“BOSAN… bosan… bosan…
bosan… bosan… dengan tingkah lakumu. Pergi… pergi… pergi… pergi… pergi… dari
sisiku,” nyanyi Irdina sepenuh hati.
Melisa
yang melihat sudah menepuk dahi. Naufal sekadar tersenyum manakala Tengku Irfan
hanya mencebik.
“Aduh…
aduh… aduh… aduh… aku sengsara. Aduh… aduh… aduh… aduh… robek hatiku. Robek
hatiku. Robek hatiku,” sambung Irdina lagi.
Tidak
dihiraukan pandangan Melisa, Naufal dan Tengku Irfan. Apa yang pasti, dia dapat
melepaskan tekanan yang sedang menghimpit diri.
“Dina!”
panggil Melisa sedikit meninggi.
Irdina
tidak membalas. Dia meneruskan nyanyian.
“Err…
Maaf Encik Naufal, Tengku Irfan. Irdina tu memang macam tu kalau dapat
menyanyi. Tak ingat dunia langsung,” beritahu Melisa, serba salah.
“Tak
apa, Melisa. Janji Irdina gembira,” balas Naufal. Menghalau rasa bersalah gadis
itu.
“Mel!
Marilah sini! Kita menyanyi!” ajak Irdina sambil melambai.
“Tak
apalah Dina. Kau menyanyi seorang-seorang sajalah,” tolak Melisa, lembut.
“Berapa
lama lagi kita kat sini?” bisik Tengku Irfan ke telinga Naufal.
Naufal
memandang jam di pergelangan tangan. Masa baru merangkak ke pukul 9.00 malam.
“Kalau
kau nak stay sini, kau stay la. Aku nak balik.”
“Sekejap!
Aku beritahu pada Irdina dan Melisa.”
Tengku
Irfan hanya mengangguk. Matanya memandang langkah Naufal yang sedang
menghampiri Melisa dan Irdina. Entah kenapa perasaan meluat melihat Irdina
menyanyi menghuni di hati. Malah, tingkah laku gadis itu turut menambah tahap
kebenciannya.
“Kalau
kau nak balik kau balik la dulu. Aku nak tunggu dia orang.”
“What?!” Terjerit kecil Tengku Irfan
mendengarnya.
“Kau
lelaki. Dia orang berdua perempuan. Kau faham, kan?” jelas Naufal.
“Takkan
sebab tu kau sanggup tunggu dia orang sampai habis?” soal Tengku Irfan. Kurang
sedang dengan tindakan Naufal.
“Aku
sanggup! Asalkan keselamatan mereka terjamin,” balas Naufal.
Tengku
Irfan mendengus kasar. Sakit hatinya mendengar jawapan Naufal.
“Kau
okey, kan?” tanya Naufal inginkan kepastian.
“Okey!
Aku blah dulu,” ujar Tengku Irfan dan
beredar dari situ.
Naufal
hanya memandang. Nafas ditarik dan melepaskannya ringan. Dihalakan mata ke arah
Melisa dan Irdina. Kedua-dua gadis itu sedang khusyuk menyanyi. Tercuit hatinya
melihat tingkah laku kedua-dua sahabat baik itu.
“THANKS!”
ucap Irdina, ikhlas.
“Untuk
apa?” tanya Naufal, berkerut dahi.
“Temankan
kami balik.”
“Oh!
Small matter!”
“Small matter bagi encik tapi big matter bagi kami berdua.”
Naufal
ketawa kecil mendengarnya.
“Tengku
Irfan tak marah kat encik ke?”
“Marah
untuk apa?”
“Yalah,
tinggalkan dia. Maksud saya, suruh dia balik sendiri.”
“Tak
ada. Irfan tak kisah.”
Irdina
mengangguk faham. Kakinya melangkah menyusuri deretan rumah di kawasan
perumahannya. Sengaja Naufal memakirkan kereta di rumah Melisa.
Sekadar
untuk berjalan bersama dengan Irdina. Lagipun antara rumah Melisa dan Irdina
tidaklah jauh mana. Hanya selang beberapa buah rumah sahaja.
“Macam
mana dengan kerja awak, Irdina?”
“Kerja
saya?”
“Tengku
Irfan ada beritahu saya yang awak tak dipecat oleh Tengku Iqbal.”
“Alhamdulillah,
Encik Naufal. Kalau tidak, tak tahu kat mana saya nak cari kerja.”
“Kalau
kerja awak bagus, mustahil awak akan dipecat. Saya kenal dengan ayah engku. Dia
menitikberatkan tanggungjawab dan amanah seseorang.”
“Ayah
engku?”
“Papa
Tengku Irfan, ayah angkat saya.”
Irdina
mengangguk. Hampir dia terlupa yang Naufal adalah anak angkat Tengku Iqbal.
“Kalau
saya nak tanya sesuatu, boleh?”
“Tanya
apa, Irdina? Tanyalah!”
“Macam
mana tangan Tengku Irfan lumpuh?”
Termati
langkah Naufal dek kerana pertanyaan itu. Hatinya berkira-kira ketika ini.
Perlukah dia bercerita kepada Irdina tentang Tengku Irfan?
“Maafkan
saya kalau persoalan saya tak kena pada masanya,” kesal Irdina.
“Tak
Irdina. Awak sebagai pembantu peribadi Tengku Irfan seharusnya tahu
segala-galanya tentang Tengku Irfan,” tukas Naufal, lembut.
Irdina
tidak membalas. Wajah Naufal menjadi tatapan mata.
“Dua
tahun yang lepas, Tengku Irfan terlibat dalam satu kemalangan,” mulai Naufal.
“Kemalangan?”
ulang Irdina sedikit terkejut.
Naufal
sekadar mengangguk.
“Tengku
Irfan cuba nak mengelak seseorang masa tu. Disebabkan itu, kereta yang Irfan
pandu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.”
“Mengelak
seseorang? Maksud Encik Naufal?”
“Apa
yang saya tahu, Irfan cuba nak mengelak daripada melanggar seseorang. Jadi,
Irfan tak dapat kawal stereng dan kereta dia melanggar pembahagi jalan yang ada
di situ. Sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan tak dapat nak kawal
kereta dan melanggar bahagian pemandu.”
“Lepas
tu, apa yang terjadi encik?” tanya Irdina berminat untuk tahu.
“Irfan
mengalami kecederaan di kepala dan anggota badan. Doktor sahkan tangan kanan
Irfan lumpuh,” jawab Naufal, tenang.
“Takkan
sebab itu tangan Tengku Irfan lumpuh?” soal Irdina kurang logik.
“Tangan
Irfan tersepit masa tu. Pihak bomba terpaksa potong bahagian depan kereta untuk
keluarkan Irfan.”
Irdina
mengangguk faham. Rasa kasihan menerjah ke dalam hati.
“Alhamdulillah
Irfan selamat dalam kemalangan tu. Kalau awak tengok keadaan kereta Irfan masa
tu, awak akan berfikir sama seperti orang lain. Mustahil Irfan akan hidup.
Tapi, Allah memanjangkan usia Irfan,” terang Naufal lagi.
“Saya
mintak maaf,” ujar Irdina, perlahan.
“Maaf?
Kenapa awak perlu mintak maaf?”
“Sebab
saya panggil dia cacat hari tu. Saya tak tahu pun tangan dia lumpuh.”
“Tak
apalah, Irdina. Perkara dah berlalu. Tak perlulah nak rasa bersalah.”
“Tangan
Tengku Irfan masih boleh dirawat, Encik Naufal?”
“Menurut
kata doktor, 50-50 saja Irdina.”
Irdina
tersenyum hambar.
“Saya
mintak diri dulu. Dah lewat sangat ni,” ujar Naufal, tiba-tiba.
“Haa..
Baiklah! Terima kasih, Encik Naufal,” balas Irdina, ramah.
“Sama-sama.
Hope kita boleh berjumpa lagi.”
“Insya-Allah,
Encik Naufal.”
Naufal
hanya tersenyum. Tanpa menunggu, dia segera beredar dari situ. Rasa selesa
berbual-bual bersama dengan Irdina. Gadis itu seorang yang peramah dan jujur.
“Dia
sangat comel!” puji Naufal kepada Irdina.