“WHAT? Rel jangan nak buang
tebiat. Mama tak setuju!” bantah Datin Salina, meninggi.
“Awak ni Sal, dah
tiba masanya Rel uruskan Cahaya Sdn. Bhd. Syarikat tu pun dah semakin
berkembang,” tegur Dato Ridzuan.
“Saya tetap tak
setuju. Rel kerja dengan Permata Holdings dan bukan Cahaya Sdn. Bhd.”
Dato Ridzuan
melepaskan nafas berat.
“Mama, Rel nak
uruskan Cahaya. Mama tak perlulah risau. Setiap minggu Rel baliklah,” sampuk
Hazrel.
“Mama tetap tak
setuju. Mama tak nak Rel terpikat dengan perempuan kat sana. Rel faham tak?”
jerkah Datin Salina.
“Ma, Rel tahu dan Rel
ingat pesanan mama tu. Mama fahamlah kehendak Rel.”
“Mama tetap tak
setuju!”
“Cuba awak berfikiran
positif, Sal. Anak awak tu nak bekerja, bukannya nak enjoy.”
“Saya tak nak Rel
jadi macam Rul. Disebabkan perempuan kampung, Rul membantah cakap kita. Abang
dah lupa ke semua tu?”
“Saya tak pernah
lupa, Sal. Tapi semua tu dah takdir. Kita tak boleh nak melawan takdir ALLAH.
Awak ingat semua tu, Sal,” nasihat Dato Ridzuan, lembut.
Datin Salina
mendengus keras. Wajah Dato Ridzuan dan Hazrel dipandang tajam. Sungguh, dia
tidak bersetuju dengan niat Hazrel untuk tinggal di Shah Alam sekali gus
menguruskan Cahaya Sdn. Bhd. Dia tidak mahu anaknya itu berjauhan daripadanya.
“Mama, percayalah
pada Rel. Rel janji akan ingat pesanan mama tu. Rel janji akan balik sini
setiap minggu dan Rel janji akan callmama setiap malam. Boleh ya mama,”
pujuk Hazrel, lembut seraya menghampiri Datin Salina. Dipeluk erat bahu mamanya
itu.
“Kalau Rel mungkir
janji, macam mana? Rul pun pernah janjikan yang sama pada mama. Tapi apa yang
terjadi dulu. Rul...” Sukar untuk Datin Salina meneruskan kata-kata. Sebak di
dada tatkala nama Hazrul meniti di bibir.
“Mama, percayalah
pada Rel. Rel takkan jadi macam arwah abang. Rel sentiasa ingat pesanan mama.
Jangan risau ya mama,” pujuk Hazrel lagi seraya mencium pipi Datin Salina.
“Boleh ke mama
percaya cakap Rel?”
“Boleh, mama. Rel
akan kotakan janji Rel tu.”
“Kalau Rel berubah
macam arwah abang...”
“Tak. Rel takkan
berubah,” pintas Hazrel, laju.
“Kalau macam tu, Rel
kahwin dengan Qis. Tak adalah Rel terpikat dengan perempuan kat sana nanti,”
cadang Datin Salina.
“Awak ni dah buang
tebiat ke, Sal? Awak nak paksa budak tu kahwin pulak semata-mata tak nak budak
tu terpikat dengan perempuan kat sana. Gila ke awak ni, Sal?” sampuk Dato
Ridzuan, keras.
Hazrel meleraikan
pegangan dan melangkah ke sofa. Dilabuhkan punggungnya di situ.
“Saya tak gila. Saya
nak Rel berkahwin dengan Qis. Dengan cara tu, Rel takkan mungkir janji dengan
saya. Rel setuju ya nak.”
“Ma, Rel tak sedia
lagi nak kahwin. Umur Rel muda lagi,” tolak Hazrel, lembut.
“Muda Rel cakap? Umur
dah masuk 25 tahun dah memang layak untuk kahwin. Cuba Rel tengok kawan-kawan
Rel, anak kawan-kawan mama, semuanya dah beranak-pinak dalam usia yang muda,”
cerita Datin Salina, bersungguh.
“Tapi mama, Rel tak
cintakan Qis. Rel anggap Qis macam adik Rel sendiri.”
“Mama tak peduli. Rel
kena jugak kahwin dengan Qis!” putus Datin Salina seraya beredar dari situ.
Sakit hatinya mendengar penjelasan Hazrel itu.
Hazrel mengeluh
berat. Sukar untuk melawan dan membantah kata-kata Datin Salina. Apa yang harus
dilakukannya sekarang? Sungguh, dia belum bersedia untuk mendirikan rumah
tangga, malah untuk bercinta juga tidak pernah terfikir dek akalnya. Selagi dia
belum berjumpa dengan gadis yang boleh membuatkan jantungnya berdegup kencang,
selagi itulah dia takkan berkahwin.
“AIN, kenapa
mak su call Ain tak dapat? Ain off telefon ke?” tanya Humaira
sambil melangkah masuk ke dalam bilik Nur Ain.
“Abang Die callpun
tak dapat, kenapa?”
“HandphoneAin
hilang. Ain tak tahu kat mana hilangnya,” jawab Nur Ain jujur.
“Kenapa Ain cuai
sangat ni? Bila hilangnya?”
“Masa Ain accident
dulu. Ain dah cari dalam beg, tapi tak ada.”
“Ya ALLAH, kan dah
lama tu. Kenapa Ain tak beritahu mak su dan Abang Die?”
“Erk...” Nur Ain
menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Patutlah selama ni
mak su calltak dapat-dapat. Rupa-rupanya...”
“Maafkan Ain,” pintas
Nur Ain, laju.
“Mak su pun silap
jugak tak tanya pasal ni.”
“Ain rasa tak
penting, mak su.”
“Tak penting Ain
kata? Walaupun Ain guna telefon tu sekadar untuk menelefon dan menerima
panggilan, ia tetap penting, Ain,” bebel Humaira.
“Mak su, Ain...”
Sukar untuk Nur Ain bersuara.
Ada benarnya
kata-kata Humaira. Malah telefon itu begitu penting buatnya.
“Ain ada cuba call
tak? Selama ni mak su dan Abang Die calltak dapat-dapat, apa kata
Ain cuba pulak. Manalah tahu kali ni dapat,” cadang Humaira, bersungguh.
“Ain tak pernah cuba,
mak su.”
“Apa kata Ain cuba call.
Mak su pasti ada orang yang jumpa dengan phoneAin tu dan dia baik hati
untuk serahkan semula telefon Ain,” usul Humaira pula.
Diserahkan telefon
bimbitnya dan disambut baik Nur Ain. Segera Nur Ain mendail nombor telefon
bimbitnya.
“Dapat, mak su,”
bisik Nur Ain, perlahan.
Humaira mengangguk
sambil tersenyum.
“Assalamualaikum,”
sapa Nur Ain tatkala panggilannya berjawab.
“Hmm... siapa ni?”
tanya Hazrel, kasar.
“Saya nak tanya,
nombor ni milik encik ke?”
“Bukan, kenapa?”
“Sebulan yang lepas,
encik ada jumpa telefon kat mana-mana ke?
“Ada, kenapa?”
“Maknanya telefon tu
bukan milik encik ke?”
“Haah, kenapa?” tanya
Hazrel, meninggi.
Terkejut Nur Ain mendengar suara lantang lelaki itu. Sungguh tidak
beradab dan tidak berbudi bahasa lelaki itu.
“Telefon tu milik
saya. Boleh tak encik serahkan telefon tu semula pada saya?”
“Kau siapa? Kau
jangan nak buat cerita. Entah-entah telefon ni bukan kau yang punya,
pandai-pandai kau mengaku yang telefon ni kau yang punya,” bidas Hazrel, sinis.
“Saya Ain. Nur Ain
Zafira Ibrahim. Telefon yang encik pegang tu memang milik saya. Dah sebulan
telefon saya hilang. Boleh tak encik pulangkan semula telefon tu pada saya?”
pinta Nur Ain mengharap.
Tersentak Hazrel
mendengar nama itu. Nur Ain Zafira Ibrahim, ulang Hazrel dalam hati. Adakah
perempuan di hujung talian itu adalah pekerjanya di Cahaya Sdn. Bhd.?
“Kau kerja kat mana?
Nanti aku serahkan telefon ni pada kau,” tanya Hazrel ingin kepastian.
“Cahaya Sdn. Bhd.,”
jawab Nur Ain.
Matanya mengerling ke
arah Humaira yang berada di sisi. Menanti penuh setia akan perbualannya dengan
lelaki itu.
Huh! Perempuan tu
lagi. Rupa-rupanya telefon ni milik dia. Mungkin terjatuh masa aku bawak dia ke
hospital dulu. Kau ingat senang-senang aku nak bagi balik kat kau? Sakit hati
aku pada kau masih lagi bersisa. Bila Eddie membela kau, bertambah sakit hati
aku dibuatnya. Apa yang dipandang sangat Eddie tu pada kau, aku pun tak tahu.
Monolog Hazrel.
“Esok aku jumpa kau
kat Cahaya Sdn. Bhd. Aku serahkan telefon kau ni balik. Aku pun jijik nak
simpan lama-lama. Buat kotor bilik aku aje. Lepas tu terpaksa chargekau
punya handphoneni lagi, memang menyusahkan. Tapi aku ada syarat buat
kau. Kalau kau tak boleh nak patuhinya, aku takkan serahkan telefon ni pada
kau,” jelas Hazrel, sinis.
Terkebil-kebil mata
Nur Ain dibuatnya. Syarat? Syarat apa yang perlu dipatuhi demi mendapatkan
telefonnya semula? Adakah syarat itu akan memudaratkan dirinya atau pun
tidak?
“Baiklah,” balas Nur
Ain, pendek. Tawakal sajalah.
“Semoga kau tidur
dengan aman malam ni,” ucap Hazrel dan mematikan talian.
Nur Ain melepaskan
keluhan. Diserahkan semula telefon bimbit kepada Humaira. Apa maksud lelaki itu
tadi? Adakah lelaki itu mengenalinya?
“Apa katanya, Ain?”
tanya Humaira ingin tahu.
“Esok dia serahkan
telefon tu pada Ain. Tapi ada syaratnya, mak su. Kalau Ain tak ikut syarat dia,
Ain takkan dapat telefon tu balik,” jawab Nur Ain, jujur.
“Syarat? Syarat apa?
Bukan ke dia yang sepatutnya serahkan telefon tu pada Ain? Kenapa pulak nak
syarat bagai?” Suara Humaira tidak puas hati.
“Entahlah, mak su.
Ain pun tak faham. Tak apalah, esok Ain jumpa dia kat tempat kerja Ain. Nanti
Ain tahulah apa syaratnya,” pujuk Nur Ain, lembut.
“Ain nak mak su atau
Abang Die temankan?”
“Tak apalah, mak su.
Ain jumpa kat tempat kerja Ain. Lagipun Kak Gie ada. Apa-apa nanti, Ain mintak
tolong Kak Gie.”
“Hmm... kalau ada
apa-apa nanti, cepat-cepat callmak su atau Abang Die,” pesan Humaira
seraya bangun.
“Insya-ALLAH, mak su.
Ain nak tanya mak su sesuatu boleh tak?”
“Apa dia?”
“Kenapa Abang Die
ambil berat tentang Ain? Maksud Ain, kenapa semua yang terjadi pada Ain perlu
diberitahu Abang Die?” tanya Nur Ain ingin tahu.
Selama ini, persoalan
itulah yang menjadi tanda tanya. Keprihatinan Eddie melebihi keprihatinan
Humaira.
Humaira terkedu seketika.
Apa jawapan yang harus diberikan pada Nur Ain? Dia juga merasakan perkara yang sama.
“Mungkin Abang Die
sayangkan Ain. Sebab tulah semua tentang Ain, Abang Die perlu tahu,” jawab
Humaira sekadar menyedapkan hati Nur Ain.
“Oh, mungkin jugak.
Bertuah Ain kan, mak su. Ain ada mak su dan Abang Die yang sayangkan Ain,” ujar
Nur Ain tersengih.
Humaira hanya
mengangguk. Seminit kemudian dia melangkah keluar daripada bilik Nur Ain.
Hatinya turut tertanya-tanya. Kenapa Eddie bersikap ambil berat terhadap Nur
Ain?
HAZREL mencampak telefon
bimbit milik Nur Ain ke atas katil. Dia perlu memikirkan beberapa rancangan
untuk mengenakan Nur Ain. Perlukah dia meneruskan niatnya dahulu untuk
menjadikan Nur Ain sebagai orang gajinya? Bagaimana jika Eddie mendapat tahu
akan perkara ini? Ah! Peduli apa aku dengan Eddie, rengus Hazrel kasar.
Hazrel mencapai
telefon bimbitnya tatkala telefon itu menjerit. Dia mendengus kasar tatkala
ketenangannya diganggu.
“Kau dah tidur ke?”
tanya Izzuddin.
“Belum lagi, kenapa?”
jawab Hazrel.
“Kau dah dapat rumah
ke? Kalau belum, kau duduklah kat rumah aku dulu. Lagipun aku duduk seorang.”
“Tak nak aku duduk
dengan kau. Aku tak suka persekitarannya dan jugak rumah kau. Nampak sempit dan
tak terurus,” kutuk Hazrel, selamba.
Otaknya memutarkan
semula memori ketika menemani Izzuddin mencari rumah sewa seminggu yang lepas.
“Janji ada tempat
berteduh, Rel. Walaupun sempit dan tak terurus, tapi aku bersyukur dengan apa
yang aku perolehi.”
“Papa aku nak belikan rumah kat sana. Buat masa ni aku tinggal kat
rumah yang papa aku beli untuk disewakan dulu.”
“Kalau macam tu aku
jumpa kau esok kat ofis. Banyak perkara yang nak aku bincang dengan kau.
Tentang Cahaya dan jugak Ain,” jelas Izzuddin.
“Ain? Kenapa dengan
dia? Dia buat hal lagi ke? Dia datang lewat ke hari ni?” tanya Hazrel,
bertubi-tubi. Sakit telinganya mendengar nama Nur Ain.
Izzuddin ketawa
kecil. Kenapa Hazrel bersuara cemas tatkala nama Nur Ain disebut?
“Tak adalah, Rel.
Yang kau risau sangat ni, kenapa? Kau ada hati dengan Ain ke?”
“Huh! Tak ada
maknanya aku nak ada hati dengan perempuan kampung macam dia tu. Apa kelas?
Sebelah mata pun aku takkan pandang,” bidas Hazrel, keras.
“Kau jangan cakap
besar, Rel. Macam mana kalau kau jatuh cinta dengan dia? Aku pun dah terjatuh
cinta dengan dia, Rel,” beritahu Izzuddin, jujur.
Buntang mata Hazrel
mendengarnya. Izzuddin jatuh cinta dengan Nur Ain? Biar betul? Seminit kemudian
dia ketawa besar. Kau dengan Die sama aje. Mudah sangat jatuh cinta dengan
perempuan kampung, kutuk Hazrel dalam hati.
“Yang kau ketawa ni,
kenapa?” jerkah Izzuddin. Kurang senang dengan tingkah Hazrel.
“Kau dengan Die, sama
aje. Mudah sangat jatuh cinta. Dengan perempuan kampung dan tak berharta pulak
tu. Apa yang kau orang berdua tengok, hah?” balas Hazrel, sinis.
“Bahasa tu biar elok
sikit, Rel. Biar miskin harta asal kaya budi bahasa,” bidas Izzuddin, keras.
Sakit telinganya mendengar kenyataan Hazrel itu.
“Izz...Izz...tak
faham aku dengan kau nilah. Apa yang kau pandang dengan Ain tu? Bukannya cantik
mana. Kekampungan dan tak berharta. Tak layak untuk kau,” ujar Hazrel sinis.
Seolah-olah orang yang tidak berhati perut dan berhati busuk
lagaknya.
“Hati dia baik, Rel.
Dia dah selamatkan aku daripada dilanggar kereta sebulan yang lepas. Aku
terhutang budi dengan dia,” jelas Izzuddin, jujur dan ikhlas.
“Takkan sebab tu kau
terus jatuh cinta dengan dia? Habis tu kalau mak cik tua yang selamatkan kau,
automatik kau akan suka dengan mak cik tu jugaklah?” sindir Hazrel, pedas.
Izzuddin menarik
nafas dan melepaskan perlahan-lahan. Sukar untuk mengertikan Hazrel. Masih
prejudis terhadap orang kelas bawahan.
“Dahlah Rel, kau
takkan pernah berubah sampai bila-bila. Apa-apa pun, aku tunggu kau esok kat
Cahaya.”
“Sebelum tu, kau
pastikan Ain datang on timeesok. Aku nak jumpa dia. Ada perhitungan
dengan dia,” pesan Hazrel seraya mematikan talian.
Berkerut
dahi Izzuddin mendengarnya. Apa yang dimaksudkan Hazrel itu? Perhitungan?
Perhitungan apa di antara Hazrel dan Nur Ain? Takkan Rel nak buli Ain? Duga
Izzuddin dalam hati.