“AIN nak ikut mak su
keluar makan tak?” tanya Humaira, berbasa-basi.
“Ain tak lapar, mak
su. Mak su pergilah,” jawab Nur Ain, lemah.
Humaira melangkah
menghampiri Nur Ain yang sedang duduk menghadap jendela. Entah apa yang sedang
difikirkan anak saudaranya itu.
“Kenapa ni, Ain? Mak
su tengok Ain macam ada masalah aje. Cuba Ain ceritakan pada mak su. Mungkin
mak su boleh tolong.”
Nur Ain melepaskan
keluhan berat. Bagaimana untuk menceritakan pada Humaira tentang permintaan
pengurus besar syarikatnya itu? Perlukah dia bercerita kepada Humaira?
“Syarat apa, encik?”
tanya Nur Ain tidak sabar.
Hatinya berlagu riang
tatkala dirinya tidak dipecat Hazrel.
Hazrel tersentak
daripada lamunannya yang pendek. Serta-merta dia melangkah menghampiri sofa dan
melabuhkan punggung di situ. Nafas pendek dilepaskan.
“Aku nak kau jadi
orang gaji aku selama aku berada kat sini. Dari situ kau tak perlu bayar duit
seribu tu dan aku takkan berhentikan kau kerja.”
“Orang gaji? Maksud encik?” soal Nur Ain kurang mengerti.
“Kau kena ikut ke
mana aje aku pergi selama aku berada kat sini. Kat syarikat ni, kau kena
sediakan keperluan aku,” beritahu Hazrel sambil menyilang kaki.
“Ikut encik ke mana
aje encik pergi? Siang ke malam?” tanya Nur Ain, lurus.
“Tak kiralah malam
atau siang. Kau kena jugak ikut aku.”
“Tapi saya jarang
keluar malam,” ujar Nur Ain jujur.
Hazrel melepaskan
ketawa sebaik sahaja mendengar penjelasan polos daripada Nur Ain itu.
“Mustahil kau jarang
keluar malam. Aku tak percaya. Bukan ke setiap malam kau buat part timemengemis?
Kalau tak, mustahil aku boleh langgar kau pada malam tu. Jangan-jangan dengan
lelaki lain pun kau buat macam tu tak? Menagih simpati daripada orang kaya
macam aku.”
Tersentak Nur Ain
mendengarnya. Hina sangatkah dia di mata lelaki itu? Sehingga tergamak lelaki
itu mengeluarkan kenyataan seperti itu. Walaupun Nur Ain kurang berharta, belum
pernah lagi dia menagih simpati atau mengemis daripada orang lain. Dia akan cuba
berusaha untuk mencari rezeki yang halal dan bukan dengan cara mengemis.
“Encik nak suruh saya
buat apa?” tanya Nur Ain sambil cuba menahan rasa pilu di hati.
“Nanti aku beritahu
kau. Sekarang kau boleh keluar. Aku bagi amaran pada kau, kalau kau lewat lagi
dalam bulan depan, aku tak teragak-agak untuk pecat kau. Ingat tu!” pesan
Hazrel, keras.
Dia bingkas bangun
dan melangkah keluar dari pejabat. Sesak nafasnya berhadapan dengan gadis itu.
Sakit matanya melihat penampilan gadis itu. Lebih lama dia berada di dalam
bilik itu, boleh jadi gila dibuatnya.
“Ya ALLAH, mengelamun
pulak budak ni,” gerutu Humaira, keras.
Nur Ain tersentak. Lamunannya tadi hilang begitu sahaja.
“Tak ada apa, mak su.
Ain teringatkan arahan bos Ain siang tadi. Dia nak Ain jadi pembantu dia.”
“Oh! Apa yang dia
suruh Ain buat?”
“Tak ada apa, mak su.
Dia suruh Ain sediakan minuman dia setiap pagi,” bohong Nur Ain lagi. Mana
mungkin dia memberitahu perkara sebenar pada Humaira.
“Abang Die ada beritahu
mak su. Kalau Ain nak jumpa Hazrel, dia boleh uruskan.”
“Untuk apa?”
“Kan Ain jugak yang
suruh Abang Die uruskan. Ain nak ucapkan terima kasih dan bayar hutang pada
Hazrel tu.”
“Tak payahlah, mak
su. Ain dah jumpa dia pun.”
“Hah? Kat mana Ain
jumpa dia?” tanya Humaira sedikit terkejut.
“Kat ofis. Dia bos
besar Ain,” jawab Nur Ain tersenyum.
“Dia ada buat apa-apa
kat Ain tak?”
“Tak ada, mak su.
Janganlah risau.”
“Kalau dia ada
sakitkan hati Ain, cepat-cepat beritahu mak su. Tahulah mak su macam mana nak
ajar dia nanti.”
“Insya-ALLAH tak ada,
mak su,” dalih Nur Ain tersenyum.
“Kalau macam tu, mak
su keluar dulu,” pamit Humaira seraya melangkah keluar dari bilik.
Eddie sudah pun
menunggunya di luar rumah.
Nur Ain mengangguk.
Otaknya masih ligat memikirkan arahan Hazrel. Bagaimana kalau Hazrel memintanya
keluar pada malam hari? Jika perkara itu berlaku, bagaimana untuk memberitahu
Humaira?
“KAU mesti nak
tergelak tengok rupa budak perempuan tu, Izz. Baru aku gertak sikit, dah merayu
meraban kat aku. Orang susah memang macam tu kut,” kutuk Hazrel berserta ketawa.
“Kau ni Rel, tak
baiklah cakap macam tu. Dia pun manusia jugak, punya hati dan perasaan,” tegur
Izzuddin kurang senang.
“Alah, aku peduli
apa. Dah memang macam tu, nak bela sangat tu, kenapa?” cebik Hazrel, meluat.
Gelas di hadapan
dicapai dan meneguk rakus air dari dalamnya. Lantunan muzik yang dimainkan
dalam restoran begitu mendamaikan.
“Suka hati kaulah,
Rel. Asalkan kau puas hati. So, bila aku boleh startkerja?”
“Dalam minggu depan.
Nanti aku suruh kerani keluarkan surat perlantikan untuk kau. Tapi kau kena
pastikan syarikat aku tu berkembang, jangan merundum dahlah. Kau kan tahu
syarikat tu hampir bankrap masa papa aku beli syarikat tu dulu,” jelas Hazrel
berupa arahan.
“Insya-ALLAH, Rel.
Aku akan cuba buat yang terbaik untuk syarikat kau tu. Terima kasih kerana bagi
aku peluang bekerja bawah kau,” balas Izzuddin, ikhlas.
“Kau tu yang bodoh.
Ada syarikat keluarga sendiri tak nak kerja. Buat apa nak susah-susahkan diri
kerja dengan orang lain? Sengaja cari pasal,” kutuk Hazrel, selamba.
“Aku ada sebab, Rel.
Aku nak cuba hidup berdikari dan tak nak terikat dengan keluarga. Aku nak timba
pengalaman kat tempat orang. Bila aku dah ada pengalaman, baru aku fikirkan nak
kerja dengan papa aku atau tak,” jelas Izzuddin.
“Ikut suka kaulah,
Izz. Janji kau bahagia,” ujar Hazrel, mengalah. Malas hendak membincangkan
perkara itu lagi. Buat habis air liurnya sahaja.
“Die!” panggil
Izzuddin.
“Hah kau, Izz. Buat
apa kat sini? Rel, kau pun ada?” balas Eddie tersenyum.
“Aku ikut Rel tinjau
kawasan kat sini. Sambil-sambil tu cari rumah sewa. Insya-ALLAH, dalam minggu
depan aku start kerja kat syarikat Rel,” jelas Izzuddin tanpa dipinta.
“Oh, kenapa kau tak
kerja dengan papa kau? Kan papa kau ada syarikat sendiri?”
“Aku nak hidup
berdikari. Sekurang-kurangnya aku dapat timba pengalaman kat tempat lain,”
beritahu Izzuddin. “Awek kau ke?” tanyanya pula. Matanya tertancap pada gadis
yang bertudung di sisi Eddie.
“Haah, awek aku,
Humaira,” jawab Eddie sambil mengerling sekilas ke arah Humaira di sisi.
“Hai, saya Izz. Rakan
universiti Die dulu,” beritahu Izzuddin berserta senyuman.
“Humaira,” balas
Humaira seraya membalas senyuman Izzuddin.
“Yang kau senyap aje
ni Rel, kenapa? Takkan kau dah tak kenal dengan Die?” tegur Izzuddin tatkala
menyedari kebisuan Hazrel.
“Aku tak suka
perempuan tu ada dalam perbualan aku,” sindir Hazrel, pedas.
Berbahang Eddie
mendengarnya. Mahu sahaja dilayangkan penumbuk ke muka Hazrel. Dapat dirasakan
genggaman tangan Humaira di tangannya. Cuba menyabarkan dirinya daripada
bertindak lebih pada Hazrel.
“Aku mintak diri
dulu, Izz,” pamit Eddie. Tidak mahu berlama di situ.
“Oh ya Rel, sebelum
aku terlupa, berapa hutang yang perlu Ain bayar pada kau? Aku akan bayar bagi
pihak Ain,” soal Eddie sebelum meninggalkan tempat itu.
“Kau tak perlu baik
hati sangat nak bayar untuk dia. Dia sendiri yang akan bayar hutang-hutang tu
semua,” ujar Hazrel, selamba.
“Apa maksud kau,
Rel?” tanya Eddie, terkejut.
Humaira di sebelah
turut sama terkejut. Hazrel mendengus kasar seraya bangun daripada duduk.
“Dia pekerja aku kat
Cahaya. Aku suruh dia jadi orang gaji aku selama aku berada kat sini untuk tebus hutang dia pada aku.
Dan dia dah pun setuju,” jelas Hazrel masih selamba.
“Apa?” Eddie terjerit
kecil.
Kolar baju Hazrel
dicengkam.
“Kau dah melampau,
Rel!”
Izzuddin yang melihat
segera bangun dan cuba meleraikan pegangan Eddie. Risau kalau-kalau perkara
buruk akan berlaku di antara mereka berdua.
Humaira yang
mendengar turut berasa panas hati. Sanggup Hazrel meminta Nur Ain menjadi orang
gajinya semata-mata untuk menebus hutang. Kenapa Nur Ain tidak memberitahu
padanya? Adakah Nur Ain sengaja tidak memberitahunya?
“Yang kau lebih-lebih
ni, kenapa? Dia sendiri yang setuju, nak buat macam mana. Bukannya aku paksa
dia. Lagipun prestasi kerja dia tak bagus selama ni. Selalu datang lambat dan
memang aku berniat nak berhentikan dia kerja. Tapi disebabkan aku masih ada
rasa kasihan, aku tak jadi buang dia. Dan sebagai pertukaran, aku mintak dia
jadi orang gaji aku selama aku berada kat sini uruskan Cahaya Sdn. Bhd. Salah
ke tindakan aku tu?” jelas Hazrel, meninggi.
Ditolak tangan kasar
tangan Eddie yang sudah mencengkam leher bajunya itu.
“Aku boleh bayar bagi
pihak dia. Berapa yang kau nak, Rel? Cakap!” tanya Eddie. Dadanya berombak
menahan nafas di dada.
“Dahlah Die, Rel.
Kenapa nak gaduh-gaduh ni? Malu orang tengok,” tegah Izzuddin yang sejak tadi
membisu. Cuba meleraikan pertelingkahan kedua-dua rakan baiknya itu.
“Die, dahlah. Jom
kita balik. Kita tanya perkara ni pada Ain dulu,” tegah Humaira pula. Tidak
mahu disebabkan anak saudaranya, Eddie dan Hazrel bergaduh.
“Aku akan bayar, Rel.
Aku tak nak kau buli dia. Kalau aku tahu, nasib kau aku kerjakan,” ujar Eddie
memberi amaran keras seraya beredar dari ruang restoran itu.
Humaira yang melihat segera mengekori Eddie dari belakang. Sempat
juga dia melempar senyuman kepada Izzuddin. Dia perlu mententeramkan perasaan
Eddie. Dari dulu lagi, Eddie akan bersikap seperti ini jika melibatkan Nur Ain.
Kadang-kadang dia tidak faham dengan sikap Eddie. Keprihatian Eddie terhadap
Nur Ain melebihi keprihatinannya sebagai ibu saudara Nur Ain.
“ABANG Die tak
nak Ain dengar cakap dia. Abang Die boleh bayar bagi pihak Ain,” tegas Eddie.
Nur Ain menunduk.
Tidak berani bertentangan mata dengan Eddie yang berwajah tegang. Kecut
perutnya mendengar ketegasan Eddie itu.
“Kan Abang Die dah
cakap. Kalau Ain tak ada duit, Abang Die boleh bayarkan untuk Ain. Abang Die
tak mintak Ain ganti balik. Abang Die ikhlas nak tolong Ain,” sambung Eddie lagi.
“Dahlah, Die. Jangan
marah budak tu lagi. Ain pun tak mintak semua ni berlaku,” tegah Humaira,
lembut sambil meletakkan gelas minuman di atas meja makan.
“Die bukannya apa
Mai, Die tak suka Rel tindas Ain. Kalau setakat menghukum disebabkan kelewatan
Ain hadir ke tempat kerja, Die boleh terima lagi. Tapi kalau dia mintak Ain
jadi orang gaji dia, Die tak boleh nak terima. Itu dah melampau, Mai,” jelas
Eddie, kesal. Kesal dengan sikap Hazrel yang tidak pernah nak berubah.
“Ain mintak maaf. Ain
tak nak susahkan Abang Die atau mak su,” ujar Nur Ain, perlahan.
“Abang Die tak pernah
rasa susah disebabkan Ain. Abang Die ikhas dengan Ain. Tapi Ain selalu menolak
dan pertikaikan keikhlasan Abang Die tu,” keluh Eddie pula.
“Ain...” Sukar untuk
Nur Ain meneruskan kata-kata.
“Dahlah, Die. Mari
minum untuk hilangkan rasa panas Die tu. Nanti Mai nasihatkan Ain.”
Eddie melepaskan keluhan berat. Dia bingkas bangun seraya menuju
ke meja makan dan melabuhkan punggung di situ. Humaira turut sama duduk di
hadapan Eddie. Air dituang ke dalam gelas dan diserahkan kepada Eddie.
“Hazrel tu bos Ain
ke?”
“Haah,” balas Nur
Ain, sepatah.
“Bukan ke bos Ain
Encik Latif? Sejak bila pulak tukar Hazrel?”
“Kak Gie kata, dah
dua tahun Encik Hazrel ambil alih syarikat tu. Encik Hazrel datang ke syarikat
kalau ada meetingatau perkara penting aje. Encik Latif sekadar pengurus
kat situ,” jelas Nur Ain sambil berjalan menuju ke meja makan.
“Dua tahun? Jadi
syarikat tu bukan milik Encik Latif lagilah,” duga Eddie.
“Haah, syarikat tu
hampir bankrap dan Encik Hazrel beli syarikat tu.”
“Oh, patutlah Abang
Die tak tahu pasal ni. Lagipun dah lama Abang Die tak jumpa dengan Rel. Baru
bulan lepas Abang Die jumpa dengan dia.”
“Habis tu Ain nak
kerja kat situ lagi ke?” celah Humaira.
“Ain sayangkan kerja
Ain sekarang. Mak su dan Abang Die janganlah risau. Insya-ALLAH, takkan ada
apa-apa berlaku pada Ain,” ujar Nur Ain. Cuba meyakinkan Eddie dan Humaira.
“Tak apalah. Kalau
Rel buli Ain, tahulah Abang Die macam mana nak kerjakan dia. Tentang duit tu,
biar Abang Die yang uruskan. Ain tak perlu risau,” celah Eddie seraya bangun.
“Die mintak diri
dululah, Mai. Dah jauh malam ni. Tak manis pulak kalau Die berlama kat rumah
anak dara. Lainlah kalau Mai dah jadi isteri Die. Berapa lama pun Die sanggup.”
“Hisy, ada-ada ajelah
Die ni. Malulah sikit depan Ain,” bidas Humaira, malu.
Nur Ain
yang mendengar sekadar ketawa kecil. Semoga hubungan mak su dan Abang Die
berkekalan hingga ke jinjang pelamin, doa Nur Ain dalam hati.