Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
150,049
Kategori: Novel
Genre: Cinta
RAYA-1
Raya Special (Part A)

.

TINGGAL lagi beberapa hari nak hari Raya. Aqi sedang mengemas dapur bila dia dikejutkan dengan bunyi yang agak kuat dari tingkat atas. Dia spontan melangut sambil menghaluskan pendengarannya. Setelah disahkan bunyi bising itu berpunca dari pertelingkahan kembarnya, si ibu memutuskan untuk membiarkan. Kembar itu sudah tidak berkelahi sampai berdarah melainkan bergaduh mulut semata, jadi dia enggan masuk campur. Plastik sampah diangkut ke luar rumah, hanya untuk melihat Umar ada di laman rumah, malah  sedang memasang backboard bola keranjang pada tiang besi. Aqi ternganga. Pintu pagar dilihatnya terbuka.

Excuse me? Macammana kau masuk?”

Black magic,” jawab Umar, terus mengetatkan skru pada backboard menggunakan cordless drill.

Dah berapa lama dia buat kerja di sini?? “Setan kena ikat sekarang, kan...”

“Jin masih ada.” Serius membalas.

Aqi mendesis. “Terjawab sangat kalau kaulah jin tu...” desis si tuan rumah, menyambung niatnya membuang sampah. Pandangan ditebar ke seluruh alam, meneliti sebarang keganjilan. Disahkan keadaan normal, Aqi berpaling semula pada bekas suaminya. Umar sedang mendirikan tiang besi itu sebelum ditolak ke bahagian laman yang lebih landai supaya stabil. Bola keranjang yang dibawa bersama dilantun beberapa kali, lalu dilontar ke basket. Terhentam pada rim dan bola terlontar pada Aqi. Disambut si wanita.

“Kenapa tiba-tiba?” soalnya terus sambil mengisyaratkan tiang bola keranjang itu.

Umar menjungkit bahu. “Aku nak introduce world of sport dekat Emir, given he has the body, height and strength. Thank you sebab lahirkan anak yang sihat untuk aku...” sengihnya pula, membuat Aqi tersipu sendiri. “Cuma aku unsure dia minat sukan apa, jadi aku ajak dia main semua jenis sukan... starting with basketball.”

Memang kena start dengan sukan kegemaran dialah, kan. Aqi masih ingat Umar pernah ada impian untuk bina team basketball dengan anak-anaknya. “Tapi kenapa pasang kat rumah aku? Kalau bola kena cermin macammana? Kereta mahal aku tu, kalau tercalar, kau bayar tau.” Bibir dimuncung pada Axia merah jambu yang diparkir di tepi laman.

Umar merenung kereta tersebut sebelum menoleh pada bekas isteri. “I’ll take full responsibility, okay? Kalau kau nak, aku boleh gantikan dengan Tesla sebab aku nak emak anak-anak aku pun hidup selesa macam bini aku...”

“Bongkak, hahaha...” Bola dibaling pada si lelaki dan disambut Umar dengan sebelah tangan. Aqi baru nak masuk semula ke dalam rumah tetapi ditahan lelaki itu.

“Taknak sembang dulu, ke?”

“Nak sembang apa?”

Bola dipusing atas jari telunjuk sambil merenung Aqi. “Anak-anak kita tu nakal. Aku sure kau hutang banyak cerita pasal mereka dekat aku. For starters...” Aqi didekati, malah direnung tanpa kelip. “...masa aku datang sini tadi, ada seorang office lady cari Emir...”

Kening Aqi berkerut terus. “Office lady?”

“26 Y.O., freehair, petite, kenal Emir masa kat Legoland katanya...” Muka dirapatkan pada si cantik itu. “First of all, kau tak bagitau aku Emir ada stalkerfully adult woman, no less... and korang pergi Legoland tak ajak aku??”

Alamak. Aqi spontan menggaru leher, dah mengagak Umar akan menuntut bila mengetahui hal-hal macam ni. Hakikatnya, semenjak hidup dengan anak-anaknya, setiap hari berlaku sesuatu yang baru. Jumlah cerita yang dia hutang pada Umar tidak terkata banyaknya. Memang tidaklah dia nak text suami Mimi itu semata-mata untuk berbual. Jika melarat, naya.

Untung nasib, fokus perbualan teralih bila kedengaran satu suara dari jauh, disusuli bunyi tapak kaki yang kuat sekali. Aqi menoleh ke dalam rumah, menunggu raksasa mana yang berlari laju dengan hentakan yang kuat. Itu dia, Ami yang datang. Malah, panggilan “MA! MA! MA! MA!” diulang berkali-kali pada setiap hentakan larian.

“Ma!! Ami nak menyumpah boleh??”

“Ha?”

“Ami nak menyumpah!! Boleh tak?!!” pintanya lagi sambil menghentak sebelah kaki.

“Ma dah cakap jangan, kan. Tambah-tambah sekarang masih puasa...”

“AMI NAK MENYUMPAH SEKALI NI JE!!” Sampai melompat dia meminta bahana emosi yang berombak ganas itu.

Bulat mata si emak lalu. Umar pula tersenyum kecil.

Shoot your shot, Ami,” ujar si ayah, membenarkan.

Mata si anak bersinar. Sekejap cuma sebelum berpaling laju ke belakang dengan muka tegang, khusus buat si abang yang masih berada di tingkat atas. “KAU AN*K H*RAM!! P*NDEK! B*BIII!!” jeritnya selajur memecut ke tangga semula.

Kening Umar dan Aqi serentak terjungkit. Lelaki itu menggaru keningnya manakala Aqi merampas bola keranjang dari tangan Umar. Lalu bola itu dihentam ke dada bekas suaminya.

Thats on you,” desisnya sebelum kembali masuk ke dalam rumah.

Umar tersenyum hambar. “Kau yang ajar dia ayat pundek...” tambahnya sebelum melayan diri masuk ke dalam rumah. Ah, rumah ini lebih bersih dan kemas dari rumahnya. Dah ada perhiasan baru serta cermin bulat di dinding. Langsir juga dah dipasang, seakan dah bersiap nak beraya. Umar melayan diri berbaring di atas sofa 3 seaters di depan TV, tetapi berkat kaki panjangnya, kakinya tetap tergantung di lengan sofa. Bola keranjang dibaling sesuka hati ke belakang hingga terlanggar kabinet. Kemudian remote Smart TV dicapai. YouTube dipasang, mencari video untuk ditonton bila bantal sofa tiba-tiba melayang ke muka. Refleks ditepis bersama tawa. Dah agak Aqi akan melatah kerana kehadirannya pada pagi ini.

“Aku baring je! Aku tak buat apa pun! Hahaha...”

“Berapa kali aku nak tegur, Mar...”

“Mimi takde. Aku suruh dia pergi vila, belajar buat kuih raya dengan Kak Maya,” balasnya lekas. NBA Highlights dicari. Ah, video Kyrie Irving okay jugak.

“Allah masih tengok.”

Lalu si mata hazel menjeling. “Jangan gunakan nama Allah untuk perangkap aku walhal kau tahu Islam tak halang aku untuk miliki kau tapi kau dengan Mimi yang sengaja panjangkan masalah kita.”

Setepek mengenai ego. Aqi mencapai satu lagi bantal sofa, manakala Umar bangkit duduk.

“Raya sekali, jom?” ajaknya terus, kerana itulah niat sebenarnya dia datang pada pagi ini.

Bantal tak jadi dibaling. “Raya sekali?”

Perbualan mereka terhenti lagi bila Godzilla datang sekali lagi, kali ini diketuai King Kong yang tak puas hati kerana Godzilla dibenarkan menyumpah.

“Ma!! Biar betul ma bagi Ami menyumpah!! Eh, ayah ada?”  Mata Emir membulat pada lelaki yang dah jarang datang ke rumah itu.

Umar memandang kembarnya dengan senyum. “Ayah ajak ma kau untuk kita beraya sekali.”

Cadangan itu umpama tawaran sale hujung tahun. Ami menolak abangnya ke tepi dengan mata bulat bercahaya. “Kita beraya rumah Duha, jom!”

“Dah kenapa bersusah nak pergi Pahang!” getus Emir.

“Pahang?”

“Kampung mak dia kat Pahang la ngok. Kalau tak, family dia raya KL je. Tapi dua-dua jauh!”

Ami menutup mulut dengan tangannya. “Ehh... kau tahu...hihihihi... aku sendiri tak tahu, kut...” Lalu si abang dipandang dengan sengih mengusik. Emir mula mencemik. Melihat bola keranjang tergolek di lantai, dicapainya manakala Ami mendapatkan ayahnya bersama gelak berpanjangan.

“Siapa Duha?” soal Aqi, ingin tahu. Lagi-lagi melihat telinga anak lelakinya bertukar merah. Emir tengah malu?

“Budak tusyen kami. Dia cantik, pandai, lepas tu dia immune dengan Emir! Ahahha!”

Umar dengan Aqi serentak menoleh pada si anak lelaki yang menghempas duduk pada kerusi single. “Kau sukakan dia?”

“Mana ada!” Sepantas kilat dia menyahut. Gelabah la tu.

Aqi tergelak. “Dalam ramai-ramai perempuan yang minat dekat kau, kau pergi suka dekat perempuan yang tak berkenan dengan kau...?”

It runs in the family, apparently...” komen Umar pula sambil merenung anak lelakinya dengan rasa simpati. “Kita boleh lawat rumah family dia bila kau ready nak pegang tangan dia, tapi ayah mengajak ni sebenarnya nak lawat uncle Zach kau.”

Air muka Aqi berubah seratus peratus. Emir pula menoleh pada ibunya.

“Uncle Zach?” soal Ami, tidak mengenali insan tersebut.

“Dia yang serahkan kau dekat ayah masa kau dua tahun...”Ami dipandang bersama senyum sebelum memandang Emir. “Dia juga yang tolong jagakan kau sepanjang kau membesar, kan? For some reason, ayah tak dapat contact dia langsung untuk berterima kasih atau nak tanya sebarang input. Jadi ayah ingat nak lawat dia.”

Emir menelan liur, manakala Aqi mendehem. “Zach takda kat sini, Mar...”

“Dia balik German?”

“Lebih jauh lagi,” tambah Aqi.

“Hmm... bila dia balik Malaysia?”

Kepala digeleng, tetapi dia tidak memberi maklumat lebih. “Bini kau cakap apa pula dengan niat kau nak beraya dengan kami?” soalnya pula,sengaja menukar topik.

Its my first Raya with you guys. Either dia ikut cakap aku atau dia nusyuz.” Senafas disebut.

Kata-kata itu umpama pedang samurai yang dihunus terus ke naluri kewanitaannya. Aqi gamam teruk, melihat air muka si lelaki yang cukup serius pada siaran TV di hadapannya. Ami dan Emir berpandangan, kurang tangkap penggunaan bahasa yang baru digunakan.

Something happened, Mar...?” soal wanita itu perlahan.

Lelaki itu tidak menjawab.

Come on. Talk to me. Safe space...” ujar Aqi lagi sambil melabuh duduk di lengan sofa.

Mata hazel itu menjeling sekilas. Melihat muka prihatin itu, keluhnya terhembus spontan. “I just wanna spent my time with you guys... bukannya nak angkut kau pergi Thailand. I missed out on everything just because nak jaga insecurity dia for goodness sake. Korang pergi Legoland, Emir ada stalker and now ada crush... Ami pula...” Anak perempuannya dipandang. “Whats new with you?”

“Ami ada jin dalam badan.”

Ketawa Umar terlepas berupa sedakan, lalu kepala anaknya dirangkul smackdown dan disekeh geram sampai mereka sama-sama tergolek di atas sofa itu. Gadis itu tergelak kuat, manakala Emir pula melantun bola keranjang di tangan sambil menonton TV.

“Ayah tengok sukan apa ni...”

Basketball!” Suara Umar naik satu oktaf, terkejut beruk dengan soalan si anak lelaki.

“Ayah kena mainkan video Swan Lake, barulah Emir layan...” Remote nak dicapai tapi dirampas si ayah. Si anak lelaki terperanjat, lalu cuba merampas lagi tetapi tangan Umar lebih panjang. Lalu dua beranak itu berebut remote. Ami di tepi terus bersorak dan menyimbah minyak selagi boleh.

Riuh mereka bertiga di ruang tamu itu membuat Aqi tersenyum kecil. Luahan kekecewaan Umar membuatnya menelan rasa bersalah yang dirasainya sejak awal lagi. Dah sampai masa dia membayar hutangnya pada lelaki itu juga. Melihat pertelingkahan itu melarat hingga bola keranjang terpelanting hingga hampir melanggar cermin di dinding, Aqi lekas masuk campur dan merampas remote itu dari tangan mereka.

“Jom beli baju raya. Kita pakai sedondon macam proper family... nak?” ajaknya sambil merenung tiga pasang mata hazel itu silih berganti.

“Ami setuju! Emir pergi buat baju raya Ami hangus tadi,tau!”

“Aku tak tahu seterika tu senang sangat overheat!!”

Umar hanya tersenyum sebelum memandang si wanita. “Kau sure? Selalunya kau takut sangat bini aku tu meroyan.”

“Emm... kali ni I’ll fight for you. Its our first Raya afterall,” balasnya dengan senyum, membuat mata Umar bersinar gembira. Handphonedi atas meja dicapai. “Kita beli online.”

“Apa barang online, hahaha! Jom shopping!”

 

SATU persatu kejutan datang menjelang Raya. Mula-mula kembar itu tiba-tiba redah masuk ke rumahnya untuk membantu Umar mengemas rumah, malah mengecat rumah serta memasang lampu kelip-kelip di bawah atap rumah. Tingkap rumah dilap, rumput dipotong, pokok bunga dikemaskan, kereta dikilatkan dan 1001 kerja rumah yang Umar suruh kembarnya buat hingga kedua-duanya terbongkang di ruang tamu kerana kepenatan. Kemudian Aqi pula datang untuk menghantar lauk untuk berbuka, cuma wanita itu masih waras untuk tidak menyertai mereka. Atas arahannya, kembar itu berbuka dengan ayah mereka, sekaligus membuatkan Umar menjadi lebih ceria dari biasa.

“Kalau boleh main meriam buluh, nikmat juga ni...” luah Umar semasa mereka lepak di depan TV selepas berbuka.

“Meriam buluh?”

“Dia meriam, tapi dibuat dari buluh,” jelas Ami.

Emir menjulingkan mata ke langit, cuba membayangkan meriam tersebut. “Buluh pun aku tak pernah tengok.”

“Kesiannya anak aku ni...” Umar menahan pedih, lalu mencapai handphone. Nombor Farid didail untuk bertanya sekiranya abangnya ada kenalan yang boleh membekalkan buluh, tetapi semasa menunggu panggilan berangkat, idea baru timbul di belakang kepala. Dibiarkan kembarnya menyembang di depan TV, Umar bergerak ke luar rumah dan duduk buaian. Tanpa diketahui, Mimi mengekorinya dan terus duduk di sebelahnya. Umar terkedu seketika.

“Assalamualaikum, ahli kubur. Kau nak apa?”

Suara Farid di hujung panggilan memanggil Umar kembali ke bumi. “Wassalam... Abang balik kampung Kak Maya ke tahun ni?”

“Ha’ah.”

“Mar nak pinjam Honda CRV tu raya nanti boleh?”

“Nak buat apa?”

Road trip Raya. Mar nak pusing Malaysia dengan keluarga Mar...” Isterinya dikerling. Muka itu tengah berkerut seribu.

“Keluarga kau? Full house? Termasuk bini kau dengan janda kau? Kau yakin kau boleh hidup sampai umur 40 tahun?”

Umar tergelak hambar. “Come on. Aqi cakap dia nak fight for our first Raya, so I can trust her...” ujarnya, terus merenung Mimi yang makin bertambah lapis di dahi.

“Okay, thats one problem down. Mimi pula macammana?”

She has to listen to her husband, no question asked...” ujarnya pada Farid tetapi pandangan difokuskan pada Mimi. “So, can I have the CRV?”

“Ambik je.”

Panggilan diputuskan.

“Abang nak beraya dengan keluarga abang?? Habis Mimi macammana?” soalnya terus.

“Keluarga abang termasuk awaklah, sayang. Abang nak balik Terengganu kejap untuk lawat kubur mak ayah, lepas tu turun JB. Tu je.”

“Termasuk Aqi?”

Of course.”

“Abang gila! Mimi taknak beraya dengan dia!”

Well, you have to. Awak isteri abang. Aqi pula emak anak-anak abang. Awak tak boleh expect abang tinggalkan mereka semasa Raya sedangkan Aqi pun takda siapa kat sini selain abang. Lagipun abang nak bawa Emir masuk kampung, tengok pemandangannya macammana. You can’t take this away from me...” luah lelaki itu dengan senyuman luas sambil menggenggam bahu isterinya. Pandangan lelaki itu juga berat dengan gaya meminta.

Mimi menggeleng lagi. “Sayang taknak beraya dengan Aqi...”

“Awak sayangkan abang tak?”

“Mestilah! Tapi abang yang tak sayangkan sayang!”

“Awak cuma perlu fokus dekat abang kalau awak tak sukakan Aqi sangat. Tapi abang takkan tinggalkan anak-anak abang Raya ni. Be proper adult, Mimi. Jangan buat abang pening tak pasal-pasal.”

Lalu Mimi mendengus. “Abang tak tahu lagi sejauh mana Mimi boleh buat abang pening! Kalau abang masih nak teruskan dengan plan abang, Mimi akan buat abang migrain terus!” marahnya, terus bangun dan masuk ke dalam rumah. Umar yang ditinggalkan, tersenyum kecil.

All I heard is yes,” sengihnya, lalu melangut pada langit. Mudah untuknya mengendahkan kemarahan Mimi kerana ada orang lain yang boleh memberi perhatian dan kasih sayang padanya. Lagi-lagi bila ‘orang lain’ itu juga terang-terang menyatakan akan menyokongnya. Umar merasa kekuatan yang utuh dalam diri untuk melalui Raya pertama dengan Mimi, Aqi, dan kembarnya.

Entah aman damai atau huru hara. Apapun, dia berdoa agar urusannya dipermudahkan. Itu cukup. 

Previous: Bab 15
Next: RAYA-2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena