Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
150,043
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

SEPULUH tahun berlalu. Ami dah berusia dua belas tahun,malah baru sahaja baligh tetapi Aqi masih tak muncul-muncul dalam hidup mereka sehingga sekarang. Anak gadis itu dah mula bencikan ibu kandungnya kerana menganggap wanita itu tiada hati perut kerana meninggalkan dia dan ayah mereka. Umar pula gagal mempertahankan Aqi kerana sebetulnya, Aqi hilang tanpa berita.

Di pihak Umar pula, lelaki itu masih tidak mencari teman wanita untuk menggantikan kedudukan Aqi di dalam hidupnya. Walaupun jumlah wanita yang hadir menghulur diri itu cukup ramai jumlahnya, termasuklah Mimi,namun Umar tetap memilih setia. Janji yang diikat bersama Aqi tidak akan diceritakan pada sesiapa dan hanya diluahkan pada yang Esa. Umar tidak pasti kenapa tapi dia masih yakin wanita itu akan balik, cuma nampaknya Aqi ada cabaran besar yang perlu dihadapi dan peranan Umar ialah menunggu dan terus menunggu... walaupun dah sedekad.

“Ami ada belajar hipotesis dalam kelas sains,” ujar Ami pada suatu hari, semasa Umar tengah mencuci kereta di laman manakala si anak itu disuruh memotong rumput.

“Aha. Apa dia?”

“Semakin banyak air disimbah dekat pokok, semakin suburlah ia,” ujar si anak.

Umar menoleh bersama senyum. “Pandai, tapi kenapa paper Sains kau tak pernah A.”

Ami menoleh. “Semakin lama ayah tunggu ma, semakin dalam rasa benci Ami dekat perempuan yang takda hati perut itu.”

Senyuman Umar bertukar janggal. “Jangan macam tu. Dia masih ma kau.”

“Dia tak pernah jaga Ami. Celah mana emaknya,” cemiknya pula pada rumput. “Ami lagi suka kalau ayah kahwin lain... ayah ada bini, Ami dapat mak yang betul. Kita tak perlu pergi vila kalau nak beraya. Ami boleh beli hadiah untuk Hari Ibu Sedunia. Ami tak perlu minta peluk kat Aunty Maya kalau nak merasa pelukan emak...”

Kepala Umar terjatuh. “Fine, for the last time, siapa emak yang kau nak sangat ayah kahwini tu?!”

Lalu Ami menoleh dengan mata bersinar. “Makcik kantin Ami! Dia baik! Dia masak sedap!!”

Lelaki itu pula berteleku pada pasu bunganya, mengingati bungkusan makanan yang anaknya selalu bawa balik kerana diberikan oleh si makcik kantin. Tidak dinafikan, perutnya dah mula terbiasa dengan makanan pekerja awam sekolah rendah itu.

“Cantik ke orangnya?” Pada tayar Prius, dia bertanya.

“Cantik!”

“Hmm... ayah nak yang sama cantik macam ma kau, kalau tak, nak lagi ada kelas macam Gigi Hadid.”

Si anak mencemik. “Sembang nak berkelas. Aunty Mimi yang duk kejar-kejar dia pun dia boleh sombong. Kan dah melepas bila dia dah kawen.”

“Eloklah ayah sombong haha... kalau tak dia tak jumpa jodoh dia sekarang.”

Ami menoleh lagi, melihat si ayah yang santai itu. “Makcik kantin cakap ayah gay, sebab tu taknak kahwin lagi.”

Ya Allah, mulut!!

“Kau bawak makcik kantin tu balik rumah! Biar ayah libas dia!!”

“Ami dah pernah ajak. Dia cakap dia taknak sebab tak berani hadap mamat gay.”

Ya Rabbana...!!

Tapi betullah... beban menjaga anak perempuan tak sama dengan menjaga anak lelaki. Ami dibesarkan macam menjaga anak lelaki, jadi anaknya lebih kasar, agak tomboy dan lidah tajam. Ami juga lebih mudah melayangkan penumbuk berbanding cuba untuk berbahasa sehingga Umar kerap kali dipanggil ke sekolah oleh cikgu disiplin. 

Itu baru sekolah rendah. Nanti nak masuk sekolah menengah macammana pula peel anaknya. Remaja, bila salah dididik, akan menentukan hala tuju samada universiti terkemuka atau cawangan Pusat Bimbingan Raudhatus Sakinah. Allahu.

Aqi, cepatlah balik...!!

 

BEZZA merah dipandu laju membelah jalan. Dia baru sahaja menerima panggilan polis bahawa rumahnya telah dipecah masuk oleh dua lelaki india semasa solat Jumaat, manakala anak perempuannya telah selamat dari cubaan rogol oleh kedua-dua lelaki tersebut. Perjalanan Umar ke KL atas urusan kerja terhenti terus. Kemudian dia terus memecut balik ke Melaka dengan menggunakan kereta Zaki.

“Abang, slow sikit. Kawasan perumahan dah ni,” tegur Zakidi kerusi sebelah sambil mengerling pada meter yang menunjukkan kelajuan 120km/h. Tetapi Umar masih tidak sabar. “Istighfar bang. Polis cakap Ami selamat, kan. Ada orang selamatkan dia, kan. InsyaAllah takda apa-apa...”

Kepala digeleng, masih sukar nak mengawal debar dan amarah di hati. “Aku dah suruh dia pergi vila awal-awal tapi dia tak dengar...” Stereng digenggam sekuat hati, benar-benar menyesali hal yang baru berlaku.

Anaknya itu... degil!!

“Ha, tu rumah abang! Ami ada kat buai tu ha...” ujar Zaki sambil menajamkan fokus ke rumah Umar.

Nak mengenal pasti rumah Umar sangatlah mudah, kerana jika dibandingkan dengan rumah-rumah lain, hanya rumah Umar yang ada laman berumput dan pokok-pokok bunga di lamannya. Buaian turut disediakan sebagai teman santai berehat bilamana perlu. Cantik sekali. Sebuah rumah idaman yang pernah dikongsi bersama Aqi dan kini direalisasikan untuk menyambut wanita itu pulang.

10 tahun. Harapan Umar benar-benar masih utuh dan tidak patah.

Lelaki bermata hazel itu turut mencari bayang anak perempuannya. Ya, si degil itu ada di buaian, bersama seorang wanita asing. Siapakah??

Bila pemanduan semakin dekat, Umar dan Zaki sama-sama mengenal pasti wanita asing itu. Umar terasa jantungnya jatuh ke perut. Zaki pula melopong. Sesungguhnya, senyum dan raut wajah kecil itu sangat dikenali, kerana wanita itulah yang menjaganya sepanjang dia kecil.

“Kak Aqi...??”

Umar putus nafas. Apa yang dilihat Zaki mengesahkan apa yang dilihatnya juga. Aqi dah balik. Aqi dah balik! Aqi dah balik!!

Bezza dibrek betul-betul di hadapan pagar rumah. Umar bergerak keluar macam pelesit, melepasi pintu pagar, melepasi si anak perempuan yang kehairanan melihat dia balik rumah lebih awal dari jadual, dan terus mencapai tangan wanita bertudung itu.

Muka itu terkejut. Matanya bulat sekali. Muka pucat itu bertukar merah. Ya, ini Aqi. Ini ialah fizikal, dan bukan bayangannya semata. Umar menemui nafasnya semula. Senyumannya koyak bersama deraan nafas laju, cuba mengawal degupan jantung yang kencang sejak tadi.

“Kau balik akhirnya...” luahnya dengan penuh rasa syukur.

Muka Aqi pula merah padam.

Ami memanjangkan leher melihat keduanya. Tidak difahami bahasa tubuh mereka. Ayahnya memegang pergelangan tangan makcik kantinnya,manakala wanita bertudung itu tengah merah muka malah cuba melarikan wajahnya. Kemudian ayahnya mengejar wajah itu.

“Ayah dah kenal ngan makcik Ekin ke?” tegur Ami, keliru. Dia tak pernah melihat ayahnya bereaksi begini pada mana-mana perempuan lain. Apatah lagi memegang tangan sampai taknak bagi lepas macam ni sekali.

“Makcik Ekin?” Zaki menoleh padanya.

Ami menoleh sambil mengangguk. “Dialah makcik kantin yang Ami cerita kat ayah selama ni!”

Mendengar penjelasan itu, Umar melepaskan dekah ke langit. Ironi benar rasanya. Menyesal pula kerana taknak melayan usikan anaknya selama ini. Si wanita pula bersiul-siul rendah. Langit dipandang. Cuba berlagak selamba walau peluh di dahi sudah nampak kilatnya. “Haha... jadi dia ni la yang bagi kau makan percuma setiap hari, yang jadi kawan rapat kau kat sekolah, yang tolong kau lawan budak-budak nakal lain. So, this is her?” Anaknya dipandang bersama sengih lebar. Kelihatan puas sungguh riak mukanya. “Hahahaaa...”

Ami mengerut dahi. Kurang mengerti apa yang sedang berlaku dalam kalangan orang dewasa itu. “Err... ya. Yang cakap ayah gay...”

“Hahaha... you makes me wait for you for 10 frickin years, my love. Wanna test how false that accusation is??” ujar Umar walau sekalipun tidak berkelip melihat wajah yang dirindui. Melimpah-limpah rasanya. Aqi menjuih hingga membuat Umar tersenyum lembut. “Benda yang kau cakap nak selesaikan tu... aku harap dah selesai? Its been 10 years already, Aqi. It should be done solid...”

Dan si wanita terkedu. Lambat-lambat wajahnya diangkat semula, menentang si kacak yang masih dengan mata bersinar menentangnya. Sentap dihati cuba dileraikan bagi mengurangkan rasa bersalah.

“Belum...”

Kelat wajah si lelaki langsung tidak ditutup. “Aku dah tak boleh tunggu, Aqi... Jom kahwin dan hidup bersama. Hal kau tu selesaikan kemudian je.”

Ami di belakang si ayah terus melopong, manakala Zaki yang masih menonton pula hanya tersenyum. Mereka tidak sempat memberi reaksi lebih bila wanita bertudung itu tiba-tiba menjerit.

“Waaargh!!” Pegangan tangan Umar ditepis sekuatnya bila dirasakan melonggar. Umar, Ami dan Zaki terperanjat. Aqi pula lekas beralih dari buaian ke tepi pagar. Terbejat bila pintu pagar dihadang Zaki yang tidak berganjak dari sana. Lelaki berkaca mata yang cuba merapati dipandang. Wajah wanita itu merah sekali. “Sorrylah Encik Umar. Saya dah kahwin lain.Cinta-cinta awak belakang cerita.”

Zaki terperanjat. “Takkanlah...”

Ami pula berkerut dahi. “Tapi makcik cakap makcik tak pernah kahwin...”

“Makcik tipu!” Mata dicerlangkan.

“Jangan bahasakan diri kau makcik dekat anak perempuan kau, Aqi...” tegur Umar pula, membuat Aqi dan Ami sama-sama tergamam. Lagi-lagi si budak perempuan. Dia ialah anak siapa?? Bulat sekali matanya mencerlang pada wanita yang dikenali sebagai makcik kantin sekolah, manakala si ayah itu pula itu masih tenang sambil menapak setapak. “Lagipun Ami pernah cakap dekat aku yang kau janda...”

“Ohohoho... Ami tak tahu yang aku dah menipu berapa banyak sampai aku sendiri tak catch up yang mana penipuan yang aku nak follow...”

Umar merenung datar. Sedikit geram. Aqi pula masih dengan riak serius.

“So, which is it? Are you married or single?”

“I'm married,” dengus si wanita, laju sekali membalas hingga Ami terperanjat.

Renungan Umar bertukar serius, seakan-akan mencari keikhlasan dalam kata-kata Aqi. Refleks, wanita itu melarikan pandang. Kerana janji yang berusia 10 tahun itu, hanya mereka yang tahu.

“You serious?” soal Umar dengan nada datar. Ada kecewa dalam suaranya, yang diterima Aqi bersama anggukan. Umar lalu menghela nafas dalam. “Tuntut cerai dekat dia, lepas tu kahwin dengan aku semula.”

“Eh, ayah! Takkan ayah nak buat begitu kat bini orang?!” Nada Ami melangit hingga mengejutkan mereka semua. Umar menoleh sekilas ke belakang dan Aqi terus menggunakan peluang sesaat itu untuk melarikan diri. Dia memecut melintasi si lelaki itu! Refleks Umar cukup laju, sempat menangkap tangan wanita itu. Ditepis kasar dan Aqi berpusing seraya melayang penendang ke perut si lelaki. Umar terundur dan tertunduk. Senak perutnya! Aqi pula kembali bertapak stabil bersama kekuda. Mata hitamnya mencerun tajam, umpama mata helang menentang renungan singa jantan yang masih terkejut.

“Zaki! Move!” Zaki dilepasi dari pintu pagar dan dia memecut laju melintasi dada jalan.

Umar mendesis deras. “Damn! Dia masih lincah macam dulu! Aqi!!” Terus memecut, mengejar. Percaya dengan kekuatan lariannya. Kedua-duanya memecut melintas jalan hingga menghilang dari pandangan.

Ami ternganga luas memandang. Zaki pula kekal selamba merenung dan mengharap . Kemudian, si gadis 12 tahun dipandang.

“Dah berapa lama makcik kantin kau tu berkhidmat kat sekolah kau, Ami?”

“Ah?” Ami tersedar dari terkejutnya. Si lelaki yang masih berpeluk tubuh di luar pagar itu dipandang. “Er... sejak...” Mata dipejam kelip, cuba mengingat. “Dua-tiga tahun... masa Junior masih ada kat sekolah...”

“Huh. She's here long enough and we didn't even notice? Peculiar.” Datar bermonolog sambil merenung arah Umar dan Aqi menghilang. “Kau tau dia duduk mana?”

“Area sini jugak, kalau tak silap...”

“Very peculiar...”

Gadis kecil itu senyap seketika. “Abang...”

“Em?”

“Siapa... makcik kantin sebenarnya?” soalnya kemudian.Zaki menoleh padanya dengan riak beku. Ami merenung wajah berkumis itu. “Kenapa ayah panggil makcik kantin tu Aqi?”

Barulah berkerut dahi Zaki. Kali ini dia terperanjat betul-betul. “Kau tak tahu nama mak kau, Ami?”

“Nama ma? Asyikin...” Nafas tercungap pendek, menyedari sesuatu. “Nama makcik kantin pun Asyikin...”

“Tiap kali ayah cerita pasal mama kau, nama apa yang diasebut?”

Senyap. “Ayah tak sebut nama. Err... jarang dia sebut nama.... Eeeh....??” Ingatan berbalam-balam masuk ke ruang akal. Akal kecilnya mula tersedar. Persoalan-persoalan, setiap butir bicara yang meragukan dari si makcik kantin, tingkah si ayah... kantin yang kosong setiap kali ayahnya datang ke sekolah... semuanya terjawab dengan satu fakta yang tepat itu.

Riak Ami berubah. Terkejut. Darah berderau turun darimuka, meninggalkan pucat seperti ditangkap kantoi oleh PK1 semasa meniru dalam peperiksaan.

Zaki memasuki laman. Dia mencangkung di hadapan budak kecil itu. “Ingat tak muka mama kau?”

Dia menggigit bibir bawah. Mata mula berkaca nak nangis.Kepala digeleng perlahan. Zaki kemudian menghela nafas dalam.

“Aqi tu nama panggilan mama kau. Makcik kantin kau tu... dia mama kandung kau.”

Bibir digigit lebih kuat, lalu air mata jatuh ke pipi.

 

DUA hari ayahnya tak balik ke rumah kerana masih tak berhenti mengejar ibunya itu. Ami mulanya menumpang di banglo milik Farid hinggalah tiba-tiba dia menerima panggilan telefon dari ayahnya, bersama si ibunya dihujung talian. Ami pecah tangis terus, meminta maaf dan meminta ibunya pulang ke rumah supaya mereka bertiga boleh hidup bersama.

Si ibu bersetuju, malah turut meminta maaf.

Ami kegembiraan. Terus dia balik ke rumahnya dan bersedia menunggu ayahnya membawa balik si ibu yang nampak macam hardcore itu.

Dia sabar menunggu sehingga lewat Asar. Maghrib. Hingga Isyak. Ayahnya masih tak balik-balik. Gadis berambut panjang hingga ke punggung itu kerisauan di ruang tamu. TV dibiarkan terpasang tanpa fokus pada cerita yang disiarkan. Kusyen sofa dipeluk erat sambil mengingati semua kebaikan makcik kantin padanya hingga menimbulkan curiga pada Junior.

“Kau tak pelik ke dia suka sangat bagi kau makan free? Entah-entah dia nak goda uncle.”

“Tiap kali bapak aku datang sekolah pun dia lari, nak goda apa benda. Dia tuduh bapak aku gay tau.”

“Hmm... jadi kenapa dia baik sangat dekat kau? Aku curious.”

“Dia baik dekat semua orang la.”

“Takdelah sampai makan free setiap hari macam kau. Even makan free ada limit tau, lagi-lagi berbisnes.”

“Hmm... sebab aku cute?”

“Aku cute jugak, tapi dia tak bagi aku makan free pun?”

“Dia boleh menilai yang mana cute tulen dengan cute muka keldai macam kau. Muka macam aku baru la ada nilai poster girl.”

“Kepala bapak kau poster girl.”

Bila difikirkan, makcik kantin pun menjaganya dari pembuli sekolah, memarahinya bila dia membalas pembulian mereka di luar sekolah, memberi nasihat tentang haid dan pakaian sopan, penjagaan rambut, malah memberi peluk bila dia dapat keputusan yang baik dalam ujian.

Sebaliknya, dia meluahkan tentang rasa hampanya tentang ditinggalkan ibu kandungnya pada wanita itu sendiri.

Tangis pecah lagi. Lalu muka dibenam ke kusyen,melepaskan sedihnya di situ.

Ma, cepatlah balik... Ami nak minta maaf betul-betul....

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena