Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
150,017
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 31

SETERUSNYA, selepas bermalam di wad 3 hari, Aqi discaj. Sepanjang tempoh pemulihannya selepas itu adalah dibawah pengawasan Umar sepenuhnya, dari menanggung rawatan perubatan, membelikan kerusi roda, menghantar Aqi ke hospital untuk sesi fisio, memastikan kontraktor dipanggil untuk memasang alat bantuan orang kudung di semua bilik air di rumah Aqi. Dan dibayar penuh tanpa meminta sesen dari wanita itu.

Kesungguhan Umar memaksa Aqi menerima kebajikannya membuatkan Mimi hilang akal nak menuduh musuh cintanya itu akhirnya. Malah Aqi sendiri kerap memarahi Umar kerana terlalu menumpukan perhatian padanya. Namun mengenali sikap lelaki itu, waima sedikit pun bebelan kedua-dua perempuan tidak masuk ke telinga melainkan dia melakukan semua yang dirasakan perlu atas kehendaknya sendiri, dan dia bahagia begitu.

Dan akhirnya, Aqi dan Mimi sama-sama mengalah. Biarlah. Yang penting, Umar tidak meninggalkan Mimi dan Aqi masih dengan ketegasan untuk tidak merampas Umar. Itulah bare minimum yang paling boleh diterima untuk hidup aman damai berjiran buat masa ini.

Apa yang tidak ternampak oleh mereka pula ialah perkembangan otak anak-anak muda yang sedang membesar. Memandangkan Emir dan Ami kini solid dengan keputusan untuk memastikan ayah dan emak mereka berkahwin semula walaupun dengan risiko kemusnahan rumah tangga Mimi, mereka sentiasa mencari ruang serta inisiatif untuk memastikan ibu bapa mereka terpaut hati dan sama-sama berusaha untuk menikah semula. Bukanlah satu usaha yang senang kerana kedua-duanya cukup degil nak menghormati integriti sesebuah perkahwinan.

Hinggalah pada suatu hari, Ami teringat bahawasanya ibu bapanya sama-sama bersungguh nak menjadi functioning family, terutama emaknya. Mimi pula tidak gemarkan perkara tersebut.

Persoalannya, mereka dah cuba nak jadi functioning family sejak awal pertemuan dahulu sampailah sekarang. Jadi, apa yang boleh merubah fokus orang tua mereka daripada mentaliti cukup-sekadar-berjiran kepada jom-kahwin-semula?

Kemudian Emir yang tengah melihat kalendar sekolah, terus terpaut dengan sepatah perkataan magis yang cukup kuat impaknya di hati orang Melayu atau orang Islam secara menyeluruh.

Raya.

"NAK beraya sekali?" soal Umar pada kembarnya. Mereka sedang berjalan di bazar Ramadhan. Agak kosong kerana lebih ramai memilih untuk masak sendiri di rumah kerana harga makanan yang dirasakan agak melampau di bazar.

"Ha'ah. Ini first time Emir beraya satu family," ujar si anak lelaki, cuba mengumpan.

"Pun first time Ami beraya lengkap dengan ma ayah! Ami tak payah salam aunty Mimi untuk berpura-pura yang Ami ada mak sendiri," tambah si anak perempuan bagi memancing simpati.

Taktik mereka berjaya. Rancangan itu melekat di hati ayah mereka. Persoalannya, macammana nak memaksa dua wanita yang saling membenci itu beraya bersama?

"Ayah pakai ma," sengih Emir.

"Ayah memang dah lama nak pakai dia, tapi belum ada rezeki..." keluh si lelaki pada langit.

Ami yang tengah mengintai makanan-makanan yang dijual, lalu menoleh dengan dahi berkerut. "Tak faham..."

Umar menahan ketawa sebelum mengerling pada Emir yang membuat muka jelik. Anak lelakinya nampaknya dah ada sedikit ilmu batin dan memahami innuendo melayu itu. "Apa maksud kau, pakai ma kau?"

"Maksud Emir, ajaklah ma untuk support plan ayah. Emir sure kalau ayah ajak dia untuk beraya bersama, ma akan sokong. Dia suka bila kita bertiga bersama. And she'll fight for it too. Potensi ayah untuk dapat apa yang ayah nak tu tinggi!"

"Macam power couple. Dia macam Messi dengan Ronaldo dalam satu team," sambung Ami.

"Macam Fonteyn dengan Nureyev!"

Ami menoleh pada si abang dengan kerut sebelum memandang ayahnya kembali. "Confirm menang EuroLeague, NFL league, Harimau Malaya league!" Dah start mengarut.

"Baik on stage atau off stage atau dalam film, the greatest duo makes the best result when paired!" Emir pun makin hyped bahana terlampau excited nak mempengaruhi ayah mereka.

"Kau berenti cakap pasal ballet boleh tak??" getus Ami geram. Abangnya ini suka sangat dengan tarian baju sendat nafas semput itu.

Emir pula menoleh. "Kau ingat ballet senang macam main bola?? Kalau kau boleh buat, try la ballet!"

"Habis kau tu boleh ke sepak bola?" Bidas Ami kembali, membuat Emir sentap.

Lelaki dewasa itu hanya merenung kedua-duanya dengan senyum nipis. Lain macam tenaga kembarnya kali ini. "Ayah memang suka kalau kita beraya sekali, tapi ayah takkan tinggalkan mami kau, tahu?"

"Takpe. Dia macam luggage yang kita sumbat dalam kargo sebab terlebih muatan."

PANG!!!

Kerasnya komen Ami hingga menghentak sanubari si ayah. Pedihnya rasa di jiwa hanya Allah yang tahu. Pantang mati sebelum ajal, dia kena memastikan bininya dengan anak-anaknya berbaik. Kalau tidak, dia gagal sebagai seorang suami dan ayah!

Lalu peluang untuk beraya bersama akan diusahakan sampai terlaksana!


AQI sedang mengemas dapur bila dia dikejutkan dengan bunyi yang agak kuat dari tingkat atas. Dia spontan melangut, meneliti sebarang bunyi bising atau pergaduhan anak-anaknya. Setelah beberapa ketika, kedengaran suara dari kembar itu. Bergaduh sampai menjerit-jerit.

Aqi membiarkan. Kembar itu sudah tidak berkelahi sampai berdarah melainkan bergaduh mulut semata, jadi dia enggan masuk campur. Plastik sampah diangkut ke luar rumah, hanya untuk melihat Umar ada di laman rumah, malah sedang memasang backboard bola keranjang pada tiang besi. Aqi ternganga. Pintu pagar dilihatnya terbuka.

"Excuse me? Macammana kau masuk?"

"Black magic," jawab Umar, terus mengetatkan skru pada backboard menggunakan cordless drill.

"Setan kena ikat sekarang, kan..."

"Jin masih ada." Serius membalas.

Aqi mendesis. "Terjawab sangat kalau kaulah jin tu..." desis si tuan rumah, menyambung niatnya membuang sampah. Pandangan ditebar ke seluruh alam, meneliti sebarang keganjilan. Disahkan keadaan normal, Aqi berpaling semula pada bekas suaminya. Umar sedang mendirikan tiang besi itu sebelum diangkat ke bahagian laman yang stabil sedikit. Bola keranjang yang dibawa bersama dilantun beberapa kali, lalu dilontar ke basket. Terhentam pada rim dan bola terlontar pada Aqi. Disambut si wanita.

"Kenapa tiba-tiba?" soalnya terus sambil mengisyaratkan tiang bola keranjang itu.

Umar menjungkit bahu. "Aku nak introduce world of sport dekat Emir, given he has the body, height and strength. Granted, he got all that strength from ballet training, tapi aku tetap nak thank you sebab lahirkan anak yang sihat untuk aku..." sengihnya pula, membuat Aqi tersipu sendiri. "Cuma aku unsure dia berpotensi minat sukan apa, jadi aku nak ajak dia main semua jenis sukan... starting with basketball."

Memang kena start dengan sukan kegemaran dialah, kan. Aqi masih ingat Umar pernah ada impian untuk bina team basketball dengan anak-anaknya. "Tapi kenapa pasang kat rumah aku? Kalau bola kena cermin macammana? Kereta mahal aku tu, kalau tercalar, kau bayar tau." Bibir dimuncung pada Axia merah jambu yang diparkir di tepi laman.

Umar merenung kereta tersebut sebelum menoleh pada bekas isteri. "I'll take full responsibility, okay? Kalau kau nak, aku boleh gantikan dengan Tesla sebab aku nak emak anak-anak aku pun hidup selesa macam bini aku..."

"Bongkak, hahaha..." Bola dibaling pada si lelaki dan disambut Umar dengan sebelah tangan. Aqi baru nak masuk semula ke dalam rumah tetapi ditahan lelaki itu.

"Taknak sembang dulu, ke?"

"Nak sembang apa?"

Bola dipusing atas jari telunjuk sambil merenung Aqi. "Anak-anak kita tu nakal. Aku sure kau hutang banyak cerita pasal mereka dekat aku. For starters..." Aqi didekati, malah direnung tanpa kelip. "...masa aku datang sini tadi, ada seorang office lady cari Emir..."

Kening Aqi berkerut terus. "Office lady?"

"26 Y.O., freehair, petite, kenal Emir masa kat Legoland katanya..." Muka dirapatkan pada si cantik itu. "First of all, kau tak bagitau aku Emir ada stalker-fully adult woman, no less... and korang pergi Legoland tak ajak aku??"

Alamak. Aqi spontan menggaru leher, dah mengagak Umar akan menuntut bila mengetahui hal-hal macam ni. Hakikatnya, semenjak hidup dengan anak-anaknya, setiap hari berlaku sesuatu yang baru. Jumlah cerita yang dia hutang pada Umar tidak terkata banyaknya. Memang tidaklah dia nak text suami Mimi itu semata-mata untuk berbual. Jika melarat, naya.

Kedengaran satu suara dari jauh, disusuli bunyi tapak kaki yang kuat sekali. Aqi menoleh ke dalam rumah, menunggu raksasa mana yang berlari laju dengan hentakan yang kuat. Itu dia, Ami yang datang. Malah, panggilan "MA! MA! MA! MA!" diulang berkali-kali pada setiap hentakan larian.

"Ma!! Ami nak menyumpah boleh??"

"Ha?"

"Ami nak menyumpah!! Boleh tak?!!" pintanya lagi sambil menghentak sebelah kaki.

"Ma dah cakap jangan, kan. Tambah-tambah sekarang masih puasa..."

"AMI NAK MENYUMPAH SEKALI NI JE!!" Sampai melompat dia meminta bahana emosi yang berombak ganas itu.

Bulat mata si emak lalu. Umar pula tersenyum kecil.

"Shoot your shot, Ami," ujar si ayah, membenarkan.

Mata si anak bersinar. Sekejap cuma sebelum berpaling laju ke belakang dengan muka tegang, khusus buat si abang yang masih berada di tingkat atas. "KAU AN*K H*RAM!! P*NDEK! B*BIII!!" jeritnya selajur memecut ke tangga semula.

Kening Umar dan Aqi serentak terjungkit. Lelaki itu menggaru keningnya manakala Aqi merampas bola keranjang dari tangan Umar. Lalu bola itu dihentam ke dada bekas suaminya.

"Thats on you," desisnya sebelum kembali masuk ke dalam rumah.

Umar tersenyum hambar. "Kau yang ajar dia ayat pundek..." tambahnya sebelum melayan diri masuk ke dalam rumah. Ah, rumah ini lebih bersih dan kemas dari rumahnya. Dah ada perhiasan baru di dinding serta cermin bulat di atas kabinet. Langsir juga dah dipasang, seakan dah bersiap nak beraya. Umar melayan diri berbaring di atas sofa 3 seaters di depan TV, tetapi berkat kaki panjangnya, kakinya tetap tergantung di lengan sofa. Bola keranjang dibaling sesuka hati ke belakang hingga terlanggar kabinet. Kemudian remote TV dicapai. YouTube dipasang, mencari video untuk ditonton bila bantal sofa tiba-tiba melayang ke muka. Refleks ditepis bersama tawa. Dah agak Aqi akan melatah kerana kehadirannya pada pagi ini.

"Aku baring je! Aku tak buat apa pun! Hahaha..."

"Berapa kali aku nak tegur, Mar..."

"Mimi takde. Aku suruh dia pergi vila, belajar buat kuih raya dengan Kak Maya," balasnya lekas. NBA Highlights dicari. Ah, video Kyrie Irving okay jugak.

"Allah masih tengok."

Lalu si mata hazel menjeling. "Jangan gunakan nama Allah untuk perangkap aku walhal kau tahu Islam tak halang aku untuk miliki kau tapi kau dengan Mimi yang sengaja panjangkan masalah kita."

Setepek mengenai ego. Aqi mencapai satu lagi bantal sofa, manakala Umar bangkit duduk.

"Raya sekali, jom?" ajak lelaki itu terus.

Bantal tak jadi dibaling. "Raya sekali?"

Perbualan mereka terhenti lagi bila Godzilla datang sekali lagi, kali ini diketuai King Kong yang tak puas hati kerana Godzilla dibenarkan menyumpah.

"Ma!! Biar betul ma bagi Ami menyumpah!! Eh, ayah ada?" Mata Emir membulat pada lelaki yang dah jarang datang ke rumah itu.

Umar memandang kembarnya dengan senyum. "Ayah ajak ma kau untuk beraya sekali."

Cadangan itu umpama tawaran sale hujung tahun. Mata kedua-duanya bercahaya terus macam lampu tujuh likur. Sampai lupa apa yang nak dirungut pada si emak.

Ami menolak abangnya ke tepi. "Ami nak beraya rumah Duha!"

"Dah kenapa bersusah nak pergi Pahang!" getus Emir.

"Pahang?"

"Kampung mak dia kat Pahang la ngok. Kalau tak, family dia raya KL je. Tapi dua-dua jauh!"

Ami menutup mulut dengan tangannya. "Ehh... kau tahu... hihihihi... aku sendiri tak tahu, kut..." Lalu si abang dipandang dengan sengih mengusik. Emir mula mencemik. Melihat bola keranjang tergolek di lantai, dicapainya manakala Ami mendapatkan ayahnya bersama gelak berpanjangan.

"Siapa Duha?" soal Aqi, ingin tahu. Lagi-lagi melihat telinga anak lelakinya bertukar merah. Emir tengah malu?

"Budak tusyen kami. Dia cantik, pandai, lepas tu dia immune dengan Emir! Ahahha!"

Umar dengan Aqi serentak menoleh pada si anak lelaki yang menghempas duduknya pada kerusi single. "Kau sukakan dia?"

"Mana ada!" Sepantas kilat dia menyahut. Gelabah la tu.

Aqi tergelak. "Dalam ramai-ramai perempuan yang minat kau, kau pergi suka dekat perempuan yang tak berkenan dengan kau...?"

"It runs in the family, apparently..." komen Umar pula sambil merenung anak lelakinya dengan rasa simpati. "Kita boleh lawat rumah family dia bila kau ada perut nak pegang tangan dia, tapi ayah nak bawa korang beraya kat rumah uncle Zach kau dulu."

Air muka Aqi berubah seratus peratus. Emir pula menoleh pada ibunya.

"Uncle Zach?" soal Ami, tidak mengenali insan tersebut.

"Dia yang serahkan kau dekat ayah masa kau dua tahun..." Ami dipandang bersama senyum sebelum memandang Emir. "Dia juga yang tolong jagakan kau sepanjang kau membesar, kan? For some reason, ayah tak dapat contact dia langsung untuk berterima kasih atau nak tanya sebarang input. Jadi ayah ingat nak lawat dia."

Emir menelan liur, manakala Aqi mendehem. "Zach takda kat sini, Mar..."

"Kau dengan Emir dah ada kat Malaysia, takkan dia tak balik?"

Aqi menggelengkan kepala. Umar pula mendiam seketika, berfikir.

"Dia masih kat German?"

"Lebih jauh lagi," tambah Aqi.

"Hmm... bila dia balik sini?"

Kepala digeleng, tetapi masih tidak memberi maklumat lebih. "Bini kau cakap apa pula dengan niat kau nak beraya dengan kami?" soalnya pula, sengaja menukar topik.

"Its my first Raya with you guys. Either dia ikut cakap aku atau dia nusyuz." Senafas disebut.

Kata-kata itu umpama pedang samurai yang dihunus terus ke naluri kewanitaannya. Aqi gamam teruk, melihat air muka si lelaki yang cukup serius pada siaran TV di hadapannya. Ami dan Emir berpandangan, kurang tangkap penggunaan bahasa yang baru digunakan.

"Something happened lagi ke, Mar...?" soal wanita itu perlahan.

Lelaki itu tidak menjawab.

"Come on. Talk to me. Safe space..." ujar Aqi lagi sambil melabuh duduk di lengan sofa.

Mata hazel itu menjeling sekilas. Melihat muka prihatin itu, keluhnya terhembus spontan. "I just wanna spent my time with you guys... bukannya nak angkut kau pergi Thailand. I missed out on everything just because nak jaga insecurity dia for goodness sake."

"She's pregnant. She's allowed to be unreasonably insecure..."

Kembar itu serentak menoleh pada emak mereka, gamam mendengar kata-kata itu. Baru teringat bahawasanya penyokong terkuat Mimi sebenarnya ialah emak mereka sendiri! Umar pula menghela keluh berat.

"Ye... aku faham... tapi... I missed out on everything, Aqi.... I want my right as their father too. Dahlah pergi Legoland tak ajak aku, Emir ada stalker and now ada crush... Ami pula..." Anak perempuannya dipandang. "Whats new with you?"

"Ami ada jin dalam badan."

Ketawa Umar terlepas berupa sedakan, lalu kepala anaknya dirangkul smackdown dan disekeh geram sampai mereka sama-sama tergolek di atas sofa itu. Gadis itu tergelak kuat, manakala Emir pula melantun bola keranjang di tangan sambil menonton TV.

"Ayah tengok sukan apa ni..."

"Basketball!" Suara Umar naik satu oktaf, terkejut beruk dengan soalan si anak lelaki yang langsung tidak tahu menahu pasal sukan kegemarannya.

Dua beranak itu berpandangan.

"Patutlah tiba-tiba ada bola keranjang dalam rumah. Kira ayah nak Emir explore sukanlah, ni? Ayah ngan Ami sepesen je. Kalau macam tu apa kata kita swap suka sama suka. Ayah tengok orchestra, Mozart, Chopin, Brahms apa semua tu, termasuk opera, ballet... you could start with Swan Lake Tchaikovsky. And then barulah Emir tengok basketball ayah..."

Umar buat muka toya. "Kau nak suruh ayah tengok video ballet??" Kemudian Aqi pula ditoleh. "Dia boleh suruh aku tengok video ballet, Aqi. Dia boleh negotiate dengan aku macam ni sekali, Aqi. He can definitely go far, Aqi. Kau tak nampak ke how huge of a loss kalau aku terlepas perkembangan budak ni, Aqiiii...??" luahnya geram, meminta wanita itu menyokongnya. Sekali sekala pun takpa, tapi mohon support sangat-sangat!

Melihat mak ayahnya fokus berbual, Emir bergerak ke meja kopi. Remote nak dicapai tapi tangan si ayah lebih panjang dan mencapai remote itu tersebut hingga mengekang niatnya. Aik?! Kepala masih tidak beralih dari memandang emak mereka tapi masih boleh nampak dia?? Emir taknak kalah, lalu remote cuba dirampas. 

Namun apalah sangat ototnya nak melawan kekuatan tulen seorang lelaki dewasa yang pergi ke gim 3 kali seminggu. Lalu Umar menarik tangannya, sekaligus menarik Emir sekali hingga remaja 14 tahun itu menimpa si ayah.

Namun Emir tidak berhenti berusaha, membuat Umar sempat tersengih dalam pergelutan.

Gigihnya kedua-duanya berebut remote hingga tergolek ke lantai. Masing-masing taknak kalah. Ami di tepi terus bersorak dan menyimbah minyak selagi boleh.

Riuh mereka bertiga di ruang tamu itu dibiarkan sepenuhnya. Luahan kekecewaan Umar membuat Aqi menelan rasa bersalah yang dirasainya sejak awal lagi. Dah sampai masa dia membayar hutangnya pada lelaki itu juga. Melihat pertelingkahan itu melarat hingga bola keranjang terpelanting hingga hampir melanggar cermin di dinding, Aqi lekas masuk campur dan merampas remote itu dari tangan mereka.

"Jom beli baju raya. Kita pakai sedondon macam proper family... nak?" ajaknya sambil merenung tiga pasang mata hazel itu silih berganti.

"Ami setuju! Emir pergi buat baju raya Ami hangus tadi, tau!"

"Aku tak tahu seterika tu senang sangat overheat!!"

Umar memandang si wanita. "Kau sure? Selalunya kau takut sangat bini aku tu meroyan."

"Emm... kali ni I'll fight for you. Its our first Raya afterall," balasnya dengan senyum. Takkan puas melihat tiga pasang mata hazel dalam pemandangan yang sama. Lagi-lagi bila mata ketiga-tiganya bersinar gembira, membuat Aqi tertawa halus.

Emir dan Ami pula bertukar high five. Ayah mereka dah hidupkan enjin, emak mereka dah lepaskan brek tangan. Tinggal nak pijak pedal minyak untuk memandu ke matlamat mereka.


AQI sedang menyidai baju di ampaian bila mendengar deringan Vivonya. Dia berlari ke dalam rumah sebelum mencapai handset di atas meja. Nombor siapakah?

"Aqi, laki aku kat situ?"

Mimi? Mana dia dapat nombor aku?? "Rasanya. Tadi ada tapi aku tak tahu dia dah balik ke belum."

"Apa masalah laki aku ni..."

"Dia datang sini sebab nak lepak dengan anak-anak dia Mimi. Belajar untuk faham dia."

"Kalau macam tu hantarlah anak kau ke rumah aku supaya dia tak perlu pergi rumah kau!"

Panggilan terputus terus. Aqi pula ternganga pada Vivo. Bapak pundek perangai kau!!

Panas hati Mimi berpindah ke hati Aqi kerana tak gemar dimarahi atas kesalahan Umar. Aqi melangkah ke ruang tamu, melihat lelaki itu sedang gusti lengan dengan kedua-dua anaknya. Umar dan Emir saling bergenggaman tangan, manakala Ami pula cuba membantu abangnya mengalahkan ayah mereka.

"Ayah makan apa sampai kuat sangat...!!" pekik si anak perempuan sambil cuba menarik tangan ayahnya supaya jatuh. Emir turut merenyam macam tengah berak keras.

Umar tidak menjawab melainkan hanya tersengih pada dua muka berkerut merut itu. Puas bermain-main, terus tangan Emir dihentam ke meja. Mudah sekali. Impaknya hingga kedua-dua budak 14 tahun itu tergolek ke lantai. Dua-dua barai.

"Ayah punya bench press berapa?" soal Emir di lantai.

"170kg. I'm going for 200kg now."

"Damn." Bendera putih dikibar. Ami pula mengira beratnya dengan berat Emir, sebelum akhirnya mengaku ayah mereka jangan dilawan secara fizikal.

Umar menongkat tangan ke belakang dengan sengih. Kemudian dia perasan Aqi berjalan di pintu dapur hingga ke belakang sofa. "Kau pun nak lawan?"

"Lawan apa ni?"

"Gusti lengan."

"Kita dah gusti lengan, gusti kaki, gusti badan... banyak kali sampai dua budak tu lahir Mar. Cukup-cukuplah."

Terpempam si jantan dibuatnya. "Kau jangan buat aku puasa yakyok weh!"

Wanita itu tertawa halus. Makin seronok mengusik Umar sekarang, terutama bila menyedari tahap sensitif lelaki itu serta reaksinya bila diusik. Comel dan lawak! Anak-anaknya dipandang. "Puasa nak habis ni. Kau berdua pergilah tolong ayah kau kemas rumah untuk Raya pula." Santai mengarah.

Serentak juga kembar itu mengangkat kepala dari lantai. "Taknak! Sana ada bini ayah!"

"Ma suruh tolong ayah kau, bukan layan bini dia."

Emir dan Ami serentak menjuih, sama-sama berat hati. Kalau sebelum ni mereka akan menurut perintah itu tanpa berfikir panjang, tapi selepas semua yang dah berlaku, mana-mana lokasi yang ada Mimi ialah tempat terakhir yang mereka nak jejaki.

"Emir, jangan lawan cakap ma."

Spontan mata terpejam. Dia dah petik nama pulak daahhh... remaja lelaki itu memekam bibir sambil menundukkan kepala. Dia taknak dekat dengan perempuan ular itu.... dia taknak... tapi dia tak berani nak lawan cakap emaknya....

Melihat keadaan abangnya, Ami to the rescue. "Ma arm wrestle dengan ayah dulu. Kalau menang, baru kami ikut cakap ma."

Kening Aqi terjungkit sebelah. Emir pula terus bersetuju manakala Umar mengerut dahi bila dijadikan subjek pertandingan.

"Ayah pula yang kena?"

"Ala, ayah lawan je. Time ni la nak tunjuk jantan supaya Emir boleh ikut jejak ayah berbanding jadi gay. Pun ni peluang nak pegang tangan ma. Tapi pastikan menang tau!" pinta si anak.

Kau sedap je mengutuk dan mengarah....

Aqi pula masih tenang. "Kalau ma menang, kau berdua ikut semua cakap ma, no question asked. Deal?"

"KALAU ma menang," balas mereka serentak. Malah ayat kalau ditekan, bagi memberi peringatan pada si emak yang ayah mereka 100 kali ganda jauh lebih kuat. "Ma berat berapa?

"50kg."

"Ha! Ayah boleh kalahkan ma pakai satu jari je!"

Ya Tuhan. Umar memejamkan mata penuh perit sebelum menekan pangkal hidung dengan jari. "Aku puasa... aku puasa... astaghfirullahalazim..."

Melihat keadaan lelaki itu, Aqi lalu beralih dari belakang sofa ke meja kopi. Hujung jarinya menyentuh belakang tengkuk Umar sebelum dilarikan ke telinga lelaki itu. Diusap lembut. Kemudian dia mengambil tempat duduk bertentangan dengan si lelaki di meja kopi. Umar merenung datar sambil mencucuk lidah ke dinding pipi, mengerti strategi Aqi.

"I respect your game, tapi respect orang berpuasa jugak, please?"

"Aku puasa gak," senyum Aqi. Siku ditongkat ke meja makan sebelum menyambut genggaman tangan Umar. Kemudian ibu jarinya mengusap belakang tangan lelaki itu pula.

Umar mengetap gigi. Makin sensitif nalurinya bahana serangan Aqi! Genggaman diketatkan bagi melawan godaan itu, tetapi Aqi pula melontar suara manja kerana sakit. Kepala Umar jatuh terus. Mukanya juga mula berbahang.

"Ma dah ready," ujar Aqi pada kedua-dua anak yang masih tak perasan serangan halus yang dia dah lepaskan pada ayah mereka. Kedua-dua anak masih dengan muka yakin. Aqi pula merenung anak mata lelaki di depannya. Senyum dilukis khusus buat lelaki yang mencintainya itu. Bibir bawah digigit manja, membuat Umar tertunduk lagi menahan segan.

"Start!"

"Mar..." Aqi memanggil.

"Em?" Umar melangut.

Mata dikenyit sebagai serangan terakhir, membuatkan Umar tumpas terus. Sekaligus, tangan besi itu dihentam ke meja macam mematahkan dahan reput. Ami dan Emir ternganga luas manakala Aqi tergelak.

"Apa ni!! Mana aci! Takkanlah ayah boleh kalah!!"

Namun lelaki itu lekas menjauhkan diri dengan muka merah. Senyum tak lekang di bibir manakala matanya langsung tidak mampu menentang mata mereka. "Ayah tak boleh... no no, I can't. Your mom won. She wins big."

Nganga lagi. Aqi sengih tak berdosa. Mimi pula dapat dua orang gaji 14 tahun, percuma.

Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena