Raya Special (Final Part)
.
RAYA dah sampai!!
Umar tidak main-main bila dia cakap dia mahu beraya dengan Aqi dan anak-anaknya. Kerana semasa Aqi dan Ami sedang menyediakan makanan di dapur sebelum pergi solat Raya, rumahnya dikejutkan dengan kehadiran Umar dengan Mimi. Malah lelaki itu tidak segan silu menarik tangan Mimi untuk masuk macamlah dia tuan rumah sebelum ditolak isterinya supaya duduk di sofa rumah Aqi.
Emir yang tengah menonton takbir Raya di Mekah sambil mengisi kuih raya di dalam bekas ternganga melihat tingkah laku ayahnya, malah lelaki itu dengan selamba mengambil tempat duduk di sebelahnya.
“Ayah dah sampai ni. Boleh salam sekarang.”
“Salam?” Blur. “Yang kena bagi salam ialah ayah. Lepas tu Emir cakap, waalaikumussalam. Masuklah. Oh, ayah rupanya. Aunty ada sekali? Haa... silalah duduk.” Sambil berkata-kata, mimik mukanya turut memainkan senario menerima tetamu. Kemudian muka kacak si ayah ditentang lagi. “Itu namanya adab.”
Selamba badak dia menyindir dengan muka seposen itu. Umar merenung muka itu sebelum memanjangkan leher ke meja makan. “Aqi, kau ajar ke tidak SOP beraya dekat anak lelaki aku ni??”
Tanpa dapat ditahan, wanita itu tergelak. Baru teringat, ini juga kali pertama anak lelakinya beraya secara lengkap begini. Tangan dilap pada kain bersih sebelum mendekati ruang tamu. “Emir, adat melayu kita bila beraya, anak-anak minta maaf dekat mak ayah... atau Mimi sebagai isteri, minta maaf dekat ayah kau... atau Ami sebagai adik, minta maaf dekat kau...”
Mata si abang perlahan-lahan bersinar, lalu si adik yang menyorok di dapur dicari. “Reaaally...?? Adik kena minta maaf kat abang??” Lalu dia bangun dan mengejar adik perempuannya.
Dibiarkan dapur kecoh, Aqi merenung Umar sambil mengisyaratkan mata pada wanita cantik di sebelahnya. “Where’s the fire?”
“Its Raya. Just for today, tapi... family kita full house,” sengih lelaki itu.
Kening Aqi terjungkit tinggi, lalu Mimi yang memuncung sambil bersandar dipandang. “Apa kau dah buat? Jangan jawab black magic!” Terus amaran diberi sambil mencerlangkan mata.
“Hehe... lepas everything that happened, bini aku tengah strive nak jadi bini taat dan solehah. One day is her limit untuk beraya dengan kau katanya,” tambah Umar sambil mengusap kepala bininya.
Mendengar itu, Aqi kegembiraan. Air mukanya bersinar sekali! “Thats good... thats seriously good! Fake it till you make it. Well done, Mimi!” luahnya dengan penuh gembira. Hidup mereka akan jauh lebih mudah jika wanita itu beralah sebegini dari awal lagi.
Namun Mimi pula yang terasa ditampar. “Aku buat untuk Umar! Bukannya aku nak sangat beraya dengan kau!!”
“Takpe. Aku faham, hahaha! Aku sure kau tengah tahan nak muntah masa dipaksa Umar datang ke sini... kau nak air?” soal wanita itu lagi, jauh lebih ikhlas kali ini. Terus dia kembali ke dapur dan mendapatkan makan minum untuk tetamu pertama pada hari Raya pertama. Kembarnya sempat dimarahi kerana masih bertelingkah di dapur kemudian disuruh menyalami Umar sekarang. Walaupun hanya sehari, peluang ini akan digunakan sebaiknya untuk membina memori bersama!
GIGIHNYA Umar nak beraya bersama hingga Mimi turut ditarik ke surau untuk solat Raya. Selalunya lelaki itu akan lepak di surau hingga hidangan makanan tiba, tetapi kali ini dia balik awal ke rumah bagi memastikan isterinya tidak lari, malah balik ke rumah yang betul iaitu rumah Aqi. Usahanya itu disambut baik oleh Aqi dan anak-anaknya, tetapi tidak diterima Mimi sepenuhnya. Susahnya nak beraya bila bini degil sebegini sekali.
Secara hukumnya, Umar perlu mengutamakan isterinya, tetapi apa yang perlu dibuat jika isteri itu enggan menerima anak-anaknya?
“By the way, aku nak bawa korang ke Terengganu, Marang,” ujar Umar bila mereka berlima makan bersama di rumah Aqi.
“Terengganu? Jauhnya. Buat apa?”
“Lawat kubur ayah aku.”
“Ayah kau? Kubur dia kan kat negeri ni je?”
“Hahah bukan ayah yang tu. Ayah aku yang korang kenal ialah ayah kandung Bang Farid dengan Kak Bat, i.e. ayah angkat aku. Kubur yang dekat Marang tu ialah ayah kandung aku... orang yang bertanggungjawab buatkan aku lahir ke bumi...”
Aqi dan Mimi serentak menonong pada Umar. Kembar itu pula memandang mereka silih berganti manakala Umar tersenyum bila menerima muka blur itu.
“Jangan beri aku muka macam tu. Tanya je apa yang korang nak tanya...”
“You mean, Ismail yang dibinkan pada nama kau... ialah nama siapa?”
“Ayah kandung dengan ayah angkat aku sama nama. Good coincidence, kan? Mudah untuk aku tipu keturunan aku,” sengihnya pula.
Ternganga lagi. Mimi dan Aqi serentak berpandangan sebelum sama-sama merenung lelaki itu.
“Sayang tak tahu abang anak angkat, apatah lagi orang Terengganu...”
“Pun kau tak pernah cerita pasal ayah kandung kau...” sambut Aqi pula. Dia dan Mimi sama-sama mengenali Umar bila lelaki itu dah pun menetap di Vila Orked, dan menjadi adik yang kerap dibuli Farid dan Batrisya dengan alasan mendisiplinkan Umar kerana nakalnya lelaki ini semasa kecil.
Umar tersenyum kecil. “Aku tak cerita sebab aku tak rasa orang lain perlu tahu... tapi now that I’m with you guys, I feel like you need to know that part of me too... sebab kita dah jadi a proper family. Selain you guys, satu-satunya yang tahu ialah Bang Farid dengan Kak Bat...”
“Aha...” Hidung Aqi terjungkit. “Kenapa rahsiakan keturunan sebenar kau?”
Umar merenung nasinya. “Sebab ayah ialah pembunuh.”
Ruang dapur itu hening. Hanya detikan jam yang kedengaran ketika ini. Jantung masing-masing rasa nak terkeluar dari anak tekak. Mimi ternganga luas, manakala Aqi memandang wajah anak-anaknya yang juga tengah melopong. Nasib Umar diturunkan juga pada anak-anaknya?
“Ab-ab-abang biar betul!?” Mimi yang tersedar dahulu.
Lelaki itu tersenyum hambar. “Dia ditangkap polis masa abang 6 tahun. I live alone for like a year or two... and then Bang Farid datang ke kampung dengan ayah... we met then. Abang bonded dengan Bang Farid... and then ayah jadikan abang sebagai anak angkat dia bila dia dapat tahu takda siapa jaga abang. The rest is history...” luahnya sebelum menjeling pada Aqi. “Kau tahu rahsia selebihnya, kan?”
Aqi menelan liur.
Mimi pula memandang keduanya dengan mata mencerlang. “Rahsia apa lagi?? Apa dia tentang laki aku yang kau tahu, Aqi?!!” pekiknya terus.
Nafas pendek dihembus. “Umar ialah anak luar nikah...”
“WHAT?!!” Mimi terpekik hingga terbangun berdiri. Ami dan Emir kini makin luas ternganga pada ayah mereka. Aqi menyambung kata.
“Turns out... aunty Orched... isteri uncle Mael... ialah emak kandung Umar.... Even dia sendiri tak tahu sebab dia betul-betul terkejut beruk bila rahsia tu kantoi dekat kami semua... I mean, by kami semua, termasuklah Bang Farid, Kak Bat, arwah Danny... uncle Mael.... Ini berlaku masa kita Form 4.” Muka merah Mimi direnung dengan senyum pahit. “Sebab kenapa aku dengan Umar sangat rapat dulu... malah lebih rapat dari Umar dengan bestfriends dia... ialah sebab aku tahu rahsia-rahsia Umar ni...”
Mimi sendat nafas.
Lelaki itu tersenyum kecil sambil merenung isterinya. “And now you do too, Mimi....” Tangan dipanjangkan, memegang tangan isterinya. “Kita dah jadi satu keluarga sekarang ni. Ni bukan kali pertama abang minta, dan bukan kali pertama Aqi minta juga... tapi bukalah hati sayang untuk terima kita berlima sebagai satu family. Terima anak-anak abang macam anak awaksendiri... terima Aqi sebagai kawan, at least...”
Wanita itu duduk semula sebelum menggelengkan kepalanya. “Mimi boleh terima abang dengan sepenuh hati sayang... tapi Mimi takkan boleh terima Aqi dalam hidup kita....” Wajah suaminya direnung. “Sekarang ni makin clear. Peranan dia dalam life abang bukan setakat emak anak-anak abang je...tapi dia ialah kawan abang, adik angkat abang, pernah bermusuh, pernah sekelas, berkongsi rahsia sepenting ini... Aqi ialah dunia abang.... Mimi memang tak boleh lawan. Abang tak boleh expect sayang tak jealous dekat dia sedangkan sayang tahu betapa pentingnya Aqi dalam hidup abang...” Liur yang terasa pahit, dipaksa telan. “Sayang isteri abang. Sayang minta abang cintakan sayang sama macam abang cintakan Aqi... tapi itu pun abang langsung tak boleh buat.... Hanya sebab Aqi dah balik semula.”
Ami dan Emir pula dah menjauh dari meja makan itu, enggan terlibat dalam perbualan yang dirasakan sangat serius sampai mereka tak boleh nak proses, manakala Umar merenung muka sedih isterinya.
“Kalau awak dah tahu dari awal lagi... kenapa masih melawan?”
Mimi terkedu. Aqi turut menoleh dibuatnya.
“Awak bukan Aqi, sayang. The both of you are very different... tapi abang tetap terima awak sebagai isteri abang sebab abang nak jagakan awak.... Aqi bukan masalah dalam rumah tangga kita, tapi cemburu awak yang buatkan life kita jadi susah. Ni abang minta benda kecil macam jaga Ami macam anak awak sendiri, pun awak berkira hanya sebab dia lahir dari perut Aqi. That hatred of yours needs to be curbed. Dan awak pun perlu faham, perkahwinan bukan pasal cinta semata. Its a responsibility. Affection. Being there for each other, bukannya nak menang seorang. Jadi, alang-alang Raya ni... awak bukalah lembaran baru. Terima kita semua sebagai family baru awak... okay? Abang pasti awak akan jadi lebih happy...”
Mimi masih dengan muka degil. Setiap nasihat yang diterima langsung tidak melekat di dalam hatinya. Tetapi Umar dan Aqi sama-sama faham apa yang berlaku di dalam kepala wanita itu. Priority Mimi ialah dia taknak diduakan.
“Aqi takkan rampas abang, jangan risau. Dia bukan penggoda. Dia egois. Feminis. Prideful. Dia lebih rela join Hamas menentang IOF dari dilabel perampas suami orang.”
“Abang jangan tipu...”
“Umar cakap betul, Mimi. Kau kena ingat, kalau betul aku nak rampas Umar, aku takkan tunggu sampai sekarang. Aku cuma perlukan lima minit dengan dia dalam bilik tidur aku untuk buat dia lupakan kau, tapi aku tak buat sebab aku hormat kedudukan kau sebagai isteri dia...” tambah Aqi pula, membuat Mimi menoleh dengan pandangan membunuh.
“Kau sembang lebat tapi apa yang berlaku sekarang ni, aku tetap kena tarik ke rumah kau sebab laki aku nak ‘beraya bersama’ berbanding dengan aku seorang!”
“Sebab kita satu family,” jawab Umar dan Aqi serentak, lalu mereka berpandangan. Mimi mengeluh lagi.
“Mimi taknak, lah... Mimi taknak. MIMI TAKNAK!!” jeritnya akhirnya bagi melepaskan rimas yang berbaki. Dia benar-benar tidak menyukai penambahan Aqi di dalam hidupnya, baik sebagai isteri ataupun tidak. Dia taknak perhatian Umar terbahagi. Dia hanya nak Umar untuknya seorang! Kenapa suaminya tak faham-faham?!
“Hahaha... kita start slow. Kita pergi ke Marang satu kereta, and then have fun as a family of five... okay?”
Wanita cantik itu mendengus, tetapi berkat pujukan Umar dan Aqi, dia akhirnya bersetuju dalam terpaksa. Namun hanya seketika, kerana bila Umar dan Aqi saling bertukar senyum lega, cemburunya merecik semula hingga membakar ke hati hitam.
Ikut serta dalam road trip berjam-jam dimana dia akan melihat dua individu itu bergurau senda dan bertukar renungan manja? Sekian wassalam.
Pada hari kejadian, Umar menjadi pemandu, Mimi duduk di sebelah dan Aqi serta anak-anaknya duduk di belakang. Bila mereka berehat di RnR, Mimi didapati menghilang. Rupanya wanita itu dah pun merancang lebih awal dan meminta rakannya menunggu di RnR tersebut untuk membawanya pergi dari situ.
Berat....
UMAR meneruskan niat ke kampung kelahirannya samada dengan kehadiran Mimi ataupun tidak. Semakin lama isterinya melawannya, semakin mudah Umar membuat keputusan untuk membiarkannya.
Bila tiba di kawasan perkuburan, Umar tidak jumpa kubur ayahnya mulanya. Hingga dia terpaksa menebalkan muka meminta tolong orang kampung yang penuh di situ.
“Ismail? Siapa?”
“Ismail mana ni?”
“Kau Umar Darius? Aku tak pernah kenal orang yang bernama Umar Darius...”
“Umar... Umar... anak Ismail... siapa Ismail...??”
“Ayah pernah kena tangkap polis sebab kesalahan membunuh...” Hint diberi, dan barulah beberapa orang tua di situ cerah akal.
“Aku ingat dah! Ismail yang tu...! Dia ada anak lelaki—ha, aku ingat! Budak Umar yang rempuh orang kampung dengan kerbau dia tu, kan?!”
Umar memekam bibir. Dibiarkan Aqi dan anak-anaknya memandangnya dengan kerut, dia menggangguk pada lelaki beruban berkopiah di depannya.
“Ni siapa? Isteri kau?”
“Erk—”
“Dua orang ni anak-anak kau la ye? Ya Allah, dah besar panjang kau Umar. Cari kubur Ismail ye? Kenapa baru balik sekarang? Kejap, aku rasa ada je yang lain... yang tahu kat mana Ismail dikuburkan...”
Lalu mereka berbincang sesama mereka, mencari siapa yang tahu kedudukan kubur yang hilang. Pada masa yang sama, orang kampung kecoh kerana Umar dah balik ke lubuk. Berkat bantuan orang kampung, Umar akhirnya menemui dua batang kayu ditengah-tengah rumput liar. Dua batang kayu itu dah reput menunggu tenggelam ke tanah, tanda kubur tersebut terbiar lama dan langsung tidak dijaga.
Orang kampung membiarkan Umar mencangkung di sebelah kubur tersebut. Kayu disentuh macam menyentuh kepala orang tuanya, dan rumput-rumput dicabut macam membersihkan badan ayahnya yang tengah nazak.
“Ayah... Mar dah balik...” ujarnya dengan mata berkaca. Kemudian dipanggil Aqi dan anak-anaknya untuk mengelilingi kubur tersebut dan membaca yasin bersama-sama.
UMAR memutuskan untuk menginap di kampung itu untuk satu malam bagi membaiki kubur arwah ayahnya. Disokong sepenuhnya oleh Aqi dan dituruti secara terpaksa oleh anak-anaknya. Malah, orang kampung juga menerima kehadiran Umar dan keluarganya dengan meriah. Ketua kampung turut offer diri menyediakan bilik untuk kediaman sementara mereka.
“Meriam buluh?”
“Ha’ah. Anak lelaki saya tak pernah jumpa meriam buluh.”
“Hok aloh, orang KL ni...”
“Hahaha...” KL pun KL, lah!
Untung nasib, Emir dan Ami juga dapat pengalaman baru untuk dicatit dalam logbook kehidupan mereka.
Lelaki bermata hazel itu lepak di surau hingga lewat malam sebelum ikut balik ke rumah ketua kampung. Emir tidur di ruang tamu, manakala Ami diberi bilik sendiri. Umar terus bergerak ke bilik tidurnya seperti yang ditunjukkan ketua kampung, hanya untuk melihat Aqi sedang duduk di katil. Baru selepas mandi, tengah berkemban dengan batik serta sedang mengelap rambut yang lembap.
Mereka berpandangan.
“Terima kasih rezeki ya Allah. Bismillahirrahmanirrahim...” Umar merapat laju.
“KAU KELUAR!!”
TAK perlu buka takbir di TV, dia dikejutkan dengan laungan azan dari surau, disusuli takbir raya yang langsung tidak berhenti. Bukan rakaman radio juga, tapi betul-betul takbir dari warga kampung. Sekali sekala, dia dengar juga bunyi ayam mengokok. Bunyi orang berjalan, lampu yang terbuka, serta bau wangi masakan dari dapur memanggil Emir untuk terus bangun. Dingin Subuh turut menusuk ke tulangnya, membuat Emir menggosok lengan menahan sejuk.
Perasan ayahnya berbaring di lantai, dia mengerut dahi. “Ayah tidur kat lantai?”
“Ma kau tak bagi ayah tidur dengan dia,” jawab Umar dengan mata yang masih terpejam. Lah, dah bangun?
Apa benda miang la orang tuanya ni niatkan. “Ayah kena kahwin dengan ma dulu baru boleh tidur sebilik.”
“Ayah tengah tidur sebilik sekatil sebantal dengan dia dalam kepala ayah.”
Emir give up.
Seterusnya, mereka sambung beraya di kampung itu walaupun terpaksa pakai baju semalam. Ah, sebat. Walaupun Aqi dan anak-anaknya tidak merungut, tetapi demi keselesaan keluarganya, Umar tidak merancang untuk duduk lebih lama dari sepatutnya. Aqi menjalankan tugas sebagai penyokongnya dengan memberi pendedahan kehidupan kampung pada kembarnya, manakala Umar terus menyelesaikan kubur ayahnya pada pagi itu juga—dengan bantuan ketua kampung. Nampaknya kehadirannya benar-benar digemari sampai bersungguh benar orang tua itu menolongnya.
Menjelang tengah hari, barulah mereka balik. Umar sempat memberi sedekah berupa tunai serta niat untuk kembali ke kampung itu suatu masa kelak.
“Korang seronok?” soal Umar bila masuk ke dalam kereta, pada ahli keluarganya yang dah menunggu.
“Ami tak biasa sangat...” Jujur mengaku.
“Aku pun. Tapi sebab cepat sangat kut... dan sebab trip ad-hoc... tapi not half bad, lah...” balas Emir pula tanpa melepaskan renung pada suasana kampung.
“Aku dah dapatkan buluh untuk buat meriam,” balas Aqi sambil mengisyaratkan ibu jari pada bonet.
“Mantap. Nanti kita letupkan vila,” balas Umar dengan sengih nakal, membuatkan mata kembarnya terus bersinar.
Aqi tertawa halus sambil menggelengkan kepala. Bila lelaki itu merenungnya meminta izin, si wanita menguntum senyum. “Buat je la... asalkan jangan sampai ada yang cedera...”
“Kau joinlah sekali...”
“Iyee...”
Barulah Umar tersenyum lebar. Benar-benar gembira kali ini. Honda CRV dipandu keluar dari kampung bersama kenangan Raya pertama sebagai sebuah keluarga.