Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
150,017
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

SELALUNYA dia balik kerja dalam keadaan rumah kosong yang kotor dan menunggu untuk dikemas. Al maklumlah, lelaki bujang yang hidup seorang. Hal ehwal rumah dibuat tak endah asalkan ada tempat untuk tidur serta sebuah kediaman sebagai imej dia memiliki asetnya sendiri.

Tetapi kali ini, buat pertama kali dalam hidupnya, dia disambut oleh suara riang seorang anak kecil serta bau masakan dari dapur. Seorang wanita cantik juga ada di dalam rumahnya, menyambut kepulangannya bersama senyum. Umar terasa dunianya lengkap tiba-tiba.

Beg laptop yang dibawa bersama dipindahkan ke atas sofa. Si anak yang berjalan ke arahnya terus disambut, didukung dan dikucup penuh sayang sebelum melangkah ke arah hawa yang tengah menyediakan makanan di meja makan.

“Aku ingat kau dah keluar...” ujarnya sambil melihat pemakaian Aqi. Baru perasan wanita itu memakai Tshirt hitamnya serta seluar tidurnya. Labuh sekali macam Sizuka memakai baju Giant.

“Aku masih ada masa sampai esok. Aku tumpang tidur untuk satu malam lagi, boleh?”

“Aku request kau tidur dalam rumah aku sampai kita sama-sama tua takda gigi, boleh?”

Lalu senyuman merebak di bibir wanita itu. Allahuakbar. Menyedari nalurinya meribut, Umar lekas menukar topik.

“Lawa baju.”

“Hahaha. Sorry aku pinjam tak bagitau. Aku datang sehelai sepinggang. Aku dah cuci baju aku, tunggu kering je.”

Lelaki itu hanya mengangguk, tak ambil endah. “Sejak bila kau pandai memasak?” soalnya lagi sambil melihat apa yang terhidang. Nasi putih, ikan goreng, sambal cili dan telur dadar. Cukuplah sebab memang hanya itu yang ada di dalam peti sejuknya yang jarang-jarang berisi.

“Aku survive, Mar,” sengih wanita itu lagi sambil merapat. “Kau makanlah. Aku nak mandikan Ami.” Anak mereka diambil dari rangkulan lelaki itu.

“Jomlah makan sekali,” ajak si lelaki pula.

“Aku tak lapar.”

“Jomlah.”

“Aku nak mandikan Ami... Anak ma dah busyuk...” Pipi anak perempuannya dicium-cium penuh sayang. Kemudian digeletek anaknya hingga ketawa Ami terlepas mengilai mengisi rumah bujang, berdesup ke hati sunyi si tuan rumah itu sekali. Aqi turut tertawa suka dibuatnya. “Asal comei sangat anak ma ni hmmm geramm!!” Dicium sepuasnya, sebelum membuka langkah ke bilik air. Terhenti bila lengannya dipegang Umar.

“Sayang...”

Mata Aqi membulat. Umar pula menggigit lidah, terkejut dengan diri sendiri.

Sorry. Maksud aku, Aqi... temanlah aku makan, dengan Ami sekali. Nanti lepas kau balik, aku makan sorang lagi...” Main simpati pula. Sengih tersungging bila wanita itu menurut.

Aqi mengambil tempat di sebelah Umar. Ami didudukkan di kerusi di antara mereka, tetapi si anak berdegil nak duduk di riba ibunya. Umar memandang kelakar.

“Macammana kau boleh terfikir nak tinggalkan budak manja ni dekat aku sedangkan disuruh duduk sendiri pun taknak...” Pipi Ami dicubit.

Hanya senyum yang mampu membalas soalan itu. “So, how was work?” Dia berbahasa bila Umar mula menjamah nasi.

Horrible.”

“Pulak. Haha.... kenapa?”

“Sebab Bang Farid expect terlalu tinggi dari aku.Aku maybe nak keluar dari hotel tu... cari kerja lain. Kau rasa macammana?”

“Eh? Aku?” Terperanjat. “Aku mana tahu apa...”

“Aku nak dengar pendapat kau,” ujarnya sambil memasukkan nasi ke dalam mulut. Sial, sedapnya! Cukup garam dan aji no moto.

Wanita itu menjulingkan mata ke langit, berfikir panjang.“Ermm... ni first time orang minta pendapat aku tentang kerjaya. Pendapat aku... kalau kau rasa workload yang kau dapat tu sejenis beban berbanding a challenge, or an opportunity to grow... you can use that as weightage on your decision making process... sorry Mar, jawapan aku vague gila...”

Anak mata hazel itu menjeling bersama mata membulat. “It’s okay... good feedback... and this is a damn good meal!” Telunjuk dituding pada nasinya.

Segan wanita itu dibuatnya. “Thanks...” Sengihnya. Rambut turut ditolak ke belakang telinga.

Sengih Umar meleret melihat tingkah laku itu. Comel.

Mereka terus menikmati hidangan di hadapan. Ami mula bermain dengan makanannya, memanggil Aqi untuk memarahi si anak. Sifat budak bila kena marah, reaksi pertamanya ialah menangis. Aqi mula memujuk walau masih ada tegasnya. Bila si ibu menghadiah cium ke kepala cinta hatinya itu, barulah Ami berhenti menangis. Baru saja nak sambung makan, perasan dirinya diperhati. Umar tengah merenungnya tanpa kelip.

“Tengok apa?” 

“Tengok kau.”

“Tengok orang macam tak pernah tengok manusia.”

“Kau ialah perempuan dalam rumah aku, Aqi. Takda benda lain yang lebih menarik dari kau untuk dilihat dalam rumah aku ni.” Selamba. Nasi kembali dikunyah.

Gaya janggal Umar malam tadi terus terbayang di fikiran. Comel pula rasanya. Aqi tersenyum nipis sambil terus menyuap Ami. Kalau ditinggalkan Ami di sini, Umar perlukan seorang isteri selekasnya untuk membantu memudahkan hidupnya secara domestik. Sebab lelaki ini tak boleh dibiarkan hidup sendiri!

You need a wife la, Mar. Dah dua tahun berlalu lepas kita bercerai. Kau clearly rindukan layanan perempuan. Rumah ni pun...aku masih tak tahu busuk tu datang dari mana...”

“Tak payahlah ulang banyak kali...” Malu dibuatnya.

“Aku rasa rumah ni tak jadi macam ni kalau kau metroseksual, tapi kau kategori maskulin nak tunjuk gagah macamlah kau hidup zaman paleolitik yang satu-satunya cara nak pikat perempuan ialah hentak kepala dia...”

Umar tidak pasti apa yang Aqi bebelkan tetapi semakin lama dia mendengar, dia mahu suara itu terus mengisi ruang kosong rumahnya selepas ini.

“Sampah tak dibuang. Barang merata. Laundry melimpah tak basuh-basuh...” Satu persatu disebut. “Kenapa tak basuh baju?”

“Kalau boleh beli baru, buat apa basuh.” Mudah menjawab sambil terus mengunyah.

Aqi memicit perut Umar, membuat lelaki itu mengaduh.

“Dahlah bebel orang, lepas tu cubit orang...” Umar mahu marah tetapi yang hadir di mukanya ialah senyum dan tawa. Dia tak tahu kenapa. “Kalau kau concern sangat, kau kemas la rumah aku ni!”

“Aku pulak!” Mata dicerlangkan. Bila Umar tergelak, dia juga tertawa. Waima Aqi sendiri tidak pasti kenapa dia nak bising atas keadaan rumah bujang ini. Kepala dipalingkan ke baju kotor Umar yang menimbun di luar bilik air. “Lagipun mesin basuh ada tu Mar... kau tinggal masukkan je....” Umar direnung mengharap respon positif, tetapi si lelaki membalas dengan menjelir lidah pada pinggannya. Tunjuk perangai pula dia.

Rumah bujang yang memerlukan make-over dipandang lagi. Direnung lama sebelum mengerling pada Umar sekali lagi. Lapar sangat sampai tak berhenti mengunyah dari tadi. Malah, bertambah! Penampilan lelaki ini juga dah berubah berbanding dua tahun lepas. Stubble memanjang dan meliar di rahangnya tanda si lelaki malas nak cukur. Rambutnya lebih panjang walaupun disikat kemas, dan kerut stress juga ketara di dahi. Lelaki ini penat dan lapar, dan Aqi merasa naluri wanitanya mahu membantu memudahkan hidup ayah kepada anaknya ini walau sedikit.

Walaupun hanya sehari.

“Aku boleh tolong kemaskan, tapi bayar ah,” ujarnya mengalah,cuba bergurau dalam serius.

Dia dah offer diri! Lekas Umar mengambil peluang. “Aku akan berikan kau semua harta yang aku ada. Everything in my possesion, I’ll give it to you... my car, my house, my heart...”

“Hahaha.... Payment aku takdelah mahal sampai macam tu sekali...”

“Aqi...”

“Lagipun aku nak buat apa dengan hati jantung kau? Aku bukan peniaga organ dalaman... kalau aku nak, aku curi kat hospital je,” ujarnya, masih cuba nak bergurau dan memusnahkan mood serius yang dicipta lelaki itu. Dia bukannya bodoh untuk tidak memahami maksud tersirat si lelaki.

Dan Umar juga bukannya bodoh untuk mengesan Aqi sengaja nak mengelat. “Jadi wife aku semula, please?” pintanya terus, memerangkap wanita itu untuk menjawab; ya atau tidak.

“Kau sure? Aku baru je muncul malam tadi—”

“Aku sangat sure. In fact, aku rasa nak angkut kau ke rumah tok imam sekarang.”

Ketawa pecah lagi. “Kalau kita berkahwin semula, aku nak kau jaga jambang kau tu.”

“Jambang aku?” Spontan rahang disentuh. Dia punya tahap malas sampai jambang di muka hanya dicukur bila terasa rajin dan ditegur HR.

“Dulu ayah takda jambang. Tapi sekarang, ayah nampak maskulin macho, kan?” soal Aqi pada Ami di riba. Umar pula meramas rahangnya.

“Kau suka?”

Aqi melangut semula dengan anggukan dan senyuman comel. “Handsome.”

Berbunga terus hati si lelaki. Si anak turut menoleh pada ayahnya, lalu facial hair itu dipegang dengan tangan yang masih kotor dengan nasi. Aqi dan Umar sama-sama terperanjat. Lekas Aqi mengalihkan tangan anaknya. Nasi yang bersisa pada jambang itu turut disapu. Umar membiarkan dan Aqi tahu Umar suka.

“Nanti kau trim la... bagi kemas sikit...” ujarnya lembut sebelum melirik pada renungan sepasang mata hazel itu. Sebuah bicara hati.

Soft flirt.

“Ye, sayang...”

“Kau panggil aku sayang lagi...”

I did,” balasnya dengan sengih nakal. Sengaja kali ini.

Mereka berpandangan, meneliti reaksi masing-masing. Hati mereka bertaut ketika ini, dan mereka sama-sama mengerti. 

Aqi tiba-tiba menjelirkan lidah, membuat Umar meleret sengih geram. Ami dipindahkan ke ribanya. Kerusi si anak tadi ditolak ke belakang sebelum mencapai kaki kerusi Aqi. Terus kerusi itu ditarik hingga rapat ke sebelahnya. Aqi menahan senyum segan. Pandangan mata dilarikan bila Umar merapatkan wajahnya. 

“Aku simpan dan trim jambang aku, so aku boleh dapat peluang kedua dengan kau?” soal si lelaki.

Doable.”

Ah, perempuan ini! “Doable apa benda! Nak ke tidak, tu je!”

“Hahah! Taknak main cakap je! Aku nak cincin. Nak confession cinta atas pasir. Nak ada fighter jet tulis kat tengah udara, nak rantai diamond, nak cincin diamond, nak anting-anting diamond, nak gigi diamond...”

“Kalau aku berikan kau semua tu, aku boleh dapat peluang kedua dengan kau?”

Wanita itu menelan kata. “Kau sangat serius sekarang ni,kan?” Niat gurau bertukar cuak.

Lelaki bermata hazel itu masih dengan senyum, kali ini bersama azam baru di dalam kepala. Dia mahukan Aqi sebagai isterinya semula, dia taknak perempuan lain, dan dia akan usahakan sehingga berjaya. “Aqi... marry me...” pintanya lagi, kali ini dengan suara garau dan dalam, seakan tenggelam dalam lautan. Namun romantik di telinga insan yang mendengar.

Aqi bertukar kelabu asap.

“Dah kenyang...” ujar si anak di riba si ayah, sekaligus menyelamatkan si ibu dari serangan perasaan. Budak dua tahun itu mengangkat kedua belah tangan yang kotor dengan nasi pada emaknya. Aqi mencari air basuh tangan di atas meja. Didapati tiada. Kemudian dia bangun ke dapur.

Umar terus memerhati pergerakan tubuh langsing itu. Dua tahun membujang semula nampaknya cukup untuk membuatnya merasa bahang shahwat setiap kali melihat Aqi bergerak. Walaupun hanya dengan bangun dari kerusi. Atau mengambil mangkuk dan mengisi mangkuk dengan air paip. Atau berjalan semula ke meja makan. Setiap pergerakan itu seperti sebuah seni halus yang menjadi nikmat dunianya.

“Kau tengok apa?” Aqi menegur buat kesekian kali.

“Kau.” Jawapan yang sama.

Kepala digeleng. “Kronik.” Mangkuk berisi air dihulur depan si lelaki. Melihat arah renungan Umar di dadanya, dahi lelaki itu ditepuk.

We could have our fun together if you agrees,” pujuk Umar lagi.

I’m sure that would be lovely, tapi aku masih ada hal lain yang aku perlu uruskan, Mar.”

“Aku tak nampak kenapa kau tak boleh selesaikan urusan kau sebagai wife aku.”

Senyum. “Sebenarnya ada lelaki lain yang lamar aku—”

Reject him. Kau pilih aku je.”

Terkedu. “Kau tak terkejut aku ada calon lain?”

“Kau cute. Smart. Gangster sikit la tapi...” Senyum tertahan bila menerima cerun dari si wanita. Ya Allah dia lupa riak wajah ini. Emosi Umar makin membuak-buak. Semakin lama berbual dengan Aqi, dia semakin nakkan wanita ini semula! Betapa dia mahu melihat semua reaksi yang wanita ini boleh lakukan! “Apparently dah bertukar domestik juga. Its natural kau boleh tarik perhatian lelaki lain. I mean... aku baru jumpa kau tak sampai sehari, aku terus nak miliki kau semula, Aqi.”

Panas pipinya lalu. “Sejak bila kau Romeo sangat macam ni...”

“Yang penting kau fikir aku je... dan benarkan aku untuk miliki hati kau sekali lagi...”

Makin merah mukanya. Perasaan Umar akhirnya berjaya menyentuh hatinya di dasar terdalam. 

“Mar...”

“Kau fikirlah dulu. Aku nak melepas kejap. Sakit perut...”

Orang dah masuk mood romantik, dia pula yang rosakkan. Aqi menggerutu, memandang lelaki itu bergerak laju ke bilik air. Pelik seketika bila melihat Umar brek di depan pintu tandas.

“Aqi, kenapa baju kau tergantung—”

“Allah!!” Baru teringat! Ami dipindahkan ke lantai dan dia terus berlari ke tandas. “Sorry, aku tak tahu nak keringkan kat mana...”

“Kenapa tak keringkan kat luar...”

“Takkan aku nak gantung baju seluar aku kat luar! Kalau jiran kau tengok, seluruh masjid datang karang!”

Nafasnya sendat. Bukan baju seluar je yang digantung dalam tandasnya, tetapi satu set dengan pakaian dalam sekali. “Jadi sekarang ni...” Aqi sedang memakai bajunya tanpa pakaian dalam? Dada terasa nak meletup hingga memadatkan muka dengan darah panas. Otaknya dihujani imej-imej eksplisit. Tubuhnya merasa had panas macam ketel yang menjerit nyaring kerana overheated. Tanpa amaran, Umar berpusing ke ruang tamu.

Aqi terperanjat. “Mar?”

Tiada balasan dari lelaki itu. Kunci kereta di atas meja dicapai dan terus menghilang di sebalik pintu.

 

LELAKI itu tidak muncul semula. Jam di dinding pula dah menunjukkan pukul 10 malam. Aqi menggerutu di ruang tamu sambil memeluk Ami di riba. Dia taknak bermalam di rumah ini buat kali kedua, tetapi dia juga taknak meninggalkan Umar dalam keadaaan terputus seperti petang tadi. Ami semakin penat menonton TV. Anaknya mahu tidur. Aqi menjeling jam lagi, masih mengharap Umar balik dalam masa terdekat.

Apa benda yang dia takut sangat dengan aku?? Dengus hatinya. Air muka lelaki itu petang tadi cukup rumit untuk dibaca. Sesuatu berlaku dalam kepalanya hingga dia perlu lari dari Aqi... demi menyelamatkan iman.

Bibir bawah digigit, menyedari lelaki itu mungkin masih menyukai dirinya lebih dari cukup. Mereka ialah suami isteri dua tahun lepas. Lapar itu masih ada, malah mungkin menggigit si lelaki lebih darinya. Tanpa dapat ditahan, keluh berat terhembus.

“Masalah betullah mamat tu...”

Pukul 11 malam.

Umar mungkin takkan muncul semula malam ni... bisik hatinya. Ami diangkut ke bilik tidur Umar lalu dibaringkan tubuh halus itu diatas katil. Diciumi wajah itu. Cute benar bila tak mengomel atau tak menangis!

Perasan seseorang di luar tingkap. Aqi berpusing lipat maut. Berderau darahnya menyedari dirinya diintai.

“Umar?!” jeritnya sebelum terus meloncat ke tingkap tersebut. Tingkap dibuka seluasnya. Namun yang mengintai itu bukannya Umar, tetapi seorang perempuan yang cukup dikenali.

Itu ialah Mimi, musuh cinta Aqi. Mereka sama-sama terkedu bila mengenal pasti masing-masing.

“Aqi?? B-bila masa kau balik??” tegur Mimi, melopong tak percaya melihat perempuan itu.

Aqi pula membalas dengan hembusan nafas panjang. Mimi ialah kekasih Umar pada zaman sekolah menengah, dan dia dan Mimi juga bermusuh sejak umur belasan tahun itu. Kebencian Mimi melambung bila Umar memilih Aqi untuk dijadikan pasangan hidup berbanding dirinya. Semestinya episod itu belum ada penamatnya hingga sekarang.

Anak mata dikerling ke pintu pagar yang terbuka. Mimi menceroboh masuk? Intai bilik tidur Umar pula tu.... “Aku datang sebab nak jumpa Ami...”

“Ami...”

“Ami Dania, anak aku.”

“Korang ada anak?? Bukan korang cerai dua tahun lepas ke??”

“Yea... masa tu aku bawa benih dia.”

Mimi mendengus perlahan. “Entah-entah anak lelaki lain...”

Putus fius. Muka tenang tadi bertukar bengis. “Baik kau cakap kenapa kau ceroboh rumah Umar sebelum aku report kat dia!”

“Kau dah ceroboh dulu sebelum aku!!”

“Dia jemput aku masuk la, telor!!”

Terkejut lagi wanita cantik itu. “Korang dah bersama balik ke?”

Aqi memilih untuk tidak menjawab. “Kau masih kejar dia?”

“Selagi dia available, selagi tu aku kejar dia. Lagipun korang dah bercerai. Kau siapa nak halang aku?” dengus Mimi pula, kukuh hatinya dan terang sekali niatnya.

“Kami cerai dua tahun lepas, tapi Umar tak kahwini kau pun?”

Terasa soalan itu mencabarnya. “Kau jangan nak berlagak bagus sangat!! Kau dah kena cerai, tak payah jadi janda haus kejar laki kau balik siap baring-baring kat katil dia!”

“Aku dah cakap aku nak jumpa anak aku...”

“Kau bawak je anak kau masuk kubur!!”

Bengang. “Kau mental sangat dah kenapa?!” balasnya, keras semula. Sebelum jiran dapat tahu ada dua perempuan tengah bergaduh di rumah bekas suaminya, lekas Aqi menutup tingkap itu. Langsir turut ditutup. Biarlah Mimi kantoi seorang. Dia enggan menimbulkan sebarang spekulasi buruk oleh jiran-jiran terhadap lelaki kesayangannya itu.

Lelaki kesayangan?

Aqi menepuk dada, cuba menenangkan bara di hati. Umar nakkan peluang kedua bersamanya... walaupun mereka tak habis capai kata sepakat. Mungkin dia patut bersetuju untuk bersama dengan Umar semula bagi memastikan Mimi tak dapat Umar! Huh!

Tubuh dibaringkan bersama rasa penat yang entah datang dari mana. Bau rambut Umar berbaki pada bantal, memberi rasa hangat di hatinya. Bantal itu lalu dipeluk dan muka dibenam bersama rasa kasih. Kalau dia tidak membuat keputusan cepat, boleh jadi katil ini akan didiami Mimi.

I hate that...”desisnya, mengeratkan peluk. 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena