SUBUH dah masuk.
Dengan berhati-hati, Umar membuka pintu rumahnya. Aqi dengan Ami masih tidur agaknya. Mudahan. Tapi nak duduk sebumbung dengan Aqi walaupun di bilik asing pun rasa macam dugaan terbesar yang dia perlu hadapi seumur hidupnya. Tapi dia perlu bersiap untuk pergi kerja sekejap lagi.
Dia sangat gembira Aqi dah balik, dan pada masa yang sama, dia juga sangat-sangat takut dengan kehadiran wanita itu di dalam rumahnya. Ironi, kan?
“Mar?”
Suara halus yang sangat dikenali itu umpama hentakan kuda perang memecut ke medan. Lagi-lagi bila melihat Aqi memunculkan diri dari bilik. Imannya terlalu lemah untuk berdepan dengan perempuan kesukaannya di dalam gelap. Umar lekas berpusing kembali.
“Kau jangan lari lagi...!” Aqi terpekik.
“Kau tak faham, Aqi...”
“Aku nak balik terus kejap lagi!”
Langkah lelaki terhenti terus sebelum menoleh pada wanita yang mengejarnya di muka pintu.
“Balik ke mana?”
“Aku datang nak lawat Ami dengan kau je, tapi aku tak sepatutnya stay lebih lama dari satu malam. Too much distraction on you apparently.” Pipi digaru ringan. Kepala dilangut, menentang renungan mata hazel itu. Sepanjang menunggu Umar balik dan kerana pertemuan dengan Mimi, kehidupan semula dengan Umar ialah sesuatu yang dia sudi pertimbangkan, tetapi selepas menyelesaikan masalahnya di luar sana.
“Tentang lamaran kau... boleh tak kau tanya balik lepas aku datang semula nanti?”
“Lepas kau datang semula? Bila?”
“Aku tak sure...”
Kerut terus terbentuk di muka lelaki itu. Dia tak suka berita ini. “Kau betul-betul nak tinggalkan aku dengan Ami? Budak tu macammana?”
“Aku dah explain kat Ami. InsyaAllah dia takkan terkejut dan menangis sampai demam macam sebelum ni. She’s a bright child.”
Kepala direndahkan. “Berapa lama kau pergi?” Serius sekali ditanyakan.
Nafas terasa sendat melihat kerut serius bercampur kusut itu. “Aku tak tahu... Seminggu dua maybe? Aku akan cuba balik secepat mungkin...”
“Kenapa nak pergi reject mamat tu kena ambik masa seminggu dua? Kau text je la. Lepas tu block.”
Geli hati dibuatnya. Umar pula menikmati ketawa si wanita hingga lupa untuk bernafas.
“Mar... hahaha... Aku nak reject dia juga, yes...dan aku kena selesaikan masalah keluarga aku...” balasnya dengan nada ringan kini.
“Masalah keluarga kau?”
“Keluarga sebenar aku. Keluarga yang aku kongsikan dengan Zach. Keluarga gila yang buat aku lari dari rumah masa aku kecil dulu sebelum aku jumpa kau, Danny, Bang Farid dengan Kak Bat dan hidup dengan korang. Remember?”
Umar tidak bereaksi. Tidak pasti nak komen apa tentangsejarah mereka yang dah bertahun-tahun.
“Mereka cari aku balik Mar. Aku kena selesaikan masalah yang mereka bawa bersama... aku tak boleh lari kali ni... aku kena selesaikan on the dot sampai habis sampai selesai sampai aku boleh fokus untuk balik ke sini dan hidup bersama kau semula.”
Dan barulah rileks sedikit Umar mendengarnya. “Kau tak boleh selesaikan dari sini?”
Geleng. “Mereka takda kat sini.”
“Remote work, no?”
“Mar...”
“Suruh Zach selesaikan?”
“Dia dah overwork since two years ago...”
“Two years ago??” Mencerlang mata dibuatnya, manakala Aqi enggan menjelaskan lebih.
“Sebab tu juga aku serahkan Ami dekat kau untuk kau jaga... just to take some pressure off... and reminder untuk aku yang aku ada kau berdua untuk aku sentiasa ingat dan balik ke sini...”
Umar senyap seketika, cuba menghadam situasi yang dilalui wanita ini melalui maklumat yang sangat sedikit dan kabur itu. “Sejak dua tahun lepas eh...”
“Emm...”
“Sampai sekarang tak settle?”
“Jauh sekali.”
“Fuh. Macam masalah besar...”
“Haha... Sangat...” sambutnya bersama senyuman pilu. Nafas berat dihempas berupa keluh sebelum diisi semula dengan nafas baru. Jiwa dilapangkan dan wajah kacak si lelaki ditentang. “Tapi kalau aku tak datang balik... aku taknak kau jadikan Mimi sebagai pengganti aku.”
Kening bercantum terus. “Dah kenapa tiba-tiba Mimi pulak ni?”
“Janji, kau takkan jadikan dia bini kau sebagai ganti aku.”
“Aqi, dia kawan je...”
“Kawan masih boleh jadi bini...” juihnya pula dengan nada rajuk. Comelnya ulah itu membuat Umar merapat. Bibir bawah itu dikuis.
“Aku takkan kahwini Mimi atau mana-mana perempuan lain selagi hati aku masih dekat kau, Aqi. Selagi kau tak buat perangai. Selagi kau tetap stay dengan aku dan kita sama-sama jagakan anak kita...” Dagu itu ditarik supaya menentang matanya. “So don’t go... please?”
Keras benar rasa liurnya kali ini. “I have to... lepaskan aku... please?”
Mata terpejam terus. Dah tak tahu nak meminta macammana. Kepalanya dijatuhkan ke dahi Aqi hingga kedengaran bunyi detup, tetapi dibiarkan sakit yang sedikit itu, seperti menahan sekali rasa berat di hati. Mereka baru sahaja berjumpa. Kenapa Aqi sanggup tinggalkannya semula? Malah tinggalkan Ami sekali.... Aqi mampu hidup sendiri, jadi dia tak yakin wanita ini akan balik dalam masa terdekat. Macammana dia nak memastikan yang perempuan ini tidak akan menipu dan permainkan rasa percayanya.
“Do you still love me?” soalnya akhirnya.
“I do.”
Mata Umar membulat. Wajah jandanya ditentang semula dengan rasa terkejut.
“I do,” ulang Aqi, kali ini bersama senyum. “Rasa kasih aku dekat kau tak pernah berkurang.”
Barulah hatinya terbuka luas untuk menunaikan permintaan perempuan ini. Dunia terasa cerah semula, sama macam malam yang akan bertukar siang sekejap lagi. Aqi kena keluar sekarang sebelum kantoi dengan jiran.
“Kalau macam tu... kau akan datang balik dekat aku. Walaupun patah kaki, patah tangan, otak berbuih sekalipun... kau kena merangkak balik ke pangkuan aku...” Kedua belah tangan wanita itu digenggam erat. “Ke rumah busuk kita ni...”
Ketawa terlepas tanpa dapat ditahan. “Hahaha... I will..."
Jawapan itu menambah rasa ringan di hati si lelaki. Senyumannya turut meleret kali ini. “Kalau macam tu, aku ikhlas sikit nak lepaskan kau...” ujarnya rendah, masih berisi ragu-ragu. Lalu nafas disedut sedalamnya, cuba mengukuhkan hati. Wajah cantik itu direnung sepuasnya. “Aku akan tunggu kau balik walau seribu tahun sekalipun...” Genggaman dieratkan, memberi makna yang dia serius.
“Haha... Seribu tahun, kita sama-sama dah jadi jenazah, Mar...”
“Then, our love story will be a sucky one.”
Senyum lagi. Kembang hatinya. Cinta Umar benar-benar dirasai hingga membuat tekaknya terasa kembang. Hatinya harum membunga. Sebuah rasa yang sangat indah dan memberi harapan hingga ke hari tua. Rasa cinta yang penuh di dada membuatkan tangannya naik bagi mengusap pipi yang kasar itu.Terus terang, dia benar-benar tak pasti sekiranya dia boleh balik. Wajah lelaki yang melamarnya menyapa ingatan. Spontan mata dipejam dan kepala digeleng, cuba membuang muka bengis itu. Gusar di hati cuba dibuang dan wajah kacak bekas suaminya kembali direnung.
“Aku akan cuba balik secepat mungkin... tolong jagakan Ami kejap...”
Umar mengangguk. Aqi tersenyum. Dengan ringan hati, tengkuk Umar ditarik supaya menunduk. Dia menjungkit setingginya. Seterusnya, pipi lelaki itu dikucup penuh cinta. Sebuah setem rasmi yang mengesahkan janji mereka.
“I love you... so much...” bisiknya bersama desah nafas, hampir lemas dalam lautan perasaan.
Mata hazel bekas suaminya ditentang semula dengan senyum yang tak lekang. Namun air muka lelaki itu nampak berbeza kali ini. Jantung Aqi hampir jatuh. Otaknya menjerit red alert. Aqi menyumpah diri, menyedari dia telah membuat naluri Umar berkocak lagi, dan kali ini seakan memberi izin untuk lelaki itu menunaikan apa yang bermain di dalam kepalanya sejak malam tadi. Darahnya menyirap bila Umar merangkul pinggangnya serta merapatkan wajahnya. Sedaya upaya dia menahan.
“Mar... control diri tu sikit...” Muka lelaki itu terus ditolak dengan kedua belah tapak tangan.
“Kau yang cium aku dulu...”
Ketawa dilepaskan senafas, lalu rangkulan tangan besi itu cuba dilonggarkan tetapi langsung tidak goyah. Gagahnya dia ni, ya Allah!! Aqi lupa kekuatan tulen seorang Umar Darius. “Aku kena gerak sekarang... mampus kalau jiran kau tengok aku keluar dari rumah kau...”
“Eloklah. Percuma kahwin free.”
“Jangan mengarut, haha...” Ini gelak cuak.
“Aqi... let me have one. Just one. Please...?” Rangkulan pada pinggang berlekuk itu dieratkan, kemudian dibalas Aqi dengan tepukan mengejut di dahinya. Umar terperanjat. Dalam tempoh milisecond tersebut, Aqi akhirnya berjaya memboloskan diri dan terus melarikan diri ke tengah laman. Malah wanita itu melepaskan sengih puas hati. Umar menghembus nafas pendek, mahu mendapatkan tumpuan perhatiannya itu kembali, tetapi terhenti bila si wanita mengangkat tangan memintanya berhenti.
“La taqrabuzzina, Mar...” ujar Aqi, mematikan terus niat nakal di hati si lelaki.
“You started it...” desis Umar.
“I know. My bad. Kau handsome sangat. Bila aku fikir kena tinggalkan kau, aku rasa macam sayang...”
“Aqi... hahaha...”
Senyum. “Tapi itu dosa aku seorang. Kau muhasabah diri la sikit.” Aqi bergerak ke luar pagar. Dia berpaling, melihat lelaki itu berjalan hingga berhenti di depan pagar. Pandangan si lelaki dibalas dengan renungan lembut. Tiba-tiba risau pula hatinya nak meninggalkan Umar, lagi-lagi bila mengetahui Mimi masih tidak berhenti mengejar cinta dudanya. “Jangan curang tau,” pintanya, benar-benar mengharap.
Sebal. “Balik cepat so I could make you mine,”pinta Umar lagi.
“Kalau aku dapat tahu kau get back dengan Mimi, jaga...” Buku lima diangkat.
“Aqi, hahahaha...”
“Gelak pulak. Aku nak kau janji!”
Nafas dihembus pendek. Aduhlah perempuan.... “Kalau aku tak janji, kau takkan pergilah, kan?” Menakal. Aqi buat muka, membuat si lelaki tertawa lagi. “Aku pun masih cintakan kau, Aqi. Aku tak pernah pandang perempuan lain selama dua tahun ni sebab kau masih bertakhta dalam hati aku. I’ll make sure to stay loyal to you and our promise... so just go and solve your problematic family, sayang. Aku tunggu kat sini dengan Ami.”
Aqi menjuih. Sambil berjalan pergi, telunjuk dan jari hantu dihala ke mata sendiri sebelum dituding ke arah lelaki itu, memberi isyarat dia akan memerhati si lelaki. Umar terus menghantarnya pergi dengan senyum. Sehingga Aqi menghilang ditelan jarak, dia masih tidak berganjak dari pagar rumahnya. Bersama hembusan nafas panjang, kepala dilangut pada langit yang semakin terang disinari mentari. Doa dititip supaya selamat perjalanan wanita kesayangannya itu.
Doa?
“Shit, aku belum Subuh!”
“GOOD for your guys, tapi kau seriously tak ambik nombor phone dia?” soal Zach pada si adik tiri yang tengah meniarap di atas katil.
“Aku lupaa... aku bergegas sangat nak keluar... aku lupaa....”
Deraman itu, walau tenggelam dalam span katil, masih sampai ke telinga Zach. Si abang yang tengah duduk di kerusi, menghela keluh. Tadi Aqi tiba di hotel dengan muka berseri-seri dan sengih lebar hingga nampak seluruh gigi. Pipinya merah. Matanya bersinar terang. Berbeza benar auranya sebelum reunion dengan Umar. Sebelum ini bukan main masam hambar marah dan taknak jumpa bekas suaminya itu. Tapi sekarang, dah macam anak dara dilamun cinta semula.
Kerana rindu yang dipendam selama dua tahun, rasa cinta diantara pasangan cerai itu meletup semula mungkin.
Aqi tiba-tiba menggeliat keras di atas katil sebelum mencapai bantal untuk dipeluk. Zach memandang pelik.
“Kau dah kenapa?”
Si perempuan tidak membalas. Rasa malu bila mengingati miangnya sendiri pada si lelaki sekadar dipendam sendiri. Umar bongok! Tapi rindunya, ya Allah. Ah bodoh.
“Kiranya kau dah ready nak reject Chandler?”
Soalan dari Zach membuat fokus Aqi kembali. Dia berpusing ke arah abangnya sebelum memaksa diri bangun. Dengan muka tegas, sepasang mata hijau milik lelaki kacukan German itu ditentang.
“Yes.”
“Anak lelaki kau macammana? Have you thought this through?”
Untuk beberapa ketika, Aqi tidak bergerak. Zach turut tidak berbunyi, sekarang merenung batang tubuh itu. Tak lama kemudian, barulah Aqi bangun. Rambut yang menutupi wajah ditolak ke belakang. Raut mukanya nampak muram.
“Emir... ada kat mana sekarang?”
“Aku terbangkan dia ke utara.”
“Utara dekat...”
“Kau nak tau?” Raut wajah penat itu direnung. “Kau nak jumpa dia?”
Soalan gila. Dia belum ada peluang untuk timang anak lelakinya itu sejak lahir, mestilah dia nak jumpa!! Tapi beratnya rasa hati, hanya Allah yang tahu. “Belum lagi. Biar Chan pun tak dapat korek dari aku...” luahnya dengan suara yang tenggelam di dasar tekak. Dalam galau, ada rasa syukur yang terselit. Si abang tiri dipandang lagi. “Anak aku sihat?”
“Mata dia macam mata Umar.”
Rawan Aqi pecah. Air mata terus menitis keluar. “Macam Ami juga la ni...”
“Yeap. Dua budak tu seiras walaupun bukan kembar seiras. Cuma, berbanding Ami, dia agak kurus...”
“Celaka Chan...”
Zach senyum. “Aku akan jagakan Emir untuk kau dengan Umar. For the meantime, selesaikan masalah yang bernama Chan tu.” Aqi mengangguk sambil mengesat air matanya. Zach ditentang, masih serius riaknya.“Kalau dia tak dapat kau berdua, dia takkan berhenti, tau. Chan nakkan seluruh harta peninggalan atuk kita. Kau dengan Emir ialah pewaris sah dari arwah ayah kau, dan sekarang, dari atuk sekali. Emir, kita berjaya rampas, tapi bila kau pun dia tak boleh miliki... god knows apa yang dia boleh buat.”
Aqi meleretkan bibir. “Kita report polis je la.”
“Hah! Apa je yang polis boleh buat dalam isu berebut harta pusaka?”
“Dia culik anak aku sejak baby. Itu cukup untuk aku fail report!” Bersama dengus kasar, Aqi bangkit. Wajah kacak milik Chan, lelaki yang dah mengganggu hidupnya sejak dua tahun lepas dibayangkan di benak. Kalau boleh, dia nak belit leher lelaki itu dengan tali kapal lepas tu baling ke tengah laut. Biar tenggelam ke dalam dasar laut bersama sauh.
Zach masih tenang, terus memandang Aqi memasuki bilik air. Adik tirinya itu keluar dengan pakaian yang lebih kemas – dari Tshirt hitam milik Umar kepada blouse hijau dengan jeans hitam. Pakaian Umar itu dicium dan dipeluk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam begnya. Betul-betul dah terpaut hati semula nampaknya.
“Umar macammana? Kau ada maklumkan dia pasal semua masalah kau ni?”
“Aku taknak semakkan kepala dia dengan benda macam ni.Aku nak dia hidup bahagia je.”
“Dia terkejut dia ada anak perempuan... haha...” Muka terkejut adik iparnya diingati semula. “Aku tak boleh imagine apa reaksi dia kalau dia dapat tau dia ada anak lelaki. Mau meloncat tu.”
Aqi menarik beg pakaian ke bahunya sebelum menoleh pada Zach. “Umar belum tahu tentang Emir.”
Terlopong Zach dibuatnya. “Lah. Kau tak bagitau dia?”
“Aku nak explain macammana?? Eh, sorry Mar. Sorang mamat Bidayuh gila pergi culik anak lelaki kita sebab nak rampas harta pusaka yang diwarisi anak lelaki kau tu. Sorry aku tak boleh jaga dia bagi pihak kau...” Mimik muka dimain-main depan Zach, manakala lelaki itu mendengus. “Easier kalau dia ingat aku selfish berbanding cuba nak explain semua hullabahoo yang berlaku ni,” dengus Aqi akhirnya. Dia beralih, bersedia nak menghadap mamat Bidayuh gila yang mahu memilikinya ke alam perkahwinan pula.
“Kau rasa kau boleh lepas dari Chan?”
Soalan terakhir dari Zach membuat Aqi berhenti melangkah.Tombol pintu direnung, berfikir buat beberapa ketika sebelum berpaling pada abang tirinya. Waima sedikit pun dia tak terfikir yang itulah kali terakhir dia akan melihat wajah abang tirinya itu.
“Kalau aku nak bersama dengan Umar semula... aku kena cari jalan untuk lepaskan diri dari Chan.... Harta pusaka tu semua tak penting. Aku tak pernah minta pun. Aku cuma nak bahagia tu semula, Zach... aku merasa bahagia tu bila aku bersama dengan Umar selama ni... aku sempat merasa bahagia tu sekali lagi bila aku jumpa dia semula, baru je pagi tadi...” Zach direnung bersama senyum lirih tetapi serius. “Aku masih cintakan dia. Aku nak hidup semula dengan dia... dan anak-anak kami. Jadi aku akan buat apa saja untuk lepaskan diri dari Chan...” Wajah peguam itu menyapa pandangan. Hatinya merasa berat kembali. “By any means necessary...” tambahnya.
Ada lirih pada nada suara itu. Liur yang terasa keras,ditelan. “Update me if anything. Aku akan terus jagakan Emir dan update kau juga from time to time.”
Dan barulah si adik melakar senyum walau nipis sekali. “Thanks.Stay safe.”
“You too.”
Dua beradik tiri itu berpisah. Dunia akhirat.