CERITA hari itu bermula dengan Umar bangun tidur dalam keadaan demam.
"Macammana boleh demam?"
Itu soalan pertama yang keluar dari mulut Mimi bila Umar memaklumkan keadaannya.
"Abang tak sure... drive balik dari Lumut je, terus main hujan dengan Ami dengan Emir... mungkin sebab tu..." Bahana penat campur hujan.
Mimi masam terus. "Dengan Aqi sekali, kan?!"
"Awak kena jagakan abang hari ni..." pinta Umar pula.
"Dah sakit baru nak cari sayang! Pergilah minta simpati dekat perempuan sundal tu!!"
"Sayang..." Umar mengeluh bersama pening yang semakin ketat. Melihat keadaan suaminya, Mimi pula jatuh kasihan.
"Hmm... yelah...abang tidur banyak-banyak ye. Cepat sikit sembuh. Nak bubur tak?"
Itu kata-kata terakhir yang didengari sebelum dia tenggelam dalam lena semula. Kepalanya sakit dan tubuh terasa lesu. Sememangnya dia hanya perlukan rehat ketika ini. Mujur Mimi tak bekerja jadi isterinya boleh menjaganya sehingga dia sihat. Mungkin boleh tolong drive ke klinik untuk minta MC sekali.
Sekurang-kurangnya itulah yang dijangka, tetapi bila Umar bangun semula, rumahnya kosong. Dipanggil Mimi berkali-kali tapi tidak datang juga. Atas meja makan ada bubur Happy Meal. Mimi hidangkan McDonald??
Bila diperiksa laman, kereta isterinya tiada. Terus dihubungi si isteri.
"Awak ada mana?"
"Eh, abang dah bangun. Sayang ada appointment mani-pedi. Sayang dah letak bubur kat nightstand tu tau."
"McD je? Abang ingatkan awak masakkan bubur ayam ke..."
"Sayang mana pandai masak bubur!"
Liur yang dah sedia pahit bertambah kelat. "Awak baliklah cepat. Abang nak awak jaga abang..."
"Ala, sayang busy ni. Kalau abang tak larat pergi klinik tau."
Boleh reput otaknya menerima jawapan begini. Kecewa disimpan, iPhone diletakkan ke tepi dan bubur itu diterima. Mujur dah biasa menjaga diri dan anak perempuannya sendiri selama bertahun-tahun sebelum mencari seorang isteri. Umar lebih tahu apa yang perlu dilakukan berbanding menunggu tindakan dari si bini itu.
Bubur dihabiskan. Suhu diperiksa. 37.9 degree celcius. Kemudian dia mencari panadol untuk mengawal panas dan demamnya.
Panadol tidak ditemui dimana-mana. Yang penuh di kabinet ialah ubat kurus Mimi, jamu serta bermacam-macam supplement.
Umar merenung botol Fish Oil Omega 3 di tangan. Sel otak langsung tidak berhubung semasa dia membaling botol putih itu sekuat hati ke TV. Sebuah tindakan impulsif atas rasa kecewa dan marah semata. TV jatuh ke lantai. Pecah. Namun fokus Umar ketika ini ialah mencari ubat untuk ditelan. Lalu kunci kereta dicapai.
Tempat pertama yang difikirkan ialah rumah Aqi, tetapi wanita itu juga tiada di rumahnya. Pertama kali dia datang ke sini, rumah itu nampak kosong. Kereta Aqi juga tiada di laman. Apalah nasib.
Lalu Umar pergi ke klinik. Setelah mendapat ubat, Prius dipandu terus ke vila. Menumpang rehat dan kalau boleh, menumpang perhatian dari Maya. Setiba di banglo tiga tingkat itu, ruang tamu terus diredahi macam rumah sendiri.
"Akak, Mar demam. Nak tumpang tidur sini kejap—eh, Aqi?" Terperanjat bila bertembung dengan wanita itu.
Aqi dan Maya pula sama-sama terkedu menentangnya.
"Kalau demam, kenapa datang sini?"
"Mana Mimi?"
Malas nak menjawab. Dia terlalu demam nak ambil peduli soalan orang. Air kosong dimasukkan ke dalam cawan dan dua biji panadol terus ditelan. Kemudian dia bergerak terus ke ruang tamu kedua, ruang tamu yang hanya digunakan bila terlalu ramai tetamu.
Tubuh dibaringkan di sofa panjang. Bahana berjalan ke sana ke mari, mudah sahaja dirinya diulit lena. Dalam tidur, Umar boleh terasa wajahnya disentuh sesuatu yang halus.
"Panas..."
Memanglah. Aku tengah demam panas. Tapi bini aku tu buat bodoh je.
Mata cuba dibuka tetapi terlalu berat rasanya. Dia tiada tenaga. Badannya terlalu letih dan tengah shut down bagi memaksanya berehat.
Setelah beberapa ketika, barulah Umar tersedar semula. Kepalanya lebih elok berbanding tadi, tetapi lesu masih bersisa menggigit sendi. Dah berapa lama dia tertidur? Jam tangan dilihat, Hampir 6 petang. Kalau Mimi tak datang cari dia kat sini, tak tahulah nak cakap apa....
Tangan direhatkan ke dahi. Tersentuh sesuatu yang basah, lalu dahi diperiksa. Ada tuala lembap di situ. Spontan dia terbangun. Barulah perasan ada dulang di atas meja. Semangkuk bubur yang dibalut plastik ada di situ. Bukan bubur McD. Secawan air kosong, di atas piring ada dua biji panadol serta secawan pavlova.
Sehelai kertas yang ditinggalkan bersama menjelaskan keberadaan dulang tersebut.
-Aku masakkan bubur sayur. Jangan lupa makan. Semoga Allah berikan kesembuhan dekat kau –
Diteliti tulisan kecil dan halus itu, meneliti sama rasa hati yang terharu atas keprihatinan yang diberi. Pada masa yang sama, kecewa lahir kerana isterinya sendiri tidak atentif sebegini. Liur yang terasa kelat, dipaksa telan. Nota itu juga digumpal sekali genggam.
Kenapa Aqi, bukan Mimi.... Mana kau, wahai isteriku....
"Bangun dah?" tegur Maya bila merapat. Umar menoleh spontan.
"Em... Aqi...?"
"Dah balik."
Oh....
Maya melekapkan tangan ke dahi dan leher adik iparnya. "This is better. Demam kau tinggi juga tadi. Aqi punya cuak sampai lapkan sendiri badan kau. Akak dah call Mimi. Kejap lagi dia datang."
"That explained the besen." Tuala lembap dilontar ke besen berisi air dibawah meja.
Maya tersenyum. "Kau bertuah disayangi dua perempuan." Besen dicapai. Bila terpandang pavlova, penjelasan terus diberi. "Aqi belajar bake pavlova dengan akak. Dia minta kau rasa. Spoiler untuk kau. It taste good."
Tanpa dijemput, bibir terus melakar senyum. Dia takda kat rumah sebab pergi belajar memasak rupanya... Sebelum Maya bergerak pergi, lekas Umar menyoal.
"Mimi?"
Wanita bertudung itu menoleh. "Mimi?"
Angguk.
"Dia datang kejap lagi."
"Tak... erm... dia ada datang belajar masak juga tak?"
"Oohh... nanti akak ajak dia sekali."
Umar spontan menipiskan bibir. Ketara sekali riak kecewa di wajahnya, membuatkan Maya pula yang merasa segan.
"Akak pasti dia pun jagakan kau dengan cara dia sendiri."
Macam order McD kemudian pergi buat mani-pedi?
Maya beralih pergi dengan besen di tangan. Umar pula baru nak menjamah buburnya bila ekor mata tertangkap seseorang melayang masuk melalui pintu rumah dengan skateboard di kaki. Laju sekali. Lelaki itu menoleh, pada Junior yang dah berhenti melungsur, mendirikan deck-nya dengan sebelah tangan malah memijak karpet dengan kasut di kaki. Garisan hitam bahana roda skateboard terbentuk di lantai. Itu sejenis vandalism yang confirm akan menjana kemarahan Maya. Apa jenis perangai la yang anak saudaranya itu tengah buat—
Oops. Bukannya Junior seorang yang buat perangai, kerana kemudian Emir juga melayang masuk dengan skateboard di kaki. Umar tergamam. Deck Emir terpelanting bila remaja itu cuba nak brek, kemudian dia terloncat-loncat nak menstabilkan diri dari jatuh. Kotor lumpur melekat atas lantai hingga bertapak atas karpet Stainmaster.
"Not half bad untuk orang yang baru start skating, kan?" soal si adik sepupu dengan sengih luas di muka. Pinggang turut dicekak dua belah.
Junior menjungkit kening. "Deck kau terpelanting. Tak kira."
"Aku taknak kotorkan rumah kau je."
"Kasut kau tu, Mir, kasut kau," balas Junior pula sambil memuncung pada kasut mereka.
Itu baru mereka. Mana anak perempuannya pula? Umar bergegas bangun, dan ketika itulah Ami memuncul sambil melayang free style ke dalam ruang tamu vila, terus melungsur mengelilingi Junior dan Emir sebelum menekan brek betul-betul di hadapan kedua-dua remaja lelaki.
"Come on. Aku rasa korang tahu siapa sebenarnya pemenang antara kita bertiga," ujarnya bersama sengih luas dimuka. Kedua belah tangan turut dibentang ke udara sambil menuding pada diri sendiri. Menjulang kemenangan yang manis benar dirasakan.
Buk!! Kepala menerima buku lima keras milik si ayah dari belakang. Lonjakan kemenangan tadi terjatuh ke lantai, menyokong dirinya bagi menahan denyut sakit di kepala. Emir pula mengeras bila Umar menoleh padanya. Dia tak pernah dimarahi seorang ayah, tetapi melihat lumpuh si adik, Emir terasa bulu romanya meremang di seluruh tubuh.
"Ami yang ajak!" Spontan defensif.
"Ohoho kau masih perlukan ubat dari ayah supaya penyakit korang tak berulang."
Buk!!
Kembar tahan lasak itu tumpas terus di lantai. Ami sujud tak bergerak-gerak, manakala Emir mengerang kesakitan macam kena renjat belut. Junior bertukar gerun, malah bertukar pucat bila dia pula menjadi perhatian mata hazel itu.
"Engkau, uncle serahkan dekat mama kau..."
"Fuh..." Rasa macam bersimpang dengan malaikat maut rasanya. Lalu dia bergerak ke pintu bagi meletakkan kasutnya di depan pintu sana. Munirah dah lari entah ke mana.
"Apa jenis perangai kau berdua ni? Kenapa pedajal rumah orang macam ni? Kau ingat karpet ni murah?!" bebel Umar pada kembarnya pula. Nak cuci kekotoran itu tak apa, tapi nak kilatkan lantai vynil yang tercalar hitam kerana roda skateboard dan kasut roda itu pun dah jadi satu kerja ekstra! Nakalnya ya Allah! Macammana Aqi mengawal dua budak nakal ini selama ini??
Emir melangut dengan tangan yang masih mengusap kepalanya. Bisa denyut itu, masyaAllah! Bergenang air mata! "Ma cakap ayah demam... kami datang nak melawat... macam dah sihat je..."
"Dapat anak macam kau berdua, mana sempat nak demam!"
Ami bangun berdiri setelah menanggalkan kasut rodanya. Kepala digosok selamba, dah biasa menerima buku lima ayahnya. Terjawab kenapa kepalanya lebih keras dari si abang. "Kami terus berlumba ke sini bila tengok rumah berkunci. Kenapa ayah kat sini, bukan kat rumah ayah?"
Diam seketika. "Ayah saja tukar angin."
"Angin sepoi-sepoi bahasa ke kat sini?" soal Emir, bergerak ke ruang tamu kedua bila ternampak mangkuk di atas dulang.
"Aunty Mimi kau belum balik?" soal Umar pada anak perempuannya pula.
Geleng.
Spontan keluh terhembus. Ami menyambut keluh itu dengan senyum hambar.
"Tapi ma ada kat rumah..." ujar si anak pula, cuba memujuk. Umar hanya menjeling sebelum teralih perhatiannya oleh Emir.
"Aku dah agak ma buatkan bubur! Ayah, Emir makan tau!"
"Banyak cantik! Ma kau masakkan untuk ayah!"
"Ala! Kongsilah sikit!"
"Helloo..."
Suara ceria di pintu memanggil Umar untuk menoleh. Itu dia, isterinya. Cantik sekali melaram dari hujung rambut ke hujung kaki dengan beg shopping di kiri dan kanan. Melihat dia, Mimi lalu merapat.
"Abang macammana? Okay dah? Nak pergi klinik?"
Mata terpicing. "Awak pergi shopping dulu baru nak ajak abang pergi klinik?"
"Ye la... abang tidur. Habis Mimi nak buat apa." Tangan dilekap ke dahi itu, kemudian ke leher. "Okay la ni. Takdelah demam teruk pun."
Terkilannya rasa hati, hanya Allah yang tahu. "Mimi... I've had it... up here with you..." Tangan diangkat ke paras telinga, menunjukkan tahap sabar yang semakin memuncak dan akan mencapai limit. Muka wanita itu keliru, sekali lagi membakar baran Umar. "Abang bukan lelaki single. Abang ada wife! Abang taknak hidup macam lelaki single sedangkan abang ada isteri!"
Junior, Ami dan Emir terkaku di tempat masing-masing. Umar pula terlalu dibaham kecewa ketika ini untuk menyedari mereka berada di atas pentas dan diperhati semua orang, termasuklah orang-orang gaji di situ.
Mimi terkaku. "Memanglah sayang wife abang..."
"Then why don't you—kenapa awak tak layan abang macam awak isteri abang?"
"Mimi tak faham. Abang nak apa sekarang ni sebenarnya?" Tak faham.
"Abang nak awak, sayang... sebagai seorang isteri yang betul..." keluhnya lalu, tidak pasti kenapa perlu mengulang ayatnya. Kenapa mereka tak ngam? Kenapa dia lebih mudah berbual dengan Aqi? Dekat mana butang yang perlu ditekan supaya dua dunia ini berhubung supaya lebih mudah komunikasi dan segala bagai? Tolonglah aku ya Allah....
"Abang nak Mimi... sekarang? Kat rumah orang?"
Menyedari apa yang dimakudkan isterinya, Umar mengeluh lagi pada Ilahi. Muka turut diraup dengan kedua belah. "Abang tak maksudkan benda tu. Awak... awak tak layan abang macam yang sepatutnya. Kenapa abang boleh dapat perhatian tu dari Aqi berbanding isteri sendiri..."
Dan muka Mimi bertukar tegang. "Aqi? Dia layan abang?!"
"Dia bantu permudahkan hidup abang... bantu isikan bahagian kosong yang awak tinggalkan. Dia bukan nak merampas atau—"
"Dasar perempuan tak guna!! Sembang macam baik sangat tapi berani goda laki aku kat belakang!"
"MIMI DENGAR SINI HEY!!"
Suara lantang itu meletup mendadak, membuat mereka semua terloncat di tempat masing-masing. Lalu ruang tamu vila bertukar hening. Maya turut memuncul bila terdengar kemarahan itu. Umar pula memejamkan mata sambil mengenggam erat penumbuknya. Menyesali kemarahan yang terlepas keluar. Lalu keluh dihembus berat.
"Jangan... salahkan Aqi. Dia langsung tak bersalah..."
"Macammana boleh tak bersalah!! Abang sendiri yang cakap dia layan abang!!"
"Abang yang pergi dekat dia sebab awak gagal sebagai isteri!!"
Umpama halilintar memecah dunianya. Mimi keras tergamam.
Junior menghulur secawan Nescafe kepada ibunya sebagai snek untuk menonton drama di ruang tamu mereka. Ami menggaru dada, kurang gemar melihat pergaduhan itu walaupun Mimi bukan ibu sebenar. Terperanjat bila bahunya ditepuk seseorang. Bila dipandang, si abang membuat gaya bermain gitar.
"Mimi... gagal?" sambung Mimi, keliru.
Nafas didengus kasar sebagai jawapan. Benar-benar serius. "Kalau ada peluang, abang nak kahwini Aqi semula supaya abang boleh dapat domestic life macam yang abang nak."
"Abang gila ke apa!! Dia isteri orang!!"
"Dia bujang. Dia cakap dia bini orang sebab nak elak awak prejudis masa mula-mula dia datang ke sini. Dia terpaksa menipu sebab dia dah tahu perangai awak, Mimi."
"Dia tipu Mimi yang dia dah berpunya... tapi dia bagitau abang yang dia single?!!"
Ya Allah.... Sekali lagi Umar meraup mukanya hingga ke rambut. "Aku tak boleh... aku pening..." Lalu dia bergerak ke pintu rumah.
"Abang nak kemana!! Kita masih tak habis bercakap!"
"Tempat yang jauh dari awak supaya abang boleh berehat."
"Abang!!" Lalu Mimi mengejar dan mencengkam baju suaminya. "Mimi dah buat yang terbaik untuk abang! Apa yang abang tak puas hati sebenarnya?!"
"Really? Terbaik, sayang? Your terbaik ialah you snobby, you bangun lambat, you jarang solat, you biar sampah berulat, you buat muka setiap kali abang tegur. You prejudis dan cemburu dengan Aqi sedangkan all she tried to do is making friends with you selama ni, wanting you untuk jagakan abang selayaknya seorang isteri dan jagakan anak-anak dia macam seorang emak tiri yang betul! Dia terima awak sebagai isteri abang, kenapa awak tak boleh terima dia dan anak-anak abang sebagai keluarga abang?"
Sebak lalu. "Sebab dia janda abang... dalam hati abang masih ada dia..."
Umar menelan liur. "Dia cuma sejarah, sayang. Tak pernah sekali dia cuba nak rampas abang macam yang awak takut sangat..."
"Habis apa dia dah buat sekarang? Dia muncul balik, dia buat abang pandang dia, dia buatkan abang bandingkan kami... dia buat abang tegur semua benda ni sedangkan selama ni abang tak kisah apa yang Mimi buat.... Dia dah jadi alasan abang untuk buka kelemahan sayang..." Air mata yang bergenang cuba ditahan.
Mata dipejam. "Bila baru awak nak sedar yang masalah dalam hubungan kita bukannya Aqi, tapi awak sendiri."
"Abang pun salah jugak!!" marah Mimi kembali. "Abang dah tangkap feeling dekat dia tapi menafi hati! Lepas tu abang tipu Mimi... abang bandingkan kami!! Sekarang ni Mimi cuma tunggu masa abang nak ceraikan Mimi sebab nak get back dengan janda haus abang tu!!"
Darah Umar menyirap naik ke kepala. Nafas terus ditarik sedalam-dalamnya, berusaha mengekalkan akal waras. Dia tengah marah semasa demam! Dia sepatutnya berehat!! "Aqi bukan janda haus—" Kepala terasa ringan dan lututnya juga goyah. Umar hampir terjatuh, selajur menjemput pekik terkejut dari Mimi. Wanita itu spontan mengangkat tangannya untuk menyambut lelaki itu tetapi Umar dah bertahan dengan kekuatan kakinya. Kepala dipegang dengan sebelah tangan.
"Abang okay?" soal Mimi pula, kali ini benar-benar risau.
"No... I'm not, sayang... abang sangat frust dengan awak..." Muka lelaki itu memerah. Nafasnya mengah, penat, dan mula goyah tulang belakang. Kecewa... dia terlalu kecewa dengan dinamik mereka sebagai suami isteri. Rapuh sekali. Lalu kedua belah lengan isterinya digenggam, antara nak bersokong dan tertekan sekaligus.
Mimi pula menoleh ke bahunya bila menyedari haba panas dari pegangan tangan itu. Baru sedar betapa teruk keadaan sakit Umar ketika ini. Tetapi suaminya itu masih mahu berkata-kata.
"As much as I wanted her... she's not mine. She doesn't want to be mine. She respect our marriage, Mimi... I need you to know that... abang masih tetap suami awak, bukan suami dia... Dia cuma jaga anak-anak abang dengan baik, sebab tu abang senang dekat dia.... Tak pernah walau sekali Aqi cuba nak peluk... atau cium abang... macam yang awak fikir! D-dia cuma... she's just being a good person. I need you to understand that... ya Allah..." Denyut kepala semakin berbisa rasanya.
Umar belum sembuh sepenuhnya hanya dengan berehat sehari. Mimi cuba memimpin suaminya ke sofa, tetapi lelaki itu enggan bergerak.
Masing-masing terperanjat bila kedengaran bunyi gitar. Umar dan Mimi menoleh, pada Emir dan Ami yang entah sejak zaman bila, berdiri di sebelah mereka. Di tangan Emir pula memegang Fender Mustang berwarna biru metallic. Ada perkataan Junior pada badan Fender itu.
Junior tersedak air bila melihat gitarnya menjadi prop drama. "Bila pulak mereka pecah masuk bilik aku..."
"Sorry mencelah. Ini lagu untuk ayah dengan aunty..."
"Kids, not now," pinta Umar.
"No no. We insist," tambah Emir, lalu mula memainkan intro lagu Maafkan Kami – Pendekar Bujang Lapuk. Emir memetik string manakala Ami mengetuk badan gitar.
Anak mata ayah mereka yang nampak penat, direnung redup. "Maafkan aunty—" Emir memulakan.
"Maafkan aunty—" Ami menyambung sebelum duet berkali-kali. Kemudian Ami mula menyanyi manakala Emir memainkan gitar.
"Wahai ayah, janganlah marah... maafkan aunty yang berakal pendek. Jikalau salah, tolonglah tunjuk. Kalau payah, ayah bolehlah ketuk."
"Nandung nandung dayang sinandung... wahai ayah kami, maafkan aunty. Kalau tidak... nanti ma sedih... nanti ma sedih... nanti ma lari..."
Umar terus mencapai leher gitar, sekaligus menghentikan cover lagu mereka. "I get your point. Thanks..." ujarnya, membuat kembar itu menghela nafas lega. Mimi yang masih bermasam muka, dipandang kosong. "Abang boleh tutup mata tentang keadaan kat rumah tu. Ada penyelesaian lain yang kita boleh pakai. Nak expect awak berbaik dengan Aqi pun mungkin kiamat datang dulu. Tapi budak berdua ni... kalau awak betul-betul sayangkan abang... abang nak awak belajar terima mereka," ujarnya sambil menggosok kepala kembarnya sebelum berjalan pergi.
"Abang nak kemana?"
Lelaki itu tidak membalas, meninggalkan si isteri bersama rasa sebal yang tak bertepi. Benar-benar ditolak kali ini. Kemudian kedengaran lagi bunyi gitar, malah lebih rancak rentaknya kali ini.
Emir menyanyi, "Makin lama ku kunyah makin tawar, macam manis perasa gula getah, bunyi tajuk sikitlah punya besar, isinya kosong bercampur sifar, dalam diam diaaaam—!!" Memekik!
"Kau nyanyi lagu apa?!" jerit Ami, mahu menyaingi suara abangnya.
Emir menoleh. "Spider. Laukku cukup masin."
Mimi merenung lagi keduanya. "Boleh ke aku buat baik dengan kau berdua ni?"
Dan kembar itu menoleh padanya. "Kami terima rasuah."
Maya tersedak Nescafe. Junior mengekek manakala Mimi pula menjulingkan mata ke langit.