Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
106,880
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

JAM baru menunjukkan 6.15 pagi tetapi loceng rumah dah pun kedengaran tanda ada orang hendak bertamu di rumahnya. Emir dipinta meneruskan membancuh Milo panas manakala Aqi berlari anak ke pintu rumah. Bila pintu dibuka, orang yang dilihatnya ialah Umar. Dia menyeringai spontan, siap dengan muka separuh masak.

Umar menahan geram. “Tak suka aku pun tak payahlah tunjuk sangat...”

Dipedulikan lelaki tinggi itu, perhatian dijatuhkan pada Ami yang berdiri di belakang si ayah. Ternganga Aqi dibuatnya.

“Kenapa luka kau terbuka macam tu?!” soalnya dengan muka berkerut seribu. Terus si anak perempuan didapatkan. Diperiksa semua kecederaan yang langsung tidak dirawat. Kemudian si bapak itu dipandang. “Kenapa kau tak rawat luka dia? Tampal luka dia dengan plaster? Kalau berparut macammana? Dahla Ami comel. Jatuh hantaran dia karang. Kau tak fikir ke benda macam ni??”

Percuma kena bebel. “Rumah aku takda first aid.”

Aqi jatuh rahang, mahu bertanya kenapa tiada first aid, tapi rasanya itu soalan bodoh jika disoal pada lelaki keturunan penduduk gua itu. Pandangan di alih ke belakang Umar, mencari wanita cantik yang berpotensi tinggi memberi masalah kepadanya kerana cemburu semata. Sesungguhnya Mimi ialah kategori risiko yang perlu diuruskan penuh cermat.

“Bini kau mana?”

“Masih tidur.”

Ah, sakit kepala. Pangkal hidung ditekan. “Apa-apalah.Jom masuk,” ujarnya sambil membuka pintu seluasnya.

Di dalam rumah, Emir sedang duduk di meja makan. Berkat duduk dengan emak, si pemuda dah dirawat si ibu. Aqi mengambil first aid dan dihulur pada Umar. Emir dan Ami pula saling merenung tajam macam bertemu musuh.

“Ami... Emir... don’t start...” tegur Aqi, mengesan mood panas antara mereka.

Umar pula memerhati kembarnya, memikirkan cara macammana nak meredakan suasana supaya dia tak perlu pengsankan kedua-duanya sekali lagi.“So, Emir... kau menari balet eh?”

Aqi spontan menjeling malas. Ami pula menahan ketawa,manakala mata Emir terbuntang, antara terkejut dan malu.

“Mana ayah tau? Ami cakap?”

“Ma kau yang cakap,” jelas Umar lekas.

Pemuda itu spontan mengeluh. “Emir belajar balet sebab Emir tengok mereka senang angkut perempuan...”

“Apa logik kena menari balet supaya boleh angkut perempuan?? Kau lembik sangat ke?” getus Ami sambil mencekak pinggang.

Putus fius. Si baran terus bangun berdiri. “Kau nak rasa tahap lembik aku ke?” Buku lima dipasang terus. Sebagai respon, Ami terus mengangkat kedua belah buku limanya macam nak bergusti. Namun kembar itu tidak jadi bergaduh bila Umar dan Aqi lebih laju berdiri di antara mereka.

“Kau tendang ma semalam, Emir...” tegur Aqi lekas,memberi peringatan supaya anak lelakinya tidak membuat perangai macam malam tadi.

“Erkk... Emir minta maaf...” Kepala tertunduk.Sesungguhnya dia tak perasan apa yang dilakukan kerana terlalu fokus nak mencederakan adik kembarnya.

Aqi masih dengan senyum. “Sebagai abang, tanggungjawab kau jaga adik kau lepas ni. Do better.” Pipi Emir dipicit ringan. Mata diisyaratkan pada Umar untuk mengambil alih tugas sebagai penjaga kembar itu untuk memastikan mereka berdamai manakala dia beralih ke dapur untuk sambung memasak sarapan.

Lelaki itu pula terkulat-kulat. Tidak pasti macammana nak mengawal dua budak baran hasil darah dagingnya. Dia sendiri suka melepaskan penumbuk bila marah, jadi nak ajar berdamai macammana?! Pinggang dicekak dua belah kemudian dua pasang mata hazel itu dipandang silih berganti.

“So ermm... siapa minta maaf dulu, ayah bagi seratus.”

Kening Emir bercantum terus. Ami pula berpeluk tubuh.

“Ami nak RM500. I need extra money untuk beli blade baru.”

“RM100, solid. Baki RM400 tu ayah boleh pertimbangkan kalau kau potong rumput rumah ayah lepas tu kau bermalam rumah ayah setiap hujung minggu.”

“Apa benda upah anak sendiri semata-mata nak suruh balik rumah?”

“Kau yang tinggalkan ayah macam ma kau! What else am I supposed to do?!” Mata dicerlangkan.

Melihat gaya marah itu, Ami bertukar kecut. Dia sepatutnya lebih tahu keadaan ayahnya bila ditinggalkan, lalu kepala ditundukkan. “Ami minta maaf... Ami pindah rumah ma sebab Ami tak suka duduk dengan aunty Mimi... lagipun Ami ingat boleh berbaik dengan abang Ami sendiri... tapi Ami sentap bila dia panggil Ami anak terbuang...”

Emir terkaku lalu. Umar pula mencerlang pada anak lelakinya.

 “Kau panggil adik kau anak terbuang??”

Spontan dia menggaru telinga kanan yang sedikit carik. “Mungkin Emir kasar sangat... Emir sebut ayat tu sebab nak sakitkan hati dia....” Muka tegang ayahnya dikerling. “Emir minta maaf... Emir tak serius....” Adiknya pula direnung. “Aku tak marah sebab kau duk gelakkan aku, aku marah sebab kau tak habis-habis cakap kau nak buat ayah dengan ma kahwin semula.”

Umar dan Ami serentak terkebil. Itu tidak dijangka.

“Apa masalahnya kalau aku nak kenenkan ma dengan ayah?!”

“Sebab nanti akan rosakkan rumah tangga ayah! Kau nampak kan macammana aunty Mimi pandang ma tiap kali dia berbual dengan ayah! Lagipun ma dah cakap dia taknak rosakkan rumah tangga ayah!”

“Tak perlu risau rumah tangga ayah rosak sebab tiang rumah ayah tu memang dah reput! Silap hari bulan boleh roboh sendiri,” bidasnya, membuat Umar dan Emir merenung si gadis dengan kening berkerut. Ami masih tak habis meluahkan kata. “Lagipun ayah bukannya cintakan aunty Mimi pun! Dia cintakan ma!”

“Erk!” Umar pula yang terperanjat.

Ami masih tak puas hati. “Takkan kau langsung taknak ma dengan ayah bersama semula?”

“Aku dah cakap aku tak perlukan ayah sebagai ayah aku! Mereka tetap ibu bapa kita walaupun pasangan lain-lain!!”

Umar mengangguk. Itu benar walaupun pedih sedikit rasa di hati pada ayat pertama anaknya. Kepala dipaling bila Ami pula nak memberi pendapat.

“Sebab tu aku cakap kau bodoh tak tahu apa! Kau tak tau macammana aku hadap ayah menangis setiap malam sebab rindukan ma selama ni!”

“AMI!!” Pinggang anaknya ditarik kasar hingga remaja itu terangkat dari lantai. Sebelah lagi tangannya menutup mulut anaknya itu. Dengan muka semerah saga, Umar menoleh ke dapur. Tiada Aqi yang mencuri dengar. “Fuh. Mujur ma kau tak dengar!!” desisnya pada si anak di dalam pelukan.

Emir pula memandang si ayah dengan mulut terlopong. “Ayah betul-betul menangis rindukan ma?” soalnya hampir berbisik, sesungguhnya faham ego seorang lelaki tercalar jika kantoi hal ini dekat orang lain.

“Zaman sendu,” balas Umar dengan senyum hambar. Tidak menafi. “I’m okay now,” sambungnya lagi.

Si anak lelaki mendiam lagi, merenung wajah lelaki dewasayang sepatutnya bertanggungjawab membesarkannya. “Kalau ayah tak cari kami?” soalnya pada dada bidang itu. Sebetulnya itulah alasan sebenar kenapa dia tidak menyenangi lelaki yang dilabel sebagai ayahnya ini.

Umar tidak menjawab, sebaliknya si anak perempuan lebih impulsif.

“Kewujudan kau pun kami tak tahu, nak cari macammana?Lagipun ma yang lari sampai sengaja salah bagi alamat...”

“Dia bagi alamat apa?”

“Rumah samseng.”

“Banglo putih tiga tingkat yang disorok tengah hutan?”

Umar dan Ami serentak berpandangan. “Ha’ah.... Mana kau tahu...”

Nafas ditarik dalam sebelum dihembus panjang, seolah membuang sekali serabut di dada. “Itulah rumah suami dia...” Perlahan dijelaskan. “Emir duduk situ sejak dua tahun lepas. Ma pun dikurung dalam tu selama ni. Bila dia berjaya keluar, tup-tup ayah dah kahwini perempuan lain...” Wajah lelaki berkaca mata itu direnung. “Tapi ma cakap dia okay. Dia taknak ganggu ayah kalau ayah dah bina life baru. Dia cuma nak tumpang bahagia walaupun sekadar berjiran.”

Kata-kata yang sama dari Aqi. Umar terasa hilang nafas bila mengetahui hal sebenar, manakala Ami merenung abangnya.

“Kau cakap ma dikurung dua tahun lepas? Oleh suami dia?” ulangnya sebagai klarifikasi. Sendat nafas bila Emir mengangguk, membuat Ami menoleh pada si ayah. Kerana kehilangan ibunya dua tahun lepaslah ayahnya terluka teruk hingga memutuskan untuk mencari pengganti. Lebih teruk lagi, dia dapat Mimi sebagai emak tiri. Lalu muka diraup. Terkilan benar rasanya. “Ya Allah, bodohnya!!” pekiknya pada dinding bagi melepaskan kecewa di hati.

Aqi spontan menoleh dari dapur. Kenapa pula tu?

“Kenapa dia tak bagitau semua ni dekat ayah?” soal Umar pula bersama nafas sendat. Kecewa cuba disembunyikan sehabis baik.

“Emir tak tahu.”

“Kenapa dia sembunyikan kau dari ayah, and then lepaskan Ami dekat ayah macam taknak anak? Dulu dia cakap dia nak balik ke pangkuan ayah, tapi kenapa dia pergi kahwin dengan gangster pula... dan langsung taknak bagitau ayah walau satu mesej? Lebih sanggup menyamar jadi makcik kantin. Sepuluh tahun for goodness sake. Sepuluh tahun. Sia-sia. Kemudian bila dia balik... dia masih taknak explain apa-apa... masih dengan gaya selfish dia...”

Emir terdiam seketika. Antara tak tahu jawapan atau tak tahu nak jawab yang mana satu dahulu. Lambat-lambat, dia membalas dengan suara perlahan; “I don't know why ma react the way she did... but I do know that ma never stopped loving you.”

Entah kenapa kata-kata itu berupa sejenis penghinaan berbanding ayat cinta. Umar menarik nafas dalam, menahan marah yang menyala semula. “Tinggalkan kami terkapai-kapai menunggu dia selama lebih 10 tahun tanpa sebarang mesej... how is that love?” soalnya, kini berisi bahang amarah walau hanya sedikit.

Kali ini benar-benar nampak kekecewaan, bara api yang jauh terbenam, serta hati lelaki yang parah terluka itu. Luka yang ibunya beripada si ayah jauh lebih parah dari apa yang ternampak di mata kasar. Tiada siapa yang mampu mengalami luka sedalam itu tanpa rasa cinta yang sama paras banyaknya. Lalu Emir mengerling pada Ami. Si adik sekadar memasang muka serius.

Bicara mereka terganggu bila troublemaker itu datang bersama nasi goreng kampung di tangan.

“Korang dah berbaik ke?” tegurnya. Bila ketiga-tiga generasi bermata hazel itu menoleh padanya dengan muka masam dan serius, wanita itu terkaku seketika. Terasa masuk meeting salah timing. Tetapi pada masa yang sama, renungan tiga pasang mata hazel itu turut memberi rasa aneh dalam dirinya. Rasa berbunga. 

Dia rasa macam jatuh cinta!

You guys are so cute...” luahnya bersama senyum cair. Tak perlu DNA test. Air muka dan renungan mata hazel itu saja cukup untuk membuktikan kembarnya ialah milik Umar. “Aku rasa nak tangkap gambar kau bertiga lepas tu frame-kan. Letak kat dinding... we should do that later!” Dengan senyum gembira, nasi goreng kampung dihidangkan di atas meja. Kemudian tiga beranak itu dipandang lagi. Masih dengan muka serius hingga menjana tawa halus dari si ibu.

“Kenapa gelak?” soal Umar pelik. Takkan tak reti baca mood?

I don’t know. Aku rasa bahagia tengok kau dengan anak-anak kita... haha....”  Dada digaru. Anak-anaknya dah bersatu dengan ayah mereka semula. Aqi terasa nak menangis! Penderitaannya selama ini terasa berbaloi! Namun sendu itu disimpan sendiri dan insan-insan kesayangannya dijemput makan.

“Ma,” panggil Ami.

“Ya, sayang?”

“Kenapa ma taknak explain apa yang berlaku dekat ma selama ni dekat kami?” soalnya, membuatkan Umar dan Emir menoleh serentak kerana terperanjat sebelum sama-sama berpaling pada orang yang ditanya itu.

Wanita masih dengan senyum. “Sebab ma nak lupakan kalau boleh.”

"Oh." Balas ketiga-tiganya serentak.

Aqi tertawa lagi. Benar-benar terhibur. “Yang penting sekarang ni ma nak hidup gembira dengan kau dan abang dan ayah kau...” sambung Aqi lagi, lalu menggosok kepala si comel itu. Kepala Emir turut digosok sebelum memberi renungan penuh sayang kepada pada ayah anak-anaknya. Lafaz syukur dibisik berkali-kali di dalam hati kerana akhirnya pulang.

Si anak perempuan mengangguk, akur dengan jawapan yang diterima. Kemudian ayahnya pula dipandang. Lelaki itu dah pun duduk di meja makan dan melahap rezeki yang dihulur. Mudah benar mood bertukar elok bila diberi makan.


SESI sarapan sekeluarga yang pertama kali berlaku itu berjalan lancar tanpa diduga. Mereka berbual panjang hinggalah masuk topik persekolahan anak-anak mereka.

“Kau berdua sekelas?” Umar terperanjat. Ami dan Emir mengerut dahi, sedikit terkilan ayah mereka tak peka manakala Aqi tersenyum hambar. “Sejak bila?”

Since day one.

Kepala diangguk-angguk. “Apalagi pasal korang yang ma kau tak kongsikan dekat ayah?”

“Aku pulak yang salah!” Mata dicerlangkan.

“Aku tak tau apa yang aku tak tau. Kau pula jenis kedekut maklumat.” Tanpa menoleh, nasi goreng terus dihabiskan. “Aqi, nak tambah.” Pinggan kosong dihulur.

Bercantum terus kening si wanita. Biar betul dia ni minta dilayan? “Tambah la sendiri.”

“Tambahkanlah… aku jarang duduk satu family makan homecook macam ni tau. Biarlah aku sambung berangan pagi ni.” Muka kesian diberi pada si wanita, mengharap mampu menyentuh naluri keperempuannya. “Kau masak sedap,” sengihnya, taktik nak memujuk.

Ternganga seketika. Masih mahu bergaduh tetapi perasan dua pasang anak mata hazel yang tengah memerhati tingkah laku mereka. Akhirnya, Aqi menggerutu dalam hati sambil menyambut pinggan Umar. “Mimi tak masak?” soalnya sambil menyauk nasi goreng ke dalam pinggan lelaki itu.

“Tak. Maksud aku, yes, dia masak, tapi jarang la.”

“Korang prefer makan luar la ni.”

“Ha’ah. Tambah sikit lagi?” pintanya lagi.

“Tapi dia cakap dia suri rumah sepenuh masa. Kalau tugas dia bukan entertain kau sepenuh masa, dia buat apa?” soal Aqi lagi, tidak menyedari dia menyentuh isu sensitif dalam rumah tangga orang lain.

Aunty Mimi tak pandai memasak. Sebab tu ayah suka makan luar,” sampuk Ami, menjawab soalan si ibu dan pada masa yang sama, menjana janggal yang tak dipinta. Wanita itu terkedu, lalu menoleh pada Umar yang tengah menjilat gigi. Gaya macam tak dengar apa yang anaknya baru cakap.

“Tak pandai memasak pun masih boleh belajar, kan?” sampuk Emir pula.

“Masalahnya dia memang malas nak masak. Kemas rumah pun payah benar. Ada sekali ni, sampah tak buang sampai berulat!”

“Ami, jangan buruk-burukkan mak tiri kau sendiri,” tegur Aqi kemudian. Pinggan berisi nasi goreng dihulur pada si lelaki.

Gadis itu menoleh dengan muka tak bersalah. “Ami bukan nak burukkan, tapi bercakap benar. Lagipun ayah tak kisah perangai aunty Mimi sebab sekadar gunakan dia untuk gantikan ma buat isi bosan dia serta rawat luka kat hati dia.”

Umar mencucuk dinding pipi dengan lidah sambil merenung anak perempuannya yang terus bercakap tanpa filter. Apa lagi mulut petah tu nak kantoikan agaknya.

Aunty Mimi pula cintakan ayah separuh mati sampai tak kisah samada ayah balas hati dia ataupun tak. Yang penting mereka menikah. Dia punya risau ayah cari perempuan lain sampai terus goda ayah lepas dia kena cerai walaupun iddah tak habis!” tambahnya lagi sambil membulatkan mata.

Aqi mengerut dahi sebelum menoleh pada Umar yang meraup muka dengan sebelah tangan.

“Drama sungguh...” komen Emir kemudian. “Tapi aunty Mimi mesti masih ada baik dia kan? Kalau tak ayah takkan nikahi dia buta-buta.”

Ami baru nak menjawab bila Aqi terlebih dahulu mencelah sebelum anak perempuannya kantoikan lagi info yang tak perlu di meja makan itu.

“Emir! Ma tengok Ami macam lagi tinggi dari kau lah!”

Mata Emir membulat luas. “Mana ada! Emir lagi tinggi la!”

“Tak... Ami lagi tinggi ma tengok...” Mata sengaja dipicingkan, membuat Emir mencerlang ke atas kepala adik perempuannya. Ami pula terjerit kesukaan, bertukar fokus seratus peratus. Si ibu menambah lagi. “Kalau tak puas hati, pergi ambil pita ukur. Buat ukuran kat dinding,” sarannya, berjaya membuatkan kedua anaknya melompat bangun dari situ.

Untuk seketika, meja makan itu diisi janggal.

Sorry,” ujar Aqi. Dia tak tahu kenapa dia meminta maaf, tapi dirasakan maaf itu perlu bagi acknowledge apa-apa perasaan yang Umar tengah rasai.

Just so you know, aku tetap bahagia dengan Mimi sebab dia betul-betul sayangkan aku dan tak tinggalkan aku macam certain someone.”

Sempat pula dia nak menyindir. Tetapi diterima kata-kata itu sebagai sebuah pengesahan maklumat yang dikantoikan Ami tadi. Bibir dileret, enggan bercakap banyak tentang hal rumah tangga dudanya. Sebaliknya Aqi memerhati lelaki itu melahap sarapan. Baru perasan Umar benar-benar berselera. Nasi di pinggan itu macam sekali sedut, terus habis.

“Kebulur sangat pun jangan lupa kunyah...” tegurnya.

“Haha. Kau masak sedap. Lama tak makan homecook.”

Jujurnya jawapan itu sampai dia tak tahu nak memberi balasan yang macammana. Jika benar Mimi ialah jenis isteri yang baru diberitahu anaknya, dia berbesar hati jika Umar makan makanannya dengan semangat begitu. Mestilah penat makan di luar setiap hari, kan?

“Dia sepatutnya gantikan aku untuk jaga kau... jadi emak Ami.... apalah yang dia buat...” keluh Aqi sambil menopang tangannya ke pipi. Penolakan Ami dan Mimi hebat benar sampai buat Aqi curious, apa dah berlaku sampai mereka langsung tidak menyukai sesama sendiri.

“Sepatutnya bukan Mimi, tapi engkau Aqi...”

“Mar... kau dah pilih Mimi untuk gantikan aku. Dia sepatutnya bertanggungjawab sebagai isteri kau dan anak kita tu...” keluh Aqi lagi, membuat Umar menelan kata-katanya sendiri. “Aku tak sedap hati pula bila dengar dia biar kau duduk dalam rumah kotor bersampah. Memang la bukan tanggungjawab perempuan jaga rumah seratus peratus sebab marriage is about two person... but if she’s really in love with you... she will do anything to make your life at ease, you know. Takde perempuan yang nak biarkan lelaki yang mereka cintai duduk dalam rumah kotor. Programming kami orang perempuan memang macam tu. Programming Mimi tu ada virus kut...” Lelaki berjambang yang tertawa itu dikerling. Ada butir nasi di pinggir bibirnya. Perasan Umar menoleh-noleh, Aqi terus menghulur secawan Milo tanpa perlu dipinta, membuat si lelaki terpaku.

Selesai meneguk air berserta sendawa hingga Aqi membuat muka, Umar merenung pinggan kosong di depannya. Sedar-sedar dia dah habiskan dua pinggan. “Well... you make a good wife…” luahnya perlahan, bawah sedar membandingkan wanita ini dengan isterinya sendiri yang berkemungkinan besar masih tidur di rumah sana. Kepala digeleng, membuang hasutan di kepala.

“Kau dah pilih perempuan yang mencabar untuk dijadikan isteri. Pimpin dia baik-baik tau. Biar aku handle anak-anak kita, alang-alang aku dah pulang.”

Sesi perbincangan yang langsung tak dijangka. Milo diteguk lagi, kembali mengingati Mimi yang hanya tahu berbual tentang selebriti, cinta mereka, video TikTok, dan... apa lagi? Hubungan dengan Mimi sangat mudah kerana dia hanya perlu memberi duit, memberi kebebasan dan dilayan di katil bila dia nak. Dia tak terlalu peduli nak berbual dengan isterinya kerana Mimi tak faham minatnya, dan dia juga tidak gemarkan hobi isterinya. Dia tak peduli Mimi tak boleh memasak kerana mereka boleh makan di luar. Dia tak kisah Mimi tidak kemaskan rumah sebab dia boleh upah orang untuk datang cuci. Malah dia juga tak peduli sangat jika Mimi tidak berbaik dengan anaknya kerana Ami tak perlu sakit hati setiap kali bercakap dengan isterinya. Yang penting biarkan Mimi dengan hidupnya, jadi dia pun ada kebebasan untuk hidup sendiri macam lelaki single.

Mata spontan mencerlang.

Lelaki single? Aku dah kahwin, bukannya single! Kenapa aku hidup macam lelaki single sedangkan ada bini?

“Lailahaillallah...” Spontan mengucap sambil meraup muka. Aqi pula pelik mendengar zikrullah itu. Dah kenapa tiba-tiba? Umar bersandar dengan keluh berat sebelum menoleh pada wanita di sebelahnya. Seorang perempuan normal yang nak jagakan anak-anaknya, dan cukup rasa kasih di hati nak memberi makan sekalipun... walau selek sikit sebab suka menghilang dengan tiba-tiba.

“Aqi...”

“Em.”

“Kau cantik...”

Bulat mata Aqi dibuatnya. Pujian itu terlalu tiba-tiba!

Umar menggaru dada sambil merenung pinggan kosong di hadapannya. Dah berapa lama dia tak makan semeja ala-ala mood sekeluarga begini, agaknya? Dia tak pernah sedar dia merindui momen sebegini, dan tiba-tiba dihulur oleh Aqi dalam keadaan yang tak dijangka.

“Kau pandai masak... kau ada motherly programming yang boleh manage budak kembar tu...” Kepala dipalingkan pada Ami dan Emir yang tengah menconteng dinding dengan pembaris untuk mengukur ketinggian mereka. Senyum terukir segaris, kemudian wanita di sebelahnya dipandang lagi. “Kau masih cantik walaupun belum mandi...”

Kepala Aqi terlentok ke tepi, menahan segan yang semakin erat merangkul. Namun tiada kata yang mampu dibalas bila diberi renungan redup itu. Malah malu yang dirasai membuatnya menolak rambut ke belakang telinga, sekaligus membuatkan Umar tersenyum meleret.

I have spent half of my life berangan nak menikahi kau semula... tapi clearly kau bukan rezeki untuk aku walau aku berdoa sekuat mana sekalipun. Suami kau... dia bertuah sebab dapat kau.... Aku tak ucap tahniah lagi sebab... well... sebenarnya, aku tak redha yang kau kahwin lain haha. Tapi sekarang, aku harap kau bahagia dengan dia...walaupun maybe kau lalui ups and down in the marriage life...” Ayat ‘dikurung’ oleh Emir tadi sekadar bermain di kepala, enggan ditanya lanjut. Dirasakan terlalu personal sifatnya.

Air mata Aqi tiba-tiba pecah ke pipi. Umar terperanjat. Satu persatu keluar dalam keadaan senyap hingga menjadi lebat. Dan lebih terkejut bila tangis itu bertukar menjadi esak. Aqi terus menerus cuba mengelap air mata yang turun macam hujan lebat di musim tengkujuh hingga menitis dari dagu ke bajunya.

Kelibut lelaki itu dibuatnya. “Ya Allah... aku tanya pasal laki kau je. Kau rindu dia ke? Aahh... tisu, mana tisu?”

Sorry... aku tak boleh... sorry... sorry...sorry...” Dan makin lebat lagi. Malah wanita itu menggigit bibirnya sendiri bagi menahan esak. Gagal menahan rawan yang terus menerus mengasak, Aqi lekas menutup mukanya dengan kedua belah tangan. Bahunya bergegar hebat, tanda betapa hiba tangisannya ketika ini.

Reaksi yang terlalu tiba-tiba itu membuat Umar langsung tak tahu macammana nak bernafas, malah macammana nak menggerakkan tangannya sekalipun. Dia membatu di tepi si wanita macam kena sihir. Risau, tapi benar-benar tak tahu nak buat apa!

Dan tiadalah yang boleh memujuk si perempuan melainkan dirinya sendiri. Baju ditarik bagi mengelap mata dan mukanya. Nafas ditarik dalam-dalam hingga dadanya mengembang sebelum dihembus sekali. Huh! Umar ditoleh dengan mata bengkak, merah berair serta hidung merah. “Aku okay dah!” Kukuh!

Terbuka mulut si lelaki dibuatnya. “Seriously?”

“Yeah.” Aqi memaksa senyum. Rasa pilunya tadi cuba dibuang sejauhnya. “I’m okay.” Dan terus mengelap mukanya.

Gamam lagi. “What just happen?”

Nothing.” Sisa air mata di pinggir hidung diseka.“Biasalah perempuan. Sekali sekala menangis macam ni.”

Random sangat!!” Umar terduduk bersama hembusann afas berat yang menyesakkan dadanya tadi. “Terkejut aku...” getusnya sambil mengurut dada. Lalu Aqi tergelak melihat reaksinya. “Jangan menangis macam tu lagi.... Kau cakap programming Mimi ada virus. Kau pun sama!”

“Hahaha. Takkan tak biasa tengok perempuan menangis...”

“Elok-elok menyembang lepas tu menangis, sesiapa pun akan terkejut. Dahlah tiba-tiba, sekejap, tapi heavy...” Hidung, pipi dan mata yang masih merah itu dikerling lagi. “Kau sure kau okay?” Lebih prihatin kali ini. Aqi mungkin nampak biasa dan santai, tetapi wanita itu sedang menutup sesuatu di dalam hatinya, dan Umar tanpa sengaja, telah menyentuh luka yang tersembunyi itu.

I’m okay....” Senyum dipaksa pada bibir, antara memujuk risau Umar serta galau di hatinya sendiri. “I’m with you now, so I’m okay.” Dan nafas ditarik dalam, bersyukur. Melihat butir nasi di pinggir bibir Umar masih tak jatuh-jatuh, lalu diisyaratkan jarinya ke pipi sendiri. Umar memegang pipinya, tetapi jauh dari nasi. Aqi menunjuk jari rapat ke mulut, tapi si lelaki terus menyentuh-nyentuh mukanya sendiri tanpa sekalipun menyentuh mulut sendiri.

Aqi tergelak. “Mengada...” Dan nasi itu dikuis buang.

Halus sekali sentuhan itu. Seperti sebuah batu kecil yang dilontar ke dalam kolam dan membentuk cincin air. Waima kedua-duanya tidak menyedari cincin air itu akan bertukar menjadi tsunami yang menenggelamkan kedua-duanya dalam lautan perasaan suatu hari kelak.

Tetapi ketika ini, antara mereka masih tenang. Lelaki itu juga sedang tersenyum tanpa sebarang gangguan perasaan. “Laki kau takde eh... kau dengan Emir duduk seorang? Dia kat KL sebab tolong produksi KL Gangster 4 ke hahaha...”

Aqi meleretkan bibir. “Outstation setahun kat Afrika.” Rileks je menipu. Enggan bercerita panjang.

Berkerut dahi lalu. “Gangster buat apa kat Afrika?”

“Ha?”

“Emir cakap laki kau ahli kongsi gelap.”

Hilang nafas wanita itu dibuatnya. Dalam kepala dah terfikir nak melibas rotan ke tangan anak lelakinya kerana sesuka hati kantoikan hal sebenar sedangkan dia dah nasihat banyak kali jangan beritahu pada Umar dan yang lain-lain. “Dia dah keluar dari group tu... and cari kerja halal...”

“Dekat Afrika?” Masih pelik.

“Dia... erm... involve dengan NGO yang uruskan sanctuary for endangered animals... macam singa atau atau... white rhinos....Dia uruskan fund... aha, yes! He’s a fund manager! Yep. Fund manager... for fixed income... for the NGO...”

Umar memicing, tidak pasti nak percaya atau tidak kerana gaya bahasa yang mencurigakan itu.

Aqi pula mengangguk berkali-kali, mengagumi  otaknyakerana boleh menipu selaju itu.

“NGO apa?” Masih nak menyiasat.

“Mana la aku tau. Kau ingat aku dengar bila laki aku sembang pasal kerja dia?”

Jawapan yang tepat sekali kerana lelaki itu merungut tiba-tiba. “Kau orang perempuan ni memang...” luahnya bersama keluh sambil menggelengkan kepala. Aqi lega bila Umar hilang minat nak bertanya lanjut. “Setahun eh.... Apa kata macam ni. Kau jaga aku, terutama dekat part yang Mimi lacking... dan aku tolong laki kau jaga kau, security-wise.... Our twin got their dad, and you got your security guard."

Aqi terkedu. “Hahaha.... I like that.” Tersenyum lalu.

"Payment aku mudah je. Bagi aku makan."

"Hahahaha..." Makin panjang gelaknya.

Umar tersandar puas hati, menyenangi perbualan mereka ketika ini. “Untung juga dekat aku sebab dapat wife atas katil dengan wife by proxy kat dapur.”

Jatuh rahang. “Kenapa harus kau spoilkan plan elok tadi dengan ayat macam tu!!”

Nganga. “Lepas nangis, marah!” Apa benda la perempuan ni!

“Kau la buat aku marah!”

Perhatian mereka teralih bila Ami dan Emir memanggil Aqi untuk menjadi hakim siapa yang lebih tinggi. Wanita itu bergegas bangun sambil memberi, “Bongok!” pada Umar sebelum mendapatkan anak-anaknya, manakala Umar turut bangun bagi mengejar tumpuan perhatiannya yang menjauh.

Dinding sudah diconteng dengan nombor. Tetapi masing-masing menafi integriti tukang ukur, jadi emak mereka dilantik sebagai hakim. Selepas meletakkan pembaris di atas kepala kedua-duanya, Aqi memberi kata putus.

"Emir lebih tinggi."

"YESZA!! Hahha!!" Emir melayang penumbuk ke udara macam dah menang loteri berjuta. Teruja benar kerana mengalahkan adiknya.

Ami mencebir sambil berpeluk tubuh. "Kau lelaki, bolehlah."

"Sekarang ni pun kau berdua dah cukup tinggi untuk budak umur 14 tahun... tak lama lagi lebih tinggi dari ma..." Sebal.

"Hahah. Ma takpe. Kecil dan comel." Komen Ami, ikhlas.

"Senang nak maneuver." Umar menambah di belakang.

Aqi masih dengan senyum di hadapan cermin yang menampilkan mereka tiga beranak, sebelum tiba-tiba berpusing dan melepaskan penumbuk tepat ke dada Umar. Betul-betul tepat ke jantung.

Ami dan Emir terloncat ke tepi, terkejut. Umar pula terbatuk kasar hingga terjatuh melutut. Senak nafas! Aqi merenung lelaki itu dengan mata segarang singa betina. Buku limanya juga masih kukuh terbentuk, bersedia melepaskan serangan kedua jika perlu.

"Aqi... uhuk uhuk!!" Keras dan berterusan batuknya hingga urat menimbul di leher. Merah kulitnya nampak di mata setiap orang.

Aqi menderam. "Padan muka!" marahnya lagi.

Ami dan Emir memandang takut. "Ma...?"

"Takpe. Takpe. Uhuk!! Uhuk!! Memang salah ayah uhukk!!" Tangan diawang-awang pada anaknya. "Ma kau tak salah ehem." Tekak didehem, menekan gatal anak tekaknya.

"Macammana boleh salah ayah pula?" soal Ami pula.

"Gurauan orang yang dah kahwin," ujarnya sambil menutup mulut dengan tangan. "Ah, ayah tak maksudkan ma dengan ayah kahwin. Tapi ayah gurau hal orang kahwin. Macam masa kau cakap ma kau kecik, ayah terus terfikir——"

"Okay okay. Chop Mar. Cukup." Aqi lekas memotong sebelum benda yang lebih jauh terlepas ke telinga yang tak sepatutnya. Lelaki itu dibantu untuk bangun. Belakangnya ditepuk-tepuk.

"Kuat nangis tapi ganas kau tak berubah..."

"Sebab kau sengal," desis Aqi.

Kembar itu berpandangan. Kesahihan mereka sebagai darah daging Umar dan Aqi kini boleh ditelan dan dihadam lumat-lumat dalam kepala. Seterusnya mereka langsung tak pernah bergaduh atau persoalkan keturunan masing-masing lagi.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena