Home Novel Cinta IRDINA AKIF
IRDINA AKIF
pitteriah abdullah
15/12/2013 11:34:54
154,933
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 4

IRDINA AKIFF - BAB 4

Malunya. Semua org di bangunan ni kenal aku lah. Begitu juga dengan dia, anak raja tak sedar diri nih. Ada ke pakaikan aku stokin di tengah khalayak ramai. Tapi dia selalu buat macam tu pun. Huh. Tak ingat ke zaman sekolah dulu, Tengku Izraf Akif buat apa? Ingat lah, ingat sampai sekarang pun.

“Nanti lepas SPM, saya pergi minang awak untuk anak saya yer!” gurau Cikgu Latipah, guru kelas mereka. Suka sangat dengan perwatakan Zara Irdina, dan dia selalu bercakap mahu mengambil Zara Irdina menjadi menantunya.

“Tak boleh cikgu, saya dah cup awal-awal lagi..,” jawab Tengku Izraf Akif dalam kelas. Dengan berani pulak tu. Zara Irdina menjeling tajam. Apa nih?

“Tengku mana boleh, tak sama darjat lah!” balas Cikgu Latipah, membantah. Budak ni berani sungguh la.

“Cikgu terlambat lah, saya dan dia dah bertunang pun!” ujar Tengku Izraf Akif dengan berani sekali. Mereka hanya duduk bersebelah saja.

“Mana buktinya?” soal Cikgu Latipah lagi. Cikgu pun sama, asyik bertanya yang bukan-bukan pula. Hah, mana bukti awak bertunang dengan saya?

“Orang kalau bertunang, ada cincin pengikat. Zara tak pakai cincin pun. Jadi boleh lah cikgu masuk meminang yer!” usik Cikgu Latipah lagi. Tengku Izraf Akif mengambil tangan Zara Irdina, lalu memilih jari manis Zara Irdina yang putih melepak itu. Zara Irdina mahu menariknya tetapi tidak boleh. Dia nak buat apa pulak ni? Lalu digigitnya jari manis Zara Irdina membentuk seperti cincin.

“Woi. Sakit lah!” jerit Zara Irdina sambil menarik jari manisnya yang sudah digigit oleh Tengku Izraf Akif. Jari manis Zara Irdina menjadi merah. Kalau tak di hadapan orang ramai mahu saja Zara Irdina menumbuk mulut anak raja yang gatal nih.

“Hah, tengok. Ini cincin tunang saya yang akan kekal selamanya. Tak boleh nak ganti dah, cikgu!” jawab Tengku Izraf Akif sambil tersenyum. Cikgu Latipah mengelengkan kepalanya. Aku baru saja berkenan, kau dah cup terus. Tetapi siapa berani lawan cakap anak raja kan? Tak pasal lah cari penyakit tu. Kesan gigitan itu makan masa berminggu juga nak hilang, dan satu sekolah asyik bercakap cerita tak indah ini. Bukan itu saja keluarga masing-masing juga turut tahu apa yang berlaku antara mereka berdua di sekolah. Tapi ahli keluarga tak kisah pun.

“Akif, tak nak lah!” terpaksa lah bersuara. Dah berbelas tahun tak bercakap hari ini terpaksa bercakap juga. Tengku Izraf Akif tersenyum tanda kemenangan. Akhirnya suara keramat itu muncul juga.

“Ingat kan dah lupa nama tunang awak nih!” ooo, dia pun ingat juga yer cerita masa kami sekolah dulu-dulu.

“Tunang apa? Jangan mimpi boleh tak?” marah Zara Irdina. Stokin mahu dibuka tetapi Tengku Izraf Akif menghalangnya. Zara Irdina tidak berjaya.

“Kau ni degil nombor satu. Perangai tak pernah berubah-ubah!” tuduh Tengku Izraf Akif. Aku dah banyak berubah lah. Kau tu yang masih macam dulu. Aku nie dah bukan Zara Irdina yang lama lagi lah. Zara Irdina bangun dari bangku yang didudukinya. Tetapi jalan pakai stokin di atas lantai mesti lah licin. Hampir terjatuh Zara Irdina. Mujurlah Tengku Izraf Akif berjalan di belakangnya. Dipegangnya belakang Zara Irdina supaya tidak terjatuh.

“Lepas lah!” jerit Zara Irdina.

“Lepas dua-dua jatuh. Aku dah lah tak pakai kasut, lagi lah susah nak jalan!” Dua-dua jatuh lagi lah tak sanggup. Tapi, aku sanggup Irdina!

“Pergi lah beli kasut!”

“Kau tengok bangunan kita ni ada kedai jual kasut ke?” Mana ada! Mereka meneruskan langkah semula. Nak jalan cepat-cepat pun tak boleh. Terpaksa lah jalan lambat-lambat. Kenapa lah jauh sangat ofis kami hari ni???

Alhamdulillah, dah sampai kat ofis pun. Lega!

“Woii, Dina, aku ingat kau selama ni bisu, rupanya boleh bercakap rupanya!” kuatnya suara. Mata semua staf memandang ke arah mereka berdua terpaksa Tengku Mawar yang tersenyum saja. Alhamdulillah, dah boleh bertegur sapa pun.

“Kau jaga pangkat kau boleh tak?” balas Zara Irdina kembali. Sejak dulu sebelum dia cium pipi aku tu, kami berkawan dan bergaduh pun tapi tak pernah lah sampai saling membenci, Cuma selepas dia cium pipi aku, aku memang marah kat dia.

“Irdina, kejap!” kata Tengku Izraf Akif sambil datang ke arah Zara Irdina. Di tariknya jari manis Zara Irdina dan di renungnya. Dah hilang pun bekas gigitan itu. Tapi sakitnya masih terasa sampai sekarang.

“Kau buat lah perangai lama, aku tumbuk muka kau!” jangan lah. Aku tak nak kau buat perangai pelik-pelik kat aku.

“Kau ingat aku tak tau hukum ke?”

“Oo, yang kau sentuh aku, pegang aku tu, boleh pulak???”

“Kau tunang aku, boleh la nak sentuh-sentuh sebagai seorang tunang kau!”

“Belajar agama di mana pun aku tau. Sebab tu aku malas nak cakap dengan kau. Anak raja gatal!” luah Zara Irdina, baru bercakap sudah bergaduh. Apa lah nak jadi dengan mereka berdua nih?

“Hahahaha...,”

Selama ni tak pernah dia mendekati Zara Irdina. Tak pernah nak bertegur sapa, tetapi sejak tiga bulan ni, dia kerap hantar sms, hantar emel, tetapi hal kerja saja lah. Walaupun bonda dah mula bersuara, bila lagi nak mulakan langkah untuk memenangi hati Zara Irdina semula.

Wah, tak sangka ada peluang hari ni. Demam lah kerap sikit, aku kan ada!

“Wei, mana ubat aku?” tanya Zara Irdina yang muncul semula. Dalam poket aku lah.

“Ubat tu tak makan pun tak mengapa lah. Aku kan ada ubat kau!”jawab Tengku Izraf Akif, tetapi dia menghulurkan ubat tersebut kepada Zara Irdina. Aku nak balik, sebab dapat mc hari ni. Lagi pun aku nak balik berehat kat rumah.

“Kejap lagi kau hantar aku balik yer. Aku tak boleh nak bawa kereta lah!” pening kepala. Dari nak minta tolong kat orang yang aku tak kenal, lebih baik minta tolong kat kau.

“Pergi lah kemas barang. Aku memang nak hantar kau balik pun. Muka tu pucat macam hantu!” memang bercadang nak hantar Zara Irdina pun.

“Kau balik tidur di rumah aku lah, senang sikit!”

“Kenapa kau tak cakap macam ni, kau kahwin dengan aku lah, lagi senang!” cadangan apa pulak yang dia beri kat aku nih. Suruh tidur di rumah dia. Lepas tu kena tangkap basah.

“Ha, ah. Elok juga tu cadangan kau!”

Baru berjalan mahu ke kereta tetapi sudah ada seorang lelaki sedang menunggu Zara Irdina.

“Zara!”

“Akmal!”

“Kenapa dengan awak nih?”

“Demam!”

“Saya hantar awak yer!”

“Tak mengapa, saya balik dengan Tengku Akif!”

“Okey, jaga diri yer..,”

“Ha, ah!”

Hmm, dia ni masih mengharapkan cinta lama, walaupun kita dah cakap, kita dah tak nak. Sebenarnya selepas kahwin tak jadi, dua hari selepas itu Akmal datang semula. Siap merayu dan menangis lagi kerana menyesal membatalkan perkahwinan dengan Zara Irdina. Tapi apa boleh buatkan nasi dah jadi bubur. Zara Irdina sudah menutup pintu hatinya untuk Akmal. Biarpun berpuluh kali Akmal datang untuk melamar sekeping hati milik Zara Irdina, tetapi semua itu tak mungkin berulang sekali lagi.

Orang tak merasa apa yang kita rasa, dan orang tak merasa betapa peritnya kerana kita di hina. Itu Akmal patut belajar.

“Kawan lagi dengan org mcm tu? “ soal Tengku Izraf Akif. Tak sukanya aku.

“Saya ni jenis tak berdendam!” jawab Zara Irdina. Jangan cakap mcm tu, aku nak tergelak terguling-guling dah ni.

“Habis yang tak bercakap dengan aku berbelas tahun tu apa pasal?”

“Tu lain!”

“Kau suka kat aku lah tu!” Suka??? Aku tak akan suka pada sesiapa pun selepas aku sedar siapa aku.

Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.