IRDINA AKIF – BAB 5
“Terima kasih sebab tolong aku hari ni, bagi kasut, bagi
stokin, pastu hantar aku sampai rumah pulak. Terharu ler,” ucap Zara Irdina
ketika sampai di rumah. Nampak mama sedang berbual dengan Bonda di halaman
istana bonda. Hubungan kekeluargaan kami memang rapat sejak dari dulu lagi.
“Sama-sama kasih. Itu lah kau pendam lama sangat dalam
hati. Mujur aku tak kahwin dengan orang lain, kalau tidak melepas kau!”
Sama-sama keluar dari kereta kerana mahu berjumpa dengan mama dan Bonda.
“Kahwin lah, aku tak kisah pun!” Betul, aku memang tak
ada hati kat kau, jadi memang aku tak kisah. Kalau aku ada hati pun, aku nak
tepis siap-siap, letak tembok besar negeri china, letak pagar elektrik, supaya
kau tak datang menghampiri hati aku.
“Dina, sepatutnya kau kiss aku tadi, sebab aku hantar kau
balik hari ni..,”
“Hahhh?? Dia buat dah.
“Boleh lah!” amboi, siap merayu.
“Datang lah, dekat sikit aku nak kiss tak sampai ni!”
sengaja Zara Irdina berkata begitu.
“Sahih nak tampar pipi aku. Heey, tak nak lah aku!”
memang pun. Mana tau lepas kena tampar kau tu tersedar dari mimpi.
“Kalau dah berbaik, asyik bergaduh memanjang,” ucap Bonda
melihat telatah anak bujangnya dan calon menantu pilihan. Dia suka Zara Irdina
sejak dari dulu lagi. Jadi, dia memang tak kisah kalau anak bujangnya yang
seorang ini memikat Zara Irdina. Harap-harap ada lah jodoh antara mereka
berdua.
“Kata demam, tengok dah sihat pun!” usik mama sambil
tersenyum.
“Dah beri ubat tadi, tu yang cepat baik!”sampuk Tengku
Izraf Akif. Ubat apa? Kau tak habis menyakat aku ada lah.
“Hahaha, ubat apa tu Akif?” sengaja bonda bertanya. Muka
Tengku Izraf Akif bersiri-siri.
“Mama, mak engku, Zara masuk dulu lah. Nak tidur lah!”
pinta Zara Irdina. Malas nak dengar Tengku Izraf Akif melalut. Mama dan Bonda mengangguk tanda mengizinkan. Zara
Irdina tidak membuang masa, terus saja dia masuk ke dalam rumah dan menuju ke
biliknya.
Entah mimpi apa boleh bercakap dengan Tengku Izraf Akif
hari ini. Tak sangka pula apa yang berlaku antara dia dan Tengku Izraf Akif
boleh terhapus segalanya hari ini. Masihkah ada benci di dalam hati? Tak. Masih
marahkah kepada Tengku Izraf Akif? Tak! Habis tu? Tak tahuuuu..
Lena yang panjang, sehingga termimpi-mimpi. Jumpa mak,
tetapi wajah ayah pula hilang di telan kabus. Sejak dia tahu dia anak angkat
keluarga mama dan papa, dia mengupah penyiasat persendirian untuk mencari ibu
kandungnya yang sebenar. Dan setiap kali dia pejamkan mata, dia sering bermimpi
berjumpa dengan ibu kandungnya.
Kadang-kadang mimpi yang dahsyat dan menakutkan. Apa jenis mimpi pun dia
tak tahu.
“Dina bangun, makan ubat!” kejut Tengku Izraf Akif. Aik,
bermimpi atau betul nih? Zara Irdina mengosok matanya berkali-kali. Betul anak
raja ini dihadapan matanya.
“Kau buat apa kat bilik aku!” jerit Zara Irdina. Aku tak
pakai tudung lah. Hish, dia nie, macam mana boleh terlepas masuk kat bilik aku
pulak. Zara Irdina menarik kain selimut dan menutup seluruh badannya.
“Aik, tak boleh masuk ke bilik bakal tunang?” soal Tengku
Izraf Akif. Sengaja. Cantiknya Zara Irdina bila tak pakai tudung. Sebenarnya
dia masuk ke bilik Zara Irdina melalui tingkap Zara Irdina yang terbuka luas.
Ambik tangga dan masuk melalui tingkap. Walau pun rumah berpagar tetapi ada
pokok ketapang yang rendang yang menjadi jambatan untuk dia masuk ke rumah Zara
Irdina.
“Bakal tunang ke, bakal isteri ke, kau keluar sekarang.
Kalau tidak aku menjerit nanti!” pinta Zara Irdina, sudah mahu menangis.
Menyesalnya aku baik dengan kau hari nih. Menyesal.. menyesal.. menyesal...
“Menjerit lah. Aku tak kisah lah!”gertak Tengku Izraf
Akif sambil menarik kain selimut Zara Irdina. Zara Irdina memegang kuat kain
selimut tersebut. Jangan lah. Jerit Zara Irdina di dalam hati.
“Mak Engku...” jerit Zara Irdina kuat-kuat. Terus Tengku Izraf Akif menutup mulut Zara
Irdina.
“Dina, kenapa?” soal Bonda yang mendengar. Rumah kan
dekat! Nak cakap tak boleh sebab anak bonda memekup mulut Zara Irdina. Huhuhu.
Zara Irdina meronta mohon dilepaskan tetapi Tengku Izraf Akif berkeras dan
tidak berganjak.
“Ha, habis kau.
Tak pasal-pasal kena kahwin dengan aku kalau bonda tahu,” bisik Tengku Izraf
Akif. Aku tak mahu kahwin dengan lelaki samseng macam kau. Tak payah berangan!
“Zara!” panggil mama pula.
“Kenapa Zara menjerit, Aisyah?” soal bonda yang masih
berdiri di luar rumah.
“Ada cicak besar lah, mama, bonda!” jawab Zara Irdina.
Tengku Izraf Akif tersenyum. Tau pun takut.
“Nanti, bonda suruh Akif tolong Zara!” kata bonda pula.
“Tak mengapa mak engku, dah hilang!” jawab Zara Irdina
perlahan. Anak mak engku ada dalam bilik
saya lah.
“Hah, kalau tidak kahwin free aku. Jimat 20 ribu!” ujar
Tengku Izraf Akif.
“Kalau aku kahwin dengan kau, aku letak 50 ribu,”
geramnya dengan tindakan Tengku Izraf Akif petang ini.
“Hahaha..,” dilepaskan Zara Irdina. Lalu dia bangun.
Ambil ubat, ambil segelas air. Di buka plastik ubat, lalu di hulurkan kepada
Zara Irdina.
“Makan, kalau kau nak tengok aku balik!” arah Tengku
Izraf Akif. Dia tahu Zara Irdina susah nak makan ubat.
“Tak nak. Pahit!” ujar Zara Irdina sambil menepis tangan
Tengku Izraf Akif.
“Kau jangan paksa aku buat perkara yang tak sepatutnya.
Nanti nak dapat 50 ribu, satu sen pun tak boleh!”
“Kau nak buat apa dengan aku?” soal Zara Irdina. Tengku
Izraf Akif memandang ke arah badan Zara Irdina dengan satu jelingan yang
menjengkelkan. Pantas Zara Irdina mengambil ubat lalu menelannya. Diberikan
gelas berisi air kepada Zara Irdina. Cepat-cepat Zara Irdina menyambutnya.
Doktor Balqis pesan suruh dia jaga Zara Irdina. Jadi kalau dia datang secara
sopan, Puan Aisyah mesti tak benarkan dia berjumpa Zara Irdina di dalam
bilik. Dan Zara Irdina pula bukannya
boleh harap kalau tak ada orang memaksanya makan ubat. Jadi, ini lah saja jalan yang ada!
“Okey, aku balik dulu. Malam nanti aku datang lagi yer!”
kata Tengku Izraf Akif sambil keluar dari tingkap.
Malam ini aku nak tukar bilik.