IRDINA AKIF – BAB 11
Jalan yang terbaik adalah berpisah dan tinggal berjauhan
saja. Itu keputusan yang terbaik buat mereka berdua. Zara Irdina baru bercadang
untuk bercakap dengan Tengku Akif tentang hal ini, tetapi rupanya Tengku Akif
yang mengambil keputusan terlebih dahulu darinya. Tanpa pesan, Tengku Akif
menghilang begitu saja. Siapa pun tak tahu ke mana Tengku Akif membawa diri
termasuk ahli keluarganya.
Kenapa tanpa dia aku rasa kosong sangat? Mungkin selama
ini kami sering bersama, tidak pernah berpisah dan berjauhan dan ini kali
pertama dia pergi berjauhan dengan aku. Sunyi kan?? Sepi sangat! Kenapa aku
rasa semua ini saat dia tidak ada di sisi ku??
“Akif merajuk lah Dina, bonda marah dia hari tu!” beritahu
Tengku Mawar ketika mereka berjalan mahu pulang. Marah dia?
“Kenapa?”
“Dina kena tanya dia, saya tak tahu!” elok jumpa dengan
bonda saja, sebab ini hal mereka bertiga.
Kena marah sampai lari ke? Teruk nih?? Atau kerana aku menolak cintanya?
“Dina, okey ke? Saya tengok mcm tak okey saja. Kerja tak
buat. Makan pun tak? Kenapa?” sambung Tengku Mawar lagi. Tengok Zara Irdina
macam tak sihat saja.
“Okey lah!” jawabnya sepatah. Kenapa aku jadi macam ini??
Aku sendiri pun tak faham lah.
“Betul ni?”
“Hilang kawan nak bergaduh kut. Teringat kat dia!”
akuinya. Memang itu yang ada di dalam hati. Dari dulu lagi mereka bersama. Satu sekolah, satu kelas, dan
satu universiti. Sebenarnya anak raja tu boleh sambung belajar ke luar negara
tetapi tak pergi atas sebab-sebab sendiri. Alih-alih ada di universiti di mana
tempat Zara Irdina belajar.
“Rindu lah tu. Kadang-kadang kita kenal erti cinta
sewaktu kita berpisah dan berjauhan. Semasa berada bersama kita tidak rasa
perasaan itu tetapi bila dah tiada, barulah jadi mcm ni,” kata Tengku Mawar.
Benarkah? Saat aku sedang bercinta dengan Akmal pun dia masih berada di sisi
ku. Dia tidak pernah tinggal kan aku seperti dua hari ini. Baru dua hari,
tetapi aku rasa seperti dua tahun aku tidak bertemu dengannya.
Kenapa lah hari ini rasa mcm tak best, tak seronok, tak
happy. Dari tadi asyik tengok bumbung istana saja. Mana dia? Aku perlukan dia
lah. Dengar lagu-lagu best pun rasa tak best jugak. Tengok cerita Shah Rukh
Khan dengan Kajol pun tak rasa apa-apa hari ini. Kenapa aku rasa macam tak
boleh nak bernyawa? Rasa tak ada semangat dan lemas seperti tinggal dalam laut
saja?
Dan kenapa aku rasa mcm nak menangis hari ini?
“Kak Zara ni kenapa, adik tengok mcm org hilang pak we
saja!” tegur Ayunie apabila melihat kakak angkatnya tidak makan apa-apa hari
ini. Malah asyik diam saja. Orang cakap pun dia malas nak layan.
“Tak tahu, tak ada mood lah hari ini,”
“Dua hari dah tengok akak tak happy, abang akif tak ada
yer!”
“ha, ah....,”
“Ooo, akak rindu kat dia lah tu!”
“Tak lah!”
“Cakap saja lah. Abang Akif tu dari kecil lagi sukakan
kak zara, kak zara saja yang jual mahal. Kalau adik, dah lama adik kahwin
dengan abang akif tu..,”
“Adik ni, SPM tak habis lagi, dah nak kahwin ke?”
“Dah akak tak sudi. Dia tu bukannya pentingkan darjat dia
pun. Akak tengok, ada masa free dia ke kebun, tolong orang. Dia baik lah, kak!”
Huhuhu, kenapa adik sebut nama dia, akak rasa macam air
mata akak menitis keluar saja. Sudah lah akak call dia, dia tak jawab, sms tak
balas. Emel pun tak buka. Fb pun sepi. Dia pergi mana?
“Pergi lah baca buku, akak nak tidur!” suruh Zara Irdina.
Aku nak mengelamun lah boleh gitu.
“Bukak pintu luas-luas, mana tahu putera idaman akak
datang malam ni..,”
“Adikkk !” jerit Zara Irdina nyaring. Menjerit
tengah-tengah malam ni apa hal?
“Zara, kenapa?” tegur papa di ruang tamu. Tak ada apa lah
papa.
Aku dah dua malam tak boleh tidur kerana teringat kan
anak raja sebelah rumah. Hati aku nie tak tenang sejak dia tiada. Kenapa?
Inikah namanya cinta? Atau inikah yang disebut orang, aku sedang merindunya??
Dia tiada di depan mata, jadi aku yang menanggung akibatnya sekarang.
Teruknyaaa...
Tengku Akif tiada, dan dia pun menolak untuk masuk kerja.
Asyik terperap di dalam rumah saja. Makan pun tak menentu. Tidur pun entah lah.
Hati asyik teringat kepada dia saja. Rasa macam separuh nyawa dah hilang.
Tinggal nyawa separuh saja dah ni.
Seminggu sudah berlalu, tetapi siapa pun tidak tahu, dia
ke mana? Bawa diri??? Kata Tengku Mawar, Tengku Izraf Akif sudah berada di
negara orang. Barangkali lah. Benarkah begitu? Itu bermaksud aku sudah
kehilangan orang yang mengambil berat terhadap diri ku selama ini? Kalau
begitu, elok lah aku pun keluar dari sini, sebab dia dah tak perlu kan aku
lagi. Itu lah dulu tak nak menghargai dia, sekarang dia dah tak ada, baru nak
gelabah. Baru nak gelisah.
Jatuh cinta nie sakit rupanya, tambahan lagi kalau jatuh
cinta, orang yang dicintai tak ada di depan mata. Tuhan, beri aku sekali lagi
peluang untuk bertemu dengannya, aku akan menghargainya. Aku sanggup menghadapi
risiko yang maha berat itu.
“Irdina, Akif call!” teriak bonda dari rumahnya. Jauhnya
panggil.
“haaa...,” jerit Zara Irdina. Tiba-tiba musim hiba itu
hilang begitu saja. Rasa gembira lah sangat.
“Dia nak cakap dengan Dina lah!” jerit bonda lagi.
“Kejap!” kata Zara Irdina terus berjala ke istana bonda.
Hilang rasa segan, hilang rasa malu. Selalunya susah nak pijak tanah istana
bonda ini. Letak di telefon lalu mendengar suara org yang dirinduinya.
“Kat mana? Baru hari ni kau call ake yer?” jerit Zara Irdina. Ha, dengar lah sekejap
nanti. Mesti bergaduh punya.
“Hahahaha..,” ada hikmah kan? Kalau tidak aku tak tahu
hati kau tu mcm mana.
“Apa gelak-gelak nih?”
“Itu lah pendam lagi sorang-sorang, tengok siapa yang
jiwa kacau, aku atau kau?”
“Kau lah punya pasal semua nie kan?
“Okey, okey aku balik malam ni, kau tunggu aku tempat
biasa!”
“Okey, cepat sikit lah. Sebelum aku tutup semua pintu!”
termasuk pintu hati aku! Inikan yang
kami nak selama ini. Jadi aku memang perlukan dia dalam hidup aku. Tak payah
merajuk lagi lah. Balik saja kat sini.
“Akif kat mana, Dina?” soal bonda.
“Mlm ni Tengku Akif balik, mak engku!” jawab Zara Irdina.
Betul ke keputusan yang aku buat. Terus setuju tanpa berfikir lagi dek kerana
tidak sanggup menanggung rindu. Betul
ke? Seperti aku tak percaya pulak. Tetapi sudah terlanjur berbicara tadi. Dan
boleh kah dia menarik balik kata-katanya.
“Dia cakap apa lagi?” soal bonda yang turut hairan dengan
apa yang berlaku. Hilang rasa marah kepada Tengku Izraf Akif yang membuat keputusan terburu-buru untuk pergi meninggalkan istana mereka apabila Tengku Izraf Akif membuat panggilan hari ini, dan rasa pelik pulak bila melihat muka bakal menantu
riang gembira dan berseri-seri. Apa dah jadi ni?
“Tak ada apa-apa. Dia cuma cakap nak balik malam ni!”
jawab Zara Irdina dengan jujur.
“Bagus lah kalau begitu!”
“Ha,ah...,” tak sabar nak jumpa.
Dan dia pulang dengan sejuta senyuman.