Home Novel Cinta IRDINA AKIF
IRDINA AKIF
pitteriah abdullah
15/12/2013 11:34:54
154,940
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 6

IRDINA & AKIF BAB 6

Malam cadang nak tidur saja, demam pun dah kebah. Tapi mama beritahu Akmal datang dan sedang menunggu di ruang tamu dengan papa. Nie yang malas nih. Turun kat bawah bukan saja Akmal yang ada, tetapi Tengku Izraf Akif pun ada. Dia datang buat apa?

Akmal nie dah beratus kali aku cakap, aku tak nak. Dah tak ada jodoh, tapi dia buat tak faham saja. Aku nak cakap apa lagi untuk buat Akmal faham dan mengerti. Kadang-kadang macam hendak menangis sebab diberi tekanan oleh Akmal. Papa dan mama pun dah beritahu kepada Akmal tentang perasaan aku. Tapi Akmal buat derkk saja. Tak larat nak mengeluh dah tahu tak?

“Dah sihat?” soal Akmal. Zara Irdina duduk di sebelah mama.

“Dah sihat pun!” jawab Zara Irdina. Tengku Izraf Akif tersenyum memandang wajahnya. Senyum-senyum nie apa kes?

“Zara bagi aku satu lagi peluang untuk jaga kau...,” lafaz Akmal. Kau kalau jumpa aku mesti sebut perkara ni. Aku jemu lah.

“Tak payah lah kau risau, setakat nak jaga Zara Irdina ni, aku pun boleh lah!” celah Tengku Izraf Akif dengan berani sekali. Hah??? Muka Akmal berubah 300 peratus mendengar kata-kata dari Tengku Izraf Akif.

“Hish , kau ni, nie antara aku dengan Akmal lah!” balas Zara Irdina. Gerammm.., Nanti Akmal fikir yang bukan-bukan pula.

“Aku dah sentuh pipi kau, dah sentuh tempat-tempat rahsia kau, jadi aku lah yang ada hak kan???” jelas Tengku Izraf Akif. Muka Akmal kering, lesi dengan kata-kata Tengku Izraf Akif. Kau memang suka cakap perkara pelik-pelik. Suka tengok org sakit jantung. Huhh..

“Wei, apa nih? Kau jangan cakap ikut sedap mulut kau lah!”tengking Zara Irdina. Kalau depan Akmal sopan dan lemah lembut, tetapi dengan Tengku Izraf Akif, tak malu dan segan pun.

“Aku balik dulu lah!” ucap Akmal. Hampa. Jelas teramat wajah kehampaan itu. Pergi lah balik, buat menyusahkan hati aku saja, desis hati Tengku Izraf Akif.

“Minum dulu, Mal!” tahan papa sewaktu melihat Akmal bangun dari tempat duduknya. Akmal mengeleng dan terus balik. Puan Aisyah tersenyum saja. Dah faham sangat dengan perangai Tengku Izraf Akif yang suka menyakat Zara Irdina. Bercakap pun buat kami susah hati, sebab asyik bergaduh saja. Tak bercakap dan bertegur sapa lagi lah buat kami semua tak senang duduk. Serba tak kena di buatnya.

“Kau tengok, dia dah balik pun. Kasihan kat dia lah!” jawab Zara Irdina tak sampai hati melihat suami tak jadinya keluar dari rumah. Tengku Izraf Akif tersenyum saja.

“Kau pun org mcm tu pun nak ke?” marah Tengku Izraf Akif.

“Habis kau ingat aku nak dengan kau?” marah Zara Irdina pula.

“Nah, ambik hadiah dari aku. Aku nak balik. Esok aku jemput kau kat sini!” ujar Tengku Izraf Akif. Tidak peduli pun dengan kemarahan Zara Irdina. Hadiah?? Hadiah apa pula ni? Beg Plastik di capainya. Di lihat isi di dalam. Terkejut. Jadi dia lah yang menghantar bungkusan hadiah setiap 10 hari bulan selama ini? Muka Zara Irdina sudah warna merah campur oren. Selama ini dia meneka siapa lah yang menghantar hadiah ‘istimewa’ setiap bulan pada tarikh yang sama. Rupanya diaa.. Dan hari ini adalah 10 September pun.

“Apa tu, Zara?” soal mama ingin tahu.

“Pad!” jawab Zara Irdina sebab papa dah bangun hantar Akmal sekejap tadi.

“jadi Akif lah yang hantar pad setiap bulan kat Zara?” tanya Puan Aisyah. Budak nie lah, mana ada orang lelaki buat macam tu. Hadiah lain tak ada ke?

“Mangkuk ayun sungguh. Meluat aku!” luah Zara Irdina. Terbayang ketika mereka di tingkatan satu. Rupanya dia tak pernah lupa cerita zaman persekolahan kami.

“kau memang guna setiap bulan kan, hahahaha..,” usik Tengku Izraf Akif. Zara Irdina mengambil pad jenama laurier lalu dilemparkan ke arah Tengku Izraf Akif tetapi lelaki itu sempat menyambutnya. Lalu diletakkan semula di atas meja.

“Zaraaa..,” jerit mama kerana terkejut dengan tindakan Zara Irdina sekejap tadi. Tengku Izraf Akif hanya tersenggih.

“Aku dah tunaikan tanggungjawab aku sebagai bakal suami kau. Tak pernah lupa pun setiap bulan. Dah, dah aku nak balik. Kalau tak cukup bagi tau kat aku!”

“kau ambik balik. Kau ingat aku tak mampu beli ke?” Tapi dia memang pun pakai pad jenama nih, selama ini dia menggunakan pemberian orang sebab tak nak membazir. Lagi pun ada daya tarikan kat situ. Rupanya dia yang beri??? Tak nak guna dah selepas ini.

“Ambik lah, tanda kenangan kita tu!”

“tanda kenangan apa?” Gerammnya sebab dia mengungkit kisah silam.

“Aku faham kau tengah period kan, jadi angin kau memang tak baik pun,”

“Kau memang tak gunaaa...,”

“Kah kah kah...,” terus dia menghilang. Puan Aisyah buat tak kisah saja. Apa lah budak-budak ni..,

“Dina, kalau mama tanya kau cerita yer kisah kenangan kita tu. Aku dah cerita kat bonda tentang kita,” jerit Tengku Izraf Akif dari luar rumah. Kuatnya. Mesti kat istana pun dengar suara dia. Jangan lah cerita benda tak best ini.

Mama tak tanya pun, biar lah itu kisah anak-anak muda, jadi jangan lah kita masuk campur. Zara Irdina terus lari masuk ke dalam bilik bila papa datang semula ke arah mama dengan membawa pemberian Tengku Izraf Akif. Malunya kerana lelaki itu masih teringat peristiwa lama antara mereka.

Kisah apa Zara? Kejap nak ingat semula. Pagi tu kat kelas, Cikgu Latipah suruh zara Irdina menulis jawapan sejarah kat papan hitam/papan hijau. Tanpa buang masa Zara Irdina bangun untuk menulis, tidak sedar baju sekolahnya terlekat tompokan merah. Kebetulan Tengku Izraf Akif duduk di hadapan sekali, jadi dia yang sedar terlebih dahulu dari orang lain. Terus dia bangun dan melindungi badan Zara Irdina. Semua orang pelik termasuk dengan Zara Irdina.

“Tengku Akif, kami tak nampak lah. Tau lah tunang kau pun, tapi jangan lah sampai lindung badan dia!” marah Ehsan yang sedang menyalin jawapan yang Zara Irdina sedang menulis.

“Ha, ah. Kau ni apa hal?” sampuk Hasmidar pula.

“Tengku Akif, boleh tepi sikit tak, kawan-kawan nak tengok jawapan lah!” tegur Cikgu Latipah menyokong pelajar-pelajarnya yang lain.

“Dina...,” nak beritahu ke tak? Kalau tak beritahu, kasihan kat Zara Irdina.

“Kau ni kenapa?” soal Zara Irdina tetapi masih menulis. Tengku Izraf Akif membuka jaket yang dipakainya. Kebetulan hari ini hujan dan dia datang dengan menaiki motosikal saja. Jaket itu dipakaikan ke pinggang Zara Irdina. Terkejut Zara Irdina seketika.

“Baju sekolah kau lekat darah lah!” bisiknya perlahan. Muka Zara Irdina terus menjadi pucat. Betul ke?

“Hah??”

“banyak pula tu. Minta buku latihan kau, aku tolong tulis jawapan. Kau pergi toilet dulu!” arah Tengku Izraf Akif. Terus diberikan buku latihan, dan dia meminta kebenaran dari cikgu kelas.

“Woi, apa bisik-bisik?” suara nakal Shahrizal sudah berbunyi dari arah belakang.

“Jangan masuk campur hal suami isteri boleh tak?” jawapan Tengku Izraf Akif terus menulis kat papan hitam.

“hari tu tunang, sekarang dah jadi suami isteri? Tak jemput kami pun!” usik Mei Ling.

“Lepas tunang kena kahwin lah!” jawab Tengku Izraf Akif lagi. Tapi dia tetap menulis.

“Cukup kelas. Jangan ganggu Tengku Akif menulis..,” marah Cikgu Latipah. Dia sudah tahu keadaan Zara Irdina kerana Zara Irdina sudah bercerita kepadanya sebelum ke toilet tadi.

Rupanya Tengku Izraf Akif ambil berat tentang hal ini. Huwaaa.. macam nak menangis teringat perangai Tengku Izraf Akif.

Previous: BAB 5
Next: BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.