IRDINA AKIF (BAB 15)
Bermimpikah aku?
Benarkah semua ini? Rasa seperti tidak berdaya untuk aku meneruskan
kehidupan aku lagi? Atau ini hanya salah sangka dan fitnah orang saja? Buka
mata luas-luas, dan di hadapannya adalah lelaki yang dicintainya, dan lelaki
yang mempunyai pertalian darah dengannya.
“Irdina!” panggil Tengku Akif. Sudah menjangka sesuatu
akan berlaku maka dia turut mengekori perjalanan Zara Irdina dari belakang.
Selama ini mereka tidak pernah berpisah, sentiasa bersama sejak dari kecil
lagi.
“Awak!” ucapnya sebak. Selepas ini kami sudah tidak boleh
bersama lagi kerana dia dan aku adalah adik beradik.
“Apa lah kau nie, tak boleh berpisah dengan aku langsung
lah. Sikit-sikit nak pengsan, sikit-sikit nak demam.., “ leter Tengku Akif
sambil mencuit hidung Zara irdina dengan manja.
“Mak cik tu cakap kita adik beradik, sebab dia cakap aku
nie anak Tengku Borhan!” terang Zara irdina. Buat apa aku nak sembunyi perkara
besar sebegini, biarlah abang aku tahu siapa aku yang sebenarnya. Sedikit pun
Tengku Akif tidak terkejut, malah tenang saja.
“Laaa, lepas ni tak boleh nak sentuh kau lagi lah, sebab
aku ni abang kau. Macam mana ni? Pening lah. Dah lah aku nak sentuh kau, kalau
ada kat dalam perut tu macam mana?” suara Tengku Akif. Relaks saja, malah turut
menyentuh perut Zara Irdina. Zara Irdina menepisnya dengan kasar.
“Kau ingat aku main-main ke?” jerkah Zara Irdina sambil
menarik muka masamnya. Sepatutnya kau
tanya aku, macam mana aku boleh sampai di rumah Puan Azizah ini? Ini terus
cakap kita adik beradik pula. Mujurlah ada Kamal yang sentiasa memaklumkan
keadaan Zara Irdina kepadanya.
“Dah, kita settlekan satu persatu. Esok kita jumpa mak
kau, malam nie tidur di sini dulu. Mak cik Azizah dah benarkan kita bermalam di
rumah dia!” kata Tengku Akif. Puan Azizah walaupun sudah tahu Zara irdina ini
anak saudaranya tetapi tidak mesra pun dengan Zara Irdina. Macam tak boleh terima
saja Zara Irdina dalam kehidupan mereka. Macam terpaksa saja.
“Nak tinggal sekali ke?”
“Ha, ah!”
“Kita tak boleh jadi suami isteri lagi lah!”
“jadi adik beradik lah gitu!” ujar Tengku Akif sambil
tersenyum saja.
“Aku tak nak, aku sayang kau, sayang sebagai seorang
kekasih, sebagai seorang suami, aku tak nak kau jadi abang aku!” bentak Zara
Irdina sambil menangis. Tengku Akif memeluknya dengan erat.
“Apa pun terjadi aku tetap sayangkan kau di dunia sampai
akhirat!” janji Tengku Akif. Macam mana aku nak hidup tanpa dia di sisi? Tempat
mengantung harapan sudah tidak ada lagi. Hu hu hu.. sedihnya kerana terpaksa
berpisah macam ini.
Dia tidak boleh memejamkan matanya. Asyik terkenangkan
Tengku Akif saja. Apa lah nasib aku ini? Sepatutnya aku bahagia dengan Tengku
Akif, tiba-tiba jadi macam ini pula. Tetapi benarkah aku anak hasil hubungan
mama dan Tengku Borhan? Kalau benar kenapa Tengku Cempaka tidak marah kepadaku?
Tidak membenci aku? Tetapi Tengku Cempaka menerima aku dengan senang hati saja.
Malah dia sayang kepadaku? Atau Tengku Cempaka sendiri tidak tahu aku ini anak
luar nikah suaminya?
Tetapi yang lebih perit dan malang kerana aku bercinta
dan berkahwin dengan abang kandung aku sendiri. Malah sudah melakukan sumbang
mahram dengannya.
Tuhan, ampunkan dosa-dosa ku ini. Sesungguhnya aku tidak
berdaya tanpa keampunan dariMU.
“La, tak tidur lagi?” jenggul Tengku Akif di hadapan muka
pintunya. Ajak makan tak mahu, hanya minum secawan susu dan sekeping roti saja
sebagai pengalas perut kerana Zara Irdina sudah benar-benar mati selera,
“Kita sudah melakukan satu dosa, Akif. Dosa yang besar.
Mahukah ALLAH mengampunkan dosa-dosa kita ini?” ucapnya sayu.
“ALLAH itu maha mengetahui dan maha pengampun, tentu
ALLAH akan menerima taubat dari kita berdua!” ucap Tengku Akif.
“Hu.. hu... hu!”
“Usah menangis, sayang. Aku tetap akan menemanimu sampai
ke akhir hayat ku!”
“Kau dah gila ke Akif, kita adik beradik lah!”
“Adik beradik pun, aku akan jaga kau lah. Tidur lah, esok
nak jumpa mak kandung kau kan?” pujuk Tengku Akif. Akhirnya dia terlelap juga
di dalam pelukan suaminya itu.
Seawal pagi mereka bertiga berjalan kaki menuju ke rumah
Puan Aminah. Mahu cepat-cepat menyelesaikan perkara ini. Lagi cepat selesai
lagi mudah kan? Apa pun juga aku akan menghadapinya dengan tabah dan penuh
semangat. Aku tidak boleh melawan takdir. Tetapi aku akan belajar menerima
takdir dan kenyataan ini.
“Ingat pesan mak cik yer, jangan diungkap rahsia lama itu
lagi, biarlah adik mak cik itu bahagia bersama ahli keluarganya. Sesungguhnya
cerita lama itu amat menyakitkan kami semua!” pesan Puan Azizah sebelum mereka
memberi salam dan memperkenalkan diri kepada Puan Aminah.
“Ini siapa kak?” soal Puan Aminah mesra ketika dia
berjabat tangan dengan Zara Irdina. Hasrat hati mahu memeluk ibu kandungnya ini
dengan erat tetapi apa kan daya, tangan tak sampai. Apa kan daya kerana ibu ini
sudah melupakan dia di dalam hidupnya. Mahu menangis, tetapi sejak dari semalam
lagi dia menangis sehinggakan sudah kehabisan ayer mata.
“Anak saudara kita yang jauh di kampung. Minah mesti
sudah lupa kan?” tipu Puan Azizah.
“Saya mana nak ingat semua tu, kak. Mari lah masuk!”
pelawa Puan Aminah dengan ramah sekali. Lalu Puan Azizah memperkenalkan suami
dan anak-anaknya. Lama berbual, tetapi
lebih kepada bertanya khabar, dan yang selebihnya hanya mampu mendiamkan diri
kerana tidak tahu ada apa lagi mahu dibicarakan.
Cukuplah asalkan ibu bahagia, Zara sedia menyimpan rahsia
ini sehingga ke akhir hayat Zara. Itu janji Zara. Hari ini Zara sudah berjumpa
dengan insan yang menglahirkan Zara ke dunia ini, yang telah berkorban demi
menglahirkan Zara ke atas muka bumi ini. Terima kasih mak, budi mak tak mampu
Zara balas selain berdoa semuga mak bahagia di dunia sampai ke jannah.
Ketika dihantar pulang di hadapan muka pintu, Zara Irdina
mengadap ke arah wajah ibunya. Tiba-tiba dia membisikkan sesuatu di telinga
Tengku Akif.
“Aku ingin memeluknya buat pertama kali dan terakhir,”
ucap Zara Irdina ketika melihat Puan Aminah sedang berbual mesra dengan Puan
Azizah dan tidak melihat ke arahnya dan Tengku Akif. Saat Puan Aminah
bersalaman dengan Zara Irdina, Tengku Akif dengan sengajanya telah menolak
badan Zara Irdina ke hadapan Puan Aminah. Zara Irdina mahu terjatuh, terus Puan
Aminah menyambutnya dan memeluk Zara Irdina dengan erat.
“Semuga Zara Irdina bahagia di dunia dan jannah. Ini doa
makcik untuk Zara Irdina,” bisik Puan Aminah di cuping telinga Zara
Irdina. Mahu saja Zara Irdina menyebut
dan memanggil panggilan mak kepada Puan Aminah kala itu tetapi renungan mata
Puan Azizah tidak membenarkannya.
“Saya juga, semuga mak cik sekeluarga bahagia untuk
selama-lamanya!” ucap Zara Irdina sambil melepaskan pelukan. Puan Aminah hanya
mengangguk saja sambil tersenyum.
Selamat tinggal mak, rupanya jodoh kita berdua tidak
tertulis untuk bersama-sama di atas muka bumi ini, ucap Zara Irdina sayu.
Penantian selama berpuluh tahun berakhir dengan linangan air mata kesedihan
saja. Tidak ada yang gembira pun di dalam hati.
Sekarang terpaksa menghadapi satu lagi kenyataan yang
amat menyakitkan.
“Nak ke mana kita?” soal Zara Irdina ketika berada di
dalam kereta Tengku Akif. Aku sudah kehilangan arah tujuan. Jalan-jalan ku
sudah gelap gelita.
“Kau nak ke mana, cakap saja, aku akan tunaikan sedaya
upaya ku!” balas Tengku Akif.
“Hmmm...,” nak pergi mana lagi yer?
“Kita pergi bulan madu nak?” usul Tengku Akif.
“Nak tambah dosa lagi ke? Dah tahu kita adik beradik tapi
masih nak bersama-sama. Sumbang mahram tu!” jelasnya. Aku terima dia sebagai
abang ku.
“He he he..,”
“Abang tak payah gelak kan Dina lah, serius ni!”
“Boleh jadi Dina anak Tengku Borhan, tetapi saya tetap
bukan anak dia!” jelas Tengku Akif. Kau nie teruk sungguh lah, bapa mentua kau
nama apa pun kau tak tahu.
“Hah??” sekali lagi Zara Irdina terkejut dibuatnya.
“Nama bapa suami kau pun, kau tak tahu. Teruk betul lah,”
Mentang-mentang lah aku yang lafaz akad nikah, dan wajib sebut nama penuh dia
dan nama penuh bapa dia yang di bin kan
dengan nama Abdullah, jadi dia tak tahu nama papa aku.
“Mana kad pengenalan, nak tengok!” minta Zara Irdina.
Cemas dan berdebar. Tengku Akif mengeluarkan dompetnya dan terus diberikan
kepada Zara Irdina.
“Tengku Izraf Akif bin Tengku Burhanuddin!” sebut Zara
Irdina. Ye ye ye, kami bukan adik beradik. Zara Irdina tersenyum bahagia.
Cukuplah ada dia di sisi aku.
“Mama dan papa meninggal sewaktu aku berumur 5 tahun,
sejak itu Bonda mengambilku sebagai anak angkat dalam keluarganya. Mama hanya
dua pupu kepada Bonda, jangan mimpi aku nak jadi abang kandung kau!” kata
Tengku Akif sambil menolak dahi Zara Irdina.
“Kenapa tak cakap..,”
“Menangis macam hilang suami saja aku tengok, aku nie dah
lama tahu lah, aku hanya anak angkat bonda, kau tu saja yang tak tahu!”
“Memang tak tahu pun!” Mana aku ambil tahu bab-bab ini.
“Tahu menangis, pitam, pengsan tu kerja kau lah!” geram
sangat sebab tak ambil tahu tentang salasilah keluarga. Siap menangis-menangis
macam anak kecil, kalau boleh nak ketawa
kuat-kuat sebab geli hati sangat.
“Alang-alang dah datang JB ni, jomlah kita pergi bulan
madu, cuti pun dah lulus kan?” ajak Zara Irdina sambil merangkul lengan suami
kesayangannya. Lega rasa di dalam hati. Terima kasih ya ALLAH, sebab beri
takdir ini.
Tengku Akif hanya tersenyum.