Home Novel Cinta IRDINA AKIF
IRDINA AKIF
pitteriah abdullah
15/12/2013 11:34:54
153,425
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 17

IRDINA AKIF (BAB 17)

Mama tak kisah pun, malah mama merestui penikahan mereka berdua. Kata Mama dia sudah syak akan perkara ini. Dari gerak geri Zara Irdina, dia sudah dapat mengagaknya.

“Jaga Zara Irdina elok-elok, kalau Akif sakitkan hati zara atau lukakan hati Zara, siaplah Akif, tahu lah mama nak mengajarnya!” pesan mama. Tengku Akif hanya mengangguk saja. Mama nie mesti tak perasan, kita dah jaga anak dia sejak dari kecil lagi. Irdina kan?

Biar lah Tengku Akif berbual dengan papa, dia mahu terus masuk ke dalam biliknya. Mama mengekorinya dari arah belakang. Syazana dan Ayunie pun ikut serta. Lama mereka berpelukan kerana saling merindui. Bezakan? Di sini ramai orang menyayanginya. Di sana???

Agak lama berbual dengan Syazana dan Ayunie, hampir sejam, baru lah mereka berpisah masuk ke bilik masing-masing. Tetapi mama masih menunggu di atas katil Zara Irdina biar pun anak sulongnya itu pergi mandi. Bila Zara Irdina muncul semula, dia terkejut kerana mama masih dibiliknya.

“Mama..,” panggilnya. Rasa sayu untuk berhadapan dengan Mama. Mujurlah ada dia, yang sanggup menjaga dan memberi sepenuh kasih sayang seorang ibu kepadaku. Kalau tak ada dia mcm mana? Boleh kah aku hidup seperti ini?

“Solat lah, mama tunggu!” suruh Mama.

“Kejap yer..,” pintanya. Memang nak cerita kan kepada mama tentang apa yang berlaku semasa jumpa dengan Puan Aminah, tetapi perlukan masa yang sesuai.

Baru sedang berdoa, apabila Tengku akif meluru masuk ke dalam biliknya. Apa hal pulak nie? Mama terkejut, begitu juga dengan Zara Irdina.

“mama, nak tumpang solat!” beritahu Tengku Akif. Mama hanya mampu mengangguk dan berlalu saja dari bilik Zara Irdina. Nak tunggu apa lagi kan? Si suami dah muncul pun. Kena undur diri lah.

“arg.. apa nih? Balik lah solat kat rumah!” Tengku Cempaka tahu nanti macam mana?

“Rumah mana lagi? Ini kan rumah saya jugak,” ujar Tengku Akif mahu masuk ke bilik air.

“Situ, rumah awak!”beritahu Zara Irdina sambil menunjukkan jarinya ke sebelah sana.

“Tumpang solat sekejap saja lah, nanti saya balik lah!” alasan lah tu. Zara Irdina membuang kain telekungnya dan keluar dari biliknya meninggalkan Tengku Akif di bilik air. Ingat dia peduli ke dengan amaran Tengku Cempaka, dia tak kisah pun.

Zara Irdina mencari ibu angkatnya, mujurlah ibu angkatnya sedang berehat di ruang tamu saja. Orang lain mungkin sudah masuk ke dalam bilik masing-masing.

“mama!” panggilnya.

“mari duduk sebelah mama, zara!” ajak Puan aisyah. Zara Irdina duduk di sebelah mamanya. Puan Aisyah memegang tangan Zara Irdina dengan sepenuh kasih sayang. Saat ini zara irdina seperti mahu menangis.

“Mama, benarkah Zara anak Tengku Borhan, mama?” tanya zara irdina. Mana tahu mama tahu cerita ini sebab dia yang membesarkan aku sejak dari merah lagi.

“Siapa cakap zara anak Tengku Borhan?” soal Puan Aisyah. Semua orang salah anggap akan hal ini. Tetapi rahsia ini hanya aku, Aminah dan Tengku Cempaka saja yang tahu.

“Puan Azizah, kakak kepada ibu zara!” jawab Zara Irdina. Kebenaran harus dibongkarkan biar pun pahit. Kalau betul, aku menerimanya. Kalau salah pun aku tetap menerimanya juga.

“Sesetengah perkara biarlah menjadi rahsia ALLAH, kalau kita tahu, hanya membuatkan kita rasa perit dan sakit saja!” balas Puan Aisyah. Zara Irdina kuat ke nak dengar semua ini? Tetapi selama ini anak ini memang kuat pun.

“Zara nak tahu juga, cakap lah mama, zara ini anak siapa? Anak Tengku Borhan ke?” ulang Zara Irdina lagi.

“Bukan, Zara bukan anak Tengku Borhan..,”

“Habis tu kenapa mak cik azizah cakap zara anak tengku borhan?”

“Sebenarnya ibu kandung zara adalah adik angkat kepada tengku borhan. Tengku Borhan dan tengku cempaka memang sayangkan aminah seperti ahli keluarga sendiri...” jelas Puan Aisyah.

“Lagi mama..,” gesa Zara Irdina. Cakaplah, zara nak tahu juga. Rahsia lagi disimpan, lagi lah meninggalkan teka teki dalam hidup zara saja. Siapa ayah zara sebenarnya?

“Bila Aminah mengandung, Tengku Borhan sanggup menjadi suami kepada Aminah, malah Tengku Cempaka sendiri mengizinkan Tengku Borhan berkahwin dengan Aminah, tetapi Aminah tidak mahu, jadi selepas dia lahirkan Zara, dia serahkan Zara kepada mama,” panjangnya cerita dari mama, cerita yang amat menyakitkan hati semua yang mendengar. Kasihan ibu kerana diperkosa oleh orang yang tidak dikenalinya. Patutlah ibu dan ahli keluarga ibu tidak mahu menerima aku dalam kehidupan mereka, kerana aku adalah sebuah noda hitam dalam kehidupan mereka.

“Orang yang tak tahu menuduh Aminah mengandung anak Tengku Borhan, wal hal semua itu tidak benar sama sekali,” baiknya Tengku Cempaka kerana sudi menerima aku dan ibuku dalam kehidupan keluarga mereka.

“Terima kasih, mama!” ucap Zara Irdina sambil memeluk Puan Aisyah.

“Mama sayang Zara, papa pun!. Adik-adik pun sayang zara juga. Zara ada Akif lagi.. semua orang sayangkan Zara lah!” ucap Puan Aisyah mahu memujuk hati Zara Irdina.

“Laa.. Zara boleh terima lah, mama. Cuma Zara nak tahu siapa zara sebenarnya saja lah!” kata Zara Irdina. Siapa pun aku, aku tak bersalah dalam hal ini. Begitu juga dengan ibu yang menglahirkan aku, ibu juga tak bersalah. Jadi kenapa perlu aku patah hati dan kecewa pula.

Masuk semula ke dalam bilik melihat Tengku Akif sedang tertidur di atas katilnya. Ler, tak balik rupanya. Terus dikejutkan Tengku Akif, tetapi Tengku Akif menarik Zara Irdina ke dalam pelukannnya, membiarkan Zara Irdina tidur di atas dadanya.

“Abang nie pergi lah balik..,”

“Bestnya juga tidur atas katil ni, rasa malas nak balik pula!”

“Abang..,”

“Yer sayang!”

“Dina bukan anak Tengku Borhan, mama dah ceritakan semuanya tadi kat Dina..,”

“Abang dah agak pun..,” Tengku Borhan bukan lelaki yang sosial pun, semua itu fitnah orang saja lah. Merekakan cerita yang tidak benar.

“Tetapi dina anak..,” terasa kerdilnya untuk mengungkap perkataan itu. Itu adalah anak mangsa rogol.

“Untuk membina masa depan, kita tidak perlu menoleh ke belakang, apa tah lagi untuk mengutip kisah-kisah silam yang menyakitkan..,” ungkap Tengku Akif. Pernah dengar di mana yer ayat-ayat ini.

“Abang tak kisah dapat isteri yang mcm dina? Dina tetap anak tidak sah taraf. Dan darjat abang terlalu tinggi untuk Dina berdiri di sisi abang, kedudukan kita berbeza tempat,” ucap Zara Irdina. Suami ku ini tetap berdarah bangsawan sedangkan aku hanya insan biasa pula. Malah org tetap mengelarkan aku anak haram, walaupun bukan salah ku. Kenapa aku yang harus dipersalahkan?

Sejak aku berusia 12 tahun, Bonda Tengku Cempaka sudah menceritakan tentang siapa Zara Irdina. Tentang latar belakang Zara Irdina kepadaku, jadi aku memang sudah maklum siapa Zara Irdina yang sebenarnya.

“Kau nie, kau ingat aku akan jatuh cinta kepada kau, kalau kau lemah semangat, mudah putus asa dan kecewa mcm sekarang ke? Aku suka kau sebab ketabahan kau, sebab kehidupan kau lah. Aku cinta kan kau, sebab kau zara irdina, bukan sebab lain pun. Jadi apa aku kisah kalau kau anak siapa pun,” balas Tengku Akif.

“Anak-anak kita macam mana nanti?”

“Apa masalah ni? Kita buat kerja jahat ke?”

“Tentu dia orang malu sebab mamanya ini anak haram?” duga zara irdina. Nak tengok apa jawapan dari Tengku Akif.

“Aku bangga dengan kau, sebab kau berjaya melalui kehidupan ini dan menjadi manusia yang berguna. Anak-anak kita pun tentu bangga juga kerana mendapat ibu yang kuat seperti kau lah!”

“rasanya aku tak salah pilih anak raja ini jadi suami aku lah!”

“Ha ha ha.. jangan ada kekesalan dalam hidup ini, siapa pun kau, siapa pun aku, di sisi ALLAH kita tetap manusia yang sama lah!” kata Tengku Akif sambil mencuit hidung Zara Irdina dengan manja. Semua jawapan sudah jelas di depan mata, jadi, kami perlu mengorak langkah ke hadapan.

“Ini yang buatkan aku sayang sangat kat kau nih!” kata Zara Irdina sambil memeluk suaminya dengan erat dan membiarkan Tengku Akif mencium rambutnya.

“Nak balik lah, tentu bonda sedang menunggu kat rumah!” kata Tengku Akif. Balik ikut jendela ini pun boleh kan? Bukan ada masalah pun. Rumah sebelah sana saja lah.

“Elok juga tu!” baru habis ayat apabila telefon Tengku Akif berbunyi.

“Bonda!”

“Kat mana Akif?”

“Rumah isteri lah, bonda!”

“Buat apa kat rumah Zara, Akif?”

“Apa lah bonda ni? Macam tu ke soalan? Pukul 12.00 macam ini, tengah tidur lah, bonda!”

“Hah?”

“Tak adalah, kita orang tengah berbual. Nanti Akif sampai, bonda!” mesti Tengku Cempaka fikirkan yang bukan-bukan tentang kami berdua. He he he..

“bawa Zara balik ke rumah kita, Akif. Bonda rindu sangat dengan Zara,” bisik Tengku Cempaka.

Kalau suami aku masih hidup, tentu aku yang membesarkan dia, kerana dia adlaah kesayangan kami semua, tetapi aku tidak kuat untuk berhadapan dengan kaum kerabat. Tetapi sekarang Tengku izraf Akif sudah dewasa, begitu juga dengan Zara Irdina, jadi semua itu sudah tidak perlu dibimbangkan kini. Lagipun Tengku Izraf Akif mampu melindungi Zara Irdina dari sebarang ancaman yang akan datang dari kaum kerabat kami.

“Jom, balik istana. Bonda nak jumpa!”

“Hah?”

“Hish, kau nie macam bonda juga, cepat sangat melatah!”

“Tak nak masuk istana lagi lah, nanti apa pula orang cakap, dia orang bukannya tahu kita dah kahwin..,” tunggulah buat majlis kenduri dulu.

“tak payah tunggu lah sebulan tu, masyarakat perlu tahu tentang perkahwinan kita sehari dua ni. Sebulan tu lambat sangat lah. Tunggu sebulan sempat lah kat dalam tu membesar dulu!” kata Tengku Izraf Akif sambil merenung perut Zara Irdina. Harap-harap anak sulong ku lelaki, sebab boleh jadi pewaris keturunan keluarga kami nanti.

“Apa pulak?”

“Bulan ni tak datang period lagi kan?” soal Tengku Akif yang memang ambil tahu tentang ini sejak dari zaman sekolah lagi. Ingat cerita mereka di zaman sekolah dulu. Zara Irdina mencubit pipi suaminya.

“Cepat lah, nanti bonda tertanya-tanya pula kenapa kita lewat. Takut dia fikir yang bukan-bukan tentang kita lah!”

“Biarlah! “jawab Zara Irdina dengan berani.

Tengku Izraf Akif mengelengkan kepalanya. Terlebih berani lah pulak.

Previous: BAB 16
Next: BAB 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.