Home Novel Cinta IRDINA AKIF
IRDINA AKIF
pitteriah abdullah
15/12/2013 11:34:54
154,953
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 8

IRDINA AKIF BAB 8

Ya ALLAH, yang balas komen kat FB bukan saja kawan-kawan kami berdua, tetapi yang lebih parah dari Bonda Tengku Cempaka, Tengku Mawar dan Mama Aisyah. Yang tukang rancak balas emel tu adalah anak raja nan seorang itu lah. Siap tulis tarikh kahwin lagi. Malu, malu. Kat mana nak letak muka petang nih? Tetapi Tengku Azlin, bekas tunang Tengku Izraf Akif pun ada juga. Siap beri komen yang sakit hati lagi. Tak pasal-pasal tuduh aku perampas, pada hal aku tak jawab apa-apa pun.

“Tahniah!” ucap Suria, setiausahanya ketika dia mahu balik ke rumah. Semua orang sudah balik, tinggal dia saja sengaja balik lewat.

“Tahniah apa?” soal Zara Irdina pula. Buat-buat tak tahu.

“Nak kahwin dengan Tengku Akif...,” jawab Suria sambil tersenyum. Betul ke apa yang org sedang bercakap nih???

“Tak pernah fikir nak kahwin. Sekarang saya nak cari mak kandung saya, nak jumpa orang berkorban nyawa untuk lahirkan saya kat dunia ni,” alhamdulillah, siti aminah yang gila itu bukanlah ibu kandungnya. Itu orang lain. Bukan mak pun. Bila lah nak jumpa mak nih, jumpa nanti aku nak peluk mak aku puas-puas.

“Kasihan kat tengku akif...,”

“Dia tak layak lah untuk saya, saya ni apa pun tak ada. Saya tak nak dia di hina kerana kekurangan dan kelemahan saya,” ucap Zara Irdina. Jiran-jiran sekeliling sudah mula memandang serong dan menghinanya sejak dia berkawan semula dengan Tengku Izraf Akif kerana dia hanya gagak di rimba sedangkan Tengku Izraf Akif tu merak kayangan.

“Saya balik dulu lah Cik Zara,” ucap Suria. Zara Irdina nie susah sikit, sebab hati dia degil. Tetapi tengok dia macam dia serik sejak tak jadi kahwin dua tahun yang lepas.

“Okey,balik elok-elok tau!” pesannya sambil tersenyum.

Turun tangga perlahan-perlahan sambil berfikir tentang mak. Alamak, hujan lebat lah pulak. Nak balik naik bas atau teksi saja kerana dia datang bersama Akmal pagi tadi. Sejak dia tahu dia hanya anak angkat, dia sudah tidak pandai meminta pertolongan dari papa lagi. Entah rasa segan pula nak menyusahkan mama atau papa walaupun mereka tidak pernah menyisihkan dirinya.

“Tak balik lagi?” tegur Tengku Izraf Akif yang datang dari belakang.

“Kau pun tak balik lagi??” bukan dia lesap dah ke pukul 4.30 petang tadi???

“Aku tengah balas komen kat fb..,” jawab Tengku Izraf Akif. Cehh, komen yang boleh buat aku sakit jiwa hari ini.

“Elok lah tu, Tengku Azlin mengamuk kat aku, kau tahu tak?” luah Zara Irdina. Perempuan itu menelefon dan memakinya tadi.

“Aku tak pernah ada hati kat dia lah..,” jelas Tengku Izraf Akif.

“Tipuu....,” tak ada hati tapi tunang sampai nak pecah dewan. Kalau tak sudi tak kan lah majlis tunang pun meriah teramat.

“Sebab kau lah, gatal sangat nak kahwin dengan Akmal. Aku sebenarnya nak tengok hati kau saja, kau nak kahwin, aku pun gatal mulut lah nak bertunang!” memang itu kenyataan. Hati yang terluka dia sengaja menerima cinta Tengku Azlin yang ada hati kepadanya selama ini. Sebaik saja Zara Irdina tak jadi kahwin, dia terus batalkan pertunangannya dengan Tengku Azlin mlm tu juga.

“Aku nak kahwin sungguh-sungguh lah, tetapi jodoh tak ada!” jawabnya perlahan. Tak ada niat nak melukakan hati sesiapa pun.

“Sebenarnya kau tu jenis perempuan tak setiaa....,” tuduh Tengku Izraf Akif. Cakap lah apa pun, yang penting aku memang tak ada jodoh dengan Akmal. Itu sebenarnya.

“Cakap lah apa pun aku tak kisah..,” jawab Zara irdina perlahan. Aku memang dah tak kisah bab-bab kahwin nih, bab-bab cinta nih, selagi aku tak jumpa mak yang menglahirkan aku.

Hujan makin lebat, Zara Irdina keresahan. Nak balik pun masalah. Kan mudah kalau bawa kereta tadi. Ini nak kena tunggu sampai hujan berhenti. Payung pun tak bawa. Hmm.. hari semakin senja. Yang dia ni kenapa tak balik lagi?

Sekejap kemudian, kelihatan Tengku Izraf Akif berlari ke keretanya di tengah hujan, tengah cari sesuatu dalam kereta. Ooo.. cari payung. Dengan membawa payung dia datang semula ke arah Zara Irdina. Hulurkan jaket kepada Zara Irdina, biar pun Zara Irdina keberatan.

“Kau tu dah lah baru sihat, nanti kena hujan demam pulak!” ujar Tengku Izraf Akif. Siap tolong pakaikan jaket kepada Zara Irdina. Terus dia menarik Zara Irdina masuk ke dalam payung.

“Jom balik dengan aku!” ajaknya. Zara Irdina patuh. Tak sanggup nak tunggu kat sini sorang-sorang di tengah hujan.

“Cadang nak balik dengan teksi..,” uji Zara Irdina. Syok tengok anak raja ni mengamuk sakan.

“Kalau nak balik sendiri tak payahlah tumpang payung aku. Buat rugi sajaaa..,”dia mahu menarik payungnya dan membiarkan Zara Irdina terkena hujan tetapi Zara Irdina sempat memegang payung tersebut. Takut juga yer. Hehehe

“Aku suka kawan dengan kau, sebab kau saja yang suka lawan cakap aku, dan tak pernah anggap aku ni anak raja ke, anak bangsawan ke, apa ke?” bisik Tengku Izraf Akif. Sekali lagi hati Zara Irdina berkocak kencang. Kau lerrr, dan aku pula, entah lah rasa senang sangat berada di sebelah kau sekarang. Tiba-tiba rasa mcm nak menangis. Rupanya ada juga orang yang sanggup berkawan dengan orang yang berdarah kotor macam aku nih. Sedangkan orang lain menghina aku dan ibu kandung ku, wal hal ibu ku juga menjadi mangsa.

“Kau menangis ke air hujan ni?” terasa di hati kecilnya, puteri hatinya ini menitiskan air mata kesedihan. Dugaan untuk dia terlalu berat. Kalau aku, memang aku tak sanggup menghadapinya. Tabah lah wahai sayang, aku akan berada di sisi mu selalu.

“Menangis kenapa pula?” tepis Zara Irdina. Apa kes aku nak menangis di hadapan kau.

“Kalau kau menangis aku sedia menumpangkan bahu aku ni kat kau. Free tak payah bayar pun!”

“Iyer ke?”

“Yup!”

“Cepat lah jalan, kau tu dah basah lencun dah tu!” payung aku, baju jaket pun beri kat aku. Kau tu dah basah kuyup pun! Lagi lah membuatkan aku tak senang duduk. Aku tak nak kau kecewa kerana aku nanti.

Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.