Home Novel Cinta IRDINA AKIF
IRDINA AKIF
pitteriah abdullah
15/12/2013 11:34:54
154,996
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 5

IRDINA AKIF – BAB 5

“Terima kasih sebab tolong aku hari ni, bagi kasut, bagi stokin, pastu hantar aku sampai rumah pulak. Terharu ler,” ucap Zara Irdina ketika sampai di rumah. Nampak mama sedang berbual dengan Bonda di halaman istana bonda. Hubungan kekeluargaan kami memang rapat sejak dari dulu lagi.

“Sama-sama kasih. Itu lah kau pendam lama sangat dalam hati. Mujur aku tak kahwin dengan orang lain, kalau tidak melepas kau!” Sama-sama keluar dari kereta kerana mahu berjumpa dengan mama dan Bonda.

“Kahwin lah, aku tak kisah pun!” Betul, aku memang tak ada hati kat kau, jadi memang aku tak kisah. Kalau aku ada hati pun, aku nak tepis siap-siap, letak tembok besar negeri china, letak pagar elektrik, supaya kau tak datang menghampiri hati aku.

“Dina, sepatutnya kau kiss aku tadi, sebab aku hantar kau balik hari ni..,”

“Hahhh?? Dia buat dah.

“Boleh lah!” amboi, siap merayu.

“Datang lah, dekat sikit aku nak kiss tak sampai ni!” sengaja Zara Irdina berkata begitu.

“Sahih nak tampar pipi aku. Heey, tak nak lah aku!” memang pun. Mana tau lepas kena tampar kau tu tersedar dari mimpi.

“Kalau dah berbaik, asyik bergaduh memanjang,” ucap Bonda melihat telatah anak bujangnya dan calon menantu pilihan. Dia suka Zara Irdina sejak dari dulu lagi. Jadi, dia memang tak kisah kalau anak bujangnya yang seorang ini memikat Zara Irdina. Harap-harap ada lah jodoh antara mereka berdua.

“Kata demam, tengok dah sihat pun!” usik mama sambil tersenyum.

“Dah beri ubat tadi, tu yang cepat baik!”sampuk Tengku Izraf Akif. Ubat apa? Kau tak habis menyakat aku ada lah.

“Hahaha, ubat apa tu Akif?” sengaja bonda bertanya. Muka Tengku Izraf Akif bersiri-siri.

“Mama, mak engku, Zara masuk dulu lah. Nak tidur lah!” pinta Zara Irdina. Malas nak dengar Tengku Izraf Akif melalut. Mama dan Bonda mengangguk tanda mengizinkan. Zara Irdina tidak membuang masa, terus saja dia masuk ke dalam rumah dan menuju ke biliknya.

Entah mimpi apa boleh bercakap dengan Tengku Izraf Akif hari ini. Tak sangka pula apa yang berlaku antara dia dan Tengku Izraf Akif boleh terhapus segalanya hari ini. Masihkah ada benci di dalam hati? Tak. Masih marahkah kepada Tengku Izraf Akif? Tak! Habis tu? Tak tahuuuu..

Lena yang panjang, sehingga termimpi-mimpi. Jumpa mak, tetapi wajah ayah pula hilang di telan kabus. Sejak dia tahu dia anak angkat keluarga mama dan papa, dia mengupah penyiasat persendirian untuk mencari ibu kandungnya yang sebenar. Dan setiap kali dia pejamkan mata, dia sering bermimpi berjumpa dengan ibu kandungnya. Kadang-kadang mimpi yang dahsyat dan menakutkan. Apa jenis mimpi pun dia tak tahu.

“Dina bangun, makan ubat!” kejut Tengku Izraf Akif. Aik, bermimpi atau betul nih? Zara Irdina mengosok matanya berkali-kali. Betul anak raja ini dihadapan matanya.

“Kau buat apa kat bilik aku!” jerit Zara Irdina. Aku tak pakai tudung lah. Hish, dia nie, macam mana boleh terlepas masuk kat bilik aku pulak. Zara Irdina menarik kain selimut dan menutup seluruh badannya.

“Aik, tak boleh masuk ke bilik bakal tunang?” soal Tengku Izraf Akif. Sengaja. Cantiknya Zara Irdina bila tak pakai tudung. Sebenarnya dia masuk ke bilik Zara Irdina melalui tingkap Zara Irdina yang terbuka luas. Ambik tangga dan masuk melalui tingkap. Walau pun rumah berpagar tetapi ada pokok ketapang yang rendang yang menjadi jambatan untuk dia masuk ke rumah Zara Irdina.

“Bakal tunang ke, bakal isteri ke, kau keluar sekarang. Kalau tidak aku menjerit nanti!” pinta Zara Irdina, sudah mahu menangis. Menyesalnya aku baik dengan kau hari nih. Menyesal.. menyesal.. menyesal...

“Menjerit lah. Aku tak kisah lah!”gertak Tengku Izraf Akif sambil menarik kain selimut Zara Irdina. Zara Irdina memegang kuat kain selimut tersebut. Jangan lah. Jerit Zara Irdina di dalam hati.

“Mak Engku...” jerit Zara Irdina kuat-kuat. Terus Tengku Izraf Akif menutup mulut Zara Irdina.

“Dina, kenapa?” soal Bonda yang mendengar. Rumah kan dekat! Nak cakap tak boleh sebab anak bonda memekup mulut Zara Irdina. Huhuhu. Zara Irdina meronta mohon dilepaskan tetapi Tengku Izraf Akif berkeras dan tidak berganjak.

“Ha, habis kau. Tak pasal-pasal kena kahwin dengan aku kalau bonda tahu,” bisik Tengku Izraf Akif. Aku tak mahu kahwin dengan lelaki samseng macam kau. Tak payah berangan!

“Zara!” panggil mama pula.

“Kenapa Zara menjerit, Aisyah?” soal bonda yang masih berdiri di luar rumah.

“Ada cicak besar lah, mama, bonda!” jawab Zara Irdina. Tengku Izraf Akif tersenyum. Tau pun takut.

“Nanti, bonda suruh Akif tolong Zara!” kata bonda pula.

“Tak mengapa mak engku, dah hilang!” jawab Zara Irdina perlahan. Anak mak engku ada dalam bilik saya lah.

“Hah, kalau tidak kahwin free aku. Jimat 20 ribu!” ujar Tengku Izraf Akif.

“Kalau aku kahwin dengan kau, aku letak 50 ribu,” geramnya dengan tindakan Tengku Izraf Akif petang ini.

“Hahaha..,” dilepaskan Zara Irdina. Lalu dia bangun. Ambil ubat, ambil segelas air. Di buka plastik ubat, lalu di hulurkan kepada Zara Irdina.

“Makan, kalau kau nak tengok aku balik!” arah Tengku Izraf Akif. Dia tahu Zara Irdina susah nak makan ubat.

“Tak nak. Pahit!” ujar Zara Irdina sambil menepis tangan Tengku Izraf Akif.

“Kau jangan paksa aku buat perkara yang tak sepatutnya. Nanti nak dapat 50 ribu, satu sen pun tak boleh!”

“Kau nak buat apa dengan aku?” soal Zara Irdina. Tengku Izraf Akif memandang ke arah badan Zara Irdina dengan satu jelingan yang menjengkelkan. Pantas Zara Irdina mengambil ubat lalu menelannya. Diberikan gelas berisi air kepada Zara Irdina. Cepat-cepat Zara Irdina menyambutnya. Doktor Balqis pesan suruh dia jaga Zara Irdina. Jadi kalau dia datang secara sopan, Puan Aisyah mesti tak benarkan dia berjumpa Zara Irdina di dalam bilik. Dan Zara Irdina pula bukannya boleh harap kalau tak ada orang memaksanya makan ubat. Jadi, ini lah saja jalan yang ada!

“Okey, aku balik dulu. Malam nanti aku datang lagi yer!” kata Tengku Izraf Akif sambil keluar dari tingkap.

Malam ini aku nak tukar bilik.

Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.