IRDINA AKIF (BAB 14)
Perkara yang sah dan halal pulak tu,lama lah boleh
bertahan. Dua minggu saja lah Tengku Akif tak sentuh Zara Irdina, selepas itu
lainlah ceritanya. Tambahan lagi, Tengku Akif kerap menyelinap masuk ke dalam
bilik Zara Irdina di waktu malam. Dan
pulang ke rumahnya seawal pagi.
“nie kalau mengandung macam mana?” tanya Zara Irdina.
Petang ini kami akan berpisah kerana Zara Irdina akan ke rumah ibu kandungnya
yang berada di selatan tanah air. Akhirnya penantiannya berakhir petang ini.
Rasa tidak sabar dan gementar untuk menemui insan kesayangannya itu.
“Kita dah sah jadi suami isterilah, apa yang Dina nak
bimbangkan lagi, bukan kita buat benda jahat pun!” balas Tengku Akif. Demi Zara
Irdina, aku sanggup meninggalkan keluarga aku sendiri. Aku akan
bertanggungjawab atas apa yang berlaku sekarang.
“Risiko tinggi nih, masyarakat tak suka kita berkahwin
lah!” usik Zara Irdina. Demi cinta, aku rela meninggalkan daerah kesayangan ku
ini. Aku mahu hidup bersama suamiku yang tercinta saja.
“Pedulikan dengan dia orang. Kita bukan berkahwin dengan
masyarakat pun, ini antara kita berdua dan ALLAH sudah merestui hubungan kita
berdua. Jadilah kan?” ucap Tengku Akif. Betul juga tu.
Zara Irdina memohon cuti yang panjang kerana mahu meneruskan
misinya selama ini. Bila di tanya oleh Tengku Mawar mahu ke mana, dia hanya
beritahu mahu bercuti saja.
“Akif tak cuti?” soal Tengku Mawar kerana waktu itu
Tengku Akif turut berada bersama mereka berdua.
“Cuti nak buat apa pulak?” soal Tengku Akif sambil
mengenyitkan matanya ke arah Zara Irdina.
“Mana lah tahu, nak ikut Zara bercuti juga!” balas Tengku
Mawar sambil melemparkan senyuman.
“Tak lah!” Tengku Akif.
Zara Irdina pulang tengah hari kerana mahu berjumpa
dengan mama dan papanya terlebih dahulu. Keluarga angkatnya perlu tahu akan
semua ini. Syazana dan Ayunie turut hadir bersama. Begitu juga tunang Syazana,
Syameer.
“Budi mama dan papa hanya ALLAH saja mampu membalasnya..,
“ucap Zara Irdina sayu. Selepas ini tak tahu apa lagi yang akan berlaku ke atas
dirinya.
“Jangan lah cakap macam tu, papa anggap Zara macam anak
sendiri.. tak ada bezanya Zara dengan adik-adik yang lain,” balas papa turut
sebak untuk melepaskan Zara Irdina pergi.
“Zara mcm anak kandung mama jugak. Mama sayangkan Zara,
tau tak?” ucap mama sambil menitiskan air matanya.
“Terima kasih, mama, papa!” ucap Zara Irdina sebak.
Dipeluknya mama dengan erat. Selepas itu dia turut memeluk Syazana dan Ayunie.
“Balik cepat tau!” pesan Syazana. Nanti, kami semua akan
rindukan kakak!
“Insha ALLAH!” ucapnya.
Tengku Akif yang menghantarnya di airport. Orang lain, Irdina sendiri yang
menghalangnya. Lagipun dia pergi hanya seketika, bukan lah untuk
selama-lamanya.
“Apa-apa jadi call aku, kau jangan buat keputusan
sendiri, kau tu hak aku, faham tak?” pesan Tengku Akif.
“Tahu lah!” tangan Tengku Akif digengam erat.
“Kalau dia tak nak terima kau pun, kau call aku jugak,
aku akan secepat mungkin pergi jumpa kau!”
“Yer lah!” ucap Zara Irdina. Ditariknya Zara Irdina
dekatnya dengannya, secepat kilat dia mengucup dahi Zara Irdina.
“Ler, org tengok lah!” mana tahu ada orang mengenali
kami, tak kecoh nanti.
“Abang rindukan Dina nanti,” bisik Tengku Akif perlahan.
Nak cakap itu saja, cakaplah abang sayang Dina ke, apa ke? He he he...,
Ketika sampai hari lewat malam. Dia bersama Kamal,
penyiasat persendirian yang diupahnya selama dua tahun ini.
“Zara, saya rasa baik awak jumpa dengan kakak kandung Puan
Aminah terlebih dahulu, saya tak nak Zara terkejut nanti,” kata Kamal sambil
berjalan beriringan menuju ke sebuah rumah.
“Maksud awak?”
“Berbual lah dengan Puan Azizah, nanti awak akan dapat
segala jawapan!” jelas Kamal membuatkan hati Zara Irdina berdebar kencang.
Selepas Kamal memberi salam, muncul lah seorang wanita
yang hampir sebaya dengan mama. Puan Azizah mempelawa mereka berdua masuk.
“Jemput lah duduk!”
“Puan, Ini Zara Irdina yang saya ceritakan hari itu!”
kata Kamal. Puan Azizah hanya mengangguk saja.
“Kau berbual lah dengan Puan Azizah ini, aku tunggu kau
di luar,” kata Kamal sambil bangun dan
terus keluar dari situ untuk memberi peluang kepada mereka berdua.
“Rumah Puan Aminah tu sebelah rumah mak cik saja. Nampak
tak rumah besar di seberang jalan tadi?” soal Puan Azizah. Orang tengok Zara
Irdina dan Aminah, semua orang tahu mereka ada hubungan kekeluargaan dan ikatan
darah. Wajah Zara Irdina, matanya, hidungnya adalah kepunyaan Aminah. Jadi,
bukti jelas dan nyata sudah terukir di wajah Zara Irdina.
“Puan Aminah sebenarnya sudah lupa ingatan sejak dua
puluh tahun yang lalu kerana kemalangan dasyat yang dialaminya, Zara.
Barangkali rasanya dia sudah tidak ingat kepada Zara lagi. Selepas kemalangan
tersebut, dia berkahwin dan mempunyai dua orang anak lelaki dan sekarang mereka
hidup bahagia sekali,” beritahu Puan Azizah menyentap tangkai jantung Zara
Irdina. Rupanya mak sudah lupakan Zara Irdina dalam hidup mak.
“Puan tahu tentang saya?” soal Zara Irdina. Mak sudah
jumpa, cerita pun sudah dengar, tetapi aku ini hasil hubungan haram mak dengan
siapa? Siapa yang merogol mak?
“Tengku Borhan yang punya angkara...,”
“Hah?” Tengku Borhan ayah Tengku Akif.
“Ya, Tengku Borhan, suami kepada Tengku Cempaka!” aku kahwin dengan abang aku sendiri? Mana mungkin!”
“Tipu, Zara tak percaya!” jerit Zara Irdina. Apakah benar semua cerita ini atau pun
sebenarnya rekaan semata-mata? Kalau betul, aku sudah melakukan pekerjaan
terkutuk dengan abang kandung ku sendiri. Rasa seperti mahu mati saja saat ini.
Kebenaran ini terlalu menyakitkan hati dan jiwa Zara Irdina. Kami kah yang
terburu-buru kerana mengambil keputusan untuk bersatu. Ini padahnya kerana
berkahwin tanpa pengetahuan ahli keluarga kami.
“Itu kebenaran dan kenyataannya, Zara, Sebab itu Zara
ditinggalkan oleh Aminah, sebab Aminah tidak sanggup menerima Zara dalam
hidupnya..,” yakin Puan Azizah membuatkan air mata Zara Irdina mengalir
laju.
Ya, ALLAH ampunkan dosa-dosaku selama ini. Ampunkan dosa
ku bersama Tengku Akif kerana kami berdua tidak tahu cerita ini. Ampun kan aku,
kerana aku tidak layak masuk ke syurga MU ya ALLAH, tetapi aku juga tidak
sanggup masuk ke nerakaMU. Ya ALLAH, ampunkan kami berdua, lafaz Zara Irdina
sebelum matanya tertutup rapat.
Dia pengsan kerana menerima berita yang maha dasyat ini.