Home Novel Cinta IRDINA AKIF
IRDINA AKIF
pitteriah abdullah
15/12/2013 11:34:54
154,950
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 10

IRDINA AKIF – BAB 10

Baru cakap mcm tu dah terjatuh sudu??? Teruk lah kau nih!

“Kau ni mesti simpati kat aku. Aku kan anak tak sah taraf, menumpang kasih keluarga mama dan papa saja. Kau boleh cari perempuan yang lagi baik dari aku lah!” jawab Zara Irdina. Kau tak pernah ada hati kat aku sebab itu lah kau tolak cinta aku mentah-mentah.

“Aku nak tanya kau ni?” tanya saja lah walaupun dah patah hati nih.

“Nak tanya apa?” Sudah lah. Kita sebenarnya tak setaraf lah.

“Kau tak pernah ada perasaan kat aku ke? Tak pernah jatuh cinta kat anak raja yang kacak ini ke?” tanyanya sambil bergurau.

“Kita kawan..,” jawab Zara Irdina dua patah perkataan. Hmm, betul ke? Susahnya nak terima orang yang tidak sedarjat dengan kita. Lain lah dia anak luar nikah macam aku jugak, waktu tu aku sedia menerimanya dengan hati terbuka. Supaya tidak ada yang membezakan antara kami nanti.

“Terima kasih sebab bawa makanan kat aku malam ni,” ucap Zara Irdina sambil membasuh tangannya. Tengku akif tersenyum. Itu saja ke?

“Sama-sama kasih. Kau kemas lah, aku nak balik. Bekas-bekas nie aku ambik esok saja lah!” jawabnya mahu bangun tetapi ada rombongan yang sedang melihat mereka berdua di sebalik pagar.

“Akif, akif, perempuan murah mcm ni yang kau pilih untuk dijadikan isteri. Kau memang tak pandai nak bezakan yang mana intan, dan yang mana kaca,” tempelak ibu Tengku Azlin, iaitu Tengku Sabariah. Di sebelahnya ada lah suaminya, Tengku Daud. Bonda turut datang apabila mendengar suara Tengku Sabariah.

“Betul tu mama, Akif tu buta hati nak menilai. Perempuan tak senonoh ini yang dia suka lah, mama!” celah Tengku Azlin.

“Tengok lah, orang tak suka aku kerana aku nak mangsa rogol, kau patut sedar tentang perkara ini lah. Aku ni siapa? Kau tu siapa?” bisik Zara Irdina. Tengku Akif tidak memberi jawapan. Memang dia yang membuat keputusan untuk berpisah dengan Tengku Azlin, kerana Zara Irdina. Jadi, apa yang dia orang cakap kan adalah benar belaka. Hendak nafi apa lagi. Cuma cintanya ditolak mentah-mentah oleh Zara Irdina.

“Kasihan kat aku, dah lah kena marah, cinta pun kau tolak mentah-mentah. Kalau kau pilih aku berbaloi lah juga!” bisik Tengku Akif kembali.

“Kau ni, bukan aku ke kena marah, kena hina, kena maki..,”

“Itu lah kalau kau jadi isteri aku kan senang, tahu lah aku apa aku nak buat sekarang,”

“Kita tak setaraf lah..,”

“Penting sangat ke taraf, darjat, kemewahan? Kau ni rendah diri sangat!”

“Aku...,”

“Sebab taraf, darjat ini kah yang kau tolak cinta aku???”

Wei, kau nie susah lah nak faham.

“Akif, balik. Bawa Irdina sekali!” arah bonda dari luar pagar.

“nak buat apa panggil dia orang?” tanya tengku daud kehairanan dengan tindakan Tengku Cempaka. Wajah Tengku Cempaka kemerahan menahan marah di dalam dada.

“Tau lah saya nak ajar anak-anak saya tu,” ujar Tengku Cempaka geram.

“kalau gitu kami balik dulu lah, mak engku,” balas Tengku sabariah, puas hati kerana Tengku Cempaka bakal memarahi Tengku Akif sebentar nanti. Tengku Cempaka mengangguk saja.

Kena balik mengadap rumah mak engku, itu yang susahnya ini. Malu lah kalau kena marah depan keluarga mak engku.

“Aku tak nak pergi, boleh tak?” soal Zara Irdina. Ahli keluarga Tengku Akif semuanya orang hebat-hebat. Berkahwin dengan org sama taraf dan kaya raya. Kalau kena marah, kena hina macam mana?

“Tau pulak takut yer?” ujar Tengku Akif. Zara Irdina mengangguk. Aku dah banyak kali dihina orang, dicaci org sejak org tahu aku anak luar nikah. Anak mangsa rogol tetapi aku tak sanggup dihina di depan mama dan papa aku.

“tak payah lah pergi, biar aku tanggung semua ni. Kau pergi lah berehat!” kata Tengku Akif. Aku yang salah, jadi aku berani menanggungnya.

Tengku Akif pulang sendirian tanpa Zara Irdina. Mungkin kerana mereka menyangkakan Tengku Cempaka mahu memarahi mereka berdua, wal hal buat apa lah nak marah, orang yang bercinta kalau kita marah pun, bukannya dia nak dengar. Tetapi yang sakit hati, menepuk sebelah tangan manalah nak berbunyi.

“Akif, berapa kali bonda dah pesan, tak elok akif ke rumah Irdina lah. Org dah mula bercakap tentang kau org berdua,” susahnya nak jaga anak lelaki nan seorang ini. Berapa kali dah ditegur tetapi masih mcm itu juga.

“Ler, bonda panggil sebab ini saja ke, ingatkan bonda mengamuk tadi,” gurau Tengku Izraf Akif. Tengok tadi mcm nak telan org hidup-hidup.

“Susah cakap dengan akif nih, bonda suruh ajak Irdina kahwin, Akif tak nak, tapi duduk mcm suami isteri, tak tahu halal haram ke? macam mana kalau iblis campur tangan nanti. Nak jadi penzina? Jaga keturunan dan maruah kita sama lah, Akif!” leter Tengku Cempaka.

“Yer lah, yer lah. Akif tak buat lagi selepas ni!” ucapnya sambil naik tangga. Tengku Cempaka hanya mengelengkan kepalanya.

“akif, bonda boleh habis lagi lah bercakap!” jerit Tengku Cempaka.

“Sudah lah tu..,” balas Puan Aisyah. Hati Zara Irdina tu susah sebenarnya. Sejak hati dia terluka, dia seperti serik untuk mendekati lelaki.

“Aisyah, awak balik pujuk Zara Irdina, lembut kan hati dia tu. Kalau dia setuju, saya akan masuk meminang dia secepat yang mungkin!” kata Tengku Cempaka yang semakin runsing dengan sikap anak bujangnya.

Hendak desak Zara Irdina? Lagi lah masalah! Kahwin bukannya boleh di paksa-paksa. Nanti kalau jadi apa-apa, lagi lah haru biru jadilah, tetapi kena cakap juga lah. Tak kan nak biarkan perkara ini berterusan.

Esok pagi saja lah cakap, malam ini tidur dulu. Kalau balik terus cakap lagi susah. Tetapi hati semakin gelisah, fikir macam-macam yang membuatkan tidak boleh lelapkan mata kerana teringatkan permintaan Tengku Cempaka tadi. Patut lah panggil makan malam, rupanya ada hajat besar untuk anak dara kita.

“Zara, dah tidur?” soal Puan Aisyah di depan pintu bilik Zara Irdina.

“Belum lagi mama!” jawab Zara Irdina sambil membuka pintu biliknya.

“Ingatkan dah tidur..,”

“Belum mengantuk lah!” Mereka berdua duduk di atas katil. Puan Aisyah membelai rambut Zara Irdina. Dia tidak pernah membezakan kasih sayang terhadap anak-anaknya, semuanya dia sayang. Zara Irdina, Syazana dan Ayunie, ketiga-tiga mereka adalah permata hidupnya.

“Tengku Akif tu baik orangnya, bertanggungjawab...,” pujian itu terhenti apabila Zara Irdina memintas percakapannya. Pelik lah mama aku malam ini.

“Pelik lah mama, tiba-tiba sebut nama Akif pula malam ni,” kata Zara Irdina. Mesti mama kena marah dengan mak engku kerana hal tadi.

“mama suka lah tengku akif tu!” suka??? Apa maksud mama ni? Tak kan nak Tengku Akif jadi menantu mama pula.

“nak dijodohkan dengan Syazana, dia dah ada tunang, kalau dengan Ayunie, adik tu baru nak ambil SPM. Dengan siapa mama?” soalnya masih tidak tahu.

“Dengan Zara lah, dia orang berkenankan Zara!” kata Puan Aisyah berterus terang. Tersentak Zara Irdina mendengarnya. Kenapa lah pilih aku?

“Zara tak layak untuk Tengku Akif lah, mama!” tolak Zara Irdina.

“Ini bukan soal layak atau tak lah Zara, ini soal maruah dan harga diri. Papa ni dah tak sanggup mendengar umpatan orang tentang Zara dan Tengku akif tu,” ucap papa yang mendengar perbualan Zara Irdina dan isterinya.

“Papa...,”

“Macam mana kalau Zara dan Tengku Akif terlanjur, sebab hubungan Zara dan Tengku Akif tu rapat sangat. Kalau tak nak jangan duduk dekat-dekat. Jangan berhubung, jangan berkawan, boleh???” kata papa memberi amaran. Papa terus keluar dari biliknya.

“Nanti lah Zara cakap dengan Akif, atau pun Zara pindah saja dari sini, lagi senang!” kata papa itu betul lah juga. Kami saling berhubungan. Itu yang masalahnya. Rumah dekat, kerja pula satu ofis.

“Zaraa..,” panggil Puan Aisyah, terkilan dengan kata-kata Zara Irdina. Tak sanggup hendak berpisah dengan Zara Irdina.

“Zara yg salah, mama..,”

“Bukan itu lah maksud mama dan papa. Kami nak yg terbaik untuk Zara itu saja!”

“Zara tak nak Tengku Akif, mak engku dan keluarga mereka kena hina oleh jiran-jiran kerana Zara lah, mama. Zara nie bukan keturunan yang bermaruah, tetapi bagaimana dengan keluarga mak engku?”terang Zara Irdina membuatkan Puan Aisyah sedar pendirian anak angkatnya ini. Sejak Zara Irdina tahu status dirinya, dia terlalu sensitif dan merendah diri.

“Hmm..,”

“Mama, Zara minta maaf, bukan niat Zara untuk menyakiti hati mama, hati papa dan keluarga mak engku, tetapi zara buat semua ini untuk kebaikan zara dan semua orang lah, mama!” sambung Zara Irdina lagi.

“Okey lah, pergi lah tidur, jangan fikir kan lagi perkara ini!” kata Puan Aisyah sambil memeluk bahu Zara Irdina.

Akif, maaf kerana aku tidak sempurna untuk jatuh cinta kepada mu.

Previous: BAB 9
Next: BAB 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.