Home Novel Cinta IRDINA AKIF
IRDINA AKIF
pitteriah abdullah
15/12/2013 11:34:54
154,989
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 11

IRDINA AKIF – BAB 11

Jalan yang terbaik adalah berpisah dan tinggal berjauhan saja. Itu keputusan yang terbaik buat mereka berdua. Zara Irdina baru bercadang untuk bercakap dengan Tengku Akif tentang hal ini, tetapi rupanya Tengku Akif yang mengambil keputusan terlebih dahulu darinya. Tanpa pesan, Tengku Akif menghilang begitu saja. Siapa pun tak tahu ke mana Tengku Akif membawa diri termasuk ahli keluarganya.

Kenapa tanpa dia aku rasa kosong sangat? Mungkin selama ini kami sering bersama, tidak pernah berpisah dan berjauhan dan ini kali pertama dia pergi berjauhan dengan aku. Sunyi kan?? Sepi sangat! Kenapa aku rasa semua ini saat dia tidak ada di sisi ku??

“Akif merajuk lah Dina, bonda marah dia hari tu!” beritahu Tengku Mawar ketika mereka berjalan mahu pulang. Marah dia?

“Kenapa?”

“Dina kena tanya dia, saya tak tahu!” elok jumpa dengan bonda saja, sebab ini hal mereka bertiga. Kena marah sampai lari ke? Teruk nih?? Atau kerana aku menolak cintanya?

“Dina, okey ke? Saya tengok mcm tak okey saja. Kerja tak buat. Makan pun tak? Kenapa?” sambung Tengku Mawar lagi. Tengok Zara Irdina macam tak sihat saja.

“Okey lah!” jawabnya sepatah. Kenapa aku jadi macam ini?? Aku sendiri pun tak faham lah.

“Betul ni?”

“Hilang kawan nak bergaduh kut. Teringat kat dia!” akuinya. Memang itu yang ada di dalam hati. Dari dulu lagi mereka bersama. Satu sekolah, satu kelas, dan satu universiti. Sebenarnya anak raja tu boleh sambung belajar ke luar negara tetapi tak pergi atas sebab-sebab sendiri. Alih-alih ada di universiti di mana tempat Zara Irdina belajar.

“Rindu lah tu. Kadang-kadang kita kenal erti cinta sewaktu kita berpisah dan berjauhan. Semasa berada bersama kita tidak rasa perasaan itu tetapi bila dah tiada, barulah jadi mcm ni,” kata Tengku Mawar. Benarkah? Saat aku sedang bercinta dengan Akmal pun dia masih berada di sisi ku. Dia tidak pernah tinggal kan aku seperti dua hari ini. Baru dua hari, tetapi aku rasa seperti dua tahun aku tidak bertemu dengannya.

Kenapa lah hari ini rasa mcm tak best, tak seronok, tak happy. Dari tadi asyik tengok bumbung istana saja. Mana dia? Aku perlukan dia lah. Dengar lagu-lagu best pun rasa tak best jugak. Tengok cerita Shah Rukh Khan dengan Kajol pun tak rasa apa-apa hari ini. Kenapa aku rasa macam tak boleh nak bernyawa? Rasa tak ada semangat dan lemas seperti tinggal dalam laut saja?

Dan kenapa aku rasa mcm nak menangis hari ini?

“Kak Zara ni kenapa, adik tengok mcm org hilang pak we saja!” tegur Ayunie apabila melihat kakak angkatnya tidak makan apa-apa hari ini. Malah asyik diam saja. Orang cakap pun dia malas nak layan.

“Tak tahu, tak ada mood lah hari ini,”

“Dua hari dah tengok akak tak happy, abang akif tak ada yer!”

“ha, ah....,”

“Ooo, akak rindu kat dia lah tu!”

“Tak lah!”

“Cakap saja lah. Abang Akif tu dari kecil lagi sukakan kak zara, kak zara saja yang jual mahal. Kalau adik, dah lama adik kahwin dengan abang akif tu..,”

“Adik ni, SPM tak habis lagi, dah nak kahwin ke?”

“Dah akak tak sudi. Dia tu bukannya pentingkan darjat dia pun. Akak tengok, ada masa free dia ke kebun, tolong orang. Dia baik lah, kak!”

Huhuhu, kenapa adik sebut nama dia, akak rasa macam air mata akak menitis keluar saja. Sudah lah akak call dia, dia tak jawab, sms tak balas. Emel pun tak buka. Fb pun sepi. Dia pergi mana?

“Pergi lah baca buku, akak nak tidur!” suruh Zara Irdina. Aku nak mengelamun lah boleh gitu.

“Bukak pintu luas-luas, mana tahu putera idaman akak datang malam ni..,”

“Adikkk !” jerit Zara Irdina nyaring. Menjerit tengah-tengah malam ni apa hal?

“Zara, kenapa?” tegur papa di ruang tamu. Tak ada apa lah papa.

Aku dah dua malam tak boleh tidur kerana teringat kan anak raja sebelah rumah. Hati aku nie tak tenang sejak dia tiada. Kenapa? Inikah namanya cinta? Atau inikah yang disebut orang, aku sedang merindunya?? Dia tiada di depan mata, jadi aku yang menanggung akibatnya sekarang. Teruknyaaa...

Tengku Akif tiada, dan dia pun menolak untuk masuk kerja. Asyik terperap di dalam rumah saja. Makan pun tak menentu. Tidur pun entah lah. Hati asyik teringat kepada dia saja. Rasa macam separuh nyawa dah hilang. Tinggal nyawa separuh saja dah ni.

Seminggu sudah berlalu, tetapi siapa pun tidak tahu, dia ke mana? Bawa diri??? Kata Tengku Mawar, Tengku Izraf Akif sudah berada di negara orang. Barangkali lah. Benarkah begitu? Itu bermaksud aku sudah kehilangan orang yang mengambil berat terhadap diri ku selama ini? Kalau begitu, elok lah aku pun keluar dari sini, sebab dia dah tak perlu kan aku lagi. Itu lah dulu tak nak menghargai dia, sekarang dia dah tak ada, baru nak gelabah. Baru nak gelisah.

Jatuh cinta nie sakit rupanya, tambahan lagi kalau jatuh cinta, orang yang dicintai tak ada di depan mata. Tuhan, beri aku sekali lagi peluang untuk bertemu dengannya, aku akan menghargainya. Aku sanggup menghadapi risiko yang maha berat itu.

“Irdina, Akif call!” teriak bonda dari rumahnya. Jauhnya panggil.

“haaa...,” jerit Zara Irdina. Tiba-tiba musim hiba itu hilang begitu saja. Rasa gembira lah sangat.

“Dia nak cakap dengan Dina lah!” jerit bonda lagi.

“Kejap!” kata Zara Irdina terus berjala ke istana bonda. Hilang rasa segan, hilang rasa malu. Selalunya susah nak pijak tanah istana bonda ini. Letak di telefon lalu mendengar suara org yang dirinduinya.

“Kat mana? Baru hari ni kau call ake yer?” jerit Zara Irdina. Ha, dengar lah sekejap nanti. Mesti bergaduh punya.

“Hahahaha..,” ada hikmah kan? Kalau tidak aku tak tahu hati kau tu mcm mana.

“Apa gelak-gelak nih?”

“Itu lah pendam lagi sorang-sorang, tengok siapa yang jiwa kacau, aku atau kau?”

“Kau lah punya pasal semua nie kan?

“Okey, okey aku balik malam ni, kau tunggu aku tempat biasa!”

“Okey, cepat sikit lah. Sebelum aku tutup semua pintu!” termasuk pintu hati aku! Inikan yang kami nak selama ini. Jadi aku memang perlukan dia dalam hidup aku. Tak payah merajuk lagi lah. Balik saja kat sini.

“Akif kat mana, Dina?” soal bonda.

“Mlm ni Tengku Akif balik, mak engku!” jawab Zara Irdina. Betul ke keputusan yang aku buat. Terus setuju tanpa berfikir lagi dek kerana tidak sanggup menanggung rindu. Betul ke? Seperti aku tak percaya pulak. Tetapi sudah terlanjur berbicara tadi. Dan boleh kah dia menarik balik kata-katanya.

“Dia cakap apa lagi?” soal bonda yang turut hairan dengan apa yang berlaku. Hilang rasa marah kepada Tengku Izraf Akif  yang membuat keputusan terburu-buru untuk pergi meninggalkan istana mereka apabila Tengku Izraf Akif membuat panggilan hari ini, dan rasa pelik pulak bila melihat muka bakal menantu riang gembira dan berseri-seri. Apa dah jadi ni?

“Tak ada apa-apa. Dia cuma cakap nak balik malam ni!” jawab Zara Irdina dengan jujur.

“Bagus lah kalau begitu!”

“Ha,ah...,” tak sabar nak jumpa.

Dan dia pulang dengan sejuta senyuman.

Previous: BAB 10
Next: BAB 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.