Home Novel Cinta IRDINA AKIF
IRDINA AKIF
pitteriah abdullah
15/12/2013 11:34:54
154,998
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 12

IRDINA AKIF BAB 12

“Aku ada 50, 60 panggilan yang tak dijawab, dan ada berpuluh juga mesej yang dihantar, siapa lah punya kerja agaknya!” seperti biasa kami berjumpa di atas beranda. Kali ini Zara Irdina yang setia menunggu. Hehehe.. kau sengaja tak nak jawab kan??

“Ni berani nak tanggung risiko, dah fikir habis-habis ke?” soal Tengku Izraf Akif lagi.

“Aku tak ada masalah, kau tu, dah lah anak raja, keluarga berdarjat lagi, dah fikir habis ke?” soal Zara Irdina balik. Ini soal sepanjang hayat Zara, bukan hal main-main pun.

“Dah buat solat istikarah, nampak muka kau sejak dari dulu lagi. Aku tak nak buang masa, tunggu kau saja, hendak lah, tak hendak lah, sekali aku lari baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah?” balas Tengku Izraf Akif. Yang penting ALLAH merestui hubungan kami selepas ini, yang lain tu nombor satu, dua dan tiga.

“Aku tak sempat nak buat solat istikarah lah kan...,”

“Buat lah kalau ALLAH izinkan kau jumpa muka aku dalam mimpi kau nanti, bukan apa untuk tambah keyakinan kat hati kau tu,” suruh Tengku Izraf Akif, yakin dengan keputusan dan kata-katanya.

“Okey lah, kalau aku tak lupa, aku buat malam ni,” gurau Zara Irdina. Nak buat jugak, kalau bukan wajah Tengku Akif, macam mana Zara? Nak teruskan juga ke rancangan gila kau orang berdua tu?

“Buat lah, tak rugi pun!” gesa Tengku Izraf Akif sekali lagi. Zara Irdina tersenyum saja. Rupanya aku ada perasaan kat dia selama ini tetapi tidak sedar, tidak kenal perasaan sendiri. Patut lah tak jadi kahwin dengan Akmal, sebabnya sudah nyata di hadapan mata. Hati, hati kenapa lah sampai begitu sekali menduga tuannya ini.

Tiga hari membawa diri bercuti bersama, tanpa pengetahuan keluarga masing-masing, pergi bercuti diam-diam saja dan balik pula berasingan. Sengaja sebenarnya. Sampai kat ofis baru pukul 10.30, terus masuk kerja. Dan dia si pengarang jantung tu masuk lebih awal lagi lah, sebab sampai saja dia memang dah ada kat tempat dia.

“Dina, masuk bilik Akif sekejap!” jerit Tengku Mawar. Marah nampak? Tertiba pagi-pagi marah nie apa kes? Zara Irdina menurut saja.

“Pergi mana sebenarnya nie? Bercuti kat mana? Telefon tak angkat, apa pun tak cakap, kenapa? Bonda kat rumah tu risau lah!” marah Tengku Mawar. Jangan-jangan adik aku nie pergi kahwin kat negara luar kut, sebab hati asyik cakap macam tu.

“Ler, saya bercuti dengan kawan-kawan kat Tioman!” jawab Tengku Akif cepat-cepat. Mata memandang wajah Zara Irdina yang semakin berseri.

“Saya kat Langkawi lah. Nie ada gambar kat dataran helang!” jawab Zara Irdina pula. Siap tunjuk gambar lagi.

“Betul ke, atau pergi cuti sekali?” soal Tengku Mawar masih tidak puas hati. Tengok gaya macam betul kata-kata dia orang tu. Jangan lah buat perkara tak senonoh pula. Malu nanti

“Ingat pergi kahwin...,” belum sempat habis ayat Tengku Izraf Akif ketawa besar.

“Apa lah akak ni, kalau nak kahwin, kita buat kenduri lah. Dina tu dah setuju, bonda pun dan setuju, mama dan papa lagi lah. Buat apa kita nak kahwin lari pula, bukannya ada masalah pun,” dalih Tengku Izraf Akif. Ha, ah, berita gembira selepas Tengku Izraf Akif pulang adalah tentang perasaan Zara Irdina ke atas adik bongsunya ini. Jadi tak lojik pula kalau nak kahwin lari. Mungkin mereka pergi bercuti untuk meraikannya. Aku saja yang fikir bukan-bukan.

“kalau nak kahwin, buat cara elok-elok. Kita ada adat, ada maruah dan ada agama, jangan kahwin lari pula,” pesan Tengku Mawar sebelum melangkah keluar dari bilik Tengku Izraf Akif.

“Ha, tengok, org dah fikir yang bukan-bukan dah,” kata Tengku Izraf Akif apabila Zara Irdina bangun dari kerusi.

“Dah janji kan, nak cari mak aku dulu. Jadi kena pegang pada janji lah!”ujar Zara Irdina sambil tersenyum saja.

Kalau kat ofis, Tengku Mawar bising, kat rumah tentu lah bonda pula mengamuk. Mama dan papa biasa saja. Tetapi bonda berfikiran seperti Tengku Mawar juga, takut si anak teruna buat perangai yang tidak elok. Kecoh satu taman nanti.

“Yang Dina nie pun satu, org nak hantar pinangan pun tolak. Kahwin lah, senang sikit hati bonda nih!” leter bonda. Ada depan mata pun susah.

“Dina nak cari ibu dulu lah, semua okey nanti, kita orang kahwin!” jawab Zara Irdina.

“jangan beri alasan boleh tak? Akif tu mcm org tak boleh kawal perasaan. Ingat bonda tak tahu, Akif setiap malam jumpa Dina kat beranda rumah tu,”balas Tengku Cempaka. Dah bocor tembelang rupanya.

“Nanti lah, kalau jodoh tu tak ke mana lah, bonda!” tegas Tengku Izraf Akif pula.

“Apa-apa berlaku kat orang berdua nanti, kau orang tanggung yer, jangan babitkan bonda!” geramnya aku. Nak kata tak ada perasaan cinta, dah saling sayang menyayangi, tapi suruh kahwin tak nak. Suka langgar hukum ALLAH kut. Sudah lah hubungan pun makin bebas.

“Jom Dina, masuk bilik aku!” sengaja Tengku Izraf berkata begitu. Apa lagi semakin mengamuk lah bonda dibuatnya.

“Akif!!!! “ jerit bonda kuat sekali.

“Hahahaha...,” Tengku Akif memandang wajah insan kesayangannya. Bonda mesti mengamuk kalau tahu apa yang telah aku lakukan sekarang. Sah, kena buang keluarga aku kalau rahsia kami terbongkar nanti. Tetapi kami sama-sama memilih jalan ini. Sebab takut langgar hukum ALLAH.

Zara Irdina pulang sendirian. Rumah bukannya jauh pun. Manakala Tengku Izraf Akif keluar kerana mahu berjumpa dengan kawan-kawannya. Tak sangka Akmal sedang menunggu di ruang tamu, sedang berbual dengan papa. Nak buat apa lagi? Kali ini sah-sah kau tak boleh memiliki aku lagi lah, Akmal. Dari segi undang-undang, agama atau apa saja, memang kau dengan aku tak boleh lagi ada apa-apa hubungan.

“Lama tak jumpa kau, Zara. Kau apa khabar, baik ke?”soal Akmal sebaik saja melihat Zara Irdina.

“Alhamdulillah. Aku baik-baik saja!” jawab Zara Irdina sambil berdiri saja. Jangan pandang aku begitu lah, Akmal.

“Aku rindu kat kau...,”

“Hmm.. kita dah tak ada jodoh lah,” aku dah jadi hak orang lain. Papa hanya mengelengkan kepala. Zara ni dengan Akif pun tak nak, dengan Akmal lagi lah tak nak.

“Apa maksud kau?”

“malas lah nak fikir bab-bab cinta ni, tapi yang penting, kita dah tak ada jodoh!” Jodoh aku sudah ditetapkan dengan org lain. Bukan dengan kau lah, Akmal.

“Aku sanggup tunggu kau sepanjang hayat aku, Zara!” rayu Akmal. Baik kau balik, sebelum Tengku Akif datang kat sini. Takut mengamuk pula orang tua tu nanti.

“Cari lah orang lain,” pujuk Zara Irdina.

“Sampai hati kau buat aku macam ni, Zara. Kenapa hati kau tu kejam sangat!” tuduh Akmal. Aku nak jawab apa? Yang pasti kita tak boleh bersama lagi.

Dia keluar bersama Syazana dan Ayunie petang ini. Sudah lama mereka tidak keluar bertiga. Petang ini, selepas mengambil Ayunie di sekolah, mereka terus keluar. Makan dan shoping. Mama pesan suruh balik sebelum azan mahgrib, jadi sebelum mahgrib memang mereka bertiga sudah sampai dalam rumah.

Sebaik saja masuk ke dalam bilik, dia melihat ada bungkusan berwarna merah di atas katil. Ah, mesti masuk melalui tingkap yang tak berkunci itu. Ada apa nih?Dibukanya bungkusan tersebut. Ada kotak baldu berwarna ungu.

T. Akif :Lupa nak bagi hari tu, nie cincin pusaka, bonda suruh bagi kat buah hati aku. Kau pakai cincin nie, boleh??

Z.Irdina: mcm tu saja melamar, tak best langsung lah!

T.Akif: payah lamar kau, kau tu tak faham bahasa. Kena paksa mcm nie senang sikit kut. Pakailah cincin tanda tu...

Z.Irdina: kalau pakai nanti org syak pula, simpan dulu lah yer..

T.Akif: ikut suka hati lah.. kau nie bukan boleh paksa-paksa, nanti jadi yang lain pula..

Z.Irdina: Tau pun..

T.Akif: Aku simpan kau dalam hati aku nie lama dah ler..berkurun dah, jadi dah kenal sangat dengan kau tu...

Disimpan kembali cincin tersebut dalam kotak. Terus dimasukkan ke dalam laci. Tak diduga mama sedang melihatnya di sebalik pintu bilik.

Alhamdulillah, hati Zara Irdina yang sejuk dan beku tu dan cair untuk lelaki yang baik seperti Tengku Akif. Cuma???? Kenapa tanya nanti kepada Zara Irdina. Semuga anak ini tidak berahsia dengan ku.

Mama menarik daun pintu dengan perlahan-lahan.

Previous: BAB 11
Next: BAB 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.