Home Novel Cinta IRDINA AKIF
IRDINA AKIF
pitteriah abdullah
15/12/2013 11:34:54
154,998
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 13

IRDINA AKIF (BAB 13)

Masyarakat sebenarnya tidak adil, kerana menghukum Zara Irdina dan ibunya. Mereka tidak bersalah, tetapi masyarakat tetap memandang hina kepada Zara Irdina dan ibunya. Si ibu sanggup berpisah dengan anak kesayangannya kerana masyarakat tidak sudi menerima mereka berdua. Malah masyarakat keji dan memandang dengan pandangan yang jijik kepada anak beranak ini. Sebab itulah Aminah, ibu kandung menghilang diri, membawa dirinya yang bernasib malang itu pergi entah ke mana. Entahkan hidup, entahkan mati. Tetapi harap-harap dia masih hidup, kerana Zara Irdina sedang mencarinya sejak Zara Irdina tahu akan latar belakangnya.

“Mak engku tu gila kut, dah tak ada perempuan lain lagi ke nak dibuatnya menantu, kalau Zara Irdina yang jadi menantu mak engku, aku dah hilang hormat kepada keluarga di raja tu. Anak-anak perempuan kita pun apa adalah, kenapa tak memilih salah seorang dari anak kita untuk dijadikan menantu. Ini ada ke Zara irdina, nak termuntah aku,” kata si A di pasar dua hari yang lepas. Puan Aisyah mencuri dengar. Kebetulan dia turut berada di kawasan yang berdekatan.

“Betul tu, anak aku Fatimah tu baru saja balik dari UK, kalau dengan anak aku Fatimah baru lah sesuai. Agaknya Tengku Akif tu terkena ubat guna-guna si Zara kut, sampai tergila-gilakan budak luar nikah tu,” sampuk pula si B. Pedihnya telinga Puan Aisyah mendengar.

“Kita pulaukan saja keluarga di raja tu kalau dia orang memilih Zara Irdina juga nanti. Aku tak akan datang ke majlis kenduri dia orang kalau benarlah Zara Irdina di pilih menjadi isteri Tengku Akif,” sokong si C pula. Buruk sangat kah Zara Irdina? Wal hal Zara Irdina tu lebih sopan, lebih baik dari anak-anak dia orang. Ataupun sebenarnya mereka juga mendambakan anak raja itu untuk menjadi menantu mereka. Sebab itulah mereka membenci Zara Irdina yang menjadi pilihan Tengku Akif?

Hmm, sejak dua tahun yang lalau, selepas latar belakang Zara Irdina diketahui umum, tak habis-habis Zara Irdina dicaci orang. Jadi tak hairan lah kalau Zara Irdina dan Tengku Akif kahwin senyap-senyap kerana nak selamat maruah dan nama baik keluarga di raja itu. Apa pun aku akan tetap mendoakan kebahagiaan Zara Irdina yang aku anggap seperti anak kandung aku sendiri. Aku tak pernah membezakan kasih sayangku kepada Zara Irdina dan juga kepada anak-anak aku yang lain.

“Mama, buat lah kenduri Syazana, kasihan dia orang tu, dah lama bertunang pun tak elok juga lah mama!” ucap Zara Irdina yang duduk di sebelah mama sejak dari tadi. Mama nie asyik termenung saja. Kenapa yer?

“Kenapa tiba-tiba saja ni, Zara?” soal mama kembali. Syazana yang tak nak kahwin selagi kakaknya tidak berkahwin, kerana tidak sanggup langkah bendul katanya. Hari ini Zara Irdina suruh Syazana kahwin pula.

“Hah, along ni sahih dah kahwin dengan abang akif...,”celah Syazana pula. Kita kan dah janji selepas along kahwin, baru Zana kahwin. Mesti along dah kahwin ni..,”

“mana ada, kita baru nak bercinta lah!” dalih Zara Irdina sambil tersenyum.

“Bercinta apa lagi? Dah berkurun bercinta masih tak nak mengaku yer?” usik Syazana. Semua orang tahu Tengku Akif terlalu mengambil berat tentang Zara Irdina sejak dari zaman sekolah lagi. Tetapi semua orang tidak berani bercakap apabila Zara Irdina dan Tengku Akif perang dingin, tidak bertegur sapa.

“Kahwin lah, kita buat majlis kenduri besar-besaran kat sini,” suruh Zara Irdina. Dulu masa majlis kendurinya dengan Akmal, papa dan mama buat kenduri besar-besaran kerana dia anak sulong. Sayangnya, lain pula yang berlaku.

“Kita buat majlis sekali nak? Zana dengan Syameer, Along dengan abang akif, baru lah best,” cadang Syazana membuatkan Zara Irdina tersentak. Tak nak lah!

“Mama, org nak keluar lepas isyak nanti, boleh tak?” tanya Zara Irdina.

“Aik, tak pernah nak keluar malam, tertiba malam ni nak keluar. Pelik nih? Dengan siapa?” tanya mama kembali. Dengan Akmal pun tak pernah keluar malam.

“Dengan cik abang kita lah, dengan siapa lagi?” balas Zara Irdina. Dah janji nak keluar malam ni lah, mama.

“Sahih nak tidur kat hotel malam ni,” usik Syazana.

“Buat apa tidur hotel pula?” tanya mama, tidak mengerti maksud si anak.

“Mama, dia orang ni nak pergi bulan madu lah!” terang Syazana.

“Merepek lah tu!” bantah Zara Irdina. Terdengar bunyi hon kereta dari luar. Sahih dah sampai lah tu.

“Mama, kita orang pergi dulu yer. Apa-apa hal kita call nanti,” kata Zara sambil bersalaman dengan mama. Dicium tangan mama seperti selalu.

Memang makan kat hotel pun malam ini. Sebab ada benda nak tunjuk. Itu saja. Tetapi tak ada hasrat pun nak tempah bilik hotel seperti apa yang dicakapkan oleh Syazana tadi.

“Cantik!” kata Zara Irdina sambil membeleknya satu persatu.

“Kau nak simpan ke?”soal Tengku Akif.

“Tak kan lah panggil kau aku lagi, tak romantik langsung lah!”

“Hahaha...” depan orang boleh lah panggil kau aku, panggil nama. Ini kita saja yang ada.

“Org kat rumah macam syak lah kat kita berdua..,”

“Ikut rancangan mcm hari tu, jumpa mak kandung Dina, kita pindah dari sini. Kita pergi jauh-jauh dari tempat ini. Dah dapat kan alamat mak?” Ayahanda ketua kampung di sini. Bila Ayahanda tiada, bonda lah yang memikul tugas itu. Sebenarnya bonda dan keluarga Tengku Akif saja yang setuju hubungan mereka berdua, kerabat di raja yang lain tidak setuju pun. Malah bonda akan diusir dari kawasan ini, kalau Zara Irdina menjadi isterinya. Sebenarnya ada sebab mereka kahwin rahsia, kahwin senyap-senyap.

Ya, benar. Kami dah kahwin. Tetapi ada majlis. Semua kawan-kawan sekelas kita orang dijemput, termasuk Cikgu Latipah dan suaminya. Majlis di buat di Pulau Tioman. Jadi, ada gambar pengantin dan gambar kenangan lagi. Cuma di situ lah, Tengku Akif menerangkan sebabnya mengapa mereka terpaksa berkahwin rahsia dan status Zara Irdina pun diceritakan juga. Alhamdulillah, semua kawan-kawan menyokong dan merestui perkahwinan mereka termasuk cikgu kesayangan mereka.

“Kahwin lah, elak zina. Dan Syaitan menangis hari ini atas perkahwinan Zara dan akif,” kata Cikgu Latipah. Benarlah jodoh awak berdua yer, dari sekolah lagi dah cup Zara Irdina.

“Terima kasih, cikgu sebab sudi datang majlis kita orang berdua,” balas Tengku Akif. Susah jadi anak raja, nak kahwin dengan pilihan sendiri pun ada masalah.

“Sama-sama, semuga bahagia sampai ke akhir hayat yer,” ucap Cikgu Latipah sambil memeluk Zara Irdina. Dekat kad pengenalan Zara Irdina, hanya ada nama Zara Irdina saja, nama ayah tak ada pun. Dan dia sudah dapat menangkap keadaan itu, Cuma dia tidak mempersoalkan dan memperbesarkan perkara ini. Zara Irdina pakai wali hakim, sebab dia anak luar nikah. Kalau jumpa ayah pun, ayah tak boleh jadi wali, sebab Zara Irdina anak tidak sah taraf.

“Malam ini, selamat bulan madu lah kawan, dapat anak pulau tioman lah nanti,” usik Shahrizal disambut ketawa oleh kawan-kawan yang lain.

“Mesti lah. Tunggu lagi!” balas Tengku Akif sambil memeluk pinggang Zara Irdina. Kami memilih untuk menghalalkan hubungan cinta ini dari terus melakukan dosa. Tahu hubungan mereka sebelum ini adalah salah. Dia tidak boleh menyentuh zara Irdina dengan sewenang-wenangnya kerana Zara Irdina tidak halal kepadanya. Tetapi bermulai malam ini, sudah tidak ada larangan lagi.

“Habis lah kau Zara,” celah hasmidar pula.

“Tu la, lunyai aku malam ni,” balas Zara Irdina pula. Sporting sungguh lah kawan-kawan kami nih.

“Okey, selamat pengantin baru dan semuga bahagia sampai ke akhir hayat.., ucapan itu diucapkan oleh semua yang datang. Serentak pula tu.

“Semuga cepat dapat anak yer..,” ada lagi ucapan macam tu.

Tengku Akif memilih untuk tidak melakukan perkara wajib antara suami dan isteri. Selepas enam bulan barulah mereka akan tinggal bersama, kerana sekarang Zara Irdina akan pergi berjumpa dengan ibunya minggu hadapan. Banyak perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Kenapa?” soal Zara Irdina ketika tidur bersama. Malam pertama, kami tukar status hubungan kami. Dari sahabat, musuh dan dah jadi suami isteri.

“Takut terbabas, kau mengandung ke nanti, org salah anggap pula!” dalih Tengku Akif sambil memeluk pinggang Zara Irdina. Yahooo.. penantian berbelas tahun tu akhirnya berjaya juga. Tak rugi menunggu.

“Tak nak bertanggungjawab lah ni,”kata Zara Irdina sambil tersenyum. Rupanya aku ni ada hati kat dia. Tak sangka lah pula.

“Sebab nak ada tanggungjawab lah yang aku ajak kahwin nih. Apa lah kau nie,” kata Tengku Akif.

“Nie tak nak lah ni?” sengaja Zara Irdina menduga.

“Tak nak!”

“Rugi tau. Enam bulan tu lama lah!”

“Kau ni yang tak sabar kut!”

“Aku okey apa!”

“Okey apa, tengok aku tak ada, jadi mcm kucing hilang anak!”

“Aku nak buat satu perkara, boleh?” teringin sangat nak panggil dia dengan nama yang indah. Asyik kau dan aku saja.

“Apa?”

“Abang, terima kasih kerana sudi kahwin dengan Zara Irdina, ucapnya sambil mencium dahi Tengku Akif.

“Kena tidur atas sofa lah malam ni, Dina ni sengaja nak goda abang yer,” memang nak pun Zara Irdina panggilnya dengan panggilan.

Previous: BAB 12
Next: BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.