19
DRAF perancangan kewangan tahunan sudah berada di tangannya.
Izzul Haq menyelaknya sehelai demi sehelai. Tumpuannya berada pada helaian
ketiga draf tersebut. hampir seratus lima puluh ribu ringgit bakal digunakan
untuk tujuan penyenggaraan bagunan. Pada pandangannya, jumlah yang
diperuntukkan untuk tujuan penyenggaraan bangunan yang baru digunakan selama
empat tahun itu sangat banyak. Tidak padan rasanya jumlah yang besar dibazirkan
begitu sahaja.
"Aina, panggilkan Hisham
dari unit Kewangan dan Hadi dari Unit Senggaraan."
Arah Izzul Haq apabila
panggilannya dijawab Aina. Sementara menunggu ketibaan Hadi dan Hisham, Izzul
Haq melihat telefon bimbitnya. Satu pesanan ringkas diterima lantas dibacanya.
"Dah dapat tiket. Jangan
pandai-pandai datang Labuan, ya!"
Mesej itu dibaca bersama
senyuman yang berbunga mekar. Sepanjangan usia pertunangan mereka, tak pernah
walau sekali Iris Suhayla mengukir senyuman buatnya. Barangkali marah apabila
pertunangan mereka diikat tanpa kerelaan. Pernah juga Riyad bercerita tentang
hal itu kepadanya namun dia mengambil dari sudut yang positif. Marah Iris
Suhayla barangkali kerana tidak mengenali dirinya. Juga kerana sikap tidak
ambil pedulinya selepas mereka ditaut dalam ikatan pertunangan.
"Assalammualaikum."
"Waalaikumussalam."
Jawab Izzul Haq lantas
mengangkat muka. Terkejut melihat staf berada di depan mata, serta-merta dia
mengunci skrin telefon bimbitnya. Hisham duduk apabila diminta.
"Hadi mana?"
"Belum sampai lagi."
Jawab Hisham sambil menoleh ke
kiri kanannya. Memang hanya mereka berdua di situ. Sekali lagi bunyi pintu
diketuk seseorang. Sejurus selepas diberi kebenaran, Hadi masuk lantas duduk di
sebelah Hisham.
"Saya panggil dua-dua ni
bukan apa, senang nak berbincang. Saya nak tahu, saya tanya terus pada orang
yang bertanggungjawab."
"Tentang apa tu,
bos?"
Hisham bertanya pantas.
"Hari tu saya dah arahkan
setiap unit bentangkan bajet yang diperlukan masing-masing."
"Kami cuma compilekan bajet dalam bentuk draf
setelah semua unit beri bajet masing-masing."
Balas Hisham, seakan dapat
menghidu masalah yang timbul. Pasti ia berkait dengan kewangan tahun ini. Jika
tidak, masakan Izzul Haq mencarinya.
"Ya. Terima kasih kerana
mengingatkan. Tapi saya ada sedikit kemusykilan tentang bajet unit awak ni,
Hadi."
"Kenapa tu, bos?"
"Terlalu banyak kos yang
awak minta. Seratus lima puluh ribu ringgit untuk senggaraan. Terangkan kepada
saya, kenapa jumlah sebanyak ini yang awak minta?"
Tanya Izzul Haq, terus pada
persoalan yang bermain di benaknya sejak melihat angka-angka itu sebentar tadi.
Bukan tidak dihuraikan dalam draf tersebut namun dia tidak faham jika tidak
diterangkan dalam bahasa yang lebih mudah.
"Oh, ada beberapa
bahagian yang saya dan staf lain dah buat penilaian! Pertama, saluran tandas. Tersumbat
terutama di tandas perempuan. Saya tak tahulah siapa yang punya kerja tapi tisu
dan tuala wanita bersepah dalam saluran tandas. Kedua, servis aircondsecara berkala. Kita dah lantik
kontraktor yang bertanggungjawab untuk servis aircondsetiap tiga bulan. Saya tengok aircond di surau perempuan pun dah tak berfungsi. Mungkin itu kena
ganti yang baharu. Kemudian, selepas dinilai, banyak peruntukan diperlukan
untuk membaik pulih kawasan parking
kereta. Kita nak luaskan sikit kawasan parking
kereta, tar semula dan tambah garaj untuk tetamu VVIP. Lebihan peruntukan akan
kita guna jika ada keperluan mendadak pada masa akan datang."
Terang Hadi dengan panjang
lebar. Selaku ketua di bahagian penyenggaraan, sudah menjadi tanggungjawabnya
untuk menentukan apa yang perlu ditukar atau dibaiki tanpa merujuk Izzul Haq
terlebih dahulu, namun sebagai bos, Izzul Haq juga perlu dimaklumkan tentang
perancangan unit senggaraan. Mungkin silapnya juga yang tidak datang memberi
penjelasan terlebih dahulu.
"Okay. Saya paling setuju
dengan perluasan kawasan meletak kenderaan tapi saya rasa jumlah
keseluruhan tak sebanyak seratus lima
puluh ribu, kan?"
"Kita takut repair kecik-kecik tu yang banyak,
bos."
"Kalau ikut pengalaman
tahun sebelum ni, macam tulah bos. Kepala paip tercabut, pintu terkopak, kunci
hilang, macam-macamlah, bos. Nak sampai hujung tahun, banyak lagi benda akan
berlaku."
Tambah Hadi lagi. Izzul Haq
mengangguk tanda faham akan perkara yang ingin disampaikan oleh Hadi. Sebagai
ketua di unitnya, Hadi lebih tahu apa yang perlu dibuat dengan bangunan besar
dua tingkat itu.
"Kalau begitu saya
luluskan bajet unit awak tapi pandai-pandailah guna sampai hujung tahun.
Dahulukan apa yang patut didahulukan, dan apa yang awak rasa masih boleh digunakan,
hanya perlu servis sahaja, teruskan sahaja begitu. Tunggu bajet tahun depan
pulak."
"Hisham, saya belum approvelagi draf perancangan kewangan
ni sebab hampir semua unit belum bentang bajet pada saya. Saya harap, by the end of this week, semua dah selesai
dan unit Kewangan kena sentiasa bersedia dengan keluar masuk duit
syarikat."
Tambah Izzul Haq lagi. Hisham
mengangguk sahaja. Apabila dirasakan tidak ada perkara lagi yang hendak
disampaikan pada Izzul Haq, dia meminta diri. Begitu juga dengan Hadi.
"Aina, masuk
sekejap!"
"Kejap bos! Tengah makan
roti cicah kopi."
PUTRI Ariyana tersenyum apabila gambarnya yang sempat
diambil bersama Izzul Haq di The Speeds
berjaya dimuat naik ke akaun instagram dan mendapat reaksi dari ramai
peminatnya. Rata-rata memuji kecantikannya di samping lelaki kacak lagi bergaya
seperti Izzul Haq.
"Senyum aje. Apa yang
buat you happysangat tu?"
Sapa Christine, teman serumah
Putri Ariyana. Pelakon yang namanya melonjak naik sejak mendukung peranan watak
pembantu dalam sebuah filem fantasi Hollywood itu hanya melurus kaki di atas
sofa. Jemarinya semenjak tadi asyik menekan skrin pada telefon pintarnya.
"I baru upload gambar Idengan CEO The Speeds tu."
"Wow, really?! Nak tengokkkk!"
Christine menjerit teruja lantas
duduk dengan pantas di sebelah Putri Ariyana. Telefon pintar itu diambil dari
tangan Putri Ariyana.
"Eh, close betul you dengan dia.
Stok apa pulak kali ni?"
"Stok? Tak berani I buat stok. Ini memang untuk ditunjuk
pada satu dunia."
Cerita Putri Ariyana dengan
senyuman penuh makna. Christine melihat kembali gambar itu. Putri Ariyana
menyandar tubuhnya di sisi Izzul Haq. Tak disangka, selepas hari pelancaran
tersebut, hubungan Putri Ariyana dan Izzul Haq menjadi bualan hangat
peminatnya. Dia ingatkan itu hanya sekadar gosip namun gambar yang ditunjukkan
oleh Putri Ariyana membuktikan yang sebaliknya pula.
"You memang dah hot,
berpasangan pulak dengan bussinessman hot
macam dia. Oh! Mesti anak you allnanti comel, kan?"
"I muda lagi, okay! Tak
mahu anak, serabut."
Balasnya, bersahaja.
Tumpuannya kini tentang rencana untuk mendapatkan lelaki kacak itu. Sebab itu,
dia rela berbuat apa sahaja waima membeli kereta mewah sekalipun. Langkah
pertama sudah disempurnakan, langkah kedua baru sahaja dilaksanakan. Kini, dia
mahu melihat impak dari gambar yang dimuatnaik ke dalam laman sosial popular
itu. Dan, dalam sesi wawancara berikutnya, dia akan mendedahkan bahawa dia
bakal memiliki Porcsche 911 Targa 4s. Pasti cerita itu akan membawa gosip yang
lebih liar tentang hubungan mereka berdua. Hendak atau tak hendak, Izzul Haq
bakal berhubung dengannya lebih kerap tentang hal itu. Ah, tak sabarnya!
"Senyum sendiri lagi. You fikir apa? Anak comel?"
"Eh, tak kuasa!"
"Emm. Tak ada aktiviti ke
hari ni?"
"Ada. Pukul 2 nak ke spa,
pukul 5 ada photoshoot, malam ni ada dinnerdan...tengoklah, kalau rajin Inak clubbing,"
Jelasnya sambil mengira dengan
jari setiap aktivitinya. Christine nampak teruja apabila dia menyebut mahu ke
kelab. Sama sepertinya, mereka gemar menghabiskan masa dengan teman-teman di
kelab malam. Berhibur, bergembira sambil menghilangkan penat bekerja.
"I nak ikut you ke club.
Pukul berapa?"
"Seperti biasa di tempat
biasa. I tunggu you di sana tau."
"Set!"
"NI, ada kiriman untuk bos."
KATA Aina lantas meletakkan
sampul surat ekspress itu di atas meja Izzul Haq. Kemudian, dia meminta diri untuk menyambung
kerjanya. Tidak mahu dibelenggu tanda tanya, Izzul Haq membuka sampul surat itu
serta merta. Dia lantas membaca isi kandungan surat rasmi yang disertakan di
dalam sampul itu.
"Tuan, Memohon Sumbangan untuk Program Tahunan
Prasekolah...bla bla bla. Berikut disertakan kertas kerja bersama perincian
program tahunan prasekolah untuk perhatian dan pertimbangan pihak tuan. Sekian,
terima kasih."
Izzul Haq mengimbas isi kandungan
surat itu dan membaca maklumat yang penting sahaja. Dia menyelak pula kandungan
kertas kerja yang disertakan bersama. Pada halaman terakhir, berbunga
senyumannya apabila mendapati nama Iris Suhayla tercatat sebagai pemohonnya.
"Main kasar, ya? Senyap-senyap
aje dah sampai surat dia."
Omel Izzul Haq sendirian.
Terbayang raut wajah Iris Suhayla yang tegang kerana marah namun tetap cantik
dan manis.
"Dia tahu ke siapa aku
selama ni? Ke dia main belasah aje?"
"Aina, tolong hubungi Cik
Iris Suhayla. Kata padanya, saya boleh beri apa yang diminta tapi dia kena
hadir ke pejabat saya untuk berbincang. Cepat dia datang, cepatlah dia dapat.
Lambat dia datang, lambatlah dia dapat."
Pesan Izzul Haq sebaik sahaja
panggilannya disambut Aina. Suasana sepi. Suara Aina pun tidak kedengaran
seperti selalu.
"Jangan cicir satu
perkataan pun."
Tambahnya lagi.
"Err...ulang semula Encik
Izzul. Laju sangat macam peluru berpandu. Terkejut saya!"
Balas Aina tidak lama
kemudian. Izzul Haq melepaskan nafas perlahan-lahan. Dahi yang tidak sakit
dipicit beberapa kali tanda pening dengan karenah Aina.
"Aina, tolong hubungi Cik
Iris Suhayla. Kata padanya, saya boleh beri apa yang diminta tapi dia kena
hadir ke pejabat saya untuk berbincang. Cepat dia datang, cepatlah dia dapat.
Lambat dia datang, lambatlah dia dapat."
Ulangnya, menyebut kembali
setiap patah perkataan secara lambat-lambat.
"Tapi, macam mana saya
nak hubungi Cik Iris Suhayla ni?"
"Salin nombor telefon ni.
Telefon dia hari ni jugak."
"WAALAIKUMUSSALAM."
Jawabnya, mematikan perbualan
telefon dengan perasaan geram. Wajah Izzul Haq serta merta menyapa ruang
penglihatannya. Alangkah bagus jika dia boleh melepaskan perasaan geram itu
terus secara langsung kepada Izzul Haq. Barangkali melalui tamparan wanita atau
sekurangnya dengan menghentak kaki ke atas kaki lelaki itu.
"Stress ja muka tu, Iris."
Tegur Kak Nisa sambil mengemas
sudut bacaan murid. Iris Suhayla tidak menjawab sebaliknya sedang
mempertimbangkan sama ada perlu atau tidak berkongsi cerita dengan Kak Nisa.
"Kawan saya ni, Kak Nisa.
Banyak sangat songehnya. Nak bagi benda, bersyarat-syarat pulak."
"Kalau nda beban, ikut ajelah Iris."
Pesan Kak Nisa, walaupun tidak
tahu isu apa yang menekan Iris Suhayla sehingga mukanya kemerahan, barangkali
menahan perasaan.
"Kalau dia di Labuan,
hari ni jugak boleh selesai masalah."
"Kawan Iris tu ada di
mana?"
Tanya Kak Nisa lagi, berminat
akan cerita Iris Suhayla walau isinya masih menjadi rahsia.
"KL kak."
"Nda buleh settle dalam telefon ka?"
"Kalau lah boleh."
Ujarnya perlahan, kemudian
termenung.
"Mungkin betul cakap
akak. Ikut aje tapi saya terbebanlah dengan permintaan dia tu."
"Siapalah si dia yang
Iris maksudkan tu?"
Soal Kak Nisa lagi. Nada
suaranya yang mengusik membuatkan Iris Suhayla ketawa kecil. Barangkali Kak
Nisa sedang menyimpulkan sesuatu di sebalik ceritanya. Dia dapat mengesannya
melalui soalan itu.
"Biarlah rahsia."
USAI solat Isyak, Iris Suhayla bermalasan di atas katil.
Semenjak petang tadi dia berkira mahu menghantar mesej kepada Izzul Haq. Dia
mahu tahu mengapa lelaki itu mempermainkannya, namun setiap kali dia menaip,
dia akan memadamkannya kembali. Hati keras melarangnya menghubungi lelaki itu.
Sedang dia sibuk menaip mesej, satu pesanan ringkas diterimanya. Iris membaca
pesanan tersebut hampir tidak berbunyi.
"Surat boleh kirim. Tuan punya surat tak nak
kirim."
"Eeee...dah kenapa pulak
dia ni? Tiap hari cari gaduh ni."
Perasaannya terus diketuk
tatkala membaca mesej itu.
"Tak hingin!"
Dia membalas mesej itu serta
merta namun tiada respons dari Izzul Haq. Lama dia menanti, seminit, lima
minit, setengah jam. Rimas berbaring, dia duduk. Kemudian, dia mencapai lagi
telefon bimbit itu, menanti pesanan seterusnya dari Izzul Haq namun skrin
telefon bimbitnya tetap kosong. Akhirnya dia terlena tanpa disedari dan hanya
terjaga apabila deringan di telefon bimbit menyanyi-nyanyi minta diangkat.
"Hello."
"Iris, kau dah tidur
ke?"
Sapa seseorang. Iris Suhayla
menjawab dengan mata yang masih terpejam. Kalaulah deringan di telefon bimbit
itu tidak mengejutkan lenanya.
"Emmm. Siapa?"
"Akulah! Afiqah."
"Afiqah? Kau mimpi ngeri
ke tadi. Tergamak kau telefon aku tengah malam ni."
Lambat-lambat dia bertanya.
Afiqah tidak marah, hanya ketawa yang kedengaran di hujung talian.
"Pukul 9.30 pun kira
lewat tengah malam ke? Kenapa awal sangat kau tidur, Su? Aku ada benda nak
cerita kat kau."
"Iya ke 9.30? Kau tu
bukan boleh percaya. Asal ada cerita sikit, pukul tiga pagi pun kau kejut aku
dari tidur lagi, kan?"
"Ha ha ha. Dipendekkan
cerita aku dah ada calon suami."
Beritahu Afiqah dengan
senyuman yang melebar. Lewat tiga bulan ini, hidupnya dilimpahi kebahagiaan. Beberapa
kali berurusan dengan Syafiq yang merupakan kontraktor dilantik PPD
menyebabkan hubungan mereka
menjadi akrab. Dan semalam, Syafiq telah meluahkan perasaannya untuk menyunting
Afiqah sebagai suri hidup. Berita baik itu mahu dikongsi bersama Iris Suhayla
yang merupakan teman paling akrab semenjak mereka kecil lagi.
"Iya ke? Tahniah Fi.
Habis tu bila aku boleh makan nasi minyak kau?"
"Makan nasi minyak kau
dulu kot. Aku tak mahulah tergesa-gesa sangat."
"Kau ni. Aku tak readylagilah."
"Tak ready apanya? Cuti sekolah bulan enam ni aje, kan?"
IRIS Suhayla terkulat-kulat di dalam gelap. Semenjak
memutuskan perbualan dengan Afiqah dua jam yang lepas, kelopak matanya terus
berdegil tidak mahu dikatup. Dia bersandar di kepala katil, membiarkan
kepekatan malam menyelubunginya namun kelopak matanya masih berkeras. Hanya
perut yang memberi isyarat, meminta makanan sebagai isi.
"Laparnya tapi malaslah
nak ke dapur."
Omelnya sambil berguling namun
isyarat perut terus berbunyi. Dia berdecit sebelum berdiri lambat-lambat.
Iris Suhayla, memulas
tombol pintu perlahan-lahan. Dia melintasi ruang tamu dengan berhati-hati
supaya gerak-gerinya tidak mengejutkan Siti Hajar yang mungkin sudah lena
diulit mimpi. Sebaik tiba di dapur, terdengar sayup-sayup deringan telefon
bimbitnya di dalam bilik. Iris Suhayla menghela nafas panjang sebelum berlari
anak ke dalam bilik.
"Hello."
Jawabnya, tercungap-cungap.
"Hello. Su, Zack ni"
Sapa suara garau di hujung
talian. Iris Suhayla pantas menjauhkan telefon bimbit itu darinya.
"Hello, hello..."
Ucapnya dari jauh sebelum
mematikan talian itu dengan sengaja. Seketika, telefon itu berbunyi lagi namun
dia menolak panggilan itu dengan pesanan ringkas.
"BOS dah baca surat khabar hari ni?"
Tanya Aina sebaik duduk di
hadapan Izzul Haq. Wajah lelaki kacak itu ditelitinya. Kehidupan lelaki itu
pasti sukar apabila menjadi dambaan wanita. Dengan pakej lengkap yang
dimilikinya, Izzul Haq sentiasa menjadi sebutan masyarakat. Hari ini saja, dua
akhbar memaparkan kisah cintanya dengan Putri Ariyana.
"Belum. Kenapa?"
"Cerita pasal bos,
bercinta dengan Putri Ariyana."
Beritahu Aina, lambat-lambat.
Izzul Haq ketawa, meluahkan perasaannya secara jujur. Cerita yang disebut Aina
itu bertebaran luas di media sosial sejak majlis pelancaran Porsche tempoh
hari. Dia tidak perlu khuatir akan hal itu kerana cerita itu hanyalah rekaan
semata-mata.
"Tak habis lagi cerita
tu? Dah basi kot."
"Terbaru, gambar mesra
bos dengan Putri Ariyana di Instagram dan Facebook."
"Hah?"
Izzul Haq terkejut. Serta
merta ingatannya melayang pada pertemuan akhir mereka ketika Putri Ariyana
mengunjungi The Speeds minggu lepas.
Wanita itu duduk di sisinya, tanpa segan silu, sangat rapat sehingga terasa
kehangatan tubuhnya. Seolah-olah ada hubungan terjalin di sebaliknya. Kemudian,
sekeping gambar mereka sempat dirakam Putri Ariyana sebelum sempat dia
melarikan diri. Mungkin gambar itu yang dimaksudkan Putri Ariyana?
"Bos ada skandal dengan
dia, ya?"
"Mengarutlah."
"Gambar apa yang tersebar
tu?"
Tanya Izzul Haq lagi, tidak
berpuas hati dengan cerita yang baru disampaikan oleh Aina. Terbit kebimbangan
di hatinya. Dia bimbang jika isu itu sampai ke pengetahuan lembaga pengarah.
Saham syarikat juga boleh terjejas dek kerana sekeping gambar yang dimuat naik
oleh Putri Ariyana itu. Dan dia pasti wanita itu yang memuat naik gambar
tersebut memandangkan hanya dia satu-satunya yang mengambil dan menyimpan
gambar tersebut.
"Gambar bos dengan
dialah. Gambar tengah duduk tu."
Terang Aina, teringat kembali
gambar itu. Izzul Haq melepas keluhan panjang, bagai tidak percaya dirinya
dipalit gosip lagi dan lagi.