Home Novel Cinta Ku Milikmu
Ku Milikmu
Mastura Abdullah
12/11/2015 10:45:51
10,570
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 4

KLINIK Doktor Zaer! Ranaa Taheera sempat membaca papan tanda yang dipasang pada bahagian atas klinik itu. Doktor Zaer pun Doktor Zaer lah! Asalkan dapat mengubat hati aku yang sedang tertekan ini. Mana tak tertekannya, pagi tadi, Encik Nazir berpeluk tubuh di tepi mesin punch card. Bukan main tajam lagi renungan dan jelingannyaa buat Ranaa Taheera, seolah-olah dah lama tak telan manusia hidup-hidup. Memang Encik Nazir saja nak memantau kedatangan Ranaa Taheera ke pejabat sejak insiden datang lewat tempoh hari. Tentu senang dia nak meneruskan misi memotong gaji.

Tertekan Ranaa Taheera dibuatnya. Sudahlah dia bergantung seratus peratus dengan kenderaan awam. Ada masa dia tiba awal, ada masa-masa tertentu pula, kenderaan awam tiba lambat, maka lambat jugalah dia ke tempat kerja. Tambah pula kalau dia terjaga lewat sedikit, haruuu!

“Ya, cik?” Sapa jururawat yang bertugas di kaunter pendaftaran.

“Saya nak jumpa doktor, boleh?”

“Boleh. Pernah datang sini?” Tanya pembantu klinik itu kembali. Ranaa Taheera deras menggeleng. Itu kali pertama sebab stress. Jawabnya dalam hati. Kalau doktor yang bertanya tadi, memang spontan dia menjawab.

“Mintak kad pengenalan.” Ulas pembantu klinik itu, sambil menanti Ranaa Taheera membuat tindakan.

“Adik boleh duduk dulu, ya. Tunggu nama dipanggil.”

“Err...ramai lagi ke?” Tanya Ranaa Taheera, usai meninjau barisan pelanggan yang datang ke klinik itu. Dia nampak sebarisan bangku sudah penuh dengan pelbagi ragam manusi, dan ada yang berdiri dek kerana tak cukup tempat duduk.

“Emmm...ada enam orang lagi.”

“Alahai ramainya...”Sungut Ranaa Taheera perlahan.

Dia mencari tempat yang sesuai untuk menanti giliran. Seorang pesakit keluar dengan kuyup di dahi. Okay, tinggal lima orang lagi. Ranaa Taheera mengira dan tersenyum. Seorang dua minit, tentu gilirannya selepas sepuluh minit. Dia senyum lagi dan lagi. Dalam dirinya, dia sempat menyusun sketsa untuk dipersembahkan kepada sang doktor kelak.

“Doktor, saya stress lah dengan majikan saya. Boleh tak kalau saya nak ambil MC untuk tenangkan diri?” Ranaa Taheera bermonolog sendiri. Sekejap berperanan sebagai pesakit, sekejap berperanan sebagai doktor pula.

“Doktor, seharian saya stress. Saya nak ambil MC untuk esok, boleh?” Ranaa Taheera masih lagi berkira-kira.sedar tak sedar, hanya tinggal tiga orang sahaja sedang menanti di ruangan menunggu itu.

“Ranaa Taheera...” Panggil seseorang.

Ranaa Taheera cepat mengangkat muka. Matanya melirik terus ke arah bilik rawatan. Betul! Pembantu klinik yang menjaga kaunter tadi tersenyum ke arahnya. Dia berdiri sambil memegang daun pintu. Sebelum melangkah masuk, dia sempat berkira dialog terbaik yang akan dibentangkan kepada doktor sekejap lagi.

“Assalammualaikum, doktor.” Sapanya ramah.

“Waalaikumussalam warahmatullah.” Jawab doktor itu, lantas mengangkat mukanya. Ranaa Taheera terkedu. Err....handsomenya! Mak ai! Doktor ke retis yang menyamar jadi doktor ni? Ada penggambaran drama ke? Matanya melilau, mencari kamera tersembunyi, kot-kot ada.

“Ranaa Taheera...awak cari apa? Doktor besar gedabak depan mata ni, tak nampak ke?”

“Err...doktor ke? Bukan artis?” Tanya Ranaa Taheera, inginkan kepastian. Doktor Zaer! Ya, tanda namanya sempat dijeling dan ianya sama seperti papan tanda klinik. Terdengar tawa kecil di telinganya.

“Artis? Ha ha ha.” Doktor Zaer bahan gelak. Pesakit ini paling lawak yang dia pernah jumpa sepanjang hari ini. Petang-petang begini, di saat tenaga dan kecergasan semkin berkurangan, gelaklah terapi terbaik untuk mengurangkan tekanan. Perlahan-lahan dia berhenti ketawa, tetapi masih tersengih-sengih.

“Awak sakit apa ya, Ranaa Taheera?”

“Sakit hati, doktor!”

“MasyaALLAH! Bahayanya penyakit awak ni.” Ulas Doktor Zaer, saja bermain dengan kata-kata kerana dia ingin memahami masalah yang sedang dihadapi pesakitnya.

“Tolong saya, doktor!”

“Ya, sakit bagaimana tu? Boleh terangkan dengan lebih terperinci.”

“Sebenarnya saya tertekan di tempat kerja. Saya ada masalah pengangkutan dan pernah beberapa kali tiba lewat di pejabat. Beberapa hari lepas, saya diberi surat amaran. Kemudian, pagi-pagi berikutnya, bos tunggu di mesin punch card.Tertekannya saya, doktor!”

“Astarghfirullahal azim!” dia hanya mampu beristighfar panjang. Ada juga masalah begini? Masalah bos dan pekerja, tetapi meluahkannya kepada seorang doktor???? Zaer pula rasa nak picit kepala sendiri.

“Awak salah channelni, Ranaa Taheera. Saya doktor, bukan kaunselor.”

“Err...tapi saya nak ambil MC, doktor. Takkan saya nak jumpa kaunselor?” dengan lurus dan bendul Ranaa Taheera meluahkan perasaannya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.