Home Novel Cinta Cinderella
Cinderella
ainRAZAK
28/12/2020 01:25:31
37,816
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

Huda Quah mendiamkan diri. Dihadapannya terdapat 2 orang anggota polis yang berpakaian seragam berwarna biru gelap. Mulutnya bagai terkunci rapat. 




Wajah serius anggota beruniform itu, buat dia rasa kecut perut. Belum pernah lagi dia berhadapan dengan mereka secara live begini. Setakat dalam drama tu, dia pernahlah tengok. Tapi jika berdepan macam ini, boleh berpeluh satu badan.




Fuh! Nafas ditarik dan dihempas laju.




Syauqi bersalaman dengan dua-dua anggota polis terbabit sebelum mereka disuruh duduk. Lelaki itu saja yang bersuara. Menerangkan sedikit sebanyak tentang tujuan mereka datang ke balai tengah malam begini.




Rakan Syauqi yang dipanggil Min tadi tidak kelihatan masuk ke dalam Balai Polis bersama dengan mereka. Mungkin lelaki itu telah menghilangkan diri saat dia dan Syauqi sudah melangkah masuk ke dalam.




"Boleh serahkan kad pengenalan cik?" pinta salah seorang pegawai polis yang berpangkat koperal.




"Saya tak bawa kad pengenalan. Keluar dari rumah tadi dalam keadaan tergesa-gesa" ujar Huda takut-takut. 




Dia baru menyedari bahawa dia keluar dari rumah itu hanya sehelai sepinggang. Langsung tidak membawa keperluan lain bersamanya.




"Kalau saya yang buat laporan, tak boleh ke?" Syauqi mencelah. 




Pegawai yang tertera nama 'Helmi' di dadanya itu memandang kearah Syauqi. 




"Boleh tu memang boleh, tapi sebaiknya tuan punya diri yang buat laporan. Itu lebih bagus. Lagipun lampiran laporan kesihatan, atas nama Cik ni kan?" pegawai tadi bertanya. 




Syauqi mengangukan kepala.




Sebentar kemudian, pegawai polis yang berpangkat koperal itu menghulurkan sehelai kertas kecil dan pen kearah Huda.




"Cik tulis dulu nama dan nombor kad pengenalan Cik dekat sini. Dan nombor telefon sekali ya. Kalau ada lesen memandupun, boleh digunakan juga" ujar pegawai muda tadi.




Dia memandang tepat kearah Huda.




Huda menggelengkan kepala. "Saya takda lesen juga" ujarnya gugup.




Huda menundukkan wajah. Dia malu dan segan bila wajahnya dipandang begitu oleh pegawai polis tadi. Dia yakin, kesan lebam pada wajahnya semakin jelas kelihatan.




Tudung yang tersarung di kepala dibetulkan sedikit bagi menutup rasa malu dan gementarnya.




"Takpe Cik. Cik tulis je dulu maklumat Cik dalam kertas tu." putus pegawai tadi. Huda mengorak senyuman hambar dihujung bibir.




Mujur dia tidak dimarahi.




Huda mencapai kertas dan pen yang dihulurkan oleh pegawai tadi. Lancar saja tangannya menulis butir-butir peribadi ke atas sehelai kertas. Setelah selesai, dia menghulurkan kembali kertas dan pen kepada pegawai tersebut.




Pegawai yang memakai baju seragam yang bertulis nama Zahir pula menyambut kembali huluran kertas oleh Huda. Mukanya dibiarkan tanpa riak.




Huda fikir, mungkin ini reaksi sebenar seorang anggota polis. Muka tanpa secalit senyuman. Mungkin juga kerana mereka mahu mengekalkan sifat ketegasan dalam diri. 




Akan tetapi kemesraan itu tetap terasa bila dia dan Syauqi dilayan dengan baik oleh mereka. Bak kata pepatah inggeris 'Don't judge book by its cover'. Mereka salah satu barisan hadapan yang banyak berjasa.




Bunyi papan kekunci komputer berdetak laju memecah kesunyian malam yang semakin larut. Rasa sejuk semakin mencengkam hingga ke tulang kesan daripada aircon yang terpasang di dalam balai polis.




Huda menyilang kedua belah tangannya ke dada. Digosok-gosok bahunya yang telah dibaluti dengan sehelai baju panas yang dipinjamkan oleh rakan Syauqi tadi.




"Cik boleh cerita secara terperinci kejadian tersebut?" soal pegawai polis yang bernama Helmi tiba-tiba.




Laju Huda mengangukan kepala. 




Dia mula bercerita dari awal sehingga akhir kejadian tersebut. Termasuklah kejadian sebelum-sebelum ini dimana dia pernah didera oleh Puan Syuhada secara mental dan fizikal. Tapi malam tadi adalah kemuncak penderaan yang dia rasakan terlampau hebat. Dia dibelasah tanpa belas kasihan.Tapi dia masih mampu berdiri.


 



Koperal Helmi menganggukan kepalanya. Tangan pula ligat mencatat segala yang dikatakan oleh Huda. Matanya tidak lepas dari memandang skrin. Rakan polis yang bernama Zahir berdiri dibelakang Koperal Helmi. Dia memerhati laporan yang ditulis rakannya itu.




"Berdasarkan keterangan dan bukti yang cik berikan, kami akan lakukan siasatan secepat mungkin. Waran akan dikeluarkan sebelum penangkapan dibuat" ujar pegawai tadi dengan tenang.




Syauqi dan Huda mendengar dengan teliti. Syauqi terasa berdebar-debar. Dia berharap sangat tindakan yang dia ambil kali ini demi kebaikan mereka bersama.




Pegawai yang berpangkat Koperal itu membuat satu panggilan. Huda hanya memerhati wajah tegang pegawai terbabit. Sesekali dia mendengar namanya disebut.




"Kau buat laporan tentang kereta tadi tak?" Bunyamin mencelah tiba-tiba. 




Huda pantas mendongak. Dia memandang tepat kearah lelaki itu. Entah dari mana rakan Syauqi itu muncul, dia tidak pasti. Tiba-tiba sahaja sudah berada dibelakang mereka.




Syauqi terus bangun berdiri dan mendekati Bunyamin. Dia mengheret lelaki itu ke satu sudut sebelum memulakan bicara.




"Tak Min. Kita selesaikan satu persatu terlebih dahulu. Lagipun aku rasa, kereta tadi tak sengaja mungkin" balas Syauqi separuh berbisik.




Bunyamin mendengus. 




Dia faham apa yang Syauqi ingin sampaikan. Tetapi, hanya dia saja yang tahu samada ada kejadian tadi tidak sengaja atau disengajakan. Perkara ini harus dirahsiakan terlebih dahulu sebelum dia mendapat bukti yang kukuh.




Huda mencapai tongkat yang diletakkan ditepi kaunter. Dia mengepit dicelah ketiak sebelum berjalan kearah dua jejaka tersebut.




"Polis tu cakap dia dah nak pergi rumah kau" ujar Huda sebaik saja mendekati mereka.




Syauqi memandangnya.




"Kau yakin ke kau dah buat keputusan yang betul?" Huda menyoal sekali lagi.




"Kalau aku tak yakin, aku takkan bawa kau datang balai polis. Biarlah Huda, biar mak aku insaf lepas ni. Aku rasa ini je jalan terbaik yang aku buat demi mak aku" ujar Syauqi mendatar.




Dia yakin, ini keputusan yang patut dia lakukan dari dulu lagi.




"Terpulang pada kau, kalau kau nak aku tarik laporan sekarangpun, aku boleh buat. Aku nak hidup aman je Qiey. Aku malas nak bermusuhan dengan orang" luah Huda tanpa sedar.




Sememangnya itulah yang dia inginkan. Dia mahu hidup dalam ketenangan dan tidak bermusuhan dengan sesiapa sahaja.




"Jangan! Belum masanya lagi" ujar Syauqi pantas.




Huda menjungkit bahu. Dia sendiri hairan kenapa Syauqi beria-ria mahu dia membuat laporan. Lagipun bukan Syauqi yang disakiti tapi dia. 




"Dah, jom kita gerak" ajak Bunyamin yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati. Syauqi menganggukan kepala. Masing-masing beriringan menuju keluar dari balai polis.





••••




"Kenapa Qiey buat mak macam ni?" soal Puan Syuhada dalam tangisan.




Dia diiringi oleh dua orang pegawai polis wanita. Langkah terhenti saat melintasi anak terunanya. Mata berkaca Puan Syuhada memandang Syauqi penuh harapan.




Harapan agar anak terunanya itu membantu dia. Suaminya dan kedua anak perempuannya pula telah menghilangkan diri sejak dari tadi lagi. 




Hanya dia saja yang tinggal dirumah ketika Huda keluar dari rumah itu malam tadi. Kedatangan polis pukul 3 pagi kerumahnya begitu mengejutkan.




Dan dia tidak menyangka bahawa laporan telah dibuat keatasnya atas pertuduhan melakukan penderaan kepada Huda. Puan Syuhada menggenggam erat penumbuknya. Dendamnya kembali menyala.




"Mak tenangkan dulu fikiran disana. Insya-Allah Qiey akan uruskan semua prosuder nanti. Qiey akan ikut mak. Mak jangan risau okey" ujar Syauqi lemah.




Adakah dia kejam sebagai seorang anak? Dia lebih mengutamakan kehidupan seorang gadis dari ibunya sendiri. Syauqi menggosok-gosok pangkal hidungnya.




Sebak terhimpun. 




Akhirnya Puan Syuhada dibawa pergi oleh dua orang pegawai tadi menaiki sebuah kereta polis. Mengikut pada penerangan Koperal Helmi, Puan Syuhada akan ditahan reman terlebih dahulu untuk disoal siasat.




Dalam tempuh reman, Puan Syuhada tidak dibenarkan diikat jamin oleh sesiapa. Selepas tempoh tahanan reman, barulah Puan Syuhada boleh diikat jamin.




Syauqi berharap sangat dengan tindakan yang diambil ini, akan menyedarkan ibunya. Dan dia berharap sangat agar Huda akan kembali hidup aman tanpa gangguan daripada sesiapa.




Syauqi mendekati kereta Bunyamin. Dia bergerak kearah tempat duduk belakang. Pintu dibuka. 




"Kau masuk dulu dalam rumah, berehat. Aku nak ikut mak ke balai. Mungkin esok baru aku akan balik ke rumah" jelas Syauqi.




Huda menganggukan kepala.




"Dah masuk nanti, jangan lupa kunci pintu bilik kau. Kau sorang je kat rumah malam ni. Ayah dengan adik-adik aku takda kat rumah" pesan Syauqi lagi.




Huda mengiakan. Jika tidak dipesanpun, dia tetap akan menguncikan pintu bilik. Kejadian tadi buat dia perlu lebih berhati-hati.




Huda melangkah menuju ke dalam rumah.




"Kau nak pergi balai polis ke?" Bunyamin menyoal.




"Iya Min, aku rasa tak sampai hati nak biarkan mak aku sorang-sorang dekat sana" luah Syauqi.




Bunyamin menepuk-nepuk bahu sahabatnya. Dia tahu Syauqi kuat. 




"Aku minta maaf sebab susahkan kau" 




"Takpa Qiey. Inilah yang dinamakan sahabat. Sanggup membantu sahabat yang berada dalam kesusahan. Insya-Allah, mak kau akan dibebaskan. Beri sikit masa untuk dia muhasabah diri dalam tu" nasihat Bunyamin.




"Eh, kau nak balik ke?" 




"Tak, aku stay dekat motel dekat pekan sana. Kau jangan risau tentang aku. Kau uruskan dulu kes mak kau." ujar Bunyamin.




Sebenarnya, dia rasa tidak sedap hati. Tetapi biarlah dia simpan sendiri. Lagipun dia perlu berjaga-jaga. Keadaan Huda sedikit merisaukan. Kehilangan Bakri juga menjadi tanda tanya. 









Bersambung....

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.