Home Novel Cinta Cinderella
Cinderella
ainRAZAK
28/12/2020 01:25:31
37,803
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

Huda menjinjit sebuah beg sederhana besar ditangan. Belakangnya pula tergalas beg kecil berwarna coklat. Hanya muat-muat barang peribadi dan penting sahaja di dalam beg yang comel itu.


Setelah dipinta tadi, Bunyamin bersetuju untuk menemani dia pulang ke rumah keluarga tirinya sebentar untuk mengambil beberapa barangan penting dan pakaian. Ketika dia sampai disana, tiada sesiapapun yang kelihatan.


Huda masuk ke dalam bilik yang pernah dihuninya dahulu lalu dia mengemas pakaian. Mujur pakaian yang dia miliki hanya sedikit saja. Jadi, tidak perlulah dia menyediakan beg pakaian yang besar-besar. Cukuplah sekadar beg yang bersaiz sederhana sahaja.


Hampir setengah jam juga Huda dan Bunyamin berada di sana sebelum bergerak pulang ke rumah Bunyamin di Selangor. Dan kini, dia sudah berdiri di hadapan sebuah rumah yang sangat cantik pada pandangan matanya.


Langkah kaki Huda mengekori susuk tubuh Bunyamin. Lelaki itu menuju ke pintu utama. Tanpa menanti dia, Bunyamin membuka kasut yang dipakainya lalu melangkah masuk ke dalam.


Huda masih memerhati sekeliling. Tampak kemas dan cantik kawasan rumah yang dihiasi oleh pelbagai jenis tanaman orkid dan bunga. 


Dia menguntum senyum. Suka dengan suasana itu.


Huda turut membuka sandal yang dipakainya. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Kakinya terpaku bersebelahan Bunyamin.


Tiga pasang mata tertumpu pada Huda. Serta merta dia berasa gugup. Bunyamin yang berdiri disisi dia sudah berdehem. 


"Kenalkan, ini kawan Min mak. Min bawa dia tinggal sini sebab dia baru kehilangan ibu. Lagipun dia takde tempat nak dituju" ujar Bunyamin memperkenalkan Huda pada semua orang.


Dia terus melabuhkan duduk di sofa tanpa mempelawa Huda. Huda hanya tercegat disitu tidak berganjak.


Puan Ruslina mencerlung mata kearah anak terunanya. Agak terperanjat mendengar kata-kata yang terluah dari mulut Bunyamin.


'Kawan Bunyamin? Seorang perempuan? Hendak dibawa tinggal sekali dengan mereka?' Puan Ruslina sudah menggelengkan kepala.


Selama ini, anak bujangnya belum lagi pernah membawa pulang mana-mana gadis ke rumah mereka. Hatta seorang rakan perempuan pun dia tidak pernah nampak bersama dan berbual dengan Bunyamin.


Tapi hari ini, hujan tiada, tiada ribut, tiba-tiba Bunyamin membawa pulang seorang gadis bersamanya ke rumah. Mahu diajak tinggal bersama mereka sekeluarga pula tu.


Dia menilik gadis itu dari atas hingga ke bawah. Nampak segak dan cantik. Wajah gadia itu persis pelakon campuran korea-melayu. Putih bersih kulitnya tapi wajah itu ...


Pandangan Puan Ruslina terhenti pada wajah Huda.


"Kenapa dengan muka kamu?" soal Puan Ruslina sangsi. Dia tertanya-tanya. apakah yang terjadi pada gadis yang dibawa pulang oleh Bunyamin.


Dia harus selidik terlebih dahulu sebelum menerima sesiapa saja yang tidak dikenali masuk ke rumah mereka. Tetapi dalam masa yang sama, dia harus mempercayai anak leaki tunggalnya juga.


Takkanlah Bunyamin mahu membawa pulang gadis tepi jaa yang tidak tahu asal usulnya. Pasti ada sesuatu yang disembunyikan.


Risau juga kalau-kalau gadis itu termasuk dalam remaja-remaja yang melarikan dari rumah. Nanti tidak fasal-fasal dia terpaksa berdepan dengan pihak polis menjawab kes remaja nakal zaman sekarang. Takut dia mahu membayangkan risiko itu.


Huda meletakan beg yang dijinjit tadi ke lantai. Dia meraba-raba wajahnya. Dia sendiri hampir terlupa kesan lebam yang terdapat pada wajahnya, masih belum hilang. Pasti kesan itu akan menjadi tanda tanya pada semua orang.


"Er ... ini ... " Huda serba salah mahu berterus-terang.


Baitul Jannati bangun pantas mendekati Huda. Tidak tegar dia mahu mendengar soalan-soalan yang bakal diasak oleh ibunya.


Kesian gadis itu. Dah macam ayam berak kapur. Terpinga-pinga.


"Meh sini. Awak duduk sini dulu" dia mengheret Huda duduk dia sofa. Gadis itu hanya menurut.


Dia menghadiakan senyuman pada gadis yang menariknya duduk.


"Kalau harapkan Min, sampai ke malam dia akan biarkan awak berdiri macam patung dekat pasaraya tu. Min tu memang takda hati perut. Kejam" omel Baitul lagi. 


Dia menjeling adik kembarnya.


"Kau nikan kakkk ..." Bunyamin mengetap bibir. 


Dia tidak jadi membalas kata-kata Baitul. Salah dia juga kerana hampir terlupa menjemput isterinya duduk.


Puan Ruslina menjeling anak terunanya dengan pandangan mata yang tajam.


"Min taknak jawab soalan mak ke? Dah la keluar rumah tak cakap nak pergi mana. Lepas tu nak balik, call suruh semua berkumpul. Tup, tup timbul dekat rumah dengan anak gadis orang. Kalau polis datang cari macam mana?" marah Puan Ruslina. 


Suaranya kedengaran tegas.


Dia bukan tidak mahu menerima kehadiran Huda cuma dia bimbang keselamatan anak-anaknya juga turut terancam. Dia sendiri tidak mengenali gadis itu.


"Mak jangan risau. Takda yang nak datang sini mencari Huda. Min bawa dia ke sini secara sah okey" terang Bunyamin.


"Sah? Maksud kau, kau dah nikah dengan gadis ni?" soal Baitul lantang. Dia membeliakkan mata. Terkejut.


"Hoi kak! Agak-agaklah. Bukanlah. Kau simpanlah teori kau tu dalam kepala otak kau. Takde maknanya aku nak menikah dengan dia okey" nafi Bunyamin. Dia terkejut dengan dakwaan kakak kembarnya.


Tepat sungguh tekaan Baitul tapi dia harus merahsiakan hal ini. Seperti dia sudah maklumkan pada Huda sewaktu mereka di dalam kereta tadi. Dia mahu pernikahan mereka dirahsiakan demi kebaikan bersama.


Huda mendiamkan diri. Dia hanya mendengar keluarga itu berbalah mengenai status dirinya. Dia sudah diberitahu agar tetap diam dan tidak menjawab sebarang pertanyaan tanpa persetujuan bersama.


"Nama Huda kan?" Puan Ruslina menyoal. Dia ada mendengar nama itu meniti bibir anak terunanya tadi.


Huda menganggukan kepala.


"Makcik tak kisah Huda nak tinggal di sini. Lama-lama pun makcik tak kisah. Tapi makcik kena tahu juga latar belakang Huda. Dengan siapa Huda pernah tinggal" Puan Ruslina berjeda.


Di menarik nafas dalam sebelum menyambung bicara.


"Makcik cuma nak ..."


"Mak, nanti Min ceritakan pada mak okey. Sekarang ni, mak bagilah masa untuk Huda berehat. Dia letih. Kesian dia. Jauh perjalanan tadi dari Johor ke selangor" celah Bunyamin. Dia tidak mahu Huda tersalah cakap.


"Huda tidur sebilik dengan kau boleh tak kak?" Soal Bunyamin.


"Eh, kenapa pula? Tidur bilk kaulah." balas Baitul sekadar mahu bergurau.


Dia memang sudah agak Bunyamin akan meminta Huda berkongsi bilik dengan dia. Dia sendiri tidak kisah. Sekurang-kurangnya dia ada kawan boleh berbual-bual sebelum tidur.


"Eh! Mana boleh! Habis tu takkan aku nak tidur sebilik dengan anak gadis orang kot" balas Bunyamin pantas. Wajahnya memerah. 


Cukuplah empat hari dia bermalam bersama Huda. Itupun sudah cukup menggelisahkan hati dia. Gadis itupun kelihatan takut-takut dengan Bunyamin.


Baitul Jannati ketawa kuat.


"Apa ke bengapnya otak kau dik! Apa kau ingat aku suruh kau orang tidur sebilik ke? Kau tidurlah dekat ruang tamu. Min, Min. Lain orang cakap, lain kau fikir. Itulah, otak tu tak servis lama sangat dah" bebel Baitul dalam tawanya yang masih bersisa.


"Kaukan kak, tak habis-habis nak membengapkan kepala otak aku. Kau tu kepala otak normal ke?" Bunyamin menyoal balas. Dia menjegilkan mata kearah Baitul.


"Eh, mestilah. Kalau tidak, aku kerja kutip sampah tepi jalan je tau" Baitul masih belum mahu mengalah.


Perbualan mereka terhenti dek bunyi gelas yang saling berlaga. Mata tertumpu pada Asyura yang sedang menatang dulang sebentar sebelum masing-masing kembali bertelagah. 


"Huda nak sebilik dengan Syura?" soal Syura lalu melabuhkan duduknya bersebelahan Huda. Dulang diletakan diatas meja kopi.


Huda tersentak. Dia memandang Asyura.


Gadis yang mempunyai iras seperti suaminya itu sedang menuang air ke dalam gelas satu persatu. Kemudian gelas dihulurkan padanya terlebih dahulu.


"Jemput minum Huda. Kalau Huda dengar kakak dengan abang bertekak, sampai subuh esok pun belum tentu habis. Dorang memang suka bergaduh" ujar Assyura separuh berbisik.


Huda turut mengukir senyuman. 


Gelas yang dihulurkan oleh Asyura disambutnya sopan. Puan Ruslina juga begitu. Dia hanya mengeleng kepala melihat perlakuan anak-anak kembarnya. 


"Jemput minum Huda" pelawa Puan Ruslina ramah. Huda hanya mengangukkan kepala tanpa bersuara.


"Huda boleh tinggal dekat sini. Lama manapun makcik tak kisah. Asalkan Huda pandai jaga diri" putus Puan Ruslina seketika kemudian. Dia menghadiahkan senyuman pada gadis itu. 


Huda turut membalas senyuman Puan Ruslina. Serta merta dia teringatkan arwah ibunya. Sikap Puan Ruslina saling tidak tumpah seperti ibunya. 


Tadi ketika mahu bertolak ke sini, dia sempat singgah sebentar ke tanah perkuburan. Mujur Bunyamin tidak menolak permintaannya. Suaminya hanya menurut tanpa banyak soal.


"Terima kasih makcik" ucap Huda. 


Dia kembali menoleh kearah Bunyamin dan Baitul yang masih lagi bertegang urat. Masing-masing tidak mahu beralah. Dia dapat melihat sisi baru pada diri Bunyamin.


Suka bercakap dan suka membantah. Tidak seperti waktu dia mula-mula berjumpa dengan lelaki itu empat hari lalu. Wajah itu kelihatan bengis dan tidak beriak mesra.


"Jom Huda, Huda sebilik dengan Syura tau. Kakak tak boleh sebilik sebab nanti dia dah nak kahwin. Syura lambat lagi. Hihi ..." ajak Assyura lalu memegang lengan Huda.


Huda hanya mengikut. Dia mencapai beg pakaiannya lalu mengekori langkah gadis dihadapannya.


"Eh, Huda nak pergi bilik siapa?" soal Bunyamin saat matanya menangkap gadis itu berjalan melintasi mereka.


Sibuk bertekak dengan kakak kembarnya sehingga dia lupa dengan Huda.


"Bilik kaulah pandai!" Baitul membalas. Tangannya membaling bantal kecil yang dipegang. Bunyamin sempat mengelak.


"Kau nikan kak. Tak habis-habis eh nk cari gaduh dengan aku" luah Bunyamin geram. Wajah Baitul dipandang tajam.


"Aku suka! Bluekkk ... " Baitul menjelirkan lidah.


"Kau ... "


"Sudahlah tu kakak, abang. Huda pun naik meluat tengok korang bergaduh. Nuha, adik dah bawa Huda masuk bilik dia. Korang tak payah nak bertekak dah. Huh! Fasal bilik je, riuh satu rumah" bebel Puan Ruslina. Dia meneguk air yang dibancuh anak bongsunya.


"Maaf mak" ujar Baitul perlahan. Namun bibirnya perlahan -lahan mengukir senyuman nakal. Seronok dapat mengenakan Bunyamin. Bukan selalu.


"Minpun minta maaf mak" ujar Bunyamin pula. Dia mengerdipkan mata pada Puan Ruslina. Cuba memancing senyuman manis ibunya.


"Dahlah tu. Pergi naik mandi. Nanti dah siap, boleh kita makan sekali. Mak dah masak dah." Ujar Puan Ruslina.


Bunyamin bingkas bangun. Dia mahu naik kebiliknya. Langkah diatur ke tangga.


"Kau jangan silap bilik pula min!" Tegur Baitul dalam nada ketawanya yang kuat.


Huh! Bunyamin mendengus. Tidak habis-habis mahu menyakat dia. 


Dia tidak mempedulikan kata-kata Baitul. Langkah kaki terus diatur ke biliknya. Dalam hati dia berdoa agar rahsianya sentiasa terpelihara sebelum tiba waktunya.






Bersambung ... 


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.