Home Novel Cinta Bougainvillea! Kerana Kau Bunga Larangan
Bougainvillea! Kerana Kau Bunga Larangan
ainRAZAK
21/11/2020 14:23:26
73
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Prolog

Bourgainvillea ..


Kau bunga indah..


Kembang mekar, 


Menjadi penyeri di taman. 


Dirimu sekadar dipandang, 


Tidak mampu digapai, 


Tidak dapat ditawan. 


Kerana ...


hatimu sekeras konkrit yang terbina. 


Kerana ... 


rasa cintamu dulu telah di ragut pergi. 


Kepercayaanmu di hapus sepi. 


Cinta.. 


mati tanpa pusara. 


Cinta ..


mengundang derita.


Bangkit Bougainvillea!


Menjerut noda yang tersisa. 


Mekar tanpa nakhoda. 


Kerana Kau Bunga Larangan. 




•••••••




AHAD

07 JUN 2020

HOSPITAL SUNGAI BULOH SELANGOR


Lirih suara Qaseh Mawaddah menahan kesakitan yang kian menyengat. Mulutnya terkumat kamit membaca doa nabi yunus ketika berada di dalam perut ikan nun.


"La ila ha illa anta, subha naka inni kuntu minaz zolimin.." diulangnya entah kali ke berapa. Tangannya menekan kerusi pada bahagian belakang van. Digenggamnya erat bagi melampiaskan rasa sakit yang semakin kerap datang.


"Lambat lagi ke Kak Long? " soal seorang wanita dengan cemas. Dia duduk di sebelah Qaseh Mawaddah dengan wajah berkerut. "Nampak macam Waddah dah nak bersalin ni!" ujar wanita itu lagi. Tangan dibawa menggosok-gosok bahu gadis di hadapannya bagi mengurangkan rasa sakit. 


"Lagi setengah jam ni, kita nak sampai ke hospital. Zikir banyak-banyak Waddah. Insya-Allah ... banyakkan doa semoga Allah permudahkan urusan Waddah dan anak" ujar seorang wanita lagi yang sedang memandu van.


Qaseh Mawaddah terangguk-angguk. Rasa sakit cuba ditahan. Usia kandungannya sudah mencecah minggu yang ke 37. Masih belum lagi sampai due date. Tapi dia sudah menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin. Air ketubannya sudah turun sedikit demi sedikit sejak dari pagi tadi. Cepat-cepat dia maklumkan pada warden. 


Tepat jam 5.00 petang, selepas solat asar berjemaah dan bacaan taklim, semakin kerap. Selang 10 minit dia berasa sakit. Kak Long sudah mengarahkan dia dan ketua rumah untuk bersiap sedia. Dia hanya menurut kata Kak Long. Segala peralatan dan juga beg pakaian yang mengandungi pakaian bayi sudah diasingkan. 


Semakin lama contraction semakin kerap dia rasakan. Rasa sakit pula meningkat setiap 5 minit.


Selepas dimaklumkan pada Kak Long buat kali ke 2, terus mereka bersiap-siap untuk membawanya ke hospital. Dia di temani oleh Kak Long dan Kak Ngah, warden di situ.


"Kak Long... Waddah tak tahan dah ni. Sakit sangat ni" ujar Qaseh Mawaddah sedikit terjerit. Hentakkan van yang dipandu oleh Kak Long, menambahkan lagi rasa sakit. Kakinya sudah terkangkang sedikit. Tapi segera dikepit semula. Dia risau takut dia meneran dalam van nanti.


"Sabar Waddah.. Kita dah masuk kawasan hospital ni. Zikir banyak-banyak. Ingat Allah. Ingat Rasul. Ingat mak dan ayah Waddah di kampung" Ujar Kak Long cemas.


Air mata Qaseh Mawaddah sudah merambu keluar. Sakit yang teramat sakit dia rasakan tika ini. Serta merta segala perbuatan jahilnya dulu terbayang diruang mata. Ya Allah.. sempatkah dia bertaubat? Sempatkah ya Allah? Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Ibu Yusliha.


"Sakit itu nikmat, rasa sakit itu penghapus dosa kita. Kita pendosa. Kita melakukan dosa besar dalam hidup kita. Kita menganiayai diri kita sendiri. Hapuslah dosa kita dengan bertaubat. Dengan zikir dan sentiasa mengingati Allah. Allah menyedarkan kita kerana dia sayang pada kita" 


Ya Allah...andai ini kali terakhir aku bernafas di muka bumiMu ini, kau bahagiakanlah hidup ke dua ibu bapaku. Andai aku diberi kesempatan sekali lagi ya Allah, biarlah aku berbakti pada mereka.


Pintu van segera dibuka sebaik saja tiba di perkarangan Jabatan Kecemasan Wad Bersalin Hospital Sungai Buluh. Qaseh Mawaddah segera keluar. Kak Ngah turut membantu mengambil beg yang dibawa tadi. Satu kerusi roda telah dihulur oleh seorang petugas.


"Duduk sini dik" ujar nurse yang menghulurkan kerusi roda tadi. Qaseh Mawaddah tersenyum sedikit. Dia sudah tak mampu untuk bercakap.


"Contraction berapa kali?" soal nurse tersebut. Matanya tertala pada Qaseh Mawaddah yang kelihatan lemah dalam kesakitan.


"Semakin kerap. Selang 5 minit" jawab Kak Ngah bagi pihak Qaseh Mawaddah.


"Jom.. terus ke labour room! Dah nak sampai masa ni!" ujar nurse dengan cemas. 


Qaseh Mawaddah terus di tolak masuk ke labour room. Dia sudah tidak mampu untuk menjawab setiap soalan yang di tanya lagi. Matanya seakan mahu terpejam. 


"Bangun Waddah. Jangan tertidur. Zikir banyak-banyak. Ingat pada Allah" jerit Kak Ngah. Pipi Qaseh Mawaddah di tampar kuat. Terus dia tersedar. Rasa sakitnya kembali sekali lagi. Sakit yang teramat sangat.


Dia di angkat dan dibaringkan ke atas sebuah katil. Suhu bilik yang sejuk, mencengkam kulitnya walaupun dibaluti dengan sehelai jubah yang tebal.


"Ya Allah... sakit. Tolong doktor. Sakitttt.." rintih Qaseh Mawaddah. Dia sudah mengalirkan air mata. 


Tiba-tiba dia dikelilingi dengan beberapa manusia yang lengkap berpakaian biru. Jubahnya diganti dengan uniform hospital. Tudungnya ditarik tapi dia cepat menahan. Kakinya di angkat menegak diatas katil. Bahagian bawahnya di periksa. Hilang wajah Kak Ngah yang menemani dia tadi.


"10 cm doktor! Dah nampak kepala baby!" jerit seorang doktor lelaki. Qaseh Mawaddah hanya merasa sakit yang teramat.


"Dik.. you dengar sini. You boleh dengar suara I kan? Bila I cakap push. You push okey. Jangan angkat punggung you. You teran macam nak berak. Kepala baby dah nampak sikit ni. Kalau you angkat punggung, bahagian bawah you akan terkoyak" ujar seorang lagi doktor. Wajahnya hanya samar- samar di mata. Qaseh Mawaddah hanya mengangguk.


Sakit perut memulasnya kembali menyerang. Kali ini lagi hebat. Dia hanya rasa seperti mahu meneran. Qaseh Mawaddah sudah tidak tertahan.


"Push dik...! Push!" jerit seorang doktor. Qaseh Mawaddah mengenggam erat palang besi ditepi katilnya. Dengan sekuat hati dia meneran. 


"Arghhhhhhhh ...  Ya Allahhhh..." jerit Mawaddah panjang. Suaranya memenuhi segenap ruang labour room. Peluh membasahi dahi yang bertutup tudung. 


Alhamdulillah.. sayup-sayup telinganya menangkap suara bayi yang menangis. Dia mengucap syukur pada Allah SWT. Air matanya mengalir dipipi. 


Mak ... rintih Qaseh Mawaddah dalam rasa berdosa yang tak bertepi.


"Tahniah dik..Awak dapat baby girl" ujar seorang nurse. 


Qaseh Mawaddah hanya tersenyum nipis. Bibirnya pucat dan kering digagahkan juga untuk tersenyum. Hambar. Dalam usianya menginjak 23 tahun. Dia melahirkan seorang bayi yang tidak berbapa. Dirasakan panas sekujur tubuh kecil diletakkan diatas dadanya. Dia sempat menyentuh bayi yang masih merah itu. Perlahan-lahan mata Qaseh Mawaddah tertutup rapat.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh ainRAZAK