Home Novel Cinta Cinderella
Cinderella
ainRAZAK
28/12/2020 01:25:31
37,816
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

Bunyamin membelok keretanya memasuki kawasan tempat letak kereta Balai Polis Daerah Kerian. Mata menangkap susuk tubuh yang sedang berdiri sambil menyandar ke pintu kereta.


Sebaik sahaja memakirkan kenderaannya, Bunyamin menapak keluar. Langkah kaki terarah pada sekujur tubuh Syauqi yang sedang menanti.  Dahi Syauqi sudah berkerut-kerut.


"Lambat kau sampai. Aku rasa dah lebih satu jam aku tercongok dekat sini tunggu kau" tegur Syauqi sebaik sahaja Bunyamin mendekati.


Bunyamin tersengih. 


"Maaf boskur. Banyak hal aku nak kena settle. Baru aku dapat jumpa kau" balas Bunyamin. Dia memohon maaf atas janji yang terpaksa dilewati sedikit masanya.


"Takpa Min. Aku gurau ja. Apa yang buat kau nak jumpa aku sangat ni? Kau dah nak balik Selangor ke?" 


Bunyamin menggelengkan kepala.


"Belum lagi. Kau dah cakap dengan Koperal Helmi ke tentang kes mak kau?" soal Bunyamin serius.


Dia memandang tepat kearah sahabatnya.


"Dah Min. Habis tempoh tahanan reman, aku dah boleh ikat jamin dah. Dalam masa 48 jam" jawab Syauqi semula.


"Kau dah tahu ke berapa jumlah ikat jamin?" 


"Belum lagi, tapi dianggarkan kurang dari sepuluh ribu dan tak lebih dari 50 ribu. Tunggu tunggu dorang dakwa dulu dan lepas tu aku dah boleh ikat jamin mak aku. Mak aku bernasib baik sebab Huda tidak terlantar dihospital. Kalau tidak, hakim takkan benarkan ikat jamin dilakukan.Tapi Koperal Helmi ada bagitahu sesuatu ... " Syauqi berjeda. Dia tengah memikirkan satu perkara.


Jari jemarinya mengusap-usap janggut sejemput didagu.


"Dia kata, kalau Huda tarik balik pertuduhan atas mak aku, kemungkinan besar kes akan digugurkan. Jadi mak aku tidak perlulah dibicarakan" sambung Syauqi semula.


Tidak terlintas langsung dikepalanya mahu meminta Huda menarik semula laporan yang telah dibuat. Baginya biarlah Puan Syuhada tinggal dulu sementara disana. Mana tahu dengan tindakan sebegitu membuatkan ibunya insaf.


Orang akan pandang dia sebagai anak yang kejam tapi demi kebaikan semua, kes itu perlu diteruskan. Dia tidak mahu nasib Huda kembali seperti dulu. Sungguh, dia sangat kasihankan Huda. Hidup selalu dirundung malang.


Kata-kata Koperal Helmi hanya cadangan sahaja jika dia mahu membebaskan ibunya tanpa bicara.


"Kau risaukan Huda atau ibu kau?" 


Syauqi memandang Bunyamin. Soalan lelaki itu membuat dia tertarik. Huda atau Puan Syuhada? Siapa yang dia akan selamatkan terlebih dahulu jika ada sesuatu yang buruk terjadi? Seperti situasi mereka sekarang.


Jika dikira pada tanggungjawab, dia lebih memilih untuk bertanggungjawab pada Huda. Ya, tindakan ibunya perlu ditegah biarpun jalan itu susah. Itu tekadnya dalam menyedarkan Puan Syuhada.


"Kenapa kau soal aku macam tu?" pantas Syauqi menyoal. 


Bunyamin menggelengkan kepala.


"Kalau kau nak aku jawab sejujurnya, pastilah aku kata yang aku risaukan ibu aku. Tapi dalam masa yang sama, aku juga risaukan Huda. Aku nakkan yang terbaik untuk keduanya" 


Bunyamin faham jawapan yang diberikan oleh Syauqi. Dia menganggukan kepala. Kemudian nafas ditarik dan dilepas perlahan-lahan. Dia mahu berterus terang dengan Syauqi tentang satu perkara.


"Qiey ... aku nak sampaikan sesuatu dekat kau"


Mata kedua mereka bertaut.


"Kenapa Min? Ada sesuatu yang serius terjadi ke?" tebak Syauqi. Tiba-tiba dia rasa berdebar. Pandangan mata rakannya seakan menghantar sesuatu khabar yang mendukacitakan.


"Aku dan Huda dah bernikah!" lancar Bunyamin meluah kata.


Syauqi membulatkan mata.


"Apa kau cakap Min? Kau boleh ulang sekali lagi tak?" soal Syauqi sedikit lantang. Dia seakan tidak percaya.


Pengakuan Bunyamin buat jiwanya galau. Adakah benar apa yang dikatakan oleh lelaki itu? Jika benar bagai dikata, peluang dia untuk meluah rasa pada Huda, sama sekali akan terpadam.


"Ya Qiey! Aku tak tipu kau. Aku dah nikah dengan Huda. Pagi tadi, lepas subuh. Berwalikan wali hakim" jelas Bunyamin sekali lagi. Mengulangi semula kata-katanya tadi.


Dia sedar raut wajah Syauqi sudah berubah. Wajah itu kelihatan redup. Seperti menanggung satu siksaan perasaan yang maha hebat. Adakah Syauqi ada menaruh hati pada Huda?


Bunyamin tertanya-tanya.


"Kenapa Min? Cuba kau berterung terang dengan aku. Korang ada buat benda tak senonoh ke sampai kena tangkap?" soal Syauqi ingin tahu.


Suaranya sengaja dikeraskan. Sedangkan di dalam hatinya, sudah dilanda rasa kecewa. Tetapi rasa ingin tahunya terlalu membuak-buak.


"Tak Qiey ... kita orang takda buat perkara yang tak senonoh macam yang kau fikir."


"Tapi kenapa?"


"Perkara dah nak jadi Qiey. Aku sendiri tak percaya dengan apa yang berlaku. Spontan dan dalam sekelip mata sahaja terjadi. Aku tak dapat nak elak."


Syauqi tertunduk mendengar pengakuan rakannya. Dia menarik nafas dalam-dalam. Cuba bertenang.


"Semalam selepas kau ke balai polis, Huda hampir dirogol" jelas Bunyamin satu persatu.


"Apa kau kata?" soal Syauqi lantang. Nada suaranya sudah naik beroktaf. Matanya kembali memerah.


Huda hampir di rogol? Kenyataan yang sangat menyakitkan.


"Ya! Huda hampir kena rogol, Qiey. Dan aku rasa, apa yang bakal aku beritahu kau ni, pasti akan mengundang rasa tidak percaya kau" 


"Maksud kau apa Min? Kenapa pula aku tak percaya cakap kau? Apa kaitannya? Sebenarnya Huda hampir dirogol dengan siapa?" Syauqi kembali cemas. Dia tertanya-tanya.


"Er ... er ... Huda hampir kena rogol dengan bapa kau!" balas Bunyamin serba salah. Dia fikir, lambat laun Syauqi akan tahu juga kenyataan itu.


Nafas Syauqi seakan tersekat. Penjelasan Bunyamin sukar untuk dipercayai. Dia mengerdip-ngerdipkan matanya. Cuba mengingati sesuatu.


Bagi dia, Bakri adalah contoh terbaik dalam keluarganya. Lelaki itu selalu membela nasib Huda. Selalu menyokong dia menyebelahi Huda. Tapi dia langsung tidak menyangka bahawa tindakan ayahnya itu mempunyai agenda tersendiri.


"Betul ke apa kau cakap ni Min? Kau jangan main-main. Kau jangan fitnah bapa aku pula" luah Syauqi tidak puas hati. Akalnya masih menolak.


Bagi dia, ayahnya terlalu baik untuk buat begitu. Tidak wajar jika ayahnya dituduh tanpa usul periksa. Nak pula dituduh tanpa bukti yang kukuh. Dia tidak mahu kehilangan ayahnya pula nanti.


Bunyamin menganggukkan kepala.


"Buat apa aku nak tipu kau. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri, Qiey." Bunyamin berjeda.


"Aku ikut ayah kau bermula dari pekan lagi. Sampailah ayah kau naik teksi dan berhenti depan rumah korang. Lepastu ayah kau masuk ke dalam rumah. Dan 15 minit selepas tu, Huda keluar dalam keadaan tergesa-gesa, terus menerpa kearah kereta aku" jelas Bunyamin satu persatu.


Niatnya bukan mahu menyakitkan hati Syauqi tapi dia mahu berterus terang. Dia juga mahu Syauqi tahu sikap ayahnya yang tidak boleh dipandang enteng.


"Aku tak sangka ..." Syauqi hanya membiarkan kata-katanya tergantung.


Sikap ayahnya sangat mengecewakan dia sebagai seorang anak yang menyanjung tinggi pangkat seorang ayah. Dalam diam-diam sikap itu mengundang masalah. 


Bunyamin menepuk-nepuk bahu rakannya. Cuba menyuntik semangat agar lelaki itu lebih tenang dalam menghadapi situasi yang lebih mencabar.


"Lepas Huda masuk dalam kereta, kita orang masing-masing tergamam. Tanpa menanti bicara dari mulut Huda, aku terus bawa dia ke motel. Niat aku cuma mahu dia berehat. Tapi aku tak sangka, rupanya perlakuan kami telah diperhatikan. Dan waktu kami di tangkap berkhalwat, aku terus bersetuju bernikah dengan Huda"


"Niat aku cuma satu je Qiey ..." 


"Aku kahwin dengan Huda sebab mahu lindungi dia" tegas kata-kata Bunyamin.


Memang ikrarnya untuk menjaga gadis itu. Mahu melindungi Huda dari sebarang bahaya. Itu janjinya dari dulu. Rasa cinta biarlah dipupuk. Dia yakin, cinta itu milik Allah. 


Syauqi hanya mendiamkan diri. Kenyataan itu menyakitkan. Luaran, dia nampak tabah tapi dalam hati dia? hanya Tuhan saja yang faham segala isi hatinya.


Dua hanya mampu berdoa agar segalanya dipermudahkan. Dan dia menerima segalanya sebagai satu ujian dia dan keluarganya.


••••


Huda berbaring diatas katil. Bungkusan yang terdapat roti bom dan juga air neslo ais tadi, dibiarkan tidak terusik. 


Dia langsung tidak berasa lapar. Menu yang dibelikan oleh Bunyamin, sedikitpun tidak menggugat seleranya. 


Kipas disyiling yang berputar, direnungnya ralit. Laju pusingan kipas itu, sederas aturan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah pada dia.


Dalam satu malam sahaja, pelbagai perkara menimpa dia tanpa diduga. Bermula dari dirinya dipukul sehingga lembik oleh Puan Syuhada. Dia hampir dilanggar kereta yang tidak dikenali.


Kemudian, Syauqi membawa dia ke balai Polis untuk membuat laporan. Puan Syuhada ditangkap. Dia hampir dirogol oleh lelaki yang dianggapnya sebagai ayah. 


Dan akhir sekali dia ditangkap khalwat. Bersama lelaki yang tidak dia kenali. Dan akhirnya dia bergelar seorang isteri kepada lelaki tersebut. Dia terpaksa akur demi keselamatan dirinya juga.


Berada disisi lelaki yang bernama Bunyamin buat dia terasa selamat. Huh! Biarlah di hidup tanpa cibta kerana bagi dia cinta hanya menyusahkan. Dia lebih rela memilih dilindungi dari dicintai kerana dicintai akan memusnahkan sesuatu perhubungan.








Bersambung ...


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.