Home Novel Cinta Cinderella
Cinderella
ainRAZAK
28/12/2020 01:25:31
31,077
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

Huda beralih ke kiri dan ke kanan. Tidurnya bagai tidak selesa dan terganggu. Seluruh tubuhnya terasa seperti mahu tercabut. Berdenyut-denyut sana sini.




Dia bangun lalu duduk bersandar di kepala katil. Kaki yang berbalut bandage dibeleknya. Diurut-urut sedikit bagi menghilangkan rasa sakit. Kelihatan bentuk kakinya lebih besar daripada biasa. 




Mungkin juga keadaan kaki Huda semakin membengkak. Patutlah dia terasa sakit yang amat sangat seolah dicucuk dengan jarum peniti yang tajam dibahagian telapak kaki hingga ke betis.




Rasa denyutan semakin menyengat. Wajahnya juga rasa begitu. Belum ditambah lagi bahagian belakang dia yang luka dan lebam-lebam akibat dipukul dengan batang paip. 




Huda kira, kesan ubat penahan sakit yang dimakannya tadi sudah kian beransur-ansur hilang. Sebab itulah rasa sakitnya semakin kuat datang.




Huda mencapai botol air masak berjenama Avon bersaiz 1 liter diatas meja kopi. Malangnya botol itu sudah kosong, dia lupa untuk mengisi semula tadi siang. Huda mendengus kasar. Jam ditelefon bimbit dipandang sekilas.




Waktu sudah menghampiri jam 5.00 pagi. Dia rasa seperti baru sahaja melelapkan mata sebentar tadi. Tetapi sudah terjaga gara-gara rasa sakit yang bertandang.




Tanpa berlengah, Huda bangun perlahan-lahan dari katil. Sakit keseluruhan tubuhnya terasa semakin kuat. Plastik berwarna putih serta bertulisan biru yang berisi ubat, dicapai laju.




Dia sudah berkira-kira mahu bergerak untuk mengambil air di dapur dan mahu menelan ubat. Rasa sakit buat Huda berasa sangat tidak selesa.




Tongkat di kepala katil dicapai. Setelah Huda menyarungkan tudung di kepala, Huda bangun sambil menjinjit botol air. Dia berjalan menghampiri pintu bilik. 




Selak pintu dibuka. Kemudian, pintu bilik dikuaknya perlahan. 




Terkejut Huda saat pintu biliknya terbuka luas. Terjengul wajah bapa tiri yang sedang tersengeh menantinya betul-betul dihadapan pintu bilik. Wajah Huda serta merta berubah pucat tidak berdarah.




"Apa pakcik buat depan bilik Huda ni?" soal Huda cemas. Dia mengurut dada.




Sengehan Bakri buat dia terasa seram. Meremang bulu romanya. Ingatan Huda mula membayangkan perkara yang bukan-bukan. Nafas seakan tersekat bila perkara itu menerjah ke ruang minda.




"Eh, bukan tadi kau panggil aku ke nak minta tolong. Atau aku salah dengar?" Bakri menyoal balas. Dia tersengeh miang. Soalan Huda dibiarkan sepi. 




Bakri menolak tubuh Huda masuk k ke dalam bilik semula dengan kasar. Terdorong gadis itu ke belakang. Wajah Huda sudah berkerut seribu. Dia mulai berasa takut.




"Apa ni pakcik??" tengking Huda pantas bila diperlakukan sebegitu oleh Bakri. 




Hatinya menjerit kuat. Apakah ketakutannya bakal menjadi kenyataan? Selama ini dia cuma menepis sahaja fikiran-fikiran buruk tentang bapa tirinya. 




Tetapi dia tidak menyangka sebenarnya inilah belang yang cuba disorok oleh jantan itu selama ini. Huda mendengus kasar. Dia cuba mengintai peluang untuk meloloskan diri.




Bakri memegang tongkat Huda. Dicampaknya jatuh ke lantai dengan kasar.




"Kenapa guna tongkat? Meh sini pakcik tolong pimpin Huda ke katil yea" ujar Bakri galak. Dia seronok melihat reaksi Huda. Tampak bertambah cantik bila gadis itu ketakutan.




"Aaa .... pa pakcik buat ni?" soal Huda sekali lagi. Dia terasa gerun saat memandang wajah Bakri yang sudah kelihatan seperti orang yang sudah hilang akal.




Terbit bauan yang tidak menyenangkan dari mulut lelaki tua itu. Huda terasa seperti bau yang masam. Dia mahu termuntah. Lantas ditekup mulutnya dengan kedua belah telapak tangan.




Hati Huda berdebar-debar.




Bakri menutup pintu bilik lalu menguncinya. Senyuman kembali dilebarkan. Dia rasa gembira malam ini. Gembira kerana hari yang dinanti-nantikannya selama ini sudah tiba.




Tubuh gadis dihadapan Bakri diratahnya dengan pandangan mata yang tajam menikam. Bebola mata langsung tidak dikerdipkan. Hujung bibir digigit.




Dia tersangat mahu merasai manisnya tubuh gadis sunti berdarah kacukan seperti Huda Quah. Bukan sahaja anak muda di kampung ini terlalu menginginkan Huda, bahkan dia sendiri tertarik dengan kecantikan gadis itu.




Bakri mendekati Huda. Selangkah demi selangkah diaturnya dalam gerak yang terhuyung-hayang. Dia menanggalkan tudung yang dipakai oleh gadis itu dengan kasar. Lalu dilempar ke katil.




Tubuh Huda terasa menggeletar. Dia memandang Bakri dengan perasaan takut. Dia takut untuk membayangkan tindakan Bakri selanjutnya. Dia memeluk tubuhnya erat, saat di dekati oleh lelaki durjana itu  




Dia tidak mampu berbuat apa-apa saat tubuhnya terasa semakin lemah. Setapak demi setapak Huda melangkah ke belakang. Akhirnya dia terperangkap diantara celahan dinding.




Bakri ketawa deras.




"Mana kau nak lari cantik manis? Kau dah terperangkap. Malam ni, kau akan jadi milik aku selama-lamanya. Seperti mana mak kau dulu-dulu yang berjaya jadi milik aku." ujar Bakri bangga.




Dia menyentuh bahu Huda. Pantas Huda menepis. Dia tidak rela disentuh oleh lelaki yang dianggapnya seperti ayah itu. Dia terasa jijik.




"Wahhh, aku suka bila kau menolak. Lagi menarik. Lagi mencabar. Aku memang sukakan cabaran" ujar Bakri dalam ketawanya.




Bakri menyentuh wajah Huda pula. Huda mengelak. Kemudian tangan Bakri turun ke tubuhnya. Huda cuba menepis. Dia takkan sesekali izinkan lelaki yang bukan suaminya menyentuh dia.




Bakri menangkap tangan Huda. Lalu ditekan keduanya  ke dinding. Huda mendengus kasar. Hembusan nafas Bakri terasa panas diwajahnya. 




Mata Huda mula berkaca. 




"Apa yang pakcik nak buat ni? Sedarlah pakcik. Ini Huda, anak tiri pakcik" ujar Huda dalam suara yang terketar-ketar.




Dalam keadaan mencemaskan begini, dia terfikir untuk bertoleransi. Mungkin Bakri akan tersedar dan kemudian akan melepaskan dia. Malangnya itu semua sia-sia. Ketawa Bakri meruntuhkan harapan Huda.




Bakri ketawa seperti dirasuk syaitan. Ya! memang dia sudah kerasukan. Kerasukan oleh kecantikan bidadari yang dia idamkan selama ini. Bukan mudah dia menanti bidadari ini membesar.




"Aku sudah buta manis. Aku buta kerana kecantikan kau yang mengasyikkan. Kecantikan yang buat semua lelaki memuja kau. Termasuklah anak aku. Malam ni, aku nak 'rasmikan' kau. Aku nak jadi orang yang pertama" ujar Bakri dalam nada bangga.




"Tolongggg pakcik. Jangan! Tolonggg ... " Huda menjerit lantang. Lantas mulutnya ditekup Bakri. 




Lelaki itu memerangkap Huda diantara celahan tangannya. Desah nafas Bakri sudah tidak sekata. Haruman asli Huda buat dia tergoda. Nafsunya kembali menyala.




Huda ligat berfikir. Dia perlu meloloskan diri dari lelaki itu. Dia tahu Bakri dalam keadaan separuh waras. Jika dia menggunakan tenaga dengan lebih kuat, pasti lelaki itu akan tumbang.




Tetapi badannya Huda masih lagi punya rasa sakit akibat dipukul tadi. Bagaimana dia mahu menggunakan tenaganya dalam keadaan dia yang lemah begini.




'Fikir Huda, fikir!' desis hati kecilnya. 'Tiada orang yang akan bantu kau, melainkan diri kau sendiri Huda' Hatinya masih lagi berbisik.




Matanya memandang kearah pintu bilik yang dikunci. Tiba-tiba satu kekuatan menyelinap masuk ke dalam dirinya. Senyuman terukir dihujung bibir. Alhamdulillah, dia masih punya peluang untuk meloloskan diri 




"Wanginya kau Huda. Tak macam mak kau yang bau bawang hari-hari. Tak rugi aku bela kau" ujar Bakri dalam nada suara yang meleret-leret atas pengaruh arak yang diteguknya tadi.




Bibirnya hampir mendarat ke pipi gadis itu. Malangnya, dia tidak sempat merasa. Tiba-tiba terasa senak mencengkam dicelahan pahanya. Dia menunduk.




"Aduh. Sakitnya. Apa kau dah buat ni Huda?" jerit Bakri. Dia dapat merasakan tendangan padu yang diberikan oleh lutut gadis itu.




Huda cepat-cepat menuju ke arah pintu. Bakri masih cuba menerkamnya. Tapi tidak berhasil. Huda membaling pasu yang terdapat ditepi dinding kearah Bakri. Tepat mengenai kepala lelaki itu.




Bakri mengerang kesakitan.




Huda cepat-cepat membuka kunci dengan pantas. Dia berlari terhinjut-hinjut tanpa menggunakan tongkat. Rasa sakit langsung tidak dpedulikan. Pintu utama rumah di dekatinya lalu dibuka kasar.




Dengan berkaki ayam, Huda berlari-lari anak meninggalkan kawasan rumah. Pandangan matanya seakan ternampak sebuah kereta yang diparkir di bawah pohon rambutan. 




Tanpa memikirkan risiko yang bakal terjadi seterusnya, dia terus memboloskan diri masuk ke dalam kereta itu. Nafasnya turun naik. Jantung berdegup kencang. Matanya masih lagi memandang kearah rumah. Dia yakin, dia pasti dia akan diekori oleh Bakri.




Tiba-tiba enjin kereta dihidupkan. Huda pantas menoleh. Dia terperanjat saat melihat raut wajah yang sedang memandangnya dengan pandangan yang penuh tanda tanya.




Masing-masing tergamam.









Bersambung...

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.