Home Novel Cinta Cinderella
Cinderella
ainRAZAK
28/12/2020 01:25:31
37,806
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

Huda memandang raut wajah yang berada betul-betul dihadapannya. Tenggelam terus wajah manis yang dihiasi senyuman sebentar tadi saat mata mereka bertatapan.




Wajah itu kembali tegang dan bengis. Langsung tiada segaris senyuman dihulurkan pada dia. Kenapa? Apa yang membuatkan lelaki itu bersikap begitu? Adakah kerana masa silam? Atau kerana diri pernah dikecewakan?




Namun, ada sesuatu tentang lelaki itu, buat dia tertarik.




Lelaki itu punya satu senyuman yang boleh mencairkan hati mana-mana gadis yang memandang. Rasa itu memang tidak dapat dinafikan lagi kerana Huda sendiri mengalami perasaan itu sebentar tadi. 




Rekahan senyuman dari ulas bibir lelaki itu saat berbicara dengan Syauqi sebentar tadi, buat dia terpana. Adakah lelaki itu bidadara yang diturunkan dari syurga untuk dia? Matanya tidak lepas dari menatap wajah jejaka dihadapan.




"Huda! Kau boleh bangun tak?” soal Syauqi lantang.




Serta merta Huda tersedar. Dia mengerdipkan kelopak mata. Terpinga-pinga saat ditegur sebegitu. Tangan Syauqi membelek kakinya yang tidak berselipar. 




"Kalau kau taknak bawa ke hospital, kau boleh bawa dia pergi klinik kawan aku" celah Bunyamin yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.




Syauqi memandang rakannya.




"Kau jangan risau ..." tekan Bunyamin sekali lagi. Akhirnya Syauqi menganggukan kepala.




"Kau boleh bangun tak? Jom, aku bawa kau pergi klinik. Kaki kau nampak teruk ni. Kalau tak ubatkan, nanti kau tak dapat jalan macam biasa" ujar Syauqi perlahan. Nada suaranya kedengaran lebih lembut dari tadi.




Suara Syauqi hanya didengar sepintas lalu. Langsung tidak diamati. Hanya masuk telinga kanan, keluar ikut telinga kiri. Tidak melekat dalam kepala otaknya.




Hanya wajah rakan Syauqi yang dipanggil Min sahaja berlegar diruang mata dan kepalanya ketika ini. 




"Angaukah aku?" monolong Huda sendiri.




"Hoi!" jerkah Syauqi kuat. Dia menatap wajah Huda dengan pandangan mata yang tajam.




"Ya Allah! Apa aku dah buat ni?" bisik Huda dalam hati. Dia seakan baru tersedar. 




Sedari tadi dia ralit membelek wajah jejaka disebelah Syauqi seolah-olah hanya mereka berdua sahaja berada disitu ketika ini.




"Er, er, aku, aku ... " Huda tergagap-gagap mahu bersuara.




"Ehem!" Bunyamin berdehem. Dia melarikan bebola mata dari terus menatap wajah gadis dihadapannya.




Huda termalu sendiri. Wajahnya yang terasa sengal akibat di pukul Puan Syuhada, digagahkan juga untuk tersengeh bagi menutup rasa malu.




“Kau dengar tak apa aku cakap?” soal Syauqi sekali lagi. Dia perasan yang gadis itu sedang memandang Bunyamin. 




Sengaja dia mencelah.




Sesiapa sahaja yang melihat raut wajah dan perwatakan Bunyamin, pasti akan segera jatuh hati. Kerana sahabatnya itu punya aura yang tidak dapat diterjemahkan melalui kata-kata.




Dia sendiri tertarik dengan keperibadian Bunyamin saat kali pertama dia bertemu dengan lelaki itu 3 tahun dahulu. Ketika itu dia hampir lembik dibelasah oleh sekumpulan peragut sebaik sahaja keluar daripada sebuah bank. 




Mujur Bunyamin muncul secara tiba-tiba dan membantu dia mengalahkan penjenayah-penjenayah itu. Jika tidak dibantu, mungkin dia sudah tidak bernafas lagi sekarang ini.




Dia berhutang nyawa dengan Bunyamin. Dan semenjak itu, mereka menjadi akrab. Secara kebetulan juga, Bunyamin tinggal berdekatan dengan tempat kerjanya. Jadi hubungan mereka berterusan hingga ke hari ini.




"Sorry!" ucap Huda sepatah. Syauqi mematikan lamunannya. Dia kembali memandang Huda Quah.




"Aku bukan suruh kau minta maaf! Aku cuma nak tahu je. Kau boleh bangun ke tidak?" balas Syauqi. Dia menjentik dahi adik tirinya.




Huda tidak sempat mengelak.




"Adoi! Sakitlah! Kau ni memang spesis suka menyakitkan orang ke?" Huda menjerit. Dia menggosok-gosok dahi yang dijentik oleh Syauqi sebentar tadi. Bibirnya diketap menahan geram.




Huh!




Huda mendengus.




Syauqi dengan sikap dia yang suka menyakitkan hati Huda, memang tidak dapat dipisahkan. Pantang ada peluang, pasti mahu menyakitkan hatinya.




Walaupun begitu, Huda tetap bersyukur kerana dikurniakan seorang abang tiri yang baik, dan mengambil berat tentang diri dia. Biarpun sikap Syauqi kadang-kala menjengkelkan, tapi dia seorang lelaki yang baik Huda pernah kenal.





Sanggup bertikam lidah dengan keluarga sendiri, semata-mata mahu mempertahankan Huda. Syauqi juga sentiasa mengutamakan Huda berbanding adik beradiknya yang lain.




Dimana lagi dia mahu mencari abang tiri yang begitu prihatin dan baik seperti Syauqi? Walaupun mereka sering bergaduh, tapi Syauqi tidak pernah menyentuh dia walaupun dengan sebatang rotan seperti mana dilakukan oleh Puan Syuhada.




"Dah! Jom bangun! Kalau aku tunggu jawapan kau, alamatnya kita tidur sinilah malam ni. Tak habis-habis mahu berangan. Soalan senangpun, kau nak jawab ambil masa berjam-jam" bebel Syauqi.




Dia terus mengangkat Huda keatas dukungannya. Huda tercengang. 




"Eh, kau ni dah kenapa angkat aku segala? Turunkan aku balik!" protes Huda. Dia meronta-ronta.




Dah kenapa, tetiba Syauqi mengangkat dia. Depan rakannya pula. Huda malu. Dia bukannya budak kecil yang perlu dikendong dan dipaksa bawa pergi.




"Mulut tu diam! Aku nak bawa kau pergi hospital. Kita check apa yang patut, lepas tu kita ke balai polis” balas Syauqi tanpa mempedulikan kata-kata Huda.




Bunyamin memulakan langkah terlebih dahulu. Dia bangun dan meninggalkan mereka berdua yang sibuk bercakaran. Dia terus memboloskan diri masuk ke dalam kereta.




Matanya mengerling sekilas kearah drama sebabak di depan mata tadi. Jantung Bunyamin berdegup kencang seolah sedang berlari sepantas pelari pecut Negara, Khairul Hafidz Jantan.




Telapak tangan dibawa ke dada. Apakah yang dia rasakan sekarang ini? Pantas dia menggelengkan kepala. Dia masih punya tugas yang perlu diselesaikan. Dia tidak boleh biarkan emosi mempengaruhi tugasannya.




Huda meronta-ronta minta dilepaskan.




“Kenapa kena pergi balai polis?” soal Huda buat-buat tidak mengerti. Sedangkan dia tahu tujuan sebenar Syauqi mahu membawanya ke sana.




“Eh, saja nak main ‘police and thieft’. Kau taknak join main sekali ke?” perli Syauqi. Wajah lebam Huda dipandang.




Huda menjeling geram. Ada saja jawapan yang mahu dibalas oleh Syauqi.




Syauqi membawa Huda mendekati kereta Honda City milik Bunyamin. Dia menurunkan Huda betul-betul dihadapan pintu tempat duduk bahagian belakang kereta. 




Pintu kereta dibuka lebar.




“Masuk!” arah Syauqi.




Huda terpaksa menurut. Dia malas mahu bertelagah dengan Syauqi dalam keadaan dirinya yang sedang sakit. Lantaklah apa yang mahu dikata oleh lelaki itu. Dia peduli apa.




Huda melangkah masuk ke dalam kereta dengan berhati-hati. Saat kakinya menjejak ruang dalam kereta, dia tercium bau haruman mawar. Serta merta dia berasa tenang. Kembang kempis hidungnya menyedut bauan kesukaannya itu.




Tap!




Syauqi menghempas kuat pintu kereta. Bahu Huda terjungkit sedikit akibat terkejut.




“Kasar!” omel Huda perlahan. 




Mulutnya terkumat-kamit mahu mengatakan sesuatu tetapi butir bicaranya tidak terkeluar. Bagai tersekat dikerongkong bilamana matanya menangkap sepasang mata helang yang sedang memandangnya tajam melalui cermin pandang belakang.




Cepat-cepat Huda memandang kearah lain. Tidak sanggup dia mahu bertentang mata dengan lelaki yang tidak dia kenali. Pandangan itu buat dia gementar. Gerun!




Bunyamin melarikan keretanya dalam kelajuan maksima sebaik sahaja Syauqi meloloskan diri ke dalam perut kereta. 




•••••




Mereka bertiga keluar dari klinik milik sahabat Bunyamin. Huda berjalan menggunakan tongkat yang dipinjamkan oleh pihak klinik kepada dia. Dia mendahului kedua jejaka yang mengekorinya dari arah belakang.




“Kau yakin dengan keputusan kau Qiey?” soal Bunyamin mahukan kepastian. 




Satu sampul berwarna coklat bersaiz A4 dihulurkan pada Syauqi. Sampul itu bertukar tangan.




Syauqi memandang sampul yang berada dalam genggamannya. Dia tahu apa yang terdapat di dalam sampul tersebut. 




“Hal ni melibatkan hidup mak kau. Hidup keluarga kau. Maruah korang sekeluarga” sambung Bunyamin lagi.




Dia menepuk-nepuk bahu sahabatnya.




“Aku harap, keputusan yang aku buat ni, demi kebaikan bersama Min. Aku nak keluarga aku sedar apa  yang mereka buat selama ini pada Huda dan arwah ibu Lily, salah!” Ujar Syauqi penuh emosi.




Syauqi menyesal kerana dia tidak bertindak lebih awal. Jika tidak, dia pasti dapat menyelamatkan nyawa seorang wanita yang tidak bersalah.




Bunyamin menganggukan kepalanya. Dia memahami perasaan Syauqi sekarang ini. Bukan mudah mahu mengheret saudara sendiri ke muka pengadilan. Nak pula, orang yang mahu didakwa itu adalah ibu kandung sendiri. Tegarkah dia melihatnya tanpa berbuat sesuatu.




“Lagipun, memang ini tujuan kau minta aku datang sinikan?”




Giliran Syauqi pula mengangukan kepalanya. Mengiakan kata-kata Bunyamin.




“Kau jangan fikir banyak Qiey, Anggap ja ini sebagai amaran yang kau berikan pada mak kau supaya dia insaf dan tidak perlakukan Huda macam tu lagi” ujar Bunyamin sekali lagi. Dia cuba memujuk.




Dia tahu Syauqi tidak mudah berputus asa. Dia juga tahu Syauqi seorang lelaki yang kuat. Lagipun laporan yang mereka mahu buat lebih kepada pertahanan diri Huda. Juga lebih kepada amaran yang akan diberikan kepada ibubapa Syauqi agar mereka sedar.




Mereka berdua jalan beriringan menuju ke kereta. Masih ada satu destinasi yang perlu mereka tujui. Semoga semuanya baik-baik saja. Doa Syauqi dalam hati.









Bersambung ...

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.