Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 43

AKU, Mia dan Auntie Zainab pergi ke restaurant berdekatan untuk mengisi perut sebelum perbicaraan di mulakan pada jam 2 petang. Walaupun tidak begitu selera, kami terpaksa juga memaksa diri untuk makan. Sebelum menyertai Mia dan Auntie Zainab aku ke surau untuk menunaikan solat zuhur. 


“Assalammualaikum,” 


“Waalaikumsalam,” aku menjawab salam wanita yang hampir sebaya dengan Auntie Zainab. 


Aku nampak dia berada di dalam mahkamah bersama dengan seorang lelaki duduk 2 baris dari tempat duduk peguam Ariffin. Tapi kerana terlalu risau memikirkan Mikhail aku tidak tumpukan perhatian kepada pasangan itu. Wanita itu membuahkan senyum padaku. Aku membalas senyumannya.


“Boleh auntie duduk di sebelahnya?,” tanya wanita itu dengan ramah.


“Silakan,” jawabku ringkas kerana Mia dan Auntie Zainab sudah kembali ke mahkamah. Aku hanya makan sendirian tanpa berteman. 


“Anak, temannya Mikhail?,” soalnya lagi.


Aku menganggukkan kepala perlahan. 


“Nama auntie Salena, ibunya Mikhail,” jawabnya lalu membuahkan senyuman.


Aku menelan air liur bila wanita itu memperkenalkan dirinya kepadaku. Wanita itu ibu Mikhail? Dan lelaki yang bersamanya tadi adalah bapa Mikhail.


“Saya Farah Aqiela, maaf saya tidak kenal Auntie tadi,” jawabku lalu menyambut huluran tangan Auntie Salena lalu mencium tangannya tanda hormat.


“Ah tak mengapa?,” jawabnya tersenyum lagi. Dia cuba untuk tidak memikirkan tentang kes Mikhail. 


Di dalam mahkamah dia banyak berzikir dan berdoa semoga Allah membantu Mikhail menyenangkan perbicaraannya. Dia tahu Mikhail tidak bersalah dan telah teraniya. Mikhail anak yang baik. Walaupun Mikhail bukan dari darah dagingnya. Dia sayangkan Mikhail seperti anaknya sendiri. Mikhail adalah pengarang hati dan jantungnya. 


“Jangan bimbang auntie, Insya Allah Mikhail tidak apa-apa, kita semua mendoakannya,” ujarku lalu menyentuh tangan auntie Salena kerana dia kelihatan risau. Siapa yang tidak risau jika anaknya ditimpa kesusahan.


“Itu yang Mikhail selalu sebut bila Auntie risaukan tentang dia,” jawab auntie Salena terharu bila mengenangkan nasib yang menimpa Mikhail. 


Sepanjang dia memelihara Mikhail. Sejak dari usianya 8 tahun hinggalah dewasa Mikhail tidak pernah memberinya masalah. Mikhail pandai menjaga diri dan mengelakkan dirinya dari mendapat masalah. Dan jika dia ditimpa masalah Mikhail tidak akan membebankan sesiapa. Dia akan cuba menyelesaikan masalahnya sendiri. Mikhail terlalu independent. 


Aku tersenyum bila Auntie Salena berkata demikian. Mikhail tidak suka melihat orang yang di sayangi risau tentang dirinya. Tapi kami tidak tahu bagaimana untuk tidak risau tentang dirinya kerana kami semua sayangkannya.


“Auntie, Mikhail tidak mahu melihat kita sedih sekiranya mahkamah tidak berpihak kepadanya, kita harus cekalkan diri sepertimana Mikhail minta, kerana kita sayangkan dia,” ujarku lalu tersenyum. 


Itu permintaan Mikhail. Dia mahu kami cekalkan hati dan jangan bersedih jika mahkamah tidak berpihak padanya. 


Auntie Salena mengesat air matanya lalu menganggukkan kepalanya perlahan kerana ada benarnya apa yang di katakan Farah. Mikhail memintanya agar redha dengan keputusan mahkamah dan jangan bersedih. 


“Mikhail beruntung mendapat wanita yang memahami dirinya,” jawab Auntie Salena tersenyum kerana Mikhail tidak salah membuat pilihan hatinya. Farah wanita yang cantik dan tabah.


Aku tersenyum malu bila Auntie Salena berkata demikian. Aku tidak menyangka Auntie Salena tahu siapa aku di mata anaknya.


“Auntie, saya rasa kita harus pergi ke mahkamah sekarang kerana sekejap lagi perbicaraan akan bermula,” ujarku lalu melirik kearah jam di pergelangan tanganku.


Auntie Salena bangkit dari tempat duduknya. Kami berdua berjalan menuju kearah mahkamah bersama.



                                                                         *****



AKU mengambil keputusan untuk ke tandas sebelum perbicaraan bermula. Corridor mahkamah kelihatan sunyi kerana semua sudah berada di bilik mahkamah. Aku ingin menolak pintu tandas bila terdengar suara seseorang. Aku tidak jadi ke tandas dan berjalan menuju kearah suara tersebut. Suara itu kedengaran samar-samar. Langkahku terhenti bila suara itu jelas kedengaran di telingaku. Mataku tertancap ke arah wanita yang membelakangkanku. 


“Kau jangan hendak babitkan aku, aku tidak ada kena mengena dengan dokumen itu,” ujar Emilia. 


“Emilia?,” bisikku perlahan bila menyedari wanita itu adalah Emilia kerana aku mengecam akan pakaian yang dipakai oleh Emilia tadi.


Peplum dress berwarna kelabu dan bertali pinggang tipis berwarna merah. Dia kelihatan gelisah kerana berjalan mundar mandir ketika berbual di telefon bimbitnya seolah-olah perbualannya dengan pemanggil tidak begitu menyenangkan.


Aku menyeluk poket seluarku dan mengeluh lega bila mendapati telefon bimbit ada bersamaku. Tanpa membuang masa aku menekan butang video untuk merakam perbualan Emilia yang aku rasa mencurigakan kerana aku terdengar Emilia menyebut dokumen di dalam perbualannya.


“Farouk! Kau yang tiru tanda tangan Mikhail dan kau juga yang gelapkan kesemua duit itu kau nak babitkan aku! Kau jangan cuba hendak ugut aku, kerana aku boleh pecahkan rahsia kau,” ujar Emilia lalu mematikan telefon. 


Aku segera mematikan telefon lalu bersembunyi di sebalik tembok kerana Emilia berjalan menuju kearah aku. Langkah Emilia terhenti bila telefonnya berdering nyaring. Emilia betul-betul berdiri di sebalik tembok tempat aku bersembunyi.


“Kau nak apa lagi?,” jawab Emilia kasar.


Aku menahan nafas kerana khuatir Emilia akan tahu ada orang yang mengintipnya. Jantungku berdegup kencang. 


“2 juta kalau kau hendak aku tutup rahsia kau, jumpa aku di tempat biasa petang ni,” jawab Emilia lalu mematikan telefonnya. 


Emilia berjalan menuju kearah keretanya. Aku memastikan bahawa kereta Emilia sudah lama meninggalkan pengkarangan mahkamah baru aku keluar dari persembunyianku. Handphone aku hidupkan semula. Aku menekan galeri dan berdoa agar aku dapat merakam video Emilia tadi. Aku mengeluh lega bila video itu berada di galeri. Aku menekan butang ‘play’.


“Farouk, kau yang tiru tanda tangan Mikhail dan kau juga yang gelapkan kesemua duit itu kau nak babitkan aku, kau jangan cuba hendak ugut aku kerana aku boleh pecahkan rahsia kau,”


Aku memanjatkan syukur kerana aku berjaya merakam akan video Emilia. Aku segera mematikan telefon. Aku mempercepatkan langkahku ke bilik mahkamah. 






Previous: Bab 42
Next: Bab 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.