Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 9

SETIBANYA di pengkarangan rumah keluarga Shafiq kelihatan pelbagai jenis kereta berderet-deret park di hadapan rumahnya. Hmm no wonder Shafiq stress semacam sahaja rupa-rupanya banyak tetamu VVIP yang hadir rupanya. Patutlah dia mempertikaikan tentang bag aku tadi. Kata kenduri, jadi aku pakai simple ajelah. Tak kan aku nak pakai kebaya dengan corset bling-bling pulak kan. Shafiq mematikan enjin lalu keluar dari perut kereta. Aku turut berbuat demikian. Bila kaki aku hendak melangkah Shafiq menarik lenganku. Aku tersentak bila dia berbuat demikian. Aku memandangnya dengan wajah hairan. Apa kena dengan mamat ni.


“Selendang you senget,” ujarnya sambil membetulkan tudungku yang dikatakan senget tadi. 


Aku membiarkan sahaja Shafiq membetulkan selendang aku. Begitulah keadaan Shafiq bila dia berdepan dengan keluarga mamanya. Tidak senang duduk apa yang dia risaukan sangat aku pun tidak pasti.


“Dah ok, boleh kita masuk sekarang,” ujarku bila Shafiq masih lagi berdiri tercegat di hadapanku tanpa berbuat apa-apa.


“Ok let’s go,” ujarnya mengeluh perlahan setelah puas dengan penampilan tunangnya.


Semua mata tertumpu kearah kami sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah Shafiq. Semua yang berada di ruang tamu tidak aku kenali kerana aku hanya kenal mama, papa dan adik Shafiq sahaja. Aku bersalaman dengan tetamu wanita yang duduk di sebahagian ruang tamu. Rata-rata tetamu wanita memandang ke arahku sambil membisikkan sesuatu. Aku hanya membuahkan senyum lalu menuju kearah ruang dapur dimana mama Shafiq berada. Keadaan di dapur kelihatan sibuk ramai yang membantu menyediakan juadah tahlil. Aku merapati mama lalu bersalam dan memeluknya.


“Kenapa Farah datang lewat?,” tanya mama sambil tersenyum. 


“Biasalah ma, macam mama tak tahu Shafiq tu, ada apa-apa yang Farah boleh bantu,” jawabku membalas senyuman mama. 


Terasa tidak selesa pula datang lewat dan semuanya kelihatan sudah beres di uruskan oleh mama seorang.


“Eh tak payah semuanya dah siap, kan ke Farah tetamu VIP kami, mari mama kenalkan dengan keluarga mama dan tetamu mama,” ujar Puan Mariah lalu menarik tangan bakal menantunya menuju ke ruang tamu.


Dari jauh Shafiq menjeling kearah tunangnya Farah yang di tarik mamanya ke ruang tamu di mana tetamu wanita sedang duduk. Pasti mamanya hendak kenalkan bakal menantunya kepada keluarga dan teman-temannya. Shafiq mencapai yassin dari papanya. 


Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan makcik-makcik Shafiq sebelah mama. Semuanya orang-orang berada dan ada juga yang bergelar Datin. Patutlah Shafiq seakan stress sangat tadi rupanya sebab itu. Aku pula tidak merasa stress kerana pada aku mereka semua hanya manusia biasa hanya berbeza mereka berharta, berpangkat dan berdarjat. Tidak perlulah kita merasa terlalu rendah diri atau mengagung-agungkan mereka. Yang penting niat di hati baik dan kita tidak sombong. Itu prinsip aku. Aku tidak seperti orang lain yang terlalu mengikut protocol. Itu tidak bermakna aku tidak tahu menjaga diri atau menunjukkan besar kepala. Sepertimana yang aku katakan tadi kita sama sahaja di mata Allah yang membezakan amalan kita.


Aku bersalaman dengan Mia yang datang bersama mamanya iaitu Datin Zainab. Inilah pertama kali aku bertemu dengan mama Mia. Mia hanya menjungkitkan keningnya sebaik sahaja terpandang akan wajahku kerana dia sedang berbual di telefon. 


“Farah tunang Shafiq??,” mama memperkenalkan kepada Datin Zainab.


“Farah, kawan sekolah Mia kan?,” ujar Datin Zainab tiba-tiba.


“Ya saya,” jawabku ringkas lalu menganggukkan kepala mengiyakannya. 


Hairan juga bagaimana Datin Zainab tahu aku kawan sekolah anaknya sedangkan bertemu dengannya pun aku tidak pernah. Ah mungkin Mia ada menceritakan kepada mamanya mengenai aku.


“Oh auntie hanya dengar nama Farah di sebut-sebut Mia baru kini kita bertemu, eh duduklah tak makan sama ke?,” pelawa Datin Zainab ramah. 


Apa yang mengejutkan aku bila dia membahasakan dirinya auntie dan bukan ‘Datin’. Hmm perangai Datin Zainab berlainan sungguh dengan anaknya Mia. Umpama langit dengan bumi. Betul ke Mia tu anak dia. 


“Tak mengapa Datin makanlah dulu, saya hendak membantu mama di dapur,” ujarku menolak perlawaan Datin Zainab dengan sopan.


“Eh tak yah lah panggil Datin-Datin ni panggil auntie aje, kita kan bersaudara,”


“Baiklah auntie, jemputlah makan auntie,” ujarku ingin mengatur langkah ke dapur bila tertiba Mia bersuara.


“Pergi ke dapur nanti ambik kan aku salad yang aku order dengan mak ngah tadi, aku tak makan lauk-lauk yang berminyak ni?,” ujar Mia selamba lalu mencapai timun yang terdapat dari atas pinggan mamanya.


“Issk Mia kan ke ni majlis Farah, tak kan lah di suruh Farah ambilkan, pergilah ke dapur ambil sendiri,” tegur Datin Zainab bila anaknya berkelakuan demikian. Dia malu dengan Farah.


“Ala mama bukan Farah tak biasa,” jawab Mia sambil lewa tidak sedikitpun merasa perbuatannya itu salah.


“Tak apa auntie saya bawakan salad untuk Mia,” ujarku berlalu ke dapur. 


Di pintu dapur belakang terdapat beberapa orang lelaki sedang menghisap rokok di mana salah satunya adalah Shafiq. Ah biarlah bukan aku tak tahu Shafiq social smoker. Mesti dia bersama dengan teman-temannya di belakang. Aku sibuk mencari salad yang di maksudkan Mia bila aku terdengar akan suara salah satu teman kaki Shafiq. Suaranya familiar sungguh. Hmm siapa eh? Bisik aku dalam hati. Kepo ingin tahu siapakah gerangan milik si empunya suara. Aku berdiri di hadapan pintu pura-pura mencari sesuatu. Apsal lampu kat yard ni kelam sangat. Romantik lah sungguh. Aku pulak rabun ayam.  Sudahnya aku hanya nampak bayang-bayang mereka berdiri di belakang rumah.


“Fiq, Mia kata dia ada order salad you tahu mana salad dia, puas I cari tak jumpa?,” tanyaku. 


Yelah sudah puas aku mencari di atas island kaunter mama tak ada pun bayang salad Mia. Aku tahu Shafiq tidak kuasa untuk mengambil tahu tentang perkara remeh begini. Aku saja bertanya padanya. 


“Ada dalam fridge,” jawab Shafiq ringkas.


Ada dalam fridge macamana Shafiq tahu eh? Dia belikan untuk Mia ke? Hmm sanggup. Kalau aku pesan dia untuk belikan sesuatu untuk aku, belum pernah dia belikan. Rajin pulak jika Mia yang pesan. Siapa tunang Shafiq aku ke Mia? Bisikku dalam hati. Geram aku dengan perangai Shafiq. Tahulah Mia itu sepupu dia. Tapi aku ni tunang dia. Dia sedikitpun tidak menjaga hati aku. Aku cemburu. Aku tahu Mia masih lagi sayangkan Shafiq dan Shafiq walaupun cuba menafikannya tapi dari segi layanan yang diberikan terhadap Mia menyakinkan aku bahawa dia masih sayangkan Mia. 


“You belikan Mia salad? ujarku kurang senang akan perbuatan Shafiq.


“I tak belikan Mia salad,” jawab Shafiq acuh tak acuh. Dia tidak mahu mengaku kerana dia tahu Farah akan terasa. 


“Fiq, tadi Adam yang belikan sebab masa kau call tu aku tengah drive, aku pesan dengan Adam,” jawab Haiqal teman Shafiq.


Adam. Sejak bila pulaknya Shafiq ada kawan bernama Adam. Yang aku tahu Haiqal, Khairul dengan Taufiq teman sekakinya. Mana datangnya Adam? Aku cuba mengira lelaki yang berbaju melayu berada di belakang rumah bersama dengan Shafiq tadi. 5 orang termasuk Shafiq.


“Oh ok,” jawabku tidak punya mood ingin tahu akan siapa teman baru Shafiq yang bernama Adam kerana aku yakin yang membeli salad itu bukan Adam sepertimana yang dikatakan Haiqal tadi tapi Shafiq. 


*****


Aku menyerahkan kotak yang berisi salad kepada Mia. Tanpa mengucapkan terima kasih kepadaku, Mia menyambut kotak tersebut dari tanganku. Datin Zainab mengelengkan kepalanya melihat perangai Mia yang kurang sopan itu. 


“Terima kasih Farah,” jawab Datin Zainab bagi pihak anaknya.


“Eh..Tak mengapa auntie, saya sudah biasa dengan perangai Mia,” jawabku cuba menyedapkan hati Datin Zainab.


“Farah masih berkawan dengan Mia walapun kelakuannya begitu. Jika auntielah..tak ada kawan macam tu pun tak apa?” bisik Datin Zainab perlahan lalu tersenyum. Sungguhpun Mia itu anaknya. Dia tidak suka jika Mia berkelakuan begitu. 


Aku tersenyum mendengar komen Datin Zainab. Aku tidak tahu kenapa aku dapat bertahan berkawan dengan Mia sedangkan dia tidak pernah berkelakuan baik terhadap diriku. Entahlah mungkin aku merasa kasihan padanya. Di sekolah dahulu, tiada seorang budak perempuan di kelas kami yang ingin berkawan dengan Mia. Mereka tidak suka akan perangai Mia yang sombong tidak bertempat. Sudahnya Mia selalu sendirian. Tiada siapa yang mahu berkawan dengannya. Aku kasihan melihat Mia selalu bersendirian. Aku cuba berkawan dengan Mia. Pada awalnya Mia masih bersikap sombong. Tapi bila menyedari dia keseorangan dan tiada siapa yang mahu berkawan dengannya. Dia terima juga salam perkenalan dariku dan secara tidak langsung dia juga berkawan dengan teman-teman lain ku. Lisa, Shah, Aina dan Tasha walaupun mereka tidak berkenan langsung dengan perangai Mia. 


“Ini cincin tunang Farah,” ujar Datin Zainab tiba-tiba, bila terpandang akan cincin zamrud tersemat kemas di jari manis Farah.


“Ya,” jawabku gugup kerana Datin Zainablah orang pertama yang perasan cincin pertunangan aku dan membelek cincin tersebut dari jariku.


“Cantik! Cincin nikah arwah moyang..,” jawab Datin Zainab lalu menjeling kearah Mia dengan wajah kurang senang. 


Mia turut menoleh memandang kearah jari Farah sekilas bila mamanya menayangkan cincin zamrud itu kepadanya. 


“Norman, I call you back later,” ujar Mia segera mematikan telefon.


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.