Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 42

AKU tersentak bila mendengar notification dari watsapp ku.


Aku mencapai handphone yang berada di atas meja sisiku.


Are u asleep dear?


I can’t sleep.   jariku pantas membalas message dari Mikhail. 


Aku cuba melelapkan mata namun mataku tidak mahu lelap kerana aku merasa resah gelisah. Esok hari perbicaraan Mikhail. Ini bermakna esok adalah hari terakhir aku bertemu dengan Mikhail. Mahkamah akan menjatuhkan hukuman ke atas dirinya jika di sabit kesalahan. Aku menunaikan solat hajat 3 hari berturut-turut. Dan tidak henti-henti berdoa dan berharap Allah menunaikan hajatku agar Mikhail bebas dari segala tuduhan. 


Don’t worry too much ok sayang. I’ll be ok. Allah will look after me. Just take care of yourself when I’m gone.


Aku mengalirkan air mata dan merasa sebak bila setiap kali aku memikirkan tentang Mikhail. Sedih kerana Mikhail terpaksa menghadapi semua dugaan ini seorang. Dan aku selaku tunangnya tidak dapat berbuat apa-apa selain dari mendoakan kesejahteraannya. 


Loket hati pemberian Mikhail aku pandang sayu. Setelah di desak olehku beberapa kali, akhirnya Mikhail menerima keputusanku agar kami di tunangkan. Walaupun tiada cincin pertunangan kerana kami tidak sempat membelinya. Aku tidak kisah. Yang penting kami ditunangkan. Pada awalnya Mikhail agak keberatan kami bertunang, bukan kerana dia tidak sayang dan cintakan aku, tetapi kerana dia tidak mahu bersikap mementingkan diri sendiri dan tidak adil buat diriku kerana terpaksa menunggu sehingga dia di bebaskan. Aku setia menunggunya. Itu janjiku padanya. Aku cintakan Mikhail. I can’t live without him.


Bantal tidurku basah dek air mata. Mikhail memintaku berjanji kepadanya agar aku jangan bersedih bila dia tiada nanti. Aku tidak mampu menunaikan janjinya.


Can we still watsapp when you are not around dear? Taipku dengan linangan air mata.


No phone allow dear!


I know, I just want to make u laugh.


I know that too 


Bingkai gambar yang terdapat gambar Mikhail aku pandang lama. Gambar Mikhail di sewaktu awal perkenalan kami. Gambar yang di letak di profil watsappnya sehingga kini. Gambar hitam putih. Lelaki kacak yang awalnya aku sangka gambar model terkenal. Perkenalan kami yang tidak disangka dan agak tensed aku imbas kembali. Pada awalnya aku tidak berkenan dengan attitude Mikhail kerana menyangka dia adalah lelaki sombong.


You jangan main mata dengan inmate pulak. Taipku lalu tersenyum.


Inmate semuanya lelaki dear. I sukakan perempuan. 


I’m glad. 


Ok sayang I think you better sleep. We have a long day tomorrow. 


Aku melirik kearah jam. Jarum jam menunjukkan 2.30 pagi. Perbicaraan akan bermula jam 10.30 pagi. Aku mahu ke rumah Auntie Zainab seawal 8 pagi agar aku dapat meluangkan lebih masa bersama Mikhail sebelum dia ke mahkamah.


Ok dear. Good nite. I luv you dear. Xoxo


I luv U more.


Hatiku meruntun sayu bila Mikhail membalas message sebegitu. Aku tidak tahu bagaimana aku harus harungi setiap hari tanpa mendengar suara atau menerima pesanan ringkas dari Mikhail. Hubungan kami masih baru dan aku belum puas mengenali dan menyayangi Mikhail.



                                                                           *****




AKU duduk di sebelah Mia. Perbicaraan mengenai kes Mikhail akan berlangsung satu hari atau lebih sekiranya cross examination dengan saksi berlanjutan. Jantungku berdegup kencang bila mendapati bilik perbicaraan penuh dengan wartawan dan orang ramai yang tidak aku kenali. 


Ramai yang ingin mengikuti kes Mikhail. Mikhail menoleh ke arahku. Aku cuba tersenyum bila pandangan mata kami bertaut menunjukkan bahawa aku ok, walaupun dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa cemasnya aku. 


Bagaimana pula perasaan Mikhail? Bagaimana Mikhail boleh menghadapinya dengan tenang. Jika aku di tempat Mikhail. Wajahku tidak mungkin setenangnya. 


Kami berdiri sebaik sahaja hakim memasuki bilik perbicaraan dan duduk kembali setelah hakim duduk di tempatnya. Tanganku merasa seram sejuk bila hakim mengatakan perbicaraan sedang di mulakan.


Timbalan Pendakwa Raya membentangkan dokumen bukti sokongan mendakwa bahawa Mikhail telah melakukan jenayah kolar putih di dalam Akta Penyalah Gunaan Kuasa. Dengan bukti-bukti yang terdapat di dalam rekod Syarikat. Projek yang dikendalikan Mikhail semua tidak pernah di luluskan dari pihak atasan. Manakala Mikhail meluluskannya. Mikhail dituduh mengelapkan duit syarikat untuk tujuan peribadi. 


Mendengar hujah-hujah dari Timbalan Pendakwa Raya membuatkan hatiku bertambah kecut. Bolehkah Mikhail menang jika kesalahan yang di bentangkan semuanya terarah padanya. Peluh dingin mula membasahi dahiku kerana peguam Mikhail tidak membantah atas segala tuduhan yang di ajukan oleh Timbalan Pendakwa Raya.


Peguam Ariffin memanggil saksi pakar untuk ke witness stand untuk memberi pemeriksaan balas mengenai dokumen yang ditanda tangan palsu dan bukan di tanda tangan oleh Mikhail. Puan Sharifah Mustafa merupakan pekerja senior dalam forensic expert dan telah banyak membantu kes dalam jenayah kolar putih. Puan Sharifah mengesahkan bahawa tandatangan yang terdapat di dokumen tersebut bukan dari tandatangan milik Mikhail dan tandatangan tersebut adalah palsu. 


Pendakwa Raya meminta Puan Sharifah menerangkan lebih terperinci akan prosedur yang di lakukan untuk mengesahkan bahawa tandatangan yang terdapat di dokumen itu adalah tiruan. Puan Sharifah mengatakan “stroke” yang terdapat di akhir tandatangan Mikhail terdapat perbezaan dari yang asli. Dan perbezaan itu hanya terdapat di dokumen-dokumen yang dibentangkan di mahkamah. 


Setelah berpuas hati dengan jawapan dari Puan Sharifah. Peguam Ariffin meminta seorang lagi seorang saksi ke witness stand. Timbalan Pendakwa Raya membuat bantahan ketika Peguam Arrifin ingin memanggil saksi seterusnya kerana ianya tidak terdapat di dalam senarai saksi. Tapi Hakim Muhammad Nasrun membenarkan Peguam Ariffin memanggil saksi seterusnya. 


Aku menelan air liur bila Peguam Ariffin memanggil saksi seterusnya iaitu Emilia Amiruddin ke witness stand. Semua mata tertumpu kearah wanita cantik yang memakai peplum dress yang berwarna kelabu menghampiri witness stand. Setelah mengangkat sumpah. Emilia duduk di bangku wajahnya kelihatan tenang. 


Peguam Arrifin bangun dari tempat duduknya lalu menghampiri witness stand di mana Emillia di tempatkan. Peguam Arrifin meminta Emilia memberitahu mahkamah akan pekerjaannya dan jawatan yang di pegang dan tugasnya di dalam Syarikat. Emilia menerangkan kepada mahkamah bahawa dia adalah salah seorang Analisis manager yang mengendalikan projek Atalia bersama Mikhail pada ketika itu adalah Projek Direktor. Tugasnya selaku Analisis manager menyediakan research serta analisa mengenai sesuatu projek.


Peguam Arrifin menyerahkan kepada Emilia akan dokumen Projek Atalia kepadanya. Meminta Emilia menerangkan kepada mahkamah dokumen apakah itu. Emilia menerangkan kepada mahkamah bahawa dokumen tersebut adalah finalise agreement dari kedua-dua syarikat untuk sesuatu Projek di mana bujet untuk melaksanakan Projek tersebut dimeterai, dihantar dan difailkan.


Peguam Arrifin meminta Emilia mengenalpasti tandatangan yang terdapat di dokumen tersebut. Emilia menurut seperti yang diminta. 


“Tandatangan Mikhail,” jawab Emilia lalu memandang kearah Peguam Arrifin.


“Awak pasti itu tandatangan Mikhail?,” ulang Peguam Arrifin lalu memandang wajah Emilia yang kelihatan tidak selesa bila dia ulangi soalan tersebut.


Aku menelan air liur bila Peguam Arrifin mengulangi soalannya. Jantungku berdegup kencang. Bagaikan hendak terlucut. Suspennya bukan main.


“Tidak pasti,” jawab Emilia perlahan namun jelas.


Aku mengeluh lega bila Emilia memberi jawapan sedemikian. 


“Apa hubungan anda dengan si tertuduh?,” soal Peguam Arrifin kepada Emilia. 


Mataku terarah kepada Emilia bila Peguam Ariffin menyentuh soalan peribadi. Hatiku menjadi tidak tenang. 


“Pasangan kekasih,” jawab Emilia menundukkan wajahnya tidak berani memandang ke hadapan.


“She’s lying,” bisik Mia lalu menoleh ke arahku.


Buat pertama kalinya aku bersetuju dengan pendapat Mia mengenai Emilia berbohong kerana ketika dia menjawab soalan itu dia tidak berani memandang tepat ke hadapan. Dan dia kelihatan sedikit gusar.


“Cik Emilia anda sedia maklum sebelum anda di panggil berdiri di sini anda telah mengangkat sumpah untuk berkata benar,” ujar Peguam Arrifin.


Emilia kelihatan tidak selesa bila Peguam Arrifin berkata demikian. Dia mula gelisah.


“Tiada lagi soalan yang Arif,” ujar Peguam Arrifin lalu menuju kearah mejanya.


Hakim Muhammad Nasrun memberi arahan mahkamah rehat seketika dan akan bersambung lagi pada jam 2.00 petang. Mahkamah bersurai.





Previous: Bab 41
Next: Bab 43

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.