Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 32

PINTU di ketuk perlahan dari luar. Aku segera mengesat air mataku. Aku bangkit dari katil lalu membuka pintu bilik dan kembali semula ke katil lalu merebahkan diri.


Nora memandang wajah Farah dengan perasaan risau. Dia tahu Farah punya masalah besar. Semalam dia terperanjat bila Farah berada di luar gatenya. Wajah Farah kelihatan benar-benar sugul. Sebaik sahaja dia membuka gate Farah memeluknya dan menangis semahu-mahunya. Bila di tanya sebab kenapa dia bersedih. Farah hanya mendiamkan diri hanya airmata yang mengalir tanpa henti-henti. Nora meminta Farah bermalam di rumahnya kerana risau melihat keadaan Farah. Walaupun dia tahu Farah tidak akan membuat perkara yang bukan-bukan. Dia tahu Farah tidak mahu bersendirian di kala ini. 


“Kau bergaduh dengan Shafiq??,” soal Nora ingin tahu. 


Semalam Farah tidak memberitahunya apa-apa kerana dia hanya menangis bila di tanya kenapa dia bersedih. Dia tahu Farah seorang wanita yang jarang mengeluarkan air mata kerana dia cekal hati. Farah tidak akan menangis dan berkelakuan demikian jika dia tidak benar-benar sedih atau kecewa. Selama dia mengenali Farah inilah kali pertama dia melihat Farah menangis.


Nora mengeluh kecil bila Farah masih tidak mahu memberitahunya sebab kenapa dia bersedih.


“Farah macamana aku hendak bantu kau, kalau kau tak hendak kongsi masalah kau dengan aku,” pujuk Nora.


Aku bangkit dari katil lalu duduk. Aku tahu tidak ada gunanya aku bersedih lagi. Sudah memang nasibku begini. Orang yang paling aku percayai selama ini telah mempermainkan hati dan perasaan aku.


“Shafiq dengan Mia,” ujarku perlahan merasa sebak bila menyebut nama mereka. 


Selama ini aku menyangka Shafiq benar-benar sayang dan cintakan aku. Rupanya dia masih lagi tidak dapat melupakan Mia. Kenapa selama ini aku tidak nampak dan perasan akan hubungan mereka. 


“Aku tak faham maksud kau dengan Shafiq dan Mia,” ujar Nora tidak mengerti akan maksud Farah mengenai tunangnya dengan sepupu tunangnya.


“It’s always been Mia and not me Nora,” ujarku perlahan cuba untuk tidak mahu menangis lagi. 


“Bersabarlah Farah, ada hikmah disebaliknya, mujur kau tahu ini semua sebelum kau bernikah dengan Shafiq, kau dapat tahu dari Shafiq?,” soal Nora dengan rasa simpati. 


Dia juga tidak menyangka Shafiq sanggup berbuat demikian. Selama ini dia menyangka Shafiq benar-benar sayang dan cintakan Farah. 


Aku mengelengkan kepala perlahan bila Nora bertanya. Aku masih belum bertemu dengan Shafiq kerana aku tahu Shafiq tidak akan mengakui jika aku bertanya padanya.


“Dari mana kau tahu hubungan Shafiq dengan Mia kalau kau belum bersemuka dengannya?,” tanya Nora hairan kerana Farah menangis seperti dia tahu akan hubungan mereka sedangkan dia belum bersemuka dengan Shafiq dan bertanya padanya.


“Kalau kau di tempat Shafiq, aku bersemuka dengan kau mengenai hubungan kau dengan teman aku, kau akan mengaku?,” soalku lalu memandang ke arah Nora. 


Nora mengeluh kecil kerana dia sendiri tidak dapat memberi jawapan yang tepat kepada Farah. 


“Precisely,” jawabku perlahan. 


Kalau Shafiq boleh menipu hati dan perasaan aku semudah dan selicik itu. Aku percaya dia dapat membohongi aku mengatakan dia tidak ada hubungan apa-apa dengan Mia. 


“But you cannot just assumed that both of them had a serious relationship without any proof Farah, what if ada orang tidak suka melihat kau bahagia dengan Shafiq dan mahu menghancurkan hubungan kau berdua?,” terang Nora. Farah tidak seharusnya serkap jarang tanpa bukti yang sahih.



                                                                 *****



MIKHAIL melangkah lemah menuju ke bilik pejabatnya sekembalinya dari bilik Mr. Adam Simon CEO syarikatnya. Penyiasatan ke atas projek Atalia dan dirinya masih lagi di teruskan. Hampir seharian dia berada di bilik mesyuarat di kelilingi peguam syarikat meminta dia bekerjasama dengan mereka. Setakat ini jawapan dan bukti yang diberikan tidak memuaskan hati mereka. 


“Mik our hands are tie, we can’t help you if you can’t proof that you are innocence, 40mil is not a small amount Mik, you are our most valuable consultant in our company, we trusted you,” ujar Adam Simon memandang kearah Mikhail yang berada di hadapan. 


Dia percaya Mikhail tidak bersalah dalam hal ini namun dia tidak dapat membantu Mikhail bebas dari tuduhan kerana dokumen yang di fail menunjukkan tandatangan Mikhail.


Mikhail hanya mendiamkan diri bila Adam berkata demikian. Walaupun pahit namun dia cuba menelannya. Benar dia tidak bersalah tapi dia tidak punya bukti yang cukup untuk mengatakan bahawa dia teraniaya dan ada dalang yang hendak melihatnya jatuh. Tapi Mikhail tidak cukup bukti untuk menuduh siapa dalangnya. 


“We appreciate your coorperation in the investigation, Mik you will need a good lawyer to help you to get out of this mess, seriously,” ujar Adam memandang wajah Mikhail dengan simpati.

 

Dia suka bekerja dengan Mikhail kerana Mikhail seorang consultant yang bijak. Mikhail disenangi ramai pekerja di Syarikat dan tidak kurang musuh yang iri dengan kejayaannya. Mikhail people person. 


“I’ll understand, thank you for believing in me,” ujar Mikhail lalu bangun dari kerusi. Dia berjabat tangan dengan Adam Simon.


“I’m sorry Mik, I wish I can help you more,” jawab Adam menyambut huluran tangan Mikhail.


Mikhail menutup pintu biliknya rapat. Blind di belakang mejanya di tutup. Lampu di biliknya di hidupkan. Mikhail menuju kearah sofa chesterfield lalu berbaring di atas sofa tersebut. Dia memejamkan matanya rapat. Cuba untuk merehatkan mindanya yang benar-benar bercelaru. Jika dia di sabit bersalah. Dia akan di penjarakan sekurang-kurangnya 10 tahun. Segala kejayaan yang dibina selama ini akan musnah begitu juga reputasinya sebagai consultant yang berjaya dan di segani. Tiada masa depan untuknya lagi. Mikhail seakan berputus asa dan berserah kepada takdir. Dia tidak memberitahu mamanya mengenai masalah yang di hadapinya kerana tidak mahu merungsingkan mamanya. Mikhail tidak suka menyusahkan sesiapa. Sudah menjadi kebiasaan Mikhail sejak dia berusia 12 tahun lagi ketika di hantar ke asrama penuh. Mikhail tidak pernah mengadu kepada ibu Salena dan papanya jika dia menghadapi masalah. Mikhail cuba menyelesaikan sendiri. Mikhail seringkali di gelar “peacemaker” dan “negotiator” oleh kenalan dan guru-guru di sekolahnya kerana memiliki sifat tolenrasi yang tinggi. Mikhail suka membantu menyelesaikan masalah orang lain hingga membuatkan ramai orang suka padanya. Tidak kurang juga yang cemburu padanya kerana bukan sahaja Mikhail memiliki tingkahlaku yang berqualiti tinggi, Mikhail juga lelaki yang kacak dan seringkali di puja ramai wanita sehingga membuatkan lelaki lain merasa rendah diri dan merasa tidak setanding dengannya bila Mikhail bersama dengan kenalan wanita yang mereka sukai.





Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.