Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 23


AKU berjalan dari satu store ke satu store di Pavilion. Hari ini aku ke town untuk shopping. Lama rasanya aku tidak berjalan di sana. Sudah terlanjur berada di town area aku pergi menyinggah ke kedai Vincci untuk mencari flats yang aku gemari untuk di jadikan basahan hujung minggu. Selepas ke Vincci aku berjalan pula ke butik Zara ingin membeli blouse atau pants untuk basahan kerja. Aku ke town sendirian tanpa di temani Shafiq. Aku mahu berjalan sendiri. Mood tiba-tiba hendak shopping terbit bila aku merasa bosan dan seakan sudah berputus asa untuk trace balik kemana perginya cincin zamrud pertunangan aku. Dan jika aku pulang ke rumah terus aku akan asyik memikirkan tentang cincin tersebut, sebab itu, aku tidak mahu Shafiq menemani aku shopping kerana Shafiq akan mengingatkan aku tentang cincin itu dan akan membuatkan aku merasa bersalah kerana terpaksa berbohong padanya.


Aku membelek sehelai tunic satin chiffon silk berwarna emerald green yang begitu menarik di mataku. Simple dan selesa, cantik jika di padankan dengan legging atau skinny jeans dan accessories ringkas. Nice.


“Emma don’t be naughty please, mummy trying to find nice blouse, later we go and have ice cream ok,” 


Aku tersenyum bila mendengar wanita itu memesan anak perempuanya yang berusia 2 setengah tahun itu supaya behave. Comel anak perempuannya itu. Wajahnya seperti anak patung. Matanya bulat, bulu matanya lentik, hidungnya mancung. Anak berdarah kacukan. 


Aku memandang kearah ibunya pula yang sedang sibuk mencari saiz blouse. 


“Lynda!!,” bisikku dalam hati sebaik sahaja terpandang akan wajah wanita itu. Aku mengatur langkah menghampiri wanita itu lalu menyentuh lengannya. Wanita itu menoleh ke arahku. Matanya di besarkan. Wajahnya kelihatan terperanjat.


“Oh my goodness, Farah, How are you?,” ujarnya gembira lalu memeluk Farah erat. 


Aku membalas pelukan Lynda. Gembira tidak terkata kerana aku dapat bertemu dengannya kembali. 


“How are you? Wah kau dah kawin eh? Tak jemput aku pun, tukar phone number pun tak pernah beritahu aku, kau tak sayang aku kan?,” ujarku sebaik sahaja pelukan kami lerai. 


“No, aku tukar phone then I realized phone number kau tak ada dalam contact list aku, I’m trying to get hold of you for so long, I’m so sorry,” jawab Lynda dengan wajah bersalah. 


Di sim kadnya tidak tersimpan nombor telefon Farah. Jadi bila pindah ke telefon baru hanya terdapat nombor-nombor di sim kad sahaja.


“Ye lah tu, kau sengaja aku tahu? Anak kau cute lah macam doll,” jawabku pura-pura sedih. 


Aku mencuit pipi anak perempuan Lynda yang bernama Emma. Emma tersenyum bila aku berbuat demikian.


“Ini anak suami aku,” jawab Lynda bila temannya memuji kecomelan anak perempuannya.


“Anak suami kau?? Tak faham,” ujarku dengan wajah keliru. Anak suami Lynda?


“Panjang ceritanya..nanti aku story kat kau,Emma this is mummy bestfriend Farah Aqiela,” ujar Lynda pada Emma yang memandang kearah mereka. 


“Hello auntie,” ujar Emma dengan suara cutenya. Geram aku melihat pipi tembabnya. 


“Hi Emma nice to meet you,” ujarku lalu mencapai tangan kecil Emma. Emma ketawa kecil bila teman mummynya berbuat demikian.


“Come we have a lot to catch up,” ujar Lynda ghairah lalu menarik tangan aku dan Emma. Kami tidak jadi membeli baju di Zara. Sebaliknya kami menuju ke Baskin Robins untuk makan ice-cream. 


Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.